Showing posts with label kisah kali ini. Show all posts
Showing posts with label kisah kali ini. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Berakhir dengan keseorangan...

Adakah anda merancang mati sensorang?
Seorang pakcik tua termenung kosong di katil. Memerhatikan teman di katil sebelah, yang dikunjungi oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Baru dua hari mamat tu di sini. Di wardkan kerana kemalangan jalan raya. Orang tua tu berkalih menghadap dinding. Cuba melelapkan hati yang tersentuh dek keseorangan. Sungguhpun dia redha dengan ketentuan, namun hati sebagai manusia yang menghampiri masa tamat, tetap tersentuh tatkala realiti menghabiskan masa dengan keseorangan, lebih perit dari apa yang dijangkakan.

Hatinya tak tenteram. Dia bangun dan cuba membawa diri ke arah tandas. Beberapa kali dia terhenti mengelakkan orang-orang muda dan misi yang bukan saja takmau mengalah dengan orang tua, malah tak perasan agaknya yang dia seorang pesakit di hospital ini. Si tua merungut dalam hatinya. Jika di hospital swasta, tentu dia akan disorong naik kereta ke mana saja mahunya. Tapi ini hospital kerajaan. Kalau nak tunggu misi tu datang tolong atau tanya nak kencing ke pakcik, alamat berkubang dalam urine la dia kat katil. Pakcik tua tu menggeleng kepala keseorangan. Itu jerlah yang mampu warga tua buat zaman sekarang lakukan tatkala melihat kekurang asaman golongan muda yang langsung tak sensitip dengan budaya atau etika. Belum habis gelengan ketiga, Pakcik menggeleng lagi sebab kena tunggu turn nak masuk tandas.

Kat tandas, tah sapa-sapa entah semua masuk. Tandas hospital dah jadi macam tandas awam yang takyah bayar. Semua pakat nak terberak terkencing kat tandas ward ni agaknya. Ataupun, bila dah sampai ke tingkat orang tua ni, pundi dan buah pinggang semua orang tetiba gagal menahan aliran urin yang nak keluar. Pakcik tua kita berdiri di sebelah mamat muda yang leka memicit butang-butang di hemponnya. Pakcik pandang mamat, mamat pandang pakcik. Pakcik senyum, mamat kalih muka buat cam takde perasaan. Sungguh tinggi budibahasa budak muda zaman sekarang. Kedengaran bunyi flush ditarik. Pintu tandas yang bukan ditunggu oleh pakcik tua atau mamat terbuka. Seorang brader ber sideburn pulis, keluar dengan muka puas hati. Pakcik tua yang dah macam nak terkucil, memandang muka mamat muda dengan harapan mamat tu akan membenarkan orang tua yang tak berdaya macam dia guna tandas dulu. Taaaak. Mamat tu terus meluru pantas bagaikan ke dalam tandas yang baru dikosongkan. Keterkejutan pakcik tua kita dek kepantasan mamat muda tadi nyaris saja membuatkan beliau terkucil. Puas dia mengemut. Terkucil jugak sedikit..Hadusss...

Setelah selesai diperbantingan, pakcik tua mengemudi dirinya perlahan-lahan kembali ke perbaringan. Dari jauh kelihatan keluarga teman sebelah katil tadi masih ada. Siap ada anak-anak sedaranya sedang bergonjeng terlompat-lompat di atas katil pakcik kita. Pakcik tua semakin menghampiri. Beliau tersenyum ke arah temannya yang sedang leka main-main dengan anak sedara. Tak perasan agaknya. Pakcik nak kembali ke katil tapi ada dua budak kecik mengushar beliau dengan ketat. Pakcik tu tersenyum, membeli sedikit masa. Nampaknya, makbapak budak ni mungkin tak sedar fakta bahawa anak mereka sedang berada di atas katil yang dia amat perlukan setelah bersusah payah pergi dan balik dari menandas tadi. Masih takde sapa yang nak alihkan bebudak tu. Pakcik pandang kiri dan kanan. Ahli keluarga temannya buat tak tau ajer. Nak tak nak, terpaksalah pakcik membawa diri ke katil kubikel sebelah, dan duduk di kerusi pelawat.

...sampai terlelap-lelap orang tua tu kat situ...

Tuesday, February 21, 2012

Dayus?

Betapa mudah nak melabelkan seseorang itu dayus, pelacur atau murahan.
Betapa mudah nak mengisikan hati ini dengan kebencian dan keangkuhan.
Telinga yang ada memang mendengar,
Tapi hati tak pernah dibuka untuk memahami.
 Mata yang ada memang melihat,
Tapi pancaindera yang ada tidak pernah merasai.
Apalagi yang bisa si bisu sampaikan?
Selain senyuman yang diiringi tangisan,
Serta kaki yang longlai untuk terus berjalan,
Menadah tangan kepada yang kasihan,
kepada yang masih
bersifat kemanusiaan...

Dunia ini Darul Asbab
Jadilah asbab sampainya rahmat Allah ke dunia ini...

Tuesday, November 29, 2011

Menanti hujan berhenti...

Lelaki yang tak reti hargai keluarga adalah jantan
"Hidup berumahtangga ni, macam-macam rintangannya" mula makcik tu yang aku panggil makcik Rakiah. Beliau tadi duduk kat sebelah aku kat tempat duduk Terminal One Seremban ni. Aku tunggu hujan berenti. Dia tunggu kawan dia dari Bahau. Tadi kami berborak kosong jer. Tapi bila cerita dia semakin lama semakin menarik, aku offer nak belanja dia teh tarik kat warung sebelah tempat kami duduk. Beliau tidak menolak.


"Makcik ni, dah 4 laki acik" katanya sambil buat tanda 4 dengan jarinya.
"Peh! Acik ni poligami, la" kataku berseloroh. Spontan ajer tangannya menampar bahu aku. Aku ketawa dengan kemesraannya.


"Laki acik yang pertama, orang Muar. Sama-sama kami dari susah, bina hidup dan reta. Bela anak-anak. Tapi bila semua dah nampak macam semakin OK, dia pulak buat hal" katanya dan seraya itu juga wajahnya yang tadi ceria, berubah, Teringat kenangan pahit agaknya.


"Buat hal?" tanyaku blank walaupun aku boleh agak, apakah hal yang dibuat oleh bekas suaminya itu.
"Orang ketiga, laa. Dia mula cari yang lain" katanya Cik Rakiah tak cover. Aku menepuk dahiku macam tak caya.
Kulit telur itu designnya kuat, tapi rapuh


"Anak dah 6 dia boleh buat hal, lagi?" kata Cik Rakiah lagi macam tak caya. Aku rasa menggeleng dengan kebenaran akan kecibaian kaumku.


"Lelaki ni, bila dah kawin, pilihannya makin terbuka. Tak macam pompuan. Bila pompuan dah kawin, pilihannya dah semakin tertutup. Dapatlak bila dia dah ada anak" sambung Cik Rakiah lagi.


"Tak pahamla cik" kataku memujuknya memperincikan lagi penerangannya. Sekali lagi tamparan mesra hinggap kat bahu aku. Acik ni mesra mengalahkan sedara mara aku. Aku heran kengkadang camana kita boleh rapat dengan strangers tapi tidak dengan sedara mara sendiri...


"Ah, kau ni. Suka buat buat bodoh. Laki bila dah kawin, dia masih ada peluang nak kawin lagi. Pompuan bila dah kawin, sapa yang ndak?" katanya.


"Semua guna alasan yang sama. Layanan si isteri dah tak macam dulu, lah. Tak memahami, lah. Rimas dok rumah, lah. Tu sumer bibit-bibit menandakan yang dia dah ada orang lain" katanya lagi mengongsikan pengalamannya. Telinga aku tah kenapa semakin panas.
Isteri zaman sekarang memang tahap
tinggi. Semua kerja dia buat...


"Camanalah si isteri nak sama layanannya macam dulu-dulu. Kan dah ada anak? Dahlah kat rumah dia bukan nak nolong kita buat kerja rumah. Ni nak suruh kita layan macam kita ni takde anak pulak" kata Cik Rakiah lagi. Wajah makcik tu bagaikan nak ceritakan sesuatu tapi dia cover-cover. Aku buat muka macam tak puas hati.


"Paham tak?" tanyanya padaku. Aku menggeleng.
"Layanan atas katil la. Dia nak itula, inilah. Kita dah semakin berumur, dah ada anak, manalah nak buat benda bukan-bukan lagi. Tak cocok rasanya" kata makcik tu cuba menjelaskan. Aku mula dapat tangkap apa yang makcik tu katakan. Terlintas dalam kepala aku akan kebenaran perjuangan OWC.
Orang ketiga?


"Lelaki ni, makin tua makin menjadi. Dulu muda-muda masa boleh buat camacam, dia taknak buat. Dah tua ni, makin merenyam pulak dia" aku mengutuk diriku sendiri.


"Betul tu, nak" kata Cik Rakiah. Aku tak rasa gempak dengan persetujuan makcik tu. Bahkan aku rasa cam sial, ada. Pada diri sendiri


"Kau dahada anak bini, kau pikirlah sendiri. Sedarlah diri. Jangan ingat diri tu makin muda. Kalau tak tahan lautan gelora, jangan mendayung di tengah laut. Berpuas hatilah dengan main kat tepi-tepi pantai ajer" katanya sambil ketawa sorang-sorang. Aku menggaru kepalaku kebingungan.


"Kau ni bodohlah!" katanya sambil ketawa. Sedas lagi tamparan hinggap di bahuku.


"Kalau bukan orang ketiga, kadang-kadang, dari keluarga belah sana pulak yang buat hal" sambung Cik Rakiah lagi. Aku memfokuskan pandanganku.

"Acik ada anak lelaki yang dah kawin dan ada anak tiga orang. Dia ni kontraktor. Dulu masa dia mula-mula buat bisnes, bisnes dia lingkup. Teruk juga dia berhutang. Anak bini semua dok kat rumah mertua. Aku dah pesan kat dia bawak cucu-cucu aku tu balik Pilah, dia degil. Haaa, kan dah kena" katanya lagi. Aku suruh dia teruskan ceritanya.

"Anak Acik tu tahapa silapnya, lurus bendul sikit, tak macam Acik. Masa dia hidup susah tu, keluarga belah sana cucuk bini dia mintak cerai. Anak Acik mula-mula agak kecewa sebab yang mintak cerai tu ialah isterinya. Tetiba jer pulak tu. Dekat seminggu jugaklah dia meroyan sensorang. Sibbaik ada anak acik yang sorang lagi pergi jenguk dia dan bawak dia balik. Bila dah sampai kat rumah, Acik terus basuh dia. Hahaha" ketawa Cik Rakiah bagai tiada penyesalan.


"Kesian, anak Acik" kataku.
"Apa pulak kesian? Sapa yang pilih pompuan cenggitu buat bini? Kita orang pompuan, bila dah kawin, kena sentiasa jaga kepentingan suami kita. Jangan mudah kena cucuk. Kan cerita dalam syurga pun dah tunjuk? Iblis tak dapat cucuk direct dengan Adam, dia cucuk melalui Hawa?" Peh! Dasat gak pemahaman Acik ni.


"Yang Acik basuh anak acik tu sebab dia tak terpikir yang bini dia dah kena cucuk. Kau bayangkanlah; anak ada tiga. Kalaulah dia bercerai, sorang tu kena bagi nafkah. Koman-koman RM300 sorang. Tiga dah seribu. Kau agak, budak tu pakai ke sampai RM300 sebulan? Kat situ pun dah tau, dari mana si bini dia dapat idea ni semua" kata Cik Rakiah sambil tersenyum. Aku memang tak nampak angle ni sebelum ni. Mangkuknya aku.
Mangsa penceraian ialah anak


"Bukan bini dia yang ndakkan duit tu. Aku memang syak mentua dia yang nakkan duit dia. Diorang bukannya bekerja. Bila aku selidik, memang betul. Kat anak pertama dia pun dia buat camtu. Sampai bercerai budak tu. Last-last, lengan dia yang semakin penuh" kata Cik Rakiah sambil buat gaya gelang kat tangan dan ketawa. Aku pun ketawa dengan kesahihan pandangannya itu.


"Kau kena bijak, isteri kau pun kena bijak.dan menurut pengalaman Aciklah, kan, kalau korang nak kurangkan pening kepala dalam rumahtangga ni, jangan pakai ambikkk jer komen orang. Yang baik jadikan pedoman. Yang buruk, jadikan pengajaran. Sebab cerita kita semua lain-lain...." katanya lagi. Aku beria-ia menganggukkan kepalaku macam paham.


Setan memang nak memecahbelahkan manusia. Dan institusi rumahtangga ialah satu tempat paling hebat impaknya jika mereka tumpukan usaha kat situ. Aku mula nampak dengan mesej yang diturunkan dari atas. Aku tak dapat nak ubah dunia. Tapi aku boleh ubah 'dunia' aku. Dan aku nak mulakan sekarang juga. Ayuh!

Friday, October 14, 2011

Reblog dari KulupSakah - Kami Maun yang Terkena Taun

Susah atau senang, perjalanan tetap kena teruskan juga...
Sajak ini adalah curian dari blog Kulup Sakah. Ia adalah rentetan dari entry "Reformati Aku" yang berkenaan dengan isu kehidupan para karyawan. Ia menarik kerana karyawan, adalah umpama satu kelompok yang dipinggirkan dalam industri seni tanahair. Mereka mempunyai potensi dan boleh memberikan impak yang besar kepada pembangunan negara, jika sistem sokongan yang menunjangi mereka itu betul tegaknya. Namun, apa yang menyedihkan, kehidupan para karyawan di Malasyia ini seperti peminta sedekah jika bukan macam orang gila yang ramai berkeliaran di sekitar Puduraya.

Sajak ini sungguh menyayat hati kerana dalam pemimpin negara kita sibuk mengaburi mata dunia dan rakyat marhaen dengan mengatakan Malaysia menuju ke arah yang betul, kita dapati semakin ramai rakyat yang dikongkong bahang inflasi, dan jurang antara miskin dan kaya semakin terasa. Hai entahlah..Apa yang di atas kertas, memang takkan sama dengan yang di luar sana. Apa pun, kita hargai dulu sajak dari Bro @ronasina ini.


sampai bila kita mesti kena dengar lagi hasil karya karyawan dicilok oleh produksi gergasi?

atau karya kita digelapkan dan orang lain mengaku itu mereka punya hanya kerana mereka ada uang untuk merealisasikannya?

Ini berlaku kepada seorang kawan yang bernama besar tetapi sederhana telah dicilok karyanya oleh produksi besar dan mengenepikan beliau.

aku juga pernah penat-penat mengarang dan melukis bersama kawan-kawan tetapi digelapkan dan dilupakan kerana aku cokia.

kerana aku maun, anak isteriku maun, 
kami sarapan gonggok,
makan tengahari rumput,
minum embun,
makan malam kotak-kotak.
kami maun,maunkan kami.
kami seronok menjadi maun.

hantarlah rumput kering kepada kami kerana kami sangat bahagia menelannya.
sekian!










Friday, September 2, 2011

Homeless di Puduraya pada malam Raya 1432H

Berikut adalah video keadaan tempat tidur homeless kat area Puduraya pada malam Raya 1432H (2011). Aku dah tak sampai hati nak interview diorang secara personal atau ambik video dekatdekat. Satu sebab aku sendiri pun nak cepat balik rumah dan bawak anak bini balik kampung malam ni jugak. Sebab kedua ialah aku tak sanggup bermuka sedih dan bengang sepanjang Raya sebab once aku dah tahu akan keadaan orang sebegini, aku susah nak keluarkan dari fikiran aku dan biasanya ia akan terbawa-bawa hingga ke sampai bila ntah.

Aku pun tak berapa pasti apa yang boleh aku buat. Aku pun tak berapa pasti, kenapa aku mudah tersentuh dengan golongan sebegini. Aku pun tak tau. Cumanya, apa yang aku nak kongsikan ialah: di saat kita semua sedang sibuk fokus pada masalah kita nak beraya, ada orang yang malam ni nak tidor kat mana pun tak pasti lagi. Dan orang itu adalah orang yang so called kita claim sebagai SEDARA SEAGAMA.

Aku tertanya-tanya, apakah ertinya menganut agama yang suci ini?

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya, Tuanku

Nilah bend ayang boleh harap kat diornag ni; posing


"Adakah jurisdiksi Majlis Raja Raja masih lagi setakat hal hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu?
Takkan pakai mamat ni jer sebagai wakil tiap tiap tahun?

Kalau macam tu, patutnya dengan terumumnya media sosial, cetak dan elektronik, patutnya, at least ada lah satu perutusan mewakili Majlis tu yang ucap selamat Hari Raya kepada rakyat.
Jangan sampai begini...

Sekali sekala, buat la keja tu. Dahla kedudukan institusi keagamaan dalam negara semakin dipersoal dan dicabar, budaya, adat dan akhlak Melayu semakin takde siapa yang pedulik, wakil wakil mereka dalam pemerintahan pulak lebih leka berpolitik dan berwayang dari bekerja, jangan sampai satu hari nantik anak cucu kerabat kau sendiri yang tanya apa kejadahnya kewujudan korang.
Jaga kawasan jurisdiksi masing-masing sudayh

Tak ambik iktibar lagi dari tertumbangnya monarki monarki di Arab? Tak ambik pelajaran lagi dari kehuruharaan masyarakat dunia? Tak ambik endah lagi dengan tahap kekeringan hati hati rakyat anda?
Kalau mak dah bunuh anak, apalagi yang kau nak tengok?

Huh! Kau pedulik haper, ye tak? Raya ni pun, anak cucu kau semua kat luar negara. Kau yang kat sini pun, kena buli dek nyonya mana ntah, kena kibar bendera.
Makrifatku. Maaflah kelemahan ilmu edit gambar aku


Oh, siapakah lagi yang peduli?"


Turun padang pastu balik buat apa? Tido la sekali
Ni musim hujan dah ni...

~Rizal, brader homeless kat area Kotaraya, KL

Tuesday, August 23, 2011

Tablighleak: Artikel-Artikel yang dicensoredkan; Kisah di tepi tangga gereja.


Aku terduduk di tepi tangga. Tak sangka sampai begini sekali keadaan hidupku. Sehingga pergi meminta belas simpati dari kaum yang aku doa setiap hari agar Allah lindungi dari mereka. Sesungguhnya kefakiran itu menghampirkan seseorang kepada kekufuran. Nak buat camner? Ini saja jalan mudah untuk aku mendapatkan keterusan hidup untuk anak bini aku kat rumah. Pelan jangka pendek pun hanya boleh berikan wang padaku di akhir bulan nantik. Aku perlukan duit SEKARANG. Anak aku sakit. Bini aku letih dan lapar. Bisnes lingkup. Nak pinjam duit dari sedara mara, semua dok ungkit hutang. Nak mintak bantuan BaitulMal, bukan asnaf. Nak mintak bantuan orang politik? Jangan mimpilah. Nak taknak, aku menjual maruah agamaku untuk makan. Dan apa yang membuatkan aku terduduk ialah ini bukan kali yang pertama.

Sedang aku duduk di tangga di luar gereja, memegang sampul berisi cek, aku didatangi oleh seorang India. Aku kenal dia sebagai seorang father dalam gereja ini. Dah berapa kali dah aku nampak dia kat gereja ni. Ada gak dua tiga kali aku tegur dia. Kali pertama ialah masa aku tanya tandas.


"Good day my brother. How are you?" sapanya padaku.
"I'm OK" jawabku pendek sambil menguntumkan senyuman.
"Your face doesn't look like you are" katanya memancing. Memang terpancar kegusaran hati pada wajahku. Dan harini aku tak sembunyikan.


"Why the long face?" tanyanya lagi. Retakku mula menampakkan belah. Aku tengah jem sebenarnya. Aku sedang kecewa. Aku bersuara:


"You and me, both of us believe there is only ONE God, aren't we?" tanyaku memulakan.
"Yes. And His son and the Holy Spirit" jawabnya penuh.


"Why does God do us like this? All these suffering, pain? Personally, I think I am one of the good doers. I don't commit sin like the others. Yet, I see the sinners are given wealth, good life, big cars. They are even laughing at us" rungutku panjang.

 "He is purrifying us from evil so that Jesus could claim us from 
hell" jawabnya. Aku taknak persoalkan bunyi ayat dia yang macamlah aku ni jahat sangat. Aku juga taknak persoalkan ketidaklojikannya Jesus pulak yang menanggung dosa orang lain.


"If that so, why is there heaven and hell? If we are purrified on earth, what's the need for those two in the afterlife?" tanyaku mempersoalkan kata-katanya. Namun, aku bukan mempersoalkan dia. Aku mencari kebenaran. Dia terdiam sambil tersenyum.


"The path to heaven is filled with thorns, my son. The path to hell is filled with joy and entertainment" jawabnya. AKu tau jawapan ni. Aku pernah dengar cerita Jibrail a.s yang ditunjukkan syurga dan neraka oleh Allah satu masa dulu dan kemudian Allah menghiasi kedua-duanya dengan sempurna.


"Why is God doing it like that?" tanyaku. Father tu meraba-raba mencari jawapan dalam kotak ensaiklopedia kepala otaknya.


"Son, we do not have the knowledge to comprehend what is He doing to us sometimes. God works in mysterious ways" jawabnya cuba menenangkanku.


"What I was told, God created everything for reasons. We just need to think why. If we keep giving in to that kind of excuse, everything is a mystery" kataku.


"We only know the knowledge as told by our Father, through the holy spirit and His son" sambung father tu cuba membetulkan iktikad dia.


"That's another thing I wanted to ask. Why are you keep referring man's relationship with God as a father and son relation?"

Father tu tergamam dengan soalan fundamentalku.


"If He IS a FATHER, and with all this suffering He bestow upon His sons, I think He is not a good Father" aku memandang mata Father yang juga memandang mataku seakan tak percaya ayat yang keluar dari mulutku. Dia nampaknya seakan tersekat. Dan bukan akhlak seorang muslim membiarkan orang depan dia dalam keadaan sebegitu. Aku berikan jalan keluar.


"I think you guys got it all wrong with the human-God relation. If He is a father, He would only want the best for His son. Like what I am doing right now" aku mengangkat cek dan memuncungkan bibirku ke arah gereja.


"I think it is more of a master-slave kind of thing" ayat tu keluar seolah telah di skripkan. Father tu tunduk dengan pandangan sinis. Dia nak berkata sesuatu tapi ayat-ayatnya tak keluar. Mungkin tak tau kat mana nak mula? Atau tak pernah terpikir pun benda ni sebelum ni. Camana nak pikir? Semuanya mystery. Tak pernah kawin. Tak pernah keluar dari gereja tu dan AMAL agama dalam dunia sebenar.

Kebetulan ada seorang mamat memanggil father tu. Father tu meminta diri nak melayan mamat tu. Serentak dengan itu juga henfonku berbunyi menandakan orang yang aku tunggu dah sampai. Kami berpisah.

Mulai hari itu, hidup aku mula berubah dan aku mula paham, apa yang Allah sedang lakukan.

Thursday, June 16, 2011

Apa kata kita mulakan gerakan: White Friday



Kita mulakan dengan memakai pakaian berwarna putih atau bertemakan putih dan bersih pada setiap hari Jumaat. Falsafah utama ialah kita mahu hari Jumaat ialah hari untuk kita semua ingat bahawa kita semua adalah bersih. Kita sukakan kebersihan dan kemurnian. 

Pada hari Jumaat kita meraikan spiritualiti kita. Sebagai manusia di akhir zaman, yang mungkin pasti menyaksikan hari Kiamat atau tanda-tanda besar kiamat, kita harus kembali kepada fitrah, yakni asal kejadian kita. Dan putih adalah simbolik kepada kesucian dan asas dalam hal kerohanian. Maka pada Jumaat, kita berpakaian putih sebagai simbolik bahawa tak kira bagaimana kehidupan kita seharian dalam dunia globalisasi, kita untukkan satu hari dimana kita memperbaiki diri spiritualitas kita. Dan ia tidak tertakluk kepada orang Islam saja, malah kepada orang Atheist sekalipun. Sungguhpun kau Atheist, kau juga harus percaya adanya sifat kerohanian yang memayungi domain emosi dan perasaan engkau. Jika tidak, masakan perasaan kau bergelojak hanya dek kata-kata yang tak nampak?

Bila semua berpakaian serba putih pada hari Jumaat, maka Jumaat bakal menjadi hari dimana kita semua ingat bahawa kita ini sama. Tak kira apa jua bangsa, keturunan atau siapa kita dalam dunia ini, kita adalah sama saja. Semua orang adalah baik (putih). Tak siapa yang mahu jadi villain dalam dunia ini. Berpakaian putih adalah simbolik kita ambil peduli tanggapan orang terhadap kita, seperti kita mahu orang mengambil peduli tanggapan kita pada mereka. Di sini putih mengingatkan kita untuk meraikan orang lain yang berpakian putih kerana menyokong apa yang kita sokong.

Dan akhir sekali, kita berpakaian putih pada hari Jumaat sebagai tanda ada jugak sehari dalam seminggu tu kita berpakaian kerana memperjuangkan sesuatu yang kita percaya atau mahukan dan sesuatu itu adalah sesuatu untuk semua. Bukan macam kita pakai smart pada hari Isnin, atau berpakaian kasual pada hari Khamis. Berpakaian putih pada hari Jumaat ialah tanda bahawa kita uptodate dan mengetahui akan sesuatu.

Kepada orang Muslim, cukuplah aku beritahu, pakailah pakaian putih pada hari Jumaat kerana sunat. Dan yang sunat mendekatkan kita kepada Allah, tuhan sekalian Alam.

Ada berani?

Tuesday, June 14, 2011

Mengapa Kanak-Kanak yang jadi Mangsa?



Abu keluar dari surau. Atan dah menunggu kat luar. Abu lambat sikit sebab tadi dia ke tandas. Mereka berdua berhenti solat di RnR Seremban arah Selatan. Baru ziarah rakan mereka yang sakit di IJN. Abu mendekati Atan. Atan pula didekati oleh seorang budak yang menghulurkan kertas berlaminet padanya. Atan mengambil kertas itu dan membacanya. Kemudian kelihatan Atan menghulurkan sedikit duit kepada budak tu. Abu mempercepatkan langkahnya. Budak tu dah nak bla. Abu memegang tangannya. Budak tu terkejut.

Kemudian Abu menyeluk poketnya dan memberikan duitnya pada budak itu. Abu taknak terlepas. Takkan Atan jer menderma, dia terlepas? Ni lah perangai adik beradik ni yang aku suka. Diorang ni berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan.

Di kejauhan, gelagat mereka diperhatikan oleh seorang brader yang agaknya menunggu bininya selesai bersolat. Budak tadi pergi padanya. Brader tu baca kertas laminet budak tu. Budak tu buat muka seposen. Pastu brader tu tanya soalan macam-macam pada budak tu. Terkedu jugaklah rupa budak tu nak menjawab. Last-last, brader tu pulangkan kertas laminet. Budak tu berlalu. Tak perasan pulak brader tu menderma ke idak.


"Aku bengang betul dengan orang camni" mula Atan. Abu tak berkalih. Abu paham apa yang Atan cakapkan.


"Taknak derma, janganlah buli budak tu dengan soalan macam-macam. Ni dah tanya kiri dan kanan, lastlast satu sen pun tak kasi" kata Atan lagi.


"Sesetengah orang adalah skeptik. Elok juga tu. Check and balance. Kalau tidak kang, ramai pulak orang menunggu kat luar surau ni, kang" jawab Abu. Mereka berdua dah sampai port biasa kat belakang kedai makan. Abu menyeluk poketnya. Atan dah keluar lighter. Mereka berdua menusan.


"Takdelah. Dah tentu budak tu tak bersalah tentang kenapa dia sedang mintak derma, tu. Dia cuma menjadi mangsa kepada satu perkara yang berlaku sebelumnya. Jadi, aku tak nampak lojika kenapa nak interrogate budak tu lebih-lebih" sambung Atan lagi. Kuat jugak point Atan kali ni. Ada isik ke apa Nusan yang dihisapnya tu? Abu sekadar memasang telinga. Berkepul asap di belakang kedai makan, tempat parking lori.


"Kalau betul brader tu skeptik pun, dia takyahlah menghukum budak tu. Budak-budak pada aku kena dilayan dengan baik. Kita kena bagi tanggapan padanya bahawa dunia ni OK. Mereka sedang membesar. Ni kalau muda-muda lagi dah kena mental torture camtu, aku tak salahkan dia kalau dia jadi penjenayah dan bunuh orang kaya satu hari nantik" kata Atan lagi. Pergh! Marah benar bunyi tona Atan...



"Entahlah Tan, aku pun pelik kengkadang dengan kita ni. Kita terlalu cepat mengikut perasaan dalam hal agama kita ni, sedangkan pada masa itulah kita kena teliti dan belek halus-halus niat dan objektif kita berkata-kata..." kata Abu sambil menghembuskan asap ke arah lori yang baru masuk ke ruang parkir.

Atan terdiam menilai kedalaman ayat dari Abu...

Monday, June 6, 2011

Bergelendangan



Ada satu cerita; budak kampung kitorang dapat kerja kat KL. Kat shopping kompleks gempak apa nama ntah. Dia berulang alik dari Pedas ke KL. Ada sekali satu malam tu, dia terlepas komuter terakhir nak ke Seremban. Duit gaji tak dapat lagi. Yang ada dalam poket ngam ngam nak buat tambang satu trip nak balik malam tu. Nak dijadikan cerita, dalam semak kepala hotak tu, geng kitorang ni pun buat keputusan tidur ajer kat KL pada malam tu. Lagipun besok last day dia keja, lepas tu cuti. Boleh save duit tambang. Malam tu, dia nak melepak sekali dengan puak yang bergelandangan yang dia tengok dalam dokumentari di RTM3.

Dia pernah terpikir nak buat benda ni sebenarnya. Melepak satu malam dengan orang homeless yang mula membanjiri kotaraya KL pada waktu malam. Nak menyelami cerita dan memahami keadaan sebuah kehidupan di kota metropolitan. Tapi dia agak terkesima jugaklah bila permintaannya itu dimakbulkan pada saat sebegini. Dapatlak  gaji belum dapat lagi. Semak. Kepala otak Asan semak.

Sesampainya dia di kawasan yang ditujunya, kelihatan para homeless sudah mula mengechop tempat masing masing. Ada yang tido di kaki lima kedai yang terlindung dari cahaya lampu jalan. Ada yang kelihatan mengibas-ngibas jalan di tepi tembok. Di satu sudut, kelihatan ada abang berborak berdua. Ada sekumpulan yang masih belum tidur yang tidak berbaju. Suasana macam satu perkelahan di tengah bandar yang diselang selikan dengan deruman bunyi kereta dan lori yang lalu lalang. Member kitorang ni mendapatkan beberapa keping kotak buat alasnya tidur. Dia memandang ke kiri dan ke kanan mencari tempat yang sesuai. Kemudian memilih satu sudut di tepi sesuatu.

Bila dah set semua katanya, dia pun nak menusan. Tapi tak best la nusan sensorang. Dia dah perati sorang brader ni dari tadi lagi. Sebab brader tu yang dok perati dia sejak dari tadi. Jadi, bila smeua dah set, member kitorang ni pun pegi kat brader tu, offer sebatang nusan. Dia ambik. Pastu dia mintak lighter. Geng kitorang ni pun isap nusan kat sebelah dia.

Menurut brader tu, ada macam macam jenis orang yang tidur kat area situ setiap malam. Dan kebanyakannya, bukanlah pengemis atau orang pemalas macam brader tu, katanya mengaku. Contohnya, macam mamat yang kat ujung belah yang tengah tidur kat bawag tiang tu, sensiang dia kerani bank. Baru jer keja, dah kena transfer kat sini tibatiba dari timur. Baru lagi join diorang tidur ramai-ramai kat situ, kata brader tadi lagi.

Hah, mamat yang tu pulak, yang pakai baju merah tu, dia sensiang despatch. Motor yang berantai tepi tu, motor dia tu. Kena halau, tak bayar sewa katanya. Dah dekat dua bulan dah ada kat sini. Tapi dia on off on off. Tak macam mamat yang sebelah dia tu.

Mamat yang tu dia dengan member dia memang dah lama kat sini. Diorang tu, ada bisnes basuh keta kat Chow Kit ni. Diorang mampu nak sewa rumah tapi sebab diorang punya plan nak kumpul duit nak kahwin, diorang sanggup hidup macam ni. Dah 6 bulan dah abang tengok ada kat sini. Suka memekak memalam.

Brader yang bercakap tu pulak katanya dulu dia seorang bisnesman. Dah merasa dah naik Merce, BMW, keta-keta mewah tu semua. Tapi bisnes lingkup sebab dia berpoya-poya. Habis semua jahanam sampaikan anak bini pun halau dia. Jadi, sekarang dia jadi pengutip sampah kat sekitar bandