Friday, July 30, 2010

Mari guna Mozilla

Memandangkan ilmu blogging dan internet browser aku ni cetek, aku tak reti nak adjust2 size gambar2 yang aku letak ni. Jadi ada kalanya gambar tu terlalu besar (macam heading kat atas tu). Jadi untuk lebih menghargai blog ni, di sarankan anda menggunakan Mozilla sebab dia boleh zoom in atau out, jadi boleh tengok overview atau zoom dekat-dekat bagi orang rabun macam Azil. Korang cuba pakai Mozilla dan tekan butang ctrl dan + atau ctrl dan -. Try ar. Baru korang paham.

Conflict is sensational. Sensation is amusing. And I'm just a junkie.

Kisah pertembungan klasik antara baik dengan lebih baik, jahat dengan jahat beretika, atau PAS dengan UMNO. Duadua betul. Cerita pasal benda yang betul versus benda yang betul. Ideologi. Kan guideline dah ada? Ikut jerlaa. Senang cerita. Ni nak mandai-mandai lengkang-lengkok sana sini. Kalau budakbudak lagi, takpe. Ni sumer dah tua. Dah jadi pemimpin dah. Apa yang kecoh-kecoh ni?

Sumer orang melompat dengan penemuan terbaru bahawa lebih 60% pengundi muda bersikap atas pagar. Mereka bukan atas pagar sebenarnya. Mereka tak buat keputusan lagi. Diorang pun tak pasti sapa yang bertanding nantik kat kawasan diorang sebab diorang dok sibuk mencari duit nak balancekan income dengan load setiap bulan. Lagipun, yang bertanya tu BN, dah tentulah mereka takkan cakap diorang apa. Undi tu rahsia, maaa.

Tapi diorang memang akan mengundi. Kesedaran ini semakin menyemarak sekarang. Semua orang dah tau trick dalam game demokrasi: ramaikan pengikut. Dan untuk ramaikan pengikut, marketing kena berterusan, falsafah dan etika perjuangan perlu di branding kan setiap kali ada isu melanda negara. Bukannya susah. Bayar beberapa pompom boys pegang sepanduk dan banner dan berarak lepas solat jumaat. Tapi make sure ada permit. Takde permit pun, apply jer, at least dah bagitau diorang dan masa menjerit tu, pastikan ada sekuriti yang kontrol polis.
Nak lagi gempak, upah budakbudak mohawk edar flyers dalam PUTRA atau komuter ke. Malam ni gerenti keluar TV3 dan dapat free advertisement. Murah tak murahan. Yang penting exposure. Lepas tu, media dan paparazzi mesti follow punya. Sebab mass sukerkan cerita sensasi. Mereka tak suka membaca cerita series. Mereka suka baca cerita yang berkaitan dengan sex, survavility dan popularity. Dan bila tiba saat nak mengundi, mereka bangun lambat dan pergi macam naktaknak dan masa memegang pensil nak memangkah tu lah baru diorang spend some quality time berpikir tentang nasib anak bini mereka untuk lima tahun akan datang, bermula besok. Dan masa tu, apa yang terbayang cumalah movie malam semalam, atau dengungan bualan atau lagu yang bermain di radio dalam keta tadi.

Orang Malaysia dah naik lemak. Melayu dengan pemalasnya. Cina dengan paranoidnya. India dengan huruharanya. Dan antara kita ada jugak anasir-anasir asing yang mula nak bawak pahaman dan cara hidup tungganglanggang mereka ke negara kita. Yang laki pakai suar pendek, tapi awek berjubah zorro. Yang omputeh siksa tak ingat, yang balak comot macam tak mandi. Di celah-celah tu kelihatan anak-anak kecil bermain kejar-kejar sesama mereka. Ada yang berambut mullet, ekor sampai ke pinggang. Ada yang macam pari-pari di tengah shopping mall ni. Politician buang masa dengan politiking. Kisah penderitaan manusia semakin banyak. Manusia riot, bergaduh, bermasam muka di merata tempat. Kelaparan, pembunuhan. Tapi bila tanya sumer orang jawab macam OK jer? Tapi kadar kemalangan, penceraian, keluar masuk parti, mati, semakin bertambah.

Tu tak cerita pembangunan, ekonomi, sosial dan internet lagi tu. Semuanya berubah dan perubahan itu berlaku sekelip mata dan banyak benda berubah dalam satu hari. Tu sebab ramai tak pasti lagi, apa pilihan mereka. Sebab mereka nak tunggu mood. Last minute mood.

Sebab nak naikkan bilangan orang yang berdaftar sebagai pengundi tu, senang. Nak pastikan mereka datang mengundi, pun senang jugak. Lepas tu, nak pastikan mereka mengundi kita. Inipun senang. Susahnya bermula selepas kita menang.

Thursday, July 29, 2010

Kisah Para Wali (Dzun Nun dengan sosej)

Telah 10 tahun lamanya Zun Nun ingin memakan sosej, tetapi keinginan itu tidak pernah dipenuhi. Kebetulan esok adalah Hari Raya dan hatinya berkata:
"Bagaimana jika esok engkau memberi kami sesuap sosej sekadar untuk menyambut Hari Raya?"
"Wahai hatiku, jika demikian yang engkau kehendaki, maka biarkanlah aku membaca seluruh ayat Al-Quran di dalam solat sunat dua rakaat malam nanti."

Hatinya mengizinkan. Keesokan harinya Zun Nun meletakkan sosej di depannya. Ia telah membasuh tangan tetapi sosej itu tidak jadi dimakannya; ia segera menunaikan solat.
"Apa yang telah terjadi?" seseorang yang menyaksikan hal itu bertanya kepada Zun Nun.

"Baru sebentar tadi, hatiku berkata kepadaku," jawab Zun Nun.
"..akhirnya setelah sepuluh tahun lamanya kau beribadah barulah tercapai keinginanku!" Tetapi segara ku menjawab:"Demi Allah, keinginanmu tidak akan tercapai"

Yang meriwayatkan kisah ini mengatakan ketika Zun Nun mengucapkan kata-kata itu, masuklah seorang yang membawa semangkuk sosej ke hadapannya dan berkata:

"Guru, aku datang ke mari bukan kehendakku sendiri, tetapi sebenarnya sebagai utusan. Baiklah kujelaskan perkara sebenarnya kepadamu. Aku mencari nafkah sebagai seorang buruh untuk menanggung beberapa orang anakku. Mereka telah lama meminta sosej kepadaku, oleh itu kerana aku menyimpan wang. Malam semalam kubuatkan sosej ini untuk menyambut Hari Raya. Tadi aku bermimpi melihat wajah Rasulullah SAW yang bercahaya menerangi bumi. Rasulullah berkata kepadaku:

"Jika engkau ingin melihatku di hari akhirat nanti, berilah sosej itu kepada Zun Nun dan katakan kepadanya bahawa Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib telah memohon ampun untuknya agar ia dapat menenangkan hatinya dan memakan sosej ini hanya sekadarnya"

"Aku taati" kata Zun Nun sambil menangis.

Kisah Para Wali (Dzun Nun dengan pemuda)

Ada seorang pemuda yang selalu berkata tidak elok terhadap kaum sufi. Suatu hari Zun Nun menanggalkan cincin di jarinya kemudian memberikan cincin itu kepada pemuda itu sambil berkata:

"Bawalah cincin ini ke pasar dan gadaikanlah dengan harga satu dinar". Pemuda itu membawa cincin itu ke pasar tetapi tidak seorang pun mahu menerimanya dengan harga satu dinar. Pemuda itu kembali dan menyampaikan hal itu kepada Zun Nun.

"Bawalah cincin ini kepada pedagang permata dan tanyakan harganya," Zun Nun berkata kepada si pemuda. Ternyata pedagang pedagang permata menganggar cincin itu seribu dinar. Ketika pemuda itu kembali, Zun Nun berkata kepadanya:
"Engkau hanya mengetahui mengenai sufi seperti pemilik-pemilik kedai di pekan tadi mengetahui harga cincin ini"

Pemuda itu lalu bertaubat dan ia tidak lagi mencemuh para sufi.

Kisah Para Wali (Dzun Nun dengan seorang murid yang soleh)

Zun Nun mempunyai seorang murid yang telah bersuluk selama 40 kali dan setiap kali suluk selama 40 hari. 40 kali dia telah berdiri di Padang Arafah dan selama 40 tahun dia telah mengekang hawa nafsunya. Suatu hari, muridnya datang menemui Zun Nun dan berkata:
"Semua telah kulakukan. Tetapi semua susah payahku tidak dipandang oleh-Nya sedikitpun. Dia tidak mempedulikan dan tidak mahu menunjukkan keghaiban-keghaiban Nya kepada ku. Semua itu kukatakan bukan untuk memuji diriku sendiri, tetapi semata-mata menyatakan hal yang sebenarnya. Aku telah melakukan segala yang dapat dilakukan oleh diriku yang malang ini. Aku tidak mengeluh kepada Allah.

Aku hanya menyatakan hal yang sebenarnya bahawa aku telah mengabdikan jiwa ragaku untuk berbakti kepada Nya. Aku hanya menyampaikan kisah sedih dari nasibku yang malang ini. Semua itu kuceritakan bukan kerana hatiku telah jemu untuk beribadah kepada Allah. Aku khuatir jika masamasa yang akan datang aku mengalami hal yang sama. Seumur hidupku sentiasa berharap, namun tidak ada jawapan. Sangat berat bagiku untuk lebih lama menanggungnya. Kerana engkau adalah penasihat bagi orang-orang yang sedang berduka dan penasihat tertinggi bagi orang-orang soleh, sembuhkanlah dukacitaku ini"

"Malam ini makanlah sepuas hatimu," kata Zun Nun.
"Tinggalkanlah solat Isya' dan tidurlah dengan nyenyak sepanjang malam. Dengan demikian jika Allah yang selama ini tidak memperlihatkan diri Nya dengan kebajikan, maka setidak-tidaknya Dia akan memperlihatkan diri Nya dengan penyesalan terhadapmu. Jika selama ini Dia tidak mahu memandangmu dengan kasih sayang maka Dia kan memandangmu dengan kemurkaan"

Murid itupun pergi dan pada malam itu dia makan dengan sepuas-puasnya. Tetapi untuk meninggalkan solat Isya' terasa berat di hatinya. Dia tetap melakukan solat dan setelah itu dia pun tidur. Malam itu dia bermimpi bertemu dengan Nabi SAW dan berkata kepadanya:

"Allah telah mengucapkan salam kepadamu. Dia berkata:"Hanya seorang yang malang yang lemah serta bukan manusia sejatilah yang datang kepada-Ku dan cepat merasa jemu. Punca permasalahan adalah hidup lurus tanpa keluhan" Allah Yang Maha Besar menyatakan:"Telah Kuberikan kepadamu 40 tahun keinginan beribadah kepada Ku dan Aku jamin engkau akan mendapat segala yang engkau harapkan dan memenuhi segala keinginanmu itu. Tetapi sampaikan salam Ku kepada Zun Nun, manusia yang buruk akhlaknya dan suka berpura-pura. Katakanlah kepadanya, wahai manusia pendusta, yang suka berpura-pura, jika tidak Aku bukakan keaibanmu kepada seluruh penduduk kota, maka Aku bukanlah Tuhanmu. Ingat, janganlah engkau sesatkan kekasih-kekasih yang malang dan janganlah engkau jauhkan mereka dari Ku"

Murid itu terjaga dari tidurnya lalu menangis. Kemudian dia pergi kepada Zun Nun dan menceritakan segala yang dilihat dan didengarnya dalam mimpi itu. Ketika Zun Nun mendengar kata-kata Tuhan memberi salam dan menyatakan dia adalah pendusta yang suka berpura-pura, ia pun berguling-guling kegirangan dan menangis kebahagiaan.

Interview dengan Wali (Bila free buat apa?)

Aku dok menyandar kat dinding serambi mengadap luar. Angin nyaman meniup halus ke muka ku. Pening kepala aku hisap tembakau madu brader bus stand. Dia tersenyum jer memandang aku. Abang karkun kat mana ntah. Aku memandang ke arah pucuk pokok mangga di hujung laman.

"Abih tu, kenapa abang-abang sumer tak buat apa-apa?" tanya aku sambil menghirup udara segar. Angin malam membuatkan aku segar kembali. Brader melontarkan pandangannya kepadaku.
"Sebab belum datang perintah" jawab brader.
"Sementara tunggu perintah, tu, buat apa?" tanya aku lagi macam yahudi. Aku mula senyum-senyum.
"Kita lepaklepak camni lah, ingat kat Dia in our own silly ways. Tengok tanda-tanda. Tunggu si karkun" jawab brader bus stand. Aku setuju. Senyum. Bang karkun dah sampai.

"Kau pernah pergi Amerikaaa, tak?" tanya abang karkun. Dia pegang tiga tiket kapal terbang. Aik? Kalini tak naik piring terbang ke?

"Kau dah dedahkan rahsia hari tu, so kelebihan tu ditarik balik, kot?" jawab abang karkun. Brader tersengih kat dia. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Eh? Apahal plak ada bintat ni? Dah berbenjul dah tengkorak aku. Bila masa pulak aku dapat benjul, ni?

Dulu aku ingat wali-wali ni adalah golongan yang dalam kepala dan jiwanya hanya ada Allah saja, kuat beramal, zikir dan tahadjud tak tinggal, ada magic dan perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah hikmah. Aku ingat wali-wali ni berserban besar, berjanggut lebat dan berjubah siang malam. Betapa sempitnya kefahamanku tentang semua ini. Aku baru sedar aku tak tau apa-apa. Dan sejak dari itu, aku taknak tau apa-apa, selain apa yang diberitahukan kepadaku oleh Nya.

Semua yang baik datang dari Allah. Dan peraturan di dunia ini ialah sesuatu berlaku dengan asbab. Allah boleh buat semua main magic jer, tapi kang ada pulak tak puas hati lahir-lahir terus masuk neraka. Atau sawan berbuih bila ada tangan emas yang menyuapkan nasi berlauk yang dah terhidang di depan mata. Dia buat jalan cerita bagaimana sesuatu itu disampaikan kepada kita dari Nya, agar mata kita yang tak nampak benda ghaib dan hati yang tak terbukak kepada akhirat ini menjadi tenang, sebab ada alasan nak bagi kepada akal. Tapi kebanyakan kita hanya memandang setakat siku kepada tangan yang menghulurkan wang, atau amoi yang jaga kaunter yang menghulurkan buku bank kepada kita setelah dikemaskinikan. Kita jarang nak pikir lebih-lebih setelah kita dapat apa yang kita perlukan. Takdelah nak pikir yang siku tadi tu dapat duit dari mana atau gaji amoi dan bos amoi dan bos kepada bos amoi tadi, mana datangnya? Dan apa yang ternampak kat kita hanyalah jalan cerita camana nikmat tu boleh sampai kat kita. Dan ramai beranggapan ia habis takat apa yang kita nampak ni ajer. Takbley nak salahkan jugak sebab itulah ujiannya hidup di dunia: nak tengok kita percaya atau tidak kepada yang ghaib...

Dan bagi mereka yang mengetahui, hidayah untuk mula mempercayai itu milik mutlak Allah. Hidayah ialah semangat untuk maju dan terus berada dalam keimanan (percaya lantas taat). Ini sangat penting di dalam dunia globalisasi di mana individu yang takde integriti akan hanyut dan hilang tanpa tujuan. Hidayah mengekalkan identiti dan set moral seseorang dalam dunia yang serba berubah ini, mengakibatkan beliau sentiasa ingat kepada objektif dan belajar sesuatu dari apa yang dilaluinya dan menjadi semakin baik. Dan hidayah hanyalah milik Allah. Serupa macam rezeki atau ajal. Dan macam biasa, sebab kita berada di dunia, kita memerlukan asbab supaya hidayah terus kekal dan terus mencurah kepada kita. Dan sebagai ummat Muhammad SAW, kita juga bertanggungjawab memastikan orang lain juga mendapat hidayah.

Kadangkadang orang dapat hidayah dalam masjid. Kadangkadang orang dapat hidayah kat hospital. Hidayah dan rahmat boleh turun bilabila masa dan di mana saja (dalam tandas aku tak pasti). Kalau manusia sekadar menunggu, hidayah akan sampai juga, tapi biasanya dalam bentuk bala. Dah terhantuk baru nak terngadah.

Bagi mereka yang memahami, mereka akan terhegeh-hegeh nak jadi asbab turunnya hidayah kepada orang lain. Sebab kerja ni dapat pahala. Pahala bukanlah tujuan kita melakukan sesuatu amalan. Ia hanyalah ukuran supaya kita tau amalan yang paling afdal dan besar pahalanya kepada Dia supaya Dia lebih suka. Memang benar pahala paling besar ialah menyampaikan pesanan agama dan kelebihan amalan agama, tetapi tugas sebegini memerlukan kelayakan. Si penyampai kena beramal (atau sekurang-kurangnya ada pengetahuan) mengenai apa yang disampaikan, melainkan apa yang disampaikan itu adalah perkara hak yang umum. Jika tidak, si penyampai akan dipersoal atau diuji atas apa yang disampaikan. Ujian ini berlaku demi menjamin kesucian orang yang menyampaikan ajaran yang suci. Dan hukuman pula boleh berlaku di atas bumi atau ditangguhkan untuk masa yang akan datang. Walhal ujian itu bertujuan mengasingkan golongan pendakwah sebenar dari yang hangat-hangat taik ayam supaya mudah pemimpin dakwah nak buat keputusan dalam urusan dakwah mereka. Dan supaya yang hangat-hangat taik ayam buat keputusan yang tepat dan perbetulkan kelemahannya. Dan kedua-dua golongan ini menjadi peringatan bila diperhatikan oleh golongan yang perlu sentiasa diperingatkan: diri sendiri.

Jadi, bagi mereka yang dah faham, mereka akan utamakan penyebaran suruhan berbuat KEBAIKAN. Menyuruh orang buat baik, bersabar dan berpegang teguh kepada kebenaran dan harmoni. Akibatnya, mereka terpaksalah jadi baik jugak sebab kang orang cas dia cakap tak serupa bikin. Kena sopan santun, civilized dan profesional. Dan cam alim-alim sikit.

Tapi yang lebih faham, mereka bukan sekadar menyebarkan, malah mereka menjadikan diri mereka sebagai contoh pula kepada orang lain supaya mudah orang melihat dan mencontohi sifat-sifat baik yang cuba ditonjolkan. Mereka kurang bercakap tapi banyak bekerja dan tersenyum. Macam ada bunga dalam itu hati. Kurang cerita agama tapi banyak amal agama. Tapi bila mengarut, memang tak terlayan.

Namun bagi yang dipilih, mereka hanya berdiam diri dan melepaklepak menikmati kesempatan yang diberi untuk menambahkan lagi apa yang dah ada dalam diri mereka: ketaatan dan keadaban. Mereka juga bijak mengumpul bekalan dengan harapan dapat guna untuk bantu Baginda SAW tebus saudara kat mizan nantik. Tapi, bila dapat arahan jer, diorang terus meluru (dengan beradab) dan melakukan tugasan dengan sungguh-sungguh tanpa banyak soal. Kenapa mereka begini? Kerana mereka mau jadi asbab pemerintahan tuhan di dunia ini. Bukan kerana mereka mahukan dunia. Tapi kerana itulah tugas mereka, pada saat ini. Lain saat, lain tugasnya. Dan sudah tentulah bukan kerana Allah itu MEMERLUKAN diorang kat dunia ni untuk menggerakkan batu di laut itu. DIORANG yang terlumba-lumba nak TOLONG gerakkan batu tu untuk Nya (setelah dapat tau itu yang di MAHU Nya). Biasanya kita makin rosakkan batu itu atau menggerakkan batu itu tidak mengikut sepatutnya, tapi Allah tetap terima sebab Dia tau kita ni memang takkan dapat buat apa-apa pun dengan betul dalam hal-hal pemerintahan ni, tanpa izin dari Nya. Tapi Dia suka tengok kita beria-ia nak tolong selamatkan orang lain. Diri sendiri pun tak tentu lagi...

Dan jangan salah faham dengan blog ini dengan mengaitkan aku dengan arwah Ashaari atau ayah pin atau guru yahya atau sebagainya. Semua orang nak jadi wali, tapi malas nak beramal atau bersabar. Termasuklah aku. Orang sumer sekadar nak bertaubat, tapi aku nak jadi wali. Supaya kalau tak dapat pun, tercicir ke golongan 'orang-orang soleh' pun OK gak. Aim kena tinggi maaaa...Dapat tak dapat belakang cerita..

"Amender yang ko mengarut ni?" tanya abang karkun. Aku mengangkat kepalaku memandangnya. Brader dah berdengkur tido.
"Takde mender, bang. Habiskan blog pasal wali, ni..." jawab ku.
"Jangan habiskan masa banyak sangat dengan benda tu. Tak jadi kerja kang. Zikir petang dah buat dah?" tanya abang karkun. Baru aku perasan aku belum buat zikir rutin petang aku untuk hari itu. Aisehhhh...Orang dah lentok ni..
"Takde lentok-lentok der" tegas abang karkun. Brader bus stand terjaga. Matanya barai. Letih benar brader. Maklumlah, petang tadi dia yang drive...Aku pun tutup laptop dan nyanyi "dimulakan dengan Bismillah..." (macam lagu Raihan)

Pekkk!! Bunyi belakangku disebat dengan majalah yang digulung oleh abang karkun.

Tuesday, July 27, 2010

UFO di Tuaran.


Kalau nak tau kisah sebenarnya pasal UFO di Tuaran, ikuti "interview dengan wali (ntah ke berapa ntah)"

Interview dengan wali (7)

"Aisehhh...apsal lak ni, bang?" kata aku tibatiba. Keta berenti tengah jalan. Jalan jem. Mendakii laktu. Hujan lembat"
"Kabel clutch keta, putus" jawab brader bus stand selamber. Dia ushar-ushar pedal klac tu.
"Abih camner ni?" Aku jadi panik. Keta tengah highbeam-highbeam kat belakang tu. Bas ngan teksi pun dok hon-hon kat sebelah. Brader bust stand selamber jer memerhatikan puncak bangunan Pavillion dalam kehujanan itu. Dia memicit butang menyalakan lampu hazard. Berketik-ketak bunyi signal dikelipkan.

"Abang takleh doa-doa sembur-sembur apa-apa ke?" kataku mengharap. Brader usharr jer aku.
"Kau ambik tempat aku ni" brader keluar dari keta. Dia menghentikan sebuah motor yang tibatiba mencilok ke arahnya. Aku mengambilalih pilot seat. Brader pergi ke belakang keta, dan mula menolaknolak keta. Aku lepaskan handbrake. Klac rasa kosong jer. Aku memacu kereta ke tepi jalan, sambil brader yang kat luar, berbasah, menolak keta sambil menghentikan kenderaan dari sebelah kiri kami. Keta pun selamat di parking di tepi Starhill. Dalam hujanhujan pun orang ramai kat area ni. Tah manalah diorang ni pegi. Yang amoi. Yang Arab. Yang cam omputih pun ader. Aku kat sini, stuck dengan masalah keta ni. Dahlah nak kena hantar periuk belanga kat belakang ni, pastu pegi Markas, ambik jemaah balik. Ni kabel klac dah putus, camner dengan agenda aku, ni? Dunia rasa sempit. Tekak rasa kering.
Ahhh. Isap rokoklah duluuu..

Interview dengan wali (8)

"Kau takde member-member kat area sini, ke?" tanya brader kepadaku. Kami berteduh di bawah pohon palma yang menjadi penghias ruang kaki lima hotel. Dikejauhan berkelip-kelip lampu signal keta brader. Kereta, bas, motor yang lalu-lalang tak sempat nak ambik port tentang apa yang berlaku kepada kami sebab hujan turun dengan lebatnya dan sumer orang menyelamatkan diri. Kami tak terkecuali. Kalau nak bukak hood keta nak tengok apa yang rosak pun, tak dapat. Sebab hujan tengah lebat, ni.

"Kita tunggu hujan slow, sikit. Tapi kabel klac keta aku ni kat bawah. So kalau bukak hood pun takde pekdah. Cuma kena call tow truck jer, bawak ke bengkel" kata brader yang sedang termenung jauh memerhatikan kawasan construction kat tengah-tengah halaman shopping kompleks ni. Aku menoleh ke arahnya. Aku membelek handphone ku dan mendail satu nombor. Cakap-cakap sikit, ok-ok, bye.

"Kejap lagi tow truck datang" kataku pendek.
"Hmmm" jawab brader.

Interview dengan wali (9)

Kat bengkel, kami dihidangkan dengan secawan kopi panas tiap seorang. Abang mekanik tengah baring kat bawah keta. Brader dok menyangkung kat sebelah mekanik dengan muka yang berminat.
"Susah tak tukar kabel tu?" tanya brader.
"Takde arr susah ngat.." jawab mekanik dari bawah keta.
"...semalam masa dia putus, abang aderr perasan aper-aper jatuh kat? bunyi 'kelengkang', ke?" sambung mekanik tu lagi.
"Tak perasan, la dik. Tengah jem masa tu, hujan laktu. Sedar-sedar, tekan pedal klac rasa ringan, jer" jawab brader. Aku menghirup kopiko. Kalau kopi Radix, syok gak ni. Ahh. Alhamdulillah ader orang nak kasi air panas. Ni nak mintak lebih lebih pulak. Bisik hatiku. Brader bus stand menoleh ke arahku dan tersenyum.

"Ada bracket yang pegang cable ni dah jatuh agaknya. Nak kena ada ni bang, baru boleh sambung" kata mekanik tu.
"oklaa dik. Adik repair dan ganti jer. Asalkan keta boleh berjalan balik" jawab brader. Dia meraba-raba poketnya. Aku meraba-raba poketku. Soal duit tak pernah pulak jadi isu masa kami keluar mana-mana. Tak pernah terpikir pulak nak bawak duit lebih ke. Hehehe. Mana ada lebih. Mana ADA, pun?

"Takpe, aku adaaa.." kata brader perlahan. Aku mengangguk. Aku memerhatikan kaki mekanik yang bergoyang-goyang cuba manouvre sepana kat bawah keta tu.
"Bang! ekzos abang ni ada pecah ni bang. Nak welding tak?" tanya mekanik tu setelah beberapa minit kami dalam kesunyian.
"Takpe-takpe" jawab brader. Aku tertunduk. Mesti tak cukup duit tu. Kesian. Aku pun tak dapat nak membantu sebab aku sendiri memerlukan bantuan. Biasa arr ni, orang dalam perjalanan. Duit, keperluan, sumer tak cukup. Takpe. Repair apa yang perlu dulu, kat rumah nantik, baru check apa lagi nak kena repair dan buat plan bila nak repair...

Interview dengan wali (10)

Mekanik tu keluar dari bawah keta. Dia membetulkan baju dan seluarnya. Kemudian dia check minyak hitam.
"Amenderr, ni bang? Minyak hitam pun kering, haaa?" tanya mekanik tu sambil mengangkat dawai pengecheck minyak hitam tu kepada brader. Brader tersenyum.
"Takpe-takpe. Tukar kabel jer. Dah ke? Berapa sumer?" tanya brader.
"Sumer sekali, seratus lapan puluhlah, bang. Diskaun doplohinggit" jawab mekanik.

"Tima kasih. Bagus kerja awak ni. Semoga Allah curahkan keberkatan dalam rezki awak" doa brader. Aku jeles pulak dengan mekanik ni. Aku sikit punya susah mintak brader bus stand ni doakan aku, mekanik ni dapat senang-senang jer. OK. Aku paham. Aku kena selalu tolong brader. Bila dia kesusahan, aku tolong. Mesti dia akan doakan aku...Hahaha. Aku nak mintak keta Proton Exora full-spec sebijik nak menyenangkan aku mengangkut jemaah yang datang ke markas kami. Nak keluar 3hari pun senang. Best arr kalau ader keta besar. Exora ok arrr.. Tapi orang cakap under powered. Tahlah. Enjin takde kose. Allah yang berkose.

"Kau ni tak habis-habis berangan" cuit brader bus stand.
"Angan-angan tu, permulaan kerja" jawabku dengan penuh ilmu di dada.
"Tapi kau ni angan-angan taik hayammm. Kahkahkah" lawak brader. Aku menoleh kepadanya dan mengejarnya yang sudah mula melarikan diri...Mekanik hanya bercekak pinggang melihat dua ekor mamat berketayap main kejar-kejar dalam workshopnya hujan-hujan ni...

Interview dengan wali (11)

"Nah" mekanik tu menghulurkan duit baki kepadaku. Brader bus stand tengah try-try keta kat sana.
"Jangan arr tekan-tekan minyak! Berkepul asap dalam kedai ni!" jerit aku kepada brader. Lagi kuat dia tekan minyak. Siap hon dan lampu hazard lagi. Nak kena orang tua ni. Ngalahkan bebudak.

"Saper brader tu?" tanya mekanik. Soalan yang bagus. AKu sendiri pun tak mengenali brader bus stand dengan mendalam. Nama dia pun aku tak tau. Dok panggil brader brader jer. Dia pun tak kisah. Tapi yang komfem, dia ni salah sorang wali di akhir zaman ni. Wali kecik pun wali gak, maaa. Boleh baca-baca pikiran orang sumerr...
"Member. Biaser arr bang. Tabbelig.." jawabku sambil tersenyum.
"Keta tu saper punyer" tanya mekanik lagi.
"Dia punya"
"Teruk betul. Tak berjaga, ke? Ekzos pecah, minyak hitam kering. Tadi aku ketuk tank minyak, bunyi macam kosong jerr. Korang nak pegi mana, ni?" tanya mekanik.
"Nak hantar barang. Eh. Ok lah bang. Kami pergi dulu, ye" Aku bersalam dan berlalu dan masuk ke dalam keta. Apa yang diberitahu oleh mekanik tadi tu bermain di kepalaku. Minyak hitam, petrol, ekzos, bateri takde tu, memang aku boleh terima. Biaser arrr, wali. Tapi yang satu ni aku tak paham. Kenapa nak susah payah? Yang lain boleh? Mesti ada hikmah, ni.

"Bang!" kataku
"Hmmmm" jawabnya
"Kenapa abang repair kabel klac?" tanyaku. Aku merenung matanya. Dia mencuri pandang kepadaku sebab dia tengah driving. Orang bawak slow hujanhujan camni. Banyak lampu merah berkelipkelip di luar sana. Wiper kereta pula membuatkan aku semakin sawan. Tapi persoalan itu tetap bermain di benakku. Aku tak leka. Aku memandang kepada brader kembali.


"Sebab tang kabel-kabel ni, abang lemah sikit. Itulah kelemahan kami. Kami takde kabel..." Brader merenung jauh ke depan. Aku tau dia termakrifat tu. Aku diam jer. Tak paham aku, wali-wali ni. Kejap dialah paling lawak bodo. Kejap kang, dialah paling series dan syahdu. Pepehal pun, aku sebagai murid, kita layannnn je lahhh.

Selain dari ini, selebihnya dari perjalanan kami untuk hari itu berlaku macam biasa ajer. Boring pun ader gak. Aku pun tak berapa pasti sebenarnya sebab aku dok dua-tiga kali mati dan hidup kembali dalam keta tu. Aku nak bawak, brader tak bagi. Aku tido arrr. Hujan maaa...

Monday, July 26, 2010

Interview dengan wali (ntah berapa ntah)

Setelah selesai misi rahsia kitorang kat Palestin, kitorang pun bergerak kembali ke tanahair. Kitorang berkumpul kat belakang masjid yang rahsia. Abang karkun dok layaan borak dengan brader bus stand. Diorang mesti ngumpat aku, tu.

"Maner aderr.." jerit brader bus stand dari jauh. Aku mendekati. Barang-barang yang member aku kirim ni, memperlahankan perjalananku.

"Kau nak pegi mana dengan barang-barang tu?" tanya abang karkun. Dia mencampakkan rokoknya. Brader bus stand memerhatikan ajer puntung rokok tu berguling ditiup angin kencang yang datang tibatiba.

"Sebagai cenderahati laa. Bukan selalu saya dapat datang Palestin camni. So kena bawak balik bahan sebagai kenangan" jawab aku. Aku menarik beg yang berisi tabung syisha yang aku beli kat gerai tepi jalan tadi. Mesti gempak punya letak kat ruang tamu yang membosankan tu. Hehe

"Takde ruang tamu-ruang tamu der. Tinggalkan sumer kat situ. Amender laa kau ni" lawak brader bus stand.
"Satu pun tak boleh?" tanyaku.
"Tak boleh!" jawab abang karkun. Aku menjatuhkan beg di tangan. Aku angkat patung teddybear Mr.Bean yang aku ingat nak gantung kat cermin rearview kat keta. Kihkihkih.
Brader bus stand menggelengkan kepala. Aku menjatuhkan teddy bear. Aku melangkah longlai ke arah mereka. Mereka memegang bahu aku dan kami pun naik ke space ship berbentuk piring terbang berwarna biru.

"Sapa punya ni?" tanyaku tibatiba. Bang karkun dan brader bus stand berpandangan.
"Dalam kes ni, camana kita sampai tak penting, yang penting pengetahuan dan sifat perhambaan yang disaksikan yang lebih penting" bisik brader. Abang karkun menuding ke satu arah dan benda tu bergerak pantas. Kembali ke Malaysia. Aku peratikan ajer patung teddy bear aku tu tinggal kat bawah dan semakin jauhhh...Macam biasa, aku pun mula terlintas pasal nasib bangsa aku. Tapi aku taknak cerita pasal tu, kalini.

Sampai satu tempat, aku rasa nak terkucil. Aku sound kat brader.Brader bisik kat abang karkun. Abang karkun cam blank-blank sikit dan dia mengatakan sesuatu kepada brader dan mereka ketawa berdekah-dekah. Aku nak terkucil ni diorang boleh gelak-gelak pulak. Hoii. Dah la tuu.

"Kita berenti kat sana. Kat sana nampak cam kegelapan jer tu. Kalau kita pergi solat kat situ, at least bercahaya sikit" kata abang karkun kat brader. Brader mengangguk. Kitorang membelok dan berenti kat satu kawasan peranginan. Kitorang turun, aku terus ke toilet. Laplap sikit, wudhu, dan join abang karkun dan brader yang tengah menunggu aku. Kami bersolat dan wirid2 sikit dan masa pakai kasut depan surau, kitorang borak-borak. Abang karkun dah siap sebab dia pakai seliper. Dia tengah isap rokok. Naga betulla mamat ni.

"Hah? ngumpat aku?" kata abang karkun tibatiba sambil mengerling kat aku. Aku boring betulla ngan diorang ni. Diorang boleh baca pikiran aku, aku tak boleh baca pikiran diorang. Mana adil?
"Kalau nak adil, pergi masuk parti keadilan, lah. Kahkahkah" gelak brader bus stand. Abang karkun join brader ketawakan aku. Diorang suka usik aku. Ni cara wali-wali bermesra, kot? Ntah lah...

Kitorang pun berkumpul di satu tempat dan nak naik ke spaceship kitorang. Tapi aku tak nampak. Maklumlah. Mata tak makrifat lagi. Agaknya abang karkun tukar kaler spaceship menjadi hijau, barulah aku nampak dan melompat naik dan meneruskan perjalanan kami ke PayaBesarPedas...Hmmmph..Another boring week...

KISAH AHLI ZIKIR

Malam tu Atan nekad. Dia dah tau nak fokus macamana, nak kasi extra kusyu' masa berzikir. Setiap malam Atan berzikir. Dia mengamalkan zikir yang ditauliahkan kepadanya oleh gurunya. Taktau lah apa niat dia rajin-rajin. Setiap orang ada niat yang macam-macam dalam beramal ni. Ada yang riak. Ada yang nakkan dunia. Ada yang nakkan keselamatan akhirat. While ada segolongan yang berzikir semata-mata kerana kick yang dirasai ketika berzikir tu.

Atan dah pernah rasa sedikit lempias dari nikmat tu. Kelazatan berzikir. Dia rasa hidupnya semakin tenang, semakin fokus dan semakin bersinar-sinar. Dia mudah nak fokus masa solat dan dia lebih tenang ketika berdepan dengan perangai cibai customer dan client yang ditemuinya ketika waktu bekerja. Tapi dia nak naik lagi makam. Dia dengar macamacam cerita pasal kelazatan berzikir. Ada yang rasa terawang-awangan lah. Ramai juga yang nampak cahaya yang berbagai-bagai dan bermacam-macam lagi

So malam tu, selepas settle semua kerja, dia bewudhu', menukar pakaian kepada jersey untuk berzikirnya dan memulakan aktiviti malam itu dengan solat taubat dan beberapa solat sunat yang dah menjadi wajib kepada Atan. Dia rilek jer. Semangat atau jazbah keasyikan tu mula terasa. Ia bermula dengan rasa penyesalan dan kehinaan bila kesedaran tentang Allah itu dibukakan. Atan akan menangis teresak-esak, air matanya berjurai hingga membasahai janggut machonya. Tapi dia akan teruskan fokus kepada zikir dan nafasnya..

Kemudian datanglah perasaan tenang. Umpama ada angin sejuk meniup air matanya yang dah semakin kering di pipi, menyebabkan hawa sejuk yang menyegarkan menyeliputi Atan. Atan tak leka. Dia terus memejamkan matanya dan berzikir dan fokus kepada ayat zikirnya. Semakin dalam penghayatan Atan, semakin kuat angin itu rasanya. Atan menambahkan lagi fokus kepada zikirnya.

Dalam pejam-pejam mata tu, Atan boleh rasa bahawa suasana suram di biliknya umpama diterangi oleh cahaya. Rasa nak bukak mata tu datang. Atan nak lihat amenda yang bercahaya tu. Atan tak lalai. Dia fokus lagi kepada zikir dan nafasnya. Lagi dalam dia menyedut udara, lagi bercantum keningnya cuba nak fokus. Kelakar pun ader gak aku tengok budak ni...Lagi Atan fokus, lagi dia rasa macam cahaya di biliknya semakin terang. Dia boleh rasa seolah-olah dia dilingkungi oleh cahaya itu. Hawa sejuk nyaman yang menyegarkan Atan tadi secara perlahan-lahan bertukar menjadi hangat keselesaan. Atan rasa selesa sangat, umpama berselimut di atas katil ketika waktu hujan di pagi Ahad. Dia masih memejamkan matanya. Tapi kali ni dah macam longgar sikit. Detik-detik cahaya mula menembusi retina mata Atan. Terlihatlah sudah olehnya bahawa Atan sedang berdiri di satu kawasan yang bercahaya putih terang. Mulut Atan masih terkumat-kamit menyebut zikir, hatinya tenang (walaupun ada kagum sikitla setelah melihat keadaan dirinya) tapi terus dalam tanda tanya; apa maknanya semua ini?

Kemudian Atan rasa macam dia semakin terapung. Dia rasa macam semakin tinggi. Dia pandang ke atas. Semuanya putih. dia tak dapat nak mengagak jarak atau lokasi. Cuma dia tahu dia semakin tinggi. Dia fokus jer pada zikirnya. Lagi laju dia terbang ke atas. Tibatiba semua keterangan cahaya tadi lesap dan baru Atan perasan dia sudah terapung di atas rumahnya. Dia terpandang sekeliling kawasan kejiranannya. Atan dok menyewa kat rumah teres. Jadi dia nampak deretan rumah teres tamannya, lahh

Atan semakin tinggi dan bergerak semakin laju ke atas. Bila dia pandang ke atas, dia cuma nampak awan-awan semakin mengecil dan jadi macam kabus bila dekat dengannya dan menjadi hawa yang sejuk bila berlanggar dengannya. Atan pandang ke bawah. Dia nampak atap rumahnya bercahaya-cahaya. Selang dua tiga rumah dari rumah dia pun bercahaya jugak, tapi warna hijau. Dari jauh pun ada jugak cahaya putih cam cahaya Atan. Lagi tinggi dia terapung, cahaya ni semakin kecil dan berubah menjadi umpama tompokan-tompokan dipermukaan peta semenanjung Malaysia.

Atan semakin laju terbang dan rasanya dia dah nak keluar dari graviti dunia. Dia terlihat dunia ni bulat jer tapi bukan macam yang ditunjukkan dalam TV tu. Dia nampak dunia ni gelap (sebab dia di sebelah yang dilindungi matahari time ni), tapi kat sesetengah kawasan, dia nampak bercahaya. Macam rumah dia tadi. Dan kat area semenanjung tu ada banyak tompokan kecil cahaya tu. Kat Indonesia pun banyak jugak tapi tak sekata macam Malaysia. Tapi kat Indonesia ada yang cahaya duatiga warna bertumpu satu tempat dan ia berkelip-kelip umpama bernadi. Ada juga cahaya yang kelihatan bergerak kesana ke mari. Ada juga kawasan banyak cahaya seolah-olah bergabung dan menghilang. Atan taktau apa maknanya. Dia bergerak ke satu arah di angkasa yang luas. Kawasan sekitarnya adalah bintang-bintang yang berkelipan seperti tompokan cahaya yang terdapat di dunia. Atan rasa kagum. Dia menoleh ke atas. Apa yang terlihat cumalah kegelapan angkasa dan cahaya bintang-bintang yang berjuta-juta yang tahapamaknanya tu. Atan rasa dia kerdil. Dia rasa dia hina. Tapi dia rasa terharu sebab Dia masih sabar dengan Atan. Masih memanggil Atan kembali untuk menyaksikan semua ini, sedangkan Atan cuma ingat kat Dia masa susah jer. Atan rasa sebak. Tapi dia rasa syukur. Tahlah..Part perasaan-perasaan ni payah nak diterangkan so aku skip jer laaa..

Besoknya, Atan dengan kekaguman itu telah pergi menghubungi gurunya untuk mendapat penjelasan tentang apa yang telah dialaminya semalam. Setelah buat semua formaliti adab seorang murid dengan seorang guru, si ATan pun bercerita tentang pengalamannya. Gurunya rilek jer sambil mengerling kepada ibu ayam yang sedang mengontrol anak-anaknya di laman sana. Macam tak minaat jer dia dengar cerita Atan. Padahal ATan rasa dia dah mencapai satu makam yang baru dan gurunya kenalah bagi dorongan sikit dengan buat muka excited setelah mendengar cerita dia ke, apa ke. Tapi ni, gurunya siap pergi bagi anak-anak ayam tu makan lagi masa Atan tengah bercerita. Bila dahabis climax cerita Atan, gurunya dengan selamber, memberitahu bahawa apa yang dialaminya malam tadi bukanlah pencapaian makam, tapi permainan syaitan. Gurunya nasihatkan Atan jangan perasan dan berenti zikir bila benda tu berlaku dan solat sunat taubat. Pastu tido.

La? Musnah harapan Atan. Dia ngikut jerrr..Guru dia lebih berpengalaman dalam perjalanan menghampiri tuhan ni. Atan mula balik aktiviti zikirnya macam biasa. Lepas tu dah takde magic-magic lagi dah dan Atan pun cam boring sikit tapi dia teruskan jugak...
Last time aku jumpa Atan masa dia minum kat mamak kat markas. Mata sembab jer, barai. Tapi aku memang takut nak bertentang mata dengannya. Rasa ditelanjangkan pun ada gak tibatiba. Hisshh..

remark:

"Atan" bukanlah nama sebenar. Guru tu pun bukan guru sebenar. Beliau tak pernah pun ngaku guru, cuma orang jer saiko lebih dengar kata-kata beliau yang macam inspirational quote tu. Dan seluruh cerita ni pun bukan cerita sebenar. Apa yang sebenarnya berlaku ni, takde sapa yang tau betul idaknya hinggalah kita benar-benar berada dalam kebenaran. Amenda aku mengarut ni?

CERITA KEDAI MINYAK WANGI

Aku tengah lepak kat kedai minyak wangi kat markas. Tengah borak dengan owner kedai, pasal industri minyak wangi yang booming sekarang ni. Sumer orang nak jual minyak wangi. Sumer orang nak franchise. Sumer orang nak MLM. Sumer orang nak kaya cepat. Takder sapa nak beli minyak wangi. Ke, orang memang tengah takder? Ohhh? Kan orang tengah mesyuarat kat dalam? Maulana apa ntah baru turun dari kapal terbang, beri bayan peringatan terbaru...Yang aku dok buat kat sini, apa hal? Hehehe.

Owner minyak wangi menerangkan produk terbarunya. Minyak wangi dia samerr tinggi mutu dan kualitinya cam beserr, tapi kalini packaging dia canggih sikit. Tekan button, pati minyak wangi bercampur dengan penipis dan disembur keluar. Bau semerbak mengisi ruang. Kalau nak roll on, tarik tombol kecik ni, dan roll kat wrist. Pergh. Pure PATI. Bau baekk punyarr..Kompom tak kusyu solat. So packaging dia berbentuk canggih, ada button-button, diperbuat dari kaca dan plastik. Ada melamin, tak bang? Owner tu, ketawa...

Tibatiba, datang seorang angry customer. Di tangannya kelihatan memicit-micit button spray produk yang owner sedang terangkan pada ku. Aku memandang produk kat tangan aku. Aku memandang owner. Dia tersengih dan bingkas menyambut angry customer tadi.

Mamat tu agaknya dah beli produk owner ni dan mungkin ada faulty pada button spray-nya. Si owner pun dengan senang hati dan senyuman mesra tanya mamat tu nak refund ke nak ganti? Mamat tu kata nak ganti. Owner bawak mamat tu ke dalam kedai dan suruh mamat tu pilih mana yang dia suka. Mamat tu bukak satusatu kotak dan test button spray dan roll-on pada produk yang di testnya. Bila dia dah jumpa yang puas hati, dia mendengus dan blah. Member dia yang dok bercekak pinggang kat luar dari tadi dengan ketayap kulupnya pun menyambut dan meng-inspect produk yang baru ditukar tadi. Cam iya-iya, jer bebudak ni. Consumerism laaa konon. Aku menoleh ke arah owner yang kat sebelah aku. Dia tak hentihenti bertasbih dan memuji Allah. Dia tersenyum girang.

Punyalah girang sampai dia bagi produk yang kat tangan aku ni pada ku dan menutup kedainya dan bungkus dan balik rumah dengan suka hati. Dia start keta dia dan bla sambil bukak lagu Raihan kuat-kuat. Aku tempeleng pulak brader ni, kang? Apahal ni? Aku terpinga-pinga cuba memahami apa yang sedang berlaku. Dalam kekalutan, aku dikejutkan oleh salam sorang karkun yang memegang tanganku dan membawaku turut serta dalam mesyuarat yang dah tinggal part doa jer, ni...

Kelikatu of Parliaments 4

Atan cuba nak terbang. Tapi bahunya yang terlanggar dinding tadi sakit. Jadi ATan cuma larat berjalan menghampiri sumber cahaya itu. BArulah dia perasan bahawa cahaya itu umpama sebiji mata yang bersinar, menari-nari di atas sebuah menara putih yang semakin gelap di dasarnya. Atan rasa dah OK. Dia mula mengeliat dan zruppp...krrrrr dia terbang kembali..

Dari atas dia ushaa lagi cahaya tu. Barulah dia perasan ada banyak lagi kalikatu sedang mengerumuni cahaya itu dan semuanya berasak-asak ingin menghampiri cahaya yang sedang menari dengan mengasyikkan itu. Kelihatan ada juga yang memberanikan diri menghampiri, menyentuh cahaya itu dan mereka akan jatuh dan menari-nari dalam keasyikkan dan pengsan. Inikah nirwana yang kalikatu tua tu cuba sampaikan?

Atan cuba meng-interview beberapa kalikatu yang sedang fana keasyikan memuja cahaya yang sedang menari di atas menara putih.

"Kenapa abang suka sangat dengan cahaya tu?" tanya Atan sambil menyorong maikrofon angin ke arah seorang brader kalikatu yang sedang meracau-racau.
"Itulah sumber keabadian. Aku mahu pergi ke sana. Tapi apakan daya. Nak kudaki menara, kaki tak kuat, batangnya licin, panas. Nak ku terbang, sayapku patah..."

Atan menyorong maikrofon ke arah seekor lagi kalikatu yang sawan kat sebelah dia.
"Sungguh indahh, sungguh indahhh" ulang-ulang mamat tu. Kelihatan sayapnya patah dan dia meracau-racau melanggar kawanan kalikatu lain yang juga histeria memuji cahaya. Atan memandang ke atas. Kelihatan cahaya itu menari-nari, seolah-olah memanggilnya. Dia membuang maikrofon dan terbang ke atas. Matanya tertumpu ke cahaya. Dia menghampiri cahaya. Semakin panas rasanya. Cahaya itu semakin dekat dan kelihatan sumber cahaya itu bersinar-sinar keajaiban kat dalam satu bola api yang menari-nari di atas batang hitam yang terletak atas menara tu. Atan terpegun, Tapi bahang kepanasan terasa olehnya dan dia rasa macam nak bla. Tapi flashback kalikatu tua terbatuk, mamat-mamat patah sayap dan orang yang meracau pasal tak dapat terbang dan menghampiri "keabadian ini" tibatiba terlintas dihadapannya dan menguatkan lagi dorongan untuk Atan mendekati cahaya itu. Dia pikir what the heck dan terus menuju ke arah cahaya itu dan zuuup!

Atan sedar dia terjatuh dari menara dan menggeletek kepanasan dek terbakar. Lepas tu dia mati dan maikrofon kita kat dada dia terpadam...


Atan bersemadi. The end.

inspired by cerita sufism pasal perumpamaan orang sufi ketika fana di hadapan tuhannya dengan kalikatu yang tertarik kepada cahaya lilin. Ia ditaip dalam keadaan tertekan, jadi ayat-ayatnya agak kasar dan straightforward. OK la tu..Korang pun nak cepat, kan? Semoga semua dapat inspirasi dan bersemangat dalam menempuh perjalanan kerohanian itu.

Wallahua'lam

Kelikatu of Parliaments 3

Dia memulakan pencariannya malam tuu jugak. Dia terbang ke satu arah. Dia mula semakin memahami. Dia ternampak banyak cahaya. Ada yang putih dan panjang. Ada yang hijau. Ada yang mentol. Ada jugak lampu disko. Berpinar mata Atan merenung bola disko tu lamer-lamer. Dan dalam banyak-banyak lampu, dia pernah terjumpa jugak lampu biru yang mengasyikkan. Tang-tang tuuu lah flashback orang tua kalikatu tu keluar balik.

"Lagi satu, ada satu jenis lampu biru yang mengasyikkan. Kau jangan tengok lampu ni. Kerling pun jangan. Sebab itu adalah biru yang membinasakan. Ia adalah perangkap untuk golongan lalat yang disalahtafsirkan...uhuk-uhuk.

Kalau kau terpandang lampu biru tu, kau kena cepat-cepat beristigfar dan bertasbih mengingat Allah agar menyelamatkan kau dan kau kena kayuh kepak kau berlawanan arah cahaya sekuat hati kau. Biat tercirit pun. Uhuk-uhuk! Adehhh" sabmbung kalikatu tua itu.

Atan pun menutup matanya dan mula beristighfar dan bertasbih dan mengayuh sekuat hatinya berlawanan arah cahaya. Lama-kelamaan Atan terlanggar dinding ke apa dan dia jatuh ke lantai. Dia buka mata. Semuanya gelap. Dia berpusing sekeliling. Oh? Apa tu? Cahaya? Dan dari jauh kelihatan cahaya itu seperti menari-nari. Adakah ini nirwana?

Kelikatu of Parliaments 2

Masa tengah round-round tu, tersampailah kelikatu kita ni..Panjang benar la nama dia. Kita bagi nama Atan laa. Tibatiba Atan tersampai ke sekumpulan kelikatu yang lain (yang nampak sebaya dengannya), tengah macam training-training terbang kat satu kawasan lapang bercahaya terang. Ada yang nampak macam dah otai terbang ke sana ke mari dengan gengnya. Ada yang nampak cool dengan gaya sayap serabainya. Melepak dengan geng-gengnya pulak. Ada sekumpulan chick yang kelihatan bersinar-sinar dengan aura feromon. Atan terus ke sana. Dia terus aim kat sekor kelikatu yang kelihatan manja dan bersedia jer tiap kali ATan bertentang mata dengannya. Kabus kabur romantik banyak berkumpul di sekelilingnya tiap kali ATan mengerling ke arah kelikatu muda ni. Atan faham. Inilah dia. Flashback pesanan kelikatu tua terbatuk di perenggan pertama tadi terlintas di kepala Atan. Atan komfiden. Dia rasa dia berada di landasan yang betul.

Dia pikatpikat, dapat, main, jalanjalan, main kejarkejar, main lagi, jalanjalan kejap, gaduh, separate. Pendek jer ceritanya. So Atan kembali keseorangan.

Tibatiba Atan mula perasan cahaya yang menerangi alamnya selama ini. Atan memandang ke atas. Terlihatlah olehnya lampu kalimantang yang kebetulan berada di belakangnya ketika itu. Atan mula berpikir. Cahaya ini telah menerangi dan menemani dia setiap malam dan tak pernah curang atau merungut atau bosan dengan perangai Atan seekor kalikatu. Atan mula menyintai cahaya itu dan menganggap cahaya itu adalah sumber kehidupannya. Tibatiba flashback orang tua terbatuk itu kembali. Kelikatu tua itu berpesan dan menambah lagi:" kalau kau sudah faham dan mahu meneruskan perjalanan yang sementara ini, kau pergi lah ke cahaya itu. Diceritakan cahaya itu berwarna kuning dan menari-nari dan terletak di atas puncak menara putih yang indah. Kadang-kadang cahaya menari itu ada banyak. Tapi ketika ia ada satu, masa itulah kau kena berpusu-pusu menghampiri cahaya itu, sebelum ia terpadam. Kerana cahaya itulah; sumber kebahagiaan abadiii...uhuk-uhuk" pesan kalikatu tua tu. Atan faham.

Kelikatu of Parliaments 1

"Laaa-la-laaa-la-laaaa,
Laa-e-laa-haa il-lal laahhh..

Tiada apa, yang a-daa
melainkan, hanya Diaa.

Mahaa, Sucii Diaaa,
Dari Apa, yang ku kataaa

Puji, dan pujaaaa
Hanya untuk Diaaaa.

Laaa-la-laaa-la-laaaa,
Laa-e-laa-haa il-lal laahhh.."


Nyanyi kelikatu bujang itu keriangan. Dia baru dapat sepasang sayap yang cantik. Dan dia dah tahu camana nak landing dengan selamat. Dia akan test sayapnya sekarang. Dia berdiri di tepi tebing yang tinggi dan dengan bismillah, dia terjun. Dia fokus kepada otot kat bahunya seperti yang dilatihnya petang tadi. Dia pejam mata. Dan tibatiba dia rasa macam termengeliat dengan hebatnya dan tadaaaa...kelikatu tu dah boleh terbang. Dia keriangan. Dia terbang ke sana ke mari dalam kebebasan yang baru ditemuinya itu. Waaahh. Ini lebih asyik dari apa yang difantasaikannya dahulu. Dan lintasan pesanan-pesanan otai terlintas dikepala kecilnya: "Jangan suka sangat. Saat indah bersayap itu hanyalah seketika. Kau kena cepat gunakan kelebihan itu untuk memikat dan meneruskan keterusan spesis kiterr..uhuk-uhuk-uhuk" batuk seorang datuk kelikatu tua yang dipapah segera oleh kelikatu dewasa di sebelahnya. Ahhh. Rileklaa. Aku baru dapat sayap nii..Round kampund dulu laa sepam duerr..Kalikatu kita ni pun terbang meninggalkan tebing tempat yang sepatutnya membunuh dia sebab tak reti nak flex otot yang mana untuk mengaktifkan sayapnya.

Saturday, July 24, 2010

keterangan graf

Kalau kau tengok, populasi melayu bersolat terbahagi kepada 2. yang belah kiri, berdenyut-denyut menuju kekirian. Semakin ramai beramal sekadar cukup makan atau "yang fardhu ajer" berbanding dulu yang tak tinggal solat dhuha atau zikir atau baca yasin. Ada jugak yang tetiba termurtad pasal dok melepak dengan orang kapir lama sangat sampai dah tak rasa menutup aurat atau perlagaan pipi antara lakidan pompuan bukan muhrim itu takbley. Dengan mak sendiri pun tak buat, ni gatal-gatal nak minggeling-geling. Tapi masuk balik sebab dia sendiri pun tak sedar dia termurtad tadi. Masuk balik pun sebab ada syahadah dalam solat tu...

Yang warak pulak semakin tirus. Bagus. Ni yang kita ndak. Golongan yang tahan dengan ujian masa dan keadaan. Golongan macamni kena dikenalpasti, disemai dan dibaja dengan latihan-latihan yang sesuai agar mereka semakin naik makamnya. Dan bila orang semakin paham Islam, dia akan semakin MLMkan Islam ni...Wali-wali jer bergerak atas arahan direct-remote-control-blutoot-vaibret-vaibret. Tapi memandangkan landskap dunia yang maksiat terdapat disepanjang jalan, aku khuatir golongan warak inipun boleh berkurangan. Sebab macam golongan yang cukup makan tadi, ada jugak orang dalam lower percentile populasi warak ni boleh tibatiba snap dan menjadi orang yang main kat ngam-ngam jer. Contohnya seorang mamat karkun atau tarekat yang hajatnya tak tercapai sebab ayat doanya salah atau niatnya tak betul atau ada la alasan yang munasabah yang Allah ajer yang Maha Tahu, mamat ni rebel. Tapi dia takkan murtad. Ada gak rare case. tapi kebanyakannya tau batasan dan lowprofile. Lagak macam karkun tapi stone cold. Ketayap tajam, tapi baru wirid sikit dah nak terkucil la, gatal la, bisol la...

Dan paling ramai golongan yang sekadar berpengetahuan awam jer di kalangan Melayu Malaysia. Dan diorang ni macam lalang. Bila demam denggi, sumer pakat berasap. Bile demam bola, sumer pakat mamak dan tak produktif. Bila demam politik, semua ader perasaan...Golongan ni mengikut ajer arah angin. Dan angin banyak meniup populasi ke arah kiri. Sibbaik jugak ada konsep mahkamah syariah dalam demokrasi Malaysia ni. Boleh gak dakwa mamat minum arak, beli nombor ekor, maknyah atau buang bayi sendiri. Kalau harap hukum demokrasi alone, lagi bermaharajalelalah golongan kaya.

Kenapa kita rasa peningkatan tahap keislaman seorang melayu PENTING untuk KESELAMATAN MALAYSIA? Sebab sumer orang tau bahawa kita semua masih bernafas ni sebab luck. Sebab diizinkan. Sapa yang izinkan? Sebab apa Dia izinkan? Sebab apa Dia delaykan bencana yang patutnya dah ditimpakan sejak dua tahun dulu?

Sebab masih ada orang miskin yang tertindas setiap hari dan setiap kali pintu kemakbulan doa itu terbuka untuk mereka, mereka hanya tertunduk dan mintak agar negara ini terus aman agar anak kecilnya ini dapat membesar dan bersekolah dan mengubah hidup keluarga mereka. Ini orang miskin tertindas yang ada pengetahuan igamanya. Yang terletak di garisan kewarakan dalam graf kita tadi.
Pergolakan ekonomi telah menambahkan lagi jumlah populasi yang sebegini dan populasi miskin yang dulunya tirus kewarak-warakkan, dipenuhi dengan golongan miskin hidupmelarat yang hanya berada di situ buat sementara waktu. Mereka ini sensitif tak tentu pasal bila takde duit dan gemar berdoa benda yang bukanbukan sewaktu mereka tertekan ketika memandu di jalan raya. Lebihlebih lagi kalau ada anakbini dalam keta. Atau mak mentua. Dan doa-doa mereka ini makbul dan biasanya doa mereka yang tertekan ini bengong dan menyebabkan kemusnahan dan kekacauan. Ni yang malas aku nak explain ni. Dalam sangat. Tu sebab aku buat graf jer.

So, apa peranan kita? Peranan kita ialah memastikan generasi yang akan datang adalah Islam compliance. Ia dimulakan dengan membaca doa sebelum berjimak dengan pasangan yang sah. Lepas beranak, kita kena biasakan anak kita dengan keIslaman dan menyukai kebenaran dan kebaikan. Cakap pelan-pelan. Beradab. Sopan. Lemah lembut. Tapi bukan NYahhh.
Lepas tu kita mesti turut serta dalam aktiviti kemasyarkatan. Aktiviti paling utama dalam Melayu ialah pergi masjid atleast waktu Maghrib dan Isya. Mest Fixed. Kalau tidak kang, tak nampak batang hidung semasing. Bila dah selalu bertemu, buat aktiviti berfaedah amcammenganjurkan aktiviti kejiranan atau kesukanan, atau memanggil orang membuat penerangan tentang isu terkini atau penyakit terkini atau kadar jenayah atau macam-macam lagilah. Jangan kasi boring. Ader jer aktiviti. Dan semua mesti join. Setiap KRT ada map untuk setiap rumah. Rumah kosong pun tau. Dan sapa yang tak datang masjid, kita hantar rombongan meminang. Tuan rumah kena sediakan air dan biskut untuk 20 orang. Sapa taknak kena, pastika ada alasan kalau tak datang masjid magrib ni...

Yang kat bandar pulak, cuba sedar sikit awak tu orang Melayu. Jangan ikut sangat TV atau majalah atau movie tu. INternet lagi satu. Kalau korang terpengaruh, maknanya korang ni lemah. Orang lemah takkan tahan lama. Dan bila Raya, korang balik mana? At least pun hormatilah orang kat sini. Omputih pun tau mintak mahap dan cover cleavage dia bila kita tegur, ni kau budak Pantai Dalam pulak nak marah-marah aku dan ceramah pasal hak kemanusiaan dengan aku pasal aku tegur seluar kau ketat sangat. At least tunaikanlah hak buntut kau untuk bernafas. Ketat sangat tuuu...


Apa kita nak buat kepada yang tua? Yang tua kita senyum-senyum dan bila diorang tanya kita tengah buat apa, kita kata, adalaaaa..

Friday, July 23, 2010

Interview dengan Wali 3





Memandangkan sudah sampai penghujung minggu, dan kepala korang mesti dah tuned sikit, jadi bolehlah aku menghidangkan sedikit benda heavy sebagai bahan bacaan santai korang untuk hari ini. Diharapkan korang dengan aku-akunya sekali akan lebih bertaqwa sempena Jumaat kali ini. Insya Allah.


"Boring lahhh. Abang takde rokok ke?" Aku memulakan perbualan. Brader dengan abang karkun berpandangan. Mengerbang janggut semasing ditiup angin. Laju jugak benda ni. Sapa punya ni? Bisik aku dalam hati.
"Nak isap rokok camner, laju-lau camni?" tanya abang karkun.

Ye tak ye, jugak...Tiap kali dalam perjalanan untuk misi rahsia macam ni, aku akan terkenangkan nasib bangsa aku sendiri. Aku risau dengan lanskap tempat anak keturunan aku membesar. Aku tau kita tak perlu risau jika kita serahkan kepada Allah, tapi aku kalau boleh taknak sorang pun keturunan aku end up in hell forever...

Memandangkan aku pernah jadi wali, aku pernah dibukakan sedikit rahsia. Dah tentulah benda rahsia yang ada kena-mengena dengan aku dan apa yang bermain dibenakku sebab kalau Dia nak bukak SEMUA, nak mula dari mana? Terlalu luas sangat lautan ilmu Nya tu. Dah berapa orang yang lemas...Kahkahkah. Jadi aku didedahkan tentang bangsa aku. Biaser ar, wali cikai, Dia buka ilmu cikai la dulu. Dia suruh aku kontrol bangsa aku dulu la tu. OK, dipendekkan cerita, aku susah nak terangkan apa yang didedahkan tu, tapi berbekalkan sedikit ilham dari Dia jugak, Dia ajar camner nak explain kat korang. Aderla mesejnya tu, aku pun tak tau. Ke aku tengah berskizo, ni?

Graf pertama ialah graf IDEAL masyarakat Melayu kat Malaysia. Bila cakap masyarakat Melayu, kita cakap pasal orang Islam lah. Tengok perlembagaan, kalau tak caya. Bila cakap orang Islam, kita cakap pasal orang yang menganggap solat itu pentinglah. Orang yang tak anggap solat fardhu itu tak penting tak termasuk dalam data, sebab sensor kitorang hanya dapat kesan orang yang solat jer. Masyarakat Melayu dulu ramai yang warak. Lepas solat diorang wirid. Campurgaul lakipompuan memang terkawal. Hiburan, arak, judi, zina, terkawal. Dan masyrakat pun bergerak ke arah kewarakan. Ramai juga dah graduate jadi wali atau dimatikan "on the way" sebab baik sangat.

Tapi data terkini menunjukkan perkembangan yang membimbangkan. Cuba tengok graf hipotesis. Walaupun graf ni dikumpul berdasarkan data serkap jarang di masjid berhampiran dan di TV-TV setiap rumah, taburan normal tahap Islam dikalangan masyarakat Melayu sudah berubah menjadi bipolar (dua tanduk). Populasi terbahagi kepada dua: orang yang berpegang ngam-ngam dengan hukum syarak, dengan orang yang berpegang teguh kepada hukum warak yang sepatutnya menjadi pegangan masyarakat Malaysia demi menjamin rahmat dan keselamatan sentiasa datang dari Nya di tanah ini. Dah semakin ramai orang main blaa jer lepas solat jemaah, lepak-lepak kat luar konon ada benda important atau nak terkucil tadi, dan ramai juga yang tak tinggal ketayap putih ke sana ke mari walhal lepak di kafe-kafe sebelah disko yang dipenuhi amoi seksi tak hengat. Kalau lepak jer takper, ni siap isap rokok dan melayan awek omputih seksi sambil gelak-gelak cam iklan satu Malaysia lak. Ke, ketayap tu sekadar fesyen nak cover rambut jer? Camtudung wadina? Yuna? Ntah lah. I, too am Malay, you know. Hahaha

"Jadi, kepada pihak berwajib, kami sarankan agar tindakan segera diambil agar yang berkudis semakin baik, yang berparut, semakin hilang. Karam Wali, ahh, melaporkan"
Aku pura-pura menutup microphone macam reporter baru habis merakam laporan untuk Media Prima. Dah dekat dah nampaknya ni. Lain kali lah aku sambung blog.




"Camner, tak turun pangkat? Asyik dedahkan rahsia, jer kerjanya", kata brader bus stand.
"Dah berapa kali aku tepuk dada dia, samerr gak..." balas abang karkun. Aku buat aksi macam me lazer dua ekor mamat ni. Lawak-lawak bodoh camni dah jadi biaser sebagai ice breaker dalam perjalanan ke Palestin yang dah semakin kerap kebelakangan ini.

Wednesday, July 21, 2010

wali, wali gak. tapi, kita siapa?


Ada sekali tu, aku terdengar dari satu kuliah, akan sebuah hadis. Dalam hadis tu, dikabarkan Baginda SAW melakarkan satu kotak di atas tanah. Dalam kotak tu ada macam maze. Dari satu sisi sebelah kanan kotak itu, Baginda SAW melakarkan satu garis yang terus extend straight ke kiri kotak dan menembusi keluar kotak. Macam gambar kat atas. Kemudian Baginda SAW menerangkan bahawa apabila manusia diciptakan, kotak tadi mewakili nasib manusia itu. Rezeki, jodoh, ajal, susah, senang, kehidupan dalam realiti duniawi ini, semuanya dalam kotak itu. Dan jika masa itu bergerak, maka masa itu bergerak dari kanan ke kiri kotak. Semuanya akan terhenti apabila sampai di hujung sebelah kiri kotak. Inilah saat kematian. Tapi garisan lurus yang bermula dari dalam kotak itu akan terus menerus bersambungan,hingga ke luar kotak. Itulah garisan angan-angan.

Sungguhpun ustaz yang memberi kuliah menekankan tentang jangan banyak berangan, sebab masa tu patut kita gunakan untuk beramal dan beribadat, aku termakrifat benda lain pulak.

Aku lihat angan-angan mewakili hope seorang manusia. Dalam hidup, manusia biasanya berangan-angan untuk mendapatkan apa yang belum diperolehinya. Dan untuk memotivasikan dirinya untuk berusaha, dia akan berangan-angan. Ada yang berangan tentang perjalanan yang nak ditempuhi demi untuk mencapai impiannya itu. Ramai yang berangan tentang camana rasanya semasa mendapat hajat itu. Ada yang berangan melayan perasaan. Ramai yang akan berangan tentang apa plan kita selepas ni bila dah dekat dengan due date. Tu yang semasing senyaaap jer dalam keta masa on the way pegi final presentation ke, audit ke, kenduri ke. Layan kepalerrr semasing jer. Angan-angan manusia tak pernah henti. Sebab manusia tak perfect. Mesti ada benda yang nak kena improve dalam hidup ni. Kehidupan material, kehidupan spiritual. Angan-angan membuatkan kita bersemangat untuk menghadapi kenyataan bahawa; kita yang kena buat semua sendiri dan jangan harap nak dapat moral support atau sebagainya sebelum mencapai hajat itu (dapat kutukan dan cabaran lagi, ader) dan bila dah berjaya, semua ngaku diorang ada play a role dalam kejayaan tadi. Padahal tadi dialah yang kata kita ni tak berguna, mat jenin, atau mat pit.

Anyway, apa yang diangan-angan seseorang bergantung kepada keasyikan seseorang terhadap sesuatu yang tak pernah dirasainya. Macam orang bujang fantasi pasal sex. Orang dah kawin fantasi pasal main dengan orang lain. Dan orang yang dah rasa macam-macam daging pulak, fantasi pasal main cara gilagila macam main dalam lif (lagi?) atau main kat ruang tamu rumah kawan masa kawan keluar pergi beli air oren sebab korang datang tibatiba tadi, atau berpikir apa rasanya kalau main dengan sapu minyak power yang kita nampak kat TV haritu...Dalam hal ni, kita kaitkan angan-angan dengan sex untuk mengingatkan keasyikan angan-angan. Ada jugak yang angan-angan nak dominasi dunia. Atau yang angan-angan buat satu persembahan gempak gila di hadapan ratusan pengkritik seni, atau berangan-angan akan sebuah esok tanpa benci atau kepura-puraan yang berlandaskan kepentingan diri.

Tu sebab agaknya masa kecik-kecik, lepas tanya nama dan dah makan ke belom, mesti kita tanya budak kecik tu dah besar nak jadi apa. Kita nak budak tu buat keputusan dan kejar keputusan yang dia dah buat tu dan biasa ar, sumernya menggalakkan budak kecik tu untuk tambah lagi usahanya dalam pelajaran atau pengayaan ilmu dalam dirinya.

Aku tak tau cerita detail tentang kisah kewafatan Baginda SAW. Tapi apa yang aku ingat benar: Akhir kalam Baginda SAW ialah: "Ummati-ummati" yang bermaksud Baginda SAW risaukan keselamatan ummatnya ketika akan dihisab dihadapan tuhan yang Maha Teliti suatu masa nanti. Bukan patutnya "lailahaillallah" ke?

camtu sekalilah seorang manusia, yang mempercayai dia seorang penyelamat ummat dari kesengsaraan selama-lamanya dek murka sesuatu yang di namakan ALLAH. Dia mempergadaikan dirinya untuk kita. Ummatnya, di depan tuhan nya.

Dan kita sebagai MANUSIA. Yang jahil dan tak tau apa-apa pasal Islam, atau tak pernah give a damn pasal apa yang akan berlaku kepada diri kita lepas mati dalam kubur, terdengar ada seseorang yang sungguh menyayangi orang lain sebegitu sekali sehingga sanggup memikul beban mewakili kita di depan TUHAN yang AKAN membuat PERHITUNGAN tentang untung nasib kita selamalamlamanya, tak rasa apa-apa bila ada orang yang mempersendakan beliau? Atau ada orang memperolok-olokkan Baginda SAW? Atau menganggap Baginda SAW dan the whole rule for the REALITY does not apply anymore? Kita jahil, dah la. Jangan sampai waladdollleeennn pulakk.

Steve Jobs dengan Bill Gates 3

Dan cerita klasik pertembungan dunia antara specialist dengan idealist or fiqah dengan sufi or sosialis vs liberal, etc, itu berterusan sampai bilabila selagi ada yang mahu melayannya...

Kan masa tu lebih baik dihabiskan dengan membaca? Atau membuat bahan bacaan. Atau sesuatu supaya orang di LUAR diri kita di SANA tahu, apa yang bermain di hati kita sebenarnya. Keluarkan sesuatu. Jangan asyik komen hasil kerja orang jer. Dahtu komen belakang-belakang laktu? Apa pekdahnya feedback kalau feedback tu sekadar berdengung dalam microphone jer? Orang tak dengar apa pun kat speaker. Aku buat benda ni untuk kasi korang bersuara. Jangan paksa aku buatkan korang cari aku pulak...Hahaha. Amenda ni?

Takde sapa nak jadi villain. Semua sukakan kasih sayang dan persatuan. So, lets try unity for a change. What do we got to loose? Wahai PAS, dalam perjuangan mu untuk menegakkan Islam di tanah ini, bukankah UMNO itu saudara yang aula kita dakwahkan ke arah jalan ini, di samping rakan-rakan yang di samping mu itu juga? Dan macamana kita melayan orang yang ada password tu dalam dada mereka? Akhlak dan hikmah laaah..kepada semua sekali la. Kepada UMNO pulak, tolonglah kembali ke fundamental seorang Melayu; kita takde apa jika tiada Allah. Dan dah sampai masanya, korang tumpukan kepada kemajuan spiritual komuniti Malaysia pulak. Backup plan kena ada. Jangan buang maserrr...Bala dah around the corner ni...Jom kita berenti sekejap dari semua ni dan berpadu tenaga menangani masalah zina dan buang baby ni dulu. Masa pilihanraya, baru kita gaduh balik. Parti kerajaan dan parti pembangkang adalah komponen dalam sebuah negara dalam memastikan keputusan berkenaan pengurusan sumber negara digunakan untuk kemajuan dan keselamatan negara. Ni korang dok habiskan masa dengan main congkak di waktu bekerja. Korang maju, memang dah maju. Tang keselamatan tu, dah bahaya sikit.. Dunia makin menakutkan. Pandanglah sekeliling dan tanya diri sendiri: have i done enough? Jenayah, dadah, pencemaran. Korang pun tak terkecuali. Gempa bumi, kilat, kapal terbang terhempas, sakit perut, kencing tak tus...Hahaha.

Wallahu'alam.

Kita minnummmm dulu...Kopi Radix satu!


*remark: sila rate posting kali ini dengan menge klik button di bawah. Bukan payah punnn

Steve Jobs dengan Bill Gates 2

Jobs memang terkenal dengan kepala gilanya. Cerita bermula dengan impian Jobs dengan satu mesin yang memudahkan sistem cashier dan simpanan data. Masa tu, rekod tentang perniagaan, perbankan, semua pakai hardcopy. Kertas bertimbun-timbun. Jobs dah nampak demand untuk satu mesin yang memudahkan semua ni. Dia ambik kalkulator-kalkulator transistor lama, dia combine-combine dan buat satu mesin. Itulah komputer primitif pertama. Manusia yang pada masa tu, benda paling canggih ialah televisyen transistor dengan mesin kalkulator siap dengan keluar resit, ternganga-nganga melihat komputer. Jobs cuba cari sponsor untuk membolehkan dia buat benda ni lagi gempak lagi. Tapi orang dahla tak paham apa kebendanya komputer tu, ni nak melabur pulak. Puas Jobs merayau-rayau cari orang nak biaya projek dia. Last-last ada satu kompeni hamprak, yang takde kena mengena dengan industri teknologi yang sponsor. Dua ratus ke apa dia kasi kat Jobs. Jobs punyala happy. Dia rancang dan dia perbaiki idea dia dan keluarlah komputer rasmi pertama. Cam mesin kashier jer rupa dia. Cam mesin pembancuh kopi pun ye gak.

Setelah beberapa lama, idea komputer Jobs ni makin diterima pakai. Sebab orang berniaga perlukan data untuk pengurusan dan marketing. Dan by this time, Jobs dah dapat asingkan idea komputer ni kepada software dan hardware. Dipendekkan cerita, kita fastforward terus ke komputer zaman command prompt. Alaa, yang monitor monochrome hijau tu. Yang kena pakai DOS disket floppy tu. Masa ni, Jobs dah ada sorang kawan. Masuklah mamat nerd kita ni; Bill Gates.

Bill Gates ni, kepala hotak dia memang bisnes. Tapi dia bukan kreator. Dia innovator. Jobs ni yang kapla. Tapi Gates terrer bab bisnes. Dia yang keluarkan idea untuk pasarkan komputer dengan operating system dalam bentuk disket. Bisnes diorang meletup. Revolusi lagi. Gates gila bayang. Jobs pulak, kepala dia makin ligat pikir camana nak gempakkan lagi. Dia tercerita pasal idea pasal dunia komputer tanpa DOS dan nak masuk program, main klik-klik ikon jer kepada Gates. Gates dengarrr jer. Apahal mamat Jobs ni? Dia kata komputer ni software ngan hardware. Aku software, dia hardware. Pastu cakap dunia tanpa OS pulak. Dunia tanpa aku,laaa. Bisik setan kepada Bill Gates. Gates simpan konspirasi, plan pepehal kalau dunia akan mengetepikan OS. Dunia mengetepikan dia. Apa dia nak makan? Gates selalu diganggu paranoia dan dia akan ikut cakap paranoia dia. Ada jugak paranoia tu yang baik, so dia akan dermakan duit dia. Dapat lak bini dia pun jenis sama gak. Nak dijadikan cerita, Jobs dengan Gates ni gaduh. Pasal tertinggal kunci ke, pasal awek, aku pun dah tak ingat. Tapi akibatnya, Gates dan Jobs berpisah.

Gates meneruskan bisnes OS nya. Dia merealisasikan idea Jobs yang dia dengar haritu. Keluarlah Windows 3.0. Meletup gila la bisnes Gates. Lepas tu perbaharukan Windows. Pastu update windows. Pastu tukar grafik. Tu jer lah.

Sementara tu, Jobs yang tak reti berniaga sekadar bekerja sebagai designer jer dalam kompeni yang dia sendiri tubuhkan. Last-last, tahapebendantah yang silap, Jobs kena kick dari kompeni tu dek shareholder. Dia bla. Dia tubuhkan kompeni dia sendiri dan pulun sehingga membuatkan kompeni lamanya terpaksa membeli kompeni barunya untuk menghapuskan saingan. Senang cerita, kepala dia la yang nak keluarkan apps timbang air kat iphone tu. hehehe. kena tipu. Tapi inilah Jobs. Dia dengan dunia dia yang menarik tu. Absorbed dalam experiment dengan benda elektronik dalam memperkayakan hidup ini. Tapi orang luar nampak dia macam failure jer by the end of the day. Orang akan tetap beli Bill Gates. Well, dah termakan umpan Gates sebenarnya. Tapi masih belum terlambat..Ehehe.

Tapi manusia semakin memahami orang seperti Jobs atau underground atau Marilyn Manson atau scene commolot di filem MELAYU atau scene orang tua kartun, gomol-gomol muka kat tetek wanita dalam rancangan kartun kanak-kanak, jadi, orang absorbed atau genius macam Jobs semakin mendapat perhatian dikalangan masyarakat manusia yang boring yang sentiasa tercari-cari pembaharuan.

Sampai sekarang, Jobs tak henti-henti dari menghasilkan benda teknologi baru yang revolusionari. Jobs ni tahap wali la.
Sementara Gates pulak, dok stuck dengan idea yang Jobs keluarkan berapa dekad yang lepas. Stuck dalam paranoianya. Lepas sibuk mengganggu hidup kita dengan kelemahan dari segi CPU utilization, dia dah berani nak check-check komputer kita pakai OS apa pulak.

Steve Jobs dengan Bill Gates


Orang tengah sibuk pasal perpaduan Melayu. Aku suka. Tapi bila orang cerita perpaduan Melayu ialah percantuman antara UMNO dengan PAS, aku jadi blank. Mangkuk ke apa? Di Malaysia, kita beranggap kejayaan manusia ialah dalam agama. Sebabnya telah diterangkan dalam posting terdahulu (Den budak podeh 2).

Umno; sekular. PAS; Islam. So kena pilih PAS,lah. Tapi PAS kena ada plan yang jelas dengan pemerintahan Malaysia kalau nak menangi perhatian rakyat. Dah ada agenda apa nak buat untuk ekonomi, sosial dan politik Malaysia yang macam Madinah ni. Tapi kita semua tahu yang UMNO dan PAS ni pernah bersatu dan membuat gempak di Malaysia satu masa dulu. Tak kisahlah lepas tu ada yang mencibaikan keadaan dengan membuat fitnah dan menyebabkan perpecahan (sebab benda ni memang akan berlaku so takyah nak sedih sangat), tapi kenangkan kembali saat indah melihat MELAYU ni bersatu. Ingat kembali saat lepas solat tu kita dalam satu jemaah mengadap tuhan yang satu dengan rasa kehinaan meminta ampun sebab huru-hara yang kita dah buat sejak kita diangkat menjadi KHALIFAH kat dunia ni dulu. Kenangkan kembali saat kita bermesyuarat bersama-sama demi menjaga keamanan tanah ini, sebab peperangan moden ialah pilihanraya, dan kita tak boleh biarkan KEBENARAN kalah di Tanah MELAYU ini. Kenangkan kembali malam di mana kita mengadap Allah dengan rasa syukur kerana pada saat itu kita merasakan (walau sedetik) apa nikmatnya kalau kita bersatu. Boringlah. Aku malas nak nostalgic ni. Sebagai penggantinya, aku bawakan cerita skizo pasal Steve Jobs dan Bill Gates. Dua manusia yang aku anggap asbab kepada terjadinya boom elektronik dan asbab aku dapat gaji dengan memastikan korang dapat yang terbaik dari transistor kitorang.
Anyway, the moral of the mengarut is that: imagine dunia elektronik sekarang, kalau Jobs dengan Gates masih dalam satu kompeni. Perghh. Mesti kita implant chip dalam daging buntut ke, atau silap-silap; AI...Enjoy. Aku harap korang komen. Kalau tak komen, aku akan lame kan cerita dalam blog ni. Hahahaha.

Interview dengan wali 2

Malam tu, masa aku tengah lepak layan gitar, aku dapat satu call. Private number. Aku jawab.

"Assalamualaikummm" Cam pernah dengar, jer?
"Wa'alaikumussalam. Sapa ni?"
"Brader bus stand. Aku nak pulangkan beg kau ni. Kau katne?"
"Saya kat area Kg. Kerinchi."
"Kita jumpa kat KLCC boleh?" Setelah menge-setkan appointment dengan brader tu, aku sambung main gitar balik.

Besoknya, aku ke KLCC seperti yang dirancang. Sabtu. Ramai orang. Putra penuh dengan PATI. Ku rasakan bagai di yogyakarta. Kat Bangla pun ader jugaa. Aku sampai dan terus ke kedai kopi yang dipersetujui. Aku duduk. Tunggu. Ishhh. Mana ni? Kang kena order air pulak. Aku toleh kiri. Aku baru nak toleh kanan...

"Assalamualaikumm" kelihatan brader bus stand datang menghampiri.
"Kau ngumpat aku ke?" tanya brader tu
"Wa'alaikumussalam. Maner aderrr." Aku tersengih. Dia menghulurkan beg aku kepadaku. Muka dia series. Kening dia macam bercantum. Gerun pulak aku tengok muka dia harini. Tak macam haritu. Haritu reduppp jer.
"Aku takleh lama. Ada hal la." kata brader tu. Dia mengangkat tangannya memanggil machaa order air. Nescafe ais dengan kopi ais satu. Kasi cepat aaa, machaa. Selepas machaa tu bla, dia bertanya kabar dan benda-benda formal yang lain tu cam beser arrr..

"Abang nampak cemas jer ni? Nak kemana ni?" Aku menyelak begku. Brader menghulurkan nescafe ais kepadaku yang datang tibatiba.
"Kasi kira teruslah machaaa" kata brader kepada machaa. Machaa terkumatkamit cam beser dan buat tiga jari. Brader terus membayar.
"Aku ada hal sikitla" jawab brader lagi. Dia membetulkan tuck-in tshirt merahnya.
"Kau kalau pakai tshirt, sebelum solat, kena tuck-in. Nantik sujud, nampak mencirit. Kahkahkah. Ngan panau. Kahkahkah" Lawak brader tu lagi. Tersembor air nescafe aku, tergelak dengan lawak tibatiba orang tua ni. Dia menyedut minumannya sikit-sikit. Sampai level tengah,dia stop. Dia pandang aku.

"Kau tengok blu, ke semalam?" Amender ni brader? Maner ader. Gua takmain blu-blu ni. Gua main terusss jer.
"Ohhh...Nak kena sebat ni! Kau kena tobat cepat. Sementara stok masih ada, ni" kata brader tu series. Aku terdiam. Betul cakap dia. Tak elok aku rosakkan anak dara orang macam ni. Bukannya selalu. Kadang-kadang jer. Kadangkadang terperangkap di tengah pulau yang menakutkan, lah. Kadang-kadang awek tu tibatiba ada di pintu bilik aku, lah. Camacam fantasi aku ni. Eh? Camana lak brader ni...?

"Aku boleh baca pikiran kau. Senang benar. Macam baca teleteks kat dahi tu. Kahkahkah" Kata brader tu pula. Series! Saiko ni...Brader ni memang boleh baca fikiranlaaa. Macam wali, laaa.
"Wali sumer camni" Brader tu menyedut minumannya. dia series lagi.
"Abang wali, ke" aku memancing. Umpanku cacing. Hajatku, ikan marlin.
"Wali autaaa..Kahkahkah. dahlah. Aku kena pegi ni. Assalamualaikumm" brader tu bingkas bangun dan berlalu. AKu blank. Aku hanya memerhatikan kelibatnya menghilang di tengah amoi-amoi seksi di KLCC ni. Camana aku nak contact dia? Trut-trut. Trut-trut. Mesej laa. Aku slidekan handphone. Unlock. Mesej dari sapa, ni? Tertulis:..

"Don't call me. I'll call you. Kahkahkah."

Aku menggaru kepalaku. Barang-barang dalam beg semua ada. Baju kotor pun dah siap berbasuh. Perghhh..?

Monday, July 19, 2010

Interview dengan wali

Bas yang aku tunggu terlepas lagi. Alamat lambat lagi la aku harini. Aku pasrah. Aku terus duduk di bangku, letakkan beg dan menyalakan sebatang rokok. Baru aku perasan, kat sebelah belakang bus stand, belakang signboard, ada orang tengah dok mencangkung. Aku pikir, what the heck, next bus pun lagi 15minit. Lepak dengan brader ni pun OK gak. Aku ke belakang. Beg tinggal depan.

Belum sempat aku bagi salam, dia dah bagi salam dulu.
"Assalamualaikumm" sebut brader tu. Kelihatan seorang lelaki dalam 50-an, berketayap lusuh, berjean hitam dan bertshirt bundle, sedang mencangkung memerhatikan gaung di belakang bus stand. Muka redupp jer. Tahapabenda yang dibuatnya kat belakang ni nyangkung sorang-sorang.
"Wa'alaikumussalam" Jawabku pendek. Aku senyum. Dia balas senyumanku. Aku dok mencangkung kat sebelah dia.
"Abang buat apa ni?"
"Tengah nyangkung" senyumnya.
"Yelah. Kat bus stand ni." aku buat muka toya. Kasi mesra sikit.
"Tengah tunggu bas".
"Abang nakgi mana?"
"Ntah. Tengokla bas tu bawak kita ke mana. Hajat memang nak ke tempat berhajat" senyumnya lagi.

Brader ni, saiko ni. Ntah-ntah matpit. Kanlehcayer. Tengah stim kot..? Takper. Layan lagi...
"Bas dah banyak kali datang, tapi saya yang tak berani nak naik. Cepat benar pulak sampai destinasi kang" kata brader tu tibatiba. Aku menyedut dalam rokok ku. Power plak isap rokok sambil memandang gaung ni. Brader ni taklah sesaiko yang aku sangkakan.
"Abang takde duit ke?" aku bergurau. Brader tu tersenyum. Bunyi lori hantu yang lalulalang depan bus stand mengganggu perbualan kami yang dalam mode senyap tadi. Aku terus melayan rokokku. Dah dua hari berturut-turut aku datang lambat pegi keja. Dah 3 kali aku tukar kerja dalam jangka masa dua bulan ni. Apa nak jadi ntah dengan aku ni. Duit tak pernahnya cukup. Ada jer benda nak dibayar.

"Tau pun." kata brader tu tibatiba lagi.
"Tau apa?"
"Jawapan kenapa ada duit ke takde"
"hah?" Brader ni boleh baca pikiran aku ke?

"Taklah" kata brader tu lagi. Dia bingkas bangun.
"Assalamualaikummm. Jumpa lagi. Bas saya dah sampai" kata brader tu. Aku yang dok melayang dalam kata-kata dia sebentar tadi, hanya merenung dalam ke arah gaung. Aku pikir betul la. Aku dok bazir masa mengejar duit. Bukannya aku taktau dunia akan lari dari kita sekuat kita mengejarnya. Aku kena betulkan niatku. Aku dah paham. Aku toleh ke arah brader tadi. Dia dah hilang. Kat depan kot? Aku ke depan. Brader dah hilang. Aisehhh..

Eh? Mana beg aku?
Mesti brader tadi dah terambik. Tapi takkan kot?


Dari kejauhan, aku tedengar ada orang menjerit: "Beg kau ngan akuuuuuu"
Aku kaget. Nak tergelak pun ader.

*remark: perbualan original berlaku dalam dialek Negeri Sembilan, daerah Rembau. Tapi aku translate ke bahasa standard supaya memudahkan korang memahaminya. Aku biol dok translate benda ni, takpe. Asalkan korang paham. Cheiiii...

Birds of Parliament

Ada seekor burung. Dia sebenarnya salah seekor dari sekawan burung dalam sebuah taman yang sungguh indah. Dan setiap ekor burung dari kawanan ini pun indah-indah pula. Ada yang hijau kebiru-biruan. Ada yang kuning keoren-orenan. Macam-macamlah. Lawa-lawa. Dan burung kita ni yang paling mengancam. Dengan paruhnya yang tajam tersusun rapi, alis matanya yang series dan macho, sideburnnya. Eh...Kepaknya pula lebar dan bila dia menebarkan sayapnya, terlihatlah bahagian dalam sayapnya yang putih umpama bercahaya itu.

Bila kawanan burung ini lapar, mereka akan terbang ke satu kawasan kebun di mana pohonnya rendang dan mengeluarkan buah-buahan yang berbau harum dan manis pula. Bila haus atau rasa dah boring dok mentekedarah buah, kawanan ini akan terbang pula ke anak-anak sungai yang airnya mengalir halus, bersilau dek disinari cahaya mentari yang tah kat mana, rasanya pula manis dan menyegarkan. Kadang-kadang ada juga anak-anak udang yang boleh dijadikan munchies sambil berborak pasal kelazatan melepak di taman tu bersama burung-burung yang lain. Dan tiba-tiba angin sayup bertiup lembut, melalui kawanan beburung. Burung kita ini akan mengembangkan sayapnya, membiarkan angin taman yang segar itu menjalari setiap helaian pelepahnya yang sememangnya cantik. Dan rakan-rakannya akan bertasbih dan memuji Pencipta yang menciptakan burung hero kita sebegitu indah.

Satu hari burung kita ni dipakaikan baju kulit. Ini kerana bulu yang cantik tadi perlulah dilindungi sebagai tanda kesyukuran burung tu terhadap nikmat yang diberikan kepadanya. Satu kali, nampak segak dan bergaya juga. Sekali imbas lagi, nampak cam hero Harley Davidson pun ada. Dan burung kita ni diletakkan dalam sangkar, sebab dia special. Dia diberi makanan yang istimewa, yang terpilih saja, menurut masa yang tetap atau bila-bila masa dia naklah. Takpayah nak terbang ke sana, terbang ke sini. Lepak tengok Astro dalam sangkar jer. Channel Discovery ada. MTV ada. AF aritu sapa menang? Sungguhpun begitu, pada mulanya burung kita ni kekok jugalah. Meronta-ronta jugaklah masa nak masukkan dalam sangkar. Masa baru masuk tu, kepala dia julur ke luar jer. Dua-tiga hari gak dia termenung tengok luar...

Rakan-rakannya seperti biasa, memuji dan bertasbih Pencipta yang menjadikan burung kita ni, sangkar, seluruh idea pasal freeflow of food, sofa, Astro. Burung kita pun macam terkembang pulak sebab dia menikmati nikmat yang sekadar diperkatakan dan dilihat saja oleh rakan-rakan burungnya di luar. Dia rilek. Dia OK. Dia bersyukur pada Si Pencipta sebab dia dipilih untuk menikmati segala itu.

Masa berlalu. Kawanan burung yang cantik ini meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, terbang ke sana ke mari, menikmati keindahan taman. Kadangkala mereka terbang jauh sikit nak try makan padi pulak. Kadang-kadang diorang turun selatan pegi makan ikan.

Sementara tu, burung kita ni, lepak sangkar tengok HBO. Terasa nak makan, reheat dengan microwave. Terasa nak jajan, bukak setiub Pringles. Terasa haus, tapi taknak minum ais. Kopi Radix, satuu!!
Kadangkala, angin taman akan bertiup melalui sangkar burung kita ni. Dan si burung ni tiba-tiba akan terasa sayu. Rindu. Kadang-kadang tu rindu datang dan dia akan menjengukkan kepalanya keluar berhari-hari. Kadang-kadang tu berjam-jam. Seperti sekarang. Angin yang bertiup tadi mengingatkan dia untuk menjengukkan kepalanya keluar. Dia bangkit dari sofa. Dia pandang keluar. Dia terpandang kawanan rakan-rakannya sedang terbang menuju ke tepian sungai di belah kanan untuk minum. Dia terasa rindu. Rindu tu baru nak mencengkam, masa tuu lah movie yang dia tunggu kat HBO dah start. Dua kali repeat dia miss kat Astro. Kali ni mesti tonton. Dia menarik kepalanya, lepak kat atas sofa dan memegang remote, upkan volume. Pastu ambik tiub Pringles dan mula mentekedarah...Dan sangkar tak pernah dikunci tapi burung kita ni tak pernah perasan pun. Tah tau tah tidak kat mana pintu, tu.

Angin bertiup lagi. Burung kita tak terasa. Angin bertiup deras sikit. Dia buat dek jer..Angin bertiup lagi deraas hingga sangkar pun macam nak tumbang. Burung kita sekadar memegang mugnya dari tertumpah sambil mata terus melekat di TV tengok apa ntah.

Dan masa terus berlalu. Burung kita diserang penyakit obesiti. Teruk. Dah tak dapat bangun dah. Macam nak mati dah. Maka rakan-rakannya pun dibenarkan masuk untuk menziarahi burung kita ni. Semuanya berjalan lancar sampailah salah seekor dari rakannya memicit butang remote Astro dan terus ke Channel V yang tengah tunjuk video clip baek punya. Layan pulak lagu ni. Kawanan burung yang tak pernah menikmati nikmat yang tepu sebegitu, terus terlupa pulak pasal burung kita ni. Last-last, semua dok melepak karaoke dalam sangkar tu ramai-ramai. Cerita apa, ni? Aku tangkap sekor-sekor dan taruk kat luar sangkar balik. Diorang tak pakai jaket kulit, takkan tahan seminit pun dalam sangkar tu.

Dipendekkan cerita, burung kita ni pun dah nazak. Maka baju kulitnya dibukakan. Dan ketika dia diusung keluar dari sangkar tu, terdetiklah dalam hatinya betapa rugi masanya digunakan dalam sangkar itu sedang sangkar itu tak pernah berkunci pun sebenarnya. Dan dia berada dalam penyesalan yang teramat sangat kerana tibatiba rasa rugi tak dapat turut serta menyertai rakan-rakannya makan padi atau ikan. Dan dia mula membenci. Dia mula tak redha. Padahal kita tengah hangkat dia ni. Nak bagi proper burial, ni. Dia marah-marah lagi. Eh, mencarut-carut pulak. Last-last dah mati, aku humban dalam longkang belakang rumah.


Inspired by "Birds of Parliament" by Rumi in some writings I found about sufism.
Bukan nak memperolok-olokkan karya beliau, tapi copy n paste, boringla.
Bukannya hadis ke apa...hehehe.

Mencari Wali

Hahaha. Aku nampak ada sorang tu pakai nick "ideologi wali". Aku tak pernah kenal secara peribadi akan mamat itu, tapi aku tertarik dengan nickname dia. Ideologi wali. Hahaha. Lawak.

Penyakit koman di kalangan lelaki Melayu: tertarik kepada konsep wali. Suka kepada makam tajirid. Nak berkenalan dengan orang bermakam sedemikian. Sebab ada kabel. Boley mintak macam-macam. Hehehe. Sekadar nak makan jerr, maa. Anakbini dan orang miskin, maaa. Bukan nak sakiti orang ke apa. Hehehe. Kan tuhan tu kaya?

Pemalas sebenarnya. Tadah tangan jer, batu bergerak. Tiup jer, pagar tumbang. Kenyit jer, awek seksi depan tu akan datang dan bagi no handphone macam dalam iklan pewangi tu.

Kat sini aku akan bagi guideline camana nak cari wali. Kenapa nak cari wali? Sebab kita nak tanya soalan ghaib. Soalan pasal keadaan sekarang. Lepas ni nak buat apa? Aku OK ke, tak ni? Masuk kiri ke kanan? Cam kiriiii jer ni? Aku taknak dah mati baru tau. Kalau betul mati tu bungkus, masuk tanah, takpe. Dibuatnya betulbetul jumpa MungkarNangkir kang, tak ke cuak dibuatnya, nak menempuh perjalanan yang selamalamalamalamalamalamalamalamalamalamanya tu?
Soalan lain kau buleh tanya dengan cikgu agama kau tu.

Camana nak cari wali? Mula-mula, kau kena usha dia dulu. Camana cara dia layan orang lain. Adakah dia ni gila glamer? Camana cara dia makan? Ada tak nampak tanda-tanda sunnah pada diri dan perbuatan dia? Apakah nilai amalan fardhu pada dia? Kalau kau amal dengan istiqomah ilmu agama Islam tahap darjah 3, kau pasti mudah mengenali seorang wali. Kalau kau istiqomah solat fardhu berjemaah takbiratul 'ula sejak dari akil baligh sampai saat kau membaca blog ni, silap-silap kaula wali. Tapi wali takkan ada rasa perasan. Dia takkan perasan. Hahaha. Dia sentiasa rasa macam sebijik batu kelikir yang kerdil jer semasa dengan kebenaran, tapi macam ibu harimau bengis yang anaknya dipisahkan dari putingnya masa sedang menyusu, semasa berdepan dengan kejahatan. Hahaha. Tak macam kau. Kau bukan wali. Hahaha. Jangan perasannn.

Lepas tu kau kena test dengan tanya dia soalan ghaib. Kau jangan buat lawak dengan nak try test ilmu agama dia. Atau nak tanya apa yang kau makan sebentar tadi. Atau nak celen mata dengan dia. In fact, masa dengan seorang wali yang tulen, kau tak perasan pun akan kewaliannya melainkan sebab orang dok mengadap dia jer ramai-ramai pada saat kau celen mata dengan dia tu. Kalau tak, kau ingat dia hanyalah sebahagian dari background.
Kau kena tengok reaksi orang lain masa wali kita ni menjawab soalan mereka. Reaksi dan jawapan tok wali juga perlu diambil kira samada menepati syarak atau tidak. Sorang-sorang tanya. Banyak data yang kau perolehi. Kau dok jauh-jauh sikit. Lagi banyak data yang kau dapat. Lagi bagus perspektif kau...Hahaha
Kau rasa rilek jer dan bila turn kau, kalau kau ada apa-apa nak tanya, kau cuma dapat berselawat atau bertasbih atau kau hanya terdiam tersipu-sipu cam orang bodoh. Kalau kau tak mengalami jugak semua yang di atas, aku sarankan agar kau berenti baca blog ni dan pergi ambik wudhu' ke mandi wajib ke dan solat taubat. Dengan aku ler sekali...Dah hitam benar dah tu..Kah kah Kah. Anyway...

Magic biasanya berlaku spontan jer. Masa kau nak tanya soalan tu, dia akan cakap sesuatu yang nampak macam dia dah tau apa kau nak tanya. Jangan terpedaya. Dia hanya nak alihkan topik kau. Kau kena sedar dengan kesedaran kau. Kau kena tenung mata dia, terus ke benak hatinya. Kau terus jer tanya sapa nama kau yang sebenar dengan series.

Kalau kau bernasib baik, kau akan jumpa wali. Kalau tidak, kau akan dianggap sebagai wali. Dan diketawakan. Hahaha.

Marilah kita ambil sejenak untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta kepada ahli keluarganya, para sahabat dan pengikut yang turut serta dalam perjuangan ini. Maha Suci Allah dari apa yang kita perkatakan tentang DiriNya.

Saturday, July 17, 2010

Demokrasi di Malaya

Aku terbaca baru-baru ni pasal ancaman terbaru kepada demokrasi. Dia kata, walaupun kita dah usaha nak terangkan sesuatu kepada seseorang, orang itu akan sama ada memahami, makin tak paham, tetap berada atas pagar atau terus menerus berada dalam keadaan jahil. Dia kata ancaman terabaru kepada demokrasi ialah otak manusia yang memilih untuk mempercayai apa yang dia nak percaya. Al Quran kan dah cakap, memang ada orang yang ditutup telinga dan matanya oleh Allah dan takyah susah-susah kita nak menerangkan sesuatu kepada dia (setelah dua tiga kali kita sound)...Betul la tu...

Artikel ni berat sikit, tapi sebab topik politik ialah yang paling popular, maka aku pun terpaksalah cerita sikit pasal benda boring ni. Kalau aku cerita pun apa pekdahnya pada aku? Silap-silap kena tangkap lagi, ada. Sebab kata-kata orang nobody macam aku takde impact. Takde fact. Takde leverage. Memang la..Blog ni pun sekadar bahan bacaan santai jer. Yang kau gi ambik series buat apa? Layan orang gila, kau pun sama la gila...Hahaha.

Demokaratsi ialah satu proses pemilihan semulajadi. Yang ramai akan dianggap sebagai mewakili kehendak keseluruhan populasi yang terdiri daripada majoriti, minoriti, atas pagar dan golongan jahil. Sebab by the end of the day, fitrah manusia tetap bersetuju dengan konsep: untuk bergerak ke DEPAN, kita mesti bergerak sebagai SATU entiti (negara, bangsa, agama, ideologi). Cara ini, dapatlah kita menumpukan seluruh tenaga dan masa kita ke arah satu matlamat: kemajuan. Kerana sumber bumi ni ada banyak tu ajer. Unsur dan tenaga dalam dunia ni banyak tuu jer. Takde tambah, takde kurang. Cuma dia berubah-ubah bentuk jer. Jadi, sumber yang ada (masa dan tenaga tadi), perlu digunakan untuk kehidupan seharian dan persediaan untuk hari esok. Dan memandangkan duit ada banyak ni jer, kita kena utamakan hal-hal berkaitan survival menurut keutamaannya. Demokrasi dibina berdasarkan lojik pemikiran manusia yang lurus yang menganggap : kebenaran atau kebaikan (yang sememangnya menjadi fitrah atau motivasi penentu seorang insan) akan menjadi pilihan majoriti, sekiranya semua insan-insan ni tadi, mendapat data/info yang secukupnya mengenai pilihan-pilihan yang ada (sebelum membuat keputusan). Kalaupun mereka dapat tau mereka dah buat keputusan yang salah pada kali pertama, sekurang-kurangnya mereka dah tau nak buat apa pada pemilihan seterusnya. Sebab sejauh manapun kita mampu meramal, hakikat hanya akan terbuka setelah sesuatu itu berlaku. Macam jodoh. Macam rezeki. Macam mati. Lepas mati semua orang akan percaya bahawa, ADA kehidupan selepas mati. Tapi dah terlambat..

Jadi, dalam menentukan 'kebersihan' dan evolusi sistem demokrasi ke arah satu sistem yang sempurna (dalam menjaga hak MAJORITI populasi yang diwakilinya), populasi (atau pemimpin yang menentukan peraturan) perlu menerima kenyataan bahawa kesempurnaan demokrasi hanya akan diperolehi melalui kesempurnaan sistem maklumat. Lagi banyak input yang diperolehi tentang sesuatu isu, lebih baik pemahaman kita terhadap isu itu dan bagaimana kita nak menanganinya. Keputusan pula dibuat berlandaskan set peraturan kolektif yang dipersetujui antara orang-orang yang diwakili. Truth will always prevail. Selagi kita berpikir tentang truth dan mau truth.

Sesuatu dianggap sah bila rukunnya dipenuhi. Ini rule kat Malaysia. Seorang warganegara dianggap sah bila dia penuhi rukun negara. Rukun negara MALAYSIA nombor satu ialah kepercayaan kepada tuhan. Dalam hal ini, Malaysia sah sebab kita ada agama rasmi: Islam. Agama Islam dipilih kerana majoriti orang di Malaysia beragama Islam dan majoriti populasi (pada masa perlembagaan dibentuk) menerima, bahawa setakat hari ini di MALAYSIA, pemerintahan Islam mengandungi kesemua elemen dalam hal menjaga hak dan kehendak manusia; dari cara pemerintahan sebuah negara, hinggalah ke cara nak basuh kemaluan selepas kencing. Ni bukan cerita Melayu jer ni. Kitorang pun belajar benda ni dari orang Arab. Dan Orang Arab itu pula dapat dari Tuhan. Tuhan? Kau tak percaya pada tuhan? Maka kau dah tak sah sebagai warganegara Malaysia, maaaa...Kau kena percaya kepada tuhan. Tak kisahlah lepas tu kau religious ke idak. Kau kena percaya ada kuasa yang MEMILIKI semua ini. Percaya kepada ghaib. Benda yang takde. Kenapa Malaysia dibentuk sebegini? Sebab untuk satu masyarakat terus maju dan berdaya saing, mereka perlu bersatu. Setelah bersatu, mereka akan melantik pemimpin (atau at least satu set of rule pasal kepemimpinan). Dan mereka mahu pemimpin dan yang dipimpin terus loyal kepada agenda dan perjuangan. Kita mahu satu kumpulan yang amanah. Dalam hal mendapatkan kepercayaan, cara paling berkesan terhadap manusia ialah FEAR. Budak ofis jadi rajin bila bos ada. Bila bos takde, semua mengular. Tapi kalau diorang ni semua taat kepada satu kuasa ghaib, mereka akan sentiasa rasa diperhatikan. Berimannn jer. Taat jer semasing. Tu pasal laaa kepercayaan kepada tuhan tu nombor satu dalam runkunegara Malaysia ni. Ni wali yang set kan ni...Mesti ada yang tukar besok ni...Maklumlah, demokrasi.Sukati korang laaa..Ini baru rukun pertama...

Dan di Malaysia, jika kita mahu terus maju ke depan, informasi tentang ketuhanan, kemajuan spiritual perlulah seiring dengan kemajuan material yang asyik diberi penekanan. Informasi tentang Islam, kebaikan dan hak kemanusiaan mestilah diumumkan dan tidak disekat. Namun, perlu diklasifikasikan bahawa; pegangan Sunnah wal Jamaah Mazhab Syafie yang dah terbukti berkesan di Malaysia, yang menekankan kepada hukum warak melebihi hukum syarak semakin mendapat ancaman. Ini yang perlu dibendung kerana ia adalah perpecahan kepada golongan majoriti (Melayu) di negara ini.

Dan sungguhpun begitu, orang Melayu dipecahkan lagi kepada golongan UMNO, PAS dan PKR pulak. Dahlah kena awasi ancaman dari gaya hidup barat, internet, nak kawal ekonomi lagi... silap, tuhan takkan tolong sebab demokrasi bukanlah sistem yang diiktiraf olehNya. Apa-apa sulap, sendiri tanggung. Tak macam sistem beraja atau khalifah. KAkalu silap, tuhan betulkan sebab dua sistem ni aje yang tuhan iktiraf. Tengok Brunei, Tonegok ARab. Kayo-rao ado minyak sebab rahmat dari tuhan.

Nak pecahkan demokrasi senang je. Pecahkan golongan majoriti, bagi diorang berkumpul dalam pecahan baru. Lepas tu bagi info-info yang menyemarakkan lagi perpecahan ini. Barulah minoriti dapat menguasai...Hisshh..Mangkuk punya sistem. Dan kalau sistem niTulahh..Korang ambik jalan susah. Korang nak jadi wali manusia. Kan senang kalau jadi wali tuhan?

Anyway, adakah kita perlu melarang pertumbuhan kumpulan dari agama yang lain? TIDAK. Selagi kumpulan itu tidak menyemaikan kepada kebencian atau cara hidup yang bertentangan dengan budaya Malaysia orthodox (sex is taboo, no homosexuality, no violence) dan menyemaikan kefahaman tentang kebenaran, kedamaian dan kemajuan, kita rakyat MALAYSIA patut sokong. Nak bincang pasal tauhid (tuhan tu ada berapa) pun boleh. Sebab Tuhan yang satu dah lahirkan aku sebagai muslim, Ah Chong sebagai Buddhist, Samy sebagai Hindu dan Netanyahu sebagai yahudi. Kita tak perlu membenci satu sama lain pasal taksub dengan perspektif kita yang sempit dan takmau mengambilkira perspektif lain, sebab masa dah tingal NI jer, minyak dah makin susut, dan mamat saintis masih lagi tak jumpa sumber tenaga free tu. Apa itu realiti pun masih tak pasti lagi (sila rujuk Kita, mug dan realiti). Tapi jiwa masih rasa kosong. Institusi kekeluargaan semakin hilang. Sopan santun dah makin kurang. Bayi tak beribu bapa bersepah-sepah.

Cuma kadangkala kita perlu dihukum sebab kenakalan kita kerana menurut nafsu. Tapi membenci? Never.
Bila benci maknanya kena ada dua atau lebih pihak. Dan penyemaian kebencian ialah perpecahan kepada dua atau lebih pihak. Ini sangat ditentang oleh Islam yang mengamalkan dasar satu tuhan, satu iman. No syirik-syirik.


So, apa yang kita nak buat ni?
Kalau kau tanya aku, aku nak minum air kosong kejap.
.
.
.
Lepas tu aku kena tau apa perintah Dia untuk aku pada saat itu. Dan buat perintah tu.

Kalau takde apa, aku lepak bersyukur nikmat, tu je lah.

Aku sekadar menyampaikan ajer.
Kau kena bukak benak kau, bagi info masuk. Lepas tu selidik info tu, berdasarkan set peraturan kau. Macam aku: aku check pakai hukum warak. Kalau tak paham, parking kat satu side, nantik kita sambung balik.

Pepehal, kita minnum dulu.

Wali dari Bangi 6

Wali dari Bangi 6

Sejak aku dah keluar 3 hari first time tu, aku jadi ketagih. Dah jadi macam adrenalin junkie. Yelah. Takyah nak susah-susah tengok movie. Magic real depan mata. Tapi aku dapat tengok masa keluar dengan abang karkun jer. Kalau keluar dengan orang lain, cam beser jer. Kalau keluar dengan dia, nasik masak dua cupak tapi cukup untuk semasjid lah, lauk masak sendirilah, jalan atas air lah. Takat isik-isik minyak pakai air atas daun keladi tu dah basi. Eh biasa. Aku pulak yang kerek. Abang karkun rilek jer. Dia tak abis-abis: "Makhluk takde kose, Allah saja berkose"

Satu hari aku dok lepak dengan abang karkun isap rokok kat belakang tandas surau.

"Bang...Kalau abang dah sampai tahap tadah-tadah tangan jer, apsal abang taknak tukar motor abang? Cepat sikit nak pegi mesyuarat" suntik aku yang cuba nak mempengaruhi. Abang karkun ushar jer aku. Dia hisap rokok dia lagi.

"Ye lah. Abang susah-susah amik degree. Keja sambilan plak tu. Apsal abang taknak 'mintak sikit', kasi abang senang sikit buat keja?" Aku suntik lagi. Bagus jugak tahap kesetanan aku ni, hehehe.

"Aku dapat magic tu sumer, masa aku dalam jalan Dia ajer. Balik dari jalan Dia, aku manusia biasa jer. Nak makan kena usaha. Lepas berak kena istinjak" jawab abang karkun pendek. Aku blank. Perbincangan tu ditangguhkan sebab amersab jemaah dah panggil kitorang nak buat ghash...

Wali dari Bangi 5

Jemaah kami ditugaskan ke sebuah pulau di belah timur Semenanjung Malaysia. Jemaah masjid kat sana meminta bantuan jemaah luar untuk buat tabligh kat pulau tu yang semakin teruk aktiviti sosialnya. Tambahan pula, ramai ahli jemaah pulau tu akan balik kampung sempena hujung minggu ni sebab musim cuti. Nak challenging sikit, cuaca diramalkan ribut petir Laut China Selatan sebab musim tengkujuh. Abang karkun jadi amer (ketua). Ada 12 orang semuanya. Ada pakcik. Ada Brader. Student pun ada. Tapi diorang ni sumer otai-otai. AKu jer budak baru. Ngekor abang karkun.

Dipendekkan cerita, jemaah kami sampai di jeti. Hujan turun lebat. Lencun barang-barang kami. Sumer muka letihh jer. AKu masih excited sebab sumer benda ni baru bagi aku. Aku ingat keluar tabligh ni lepak masjid jer. Ni dah macam Indiana Jones dah ni. Kami membawa diri ke sebuah lori. Abang karkun mengarahkan kitorang naik lori. Lori menghantar kami ke kawasan pedalaman kat pulau tu dan meninggalkan kami di tepi jalan. Abang karkun mengarahkan kami mengikut dia. Kami berjalan membawa barang sampai ke tepi sungai. Air sungai melimpah. Deras. Ada banyak sampah turut hanyut dibawa arus sungai yang macam banjir tu. Abang karkun berdiri dekat dengan air sungai. Dia meletakkan beg yang dipegangnya. Dia pandang kiri. Dia pandang kanan. Takkan...?

"Kita melintas!" kata abang karkun sambil menuding ke arah masjid yang terletak di seberang sungai. Aku menelan air liur kering dalam kebasahan itu. Biar benarrr? Jemaah-jemaah lain pun berpandangan sesama sendiri.

Abang karkun menyensengkan seluarnya sampai paras betis. Dia menjinjing beg besar di atas kepala dan nak mengharung sungai tu. Takde jambatan ke? Biar betul mamat ni? Air mula naik ke betisnya, semakin ke tengah dia mengharung. Air makin naik sampai ke pinggang. Aku tengok abang karkun fokus jer kat masjid tu. Air makin naik sampai bahu. Sampai paras dagu. Abang karkun teruskan jugak. Kemudian, air makin turun. Bahu, dada, dan by the time dia kat tengah sungai, air paras pinggang dia jer. Dia mengisyaratkan kami supaya mengikut dia. Jemaah lain yang dok sibuk bertasbih selepas melihat magic terbaru abang karkun ni, terus taat dengan mengharungi sungai hingga ke seberang. Dah sampai seberang baru perasan ada beg tertinggal kat seberang, betulbetul kat tepi air. Kalau ditinggalkan memang hanyut ni. Tapi Abang karkun kata takyah ambik, jadi kitorang pun tak dapat lah tengok bab kedua aksi magic. hehehe.

Kami selamat sampai ke masjid. Semua dah letih. Kami terus buat solat sunat, susun barang dan berkumpul. Abang karkun suruh betulkan niat masing-masing dan kami buat persediaan nak tido. Kami terus K.O.

Esoknya, kami dikejutkan oleh seorang pakcik tua. Tok bilal. Dengan senyum-senyum dia kejutkan setiap orang nak solat subuh. Kitorang pun cargas. Hujan masih turun lagi kat luar...

Dah setel solat subuh, sessi suai kenal. Abang karkun kenalkan jemaah. Tok Bilal tanya bila sampai. Kitorang cakap malam tadi. Dia pucat. Dia cakap tak mungkin sebab...Dia menarik tangan abang karkun.

Kami dapati sungai yang terletak tak berapa jauh dari masjid tu, tempat kami menyeberang malam tadi tu, tebingnya hancur, dasarnya dalam dan beg yang tertinggal malam semalam tu, terletak nun kat pucuk pokok kelapa yang dah senget. Koman-koman 15 meter tu..Subhaanallah...


Selain dari pengalaman ni, sessi keluar 3 hari pada kali itu berlangsung macam biasa jer. Takde apa-apa pun. Selesai hari Isnin, kami pulang semula ke Bangi. Aku terpaksa dikejarkan ke hospital sebab fatigue. Kena tahan wad masuk air. Abang karkun lawat aku pada hari Selasa.

"Assalamualaikummm" cam beser, trademark.
"Wa'alaikumussalam"

"Camner keluar 3 hari? Ok Tak? Bulan depan kita pergi Acheh" Abang karkun kenyitkan mata kanan dia. Aku hanya menggelengkan kepala.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails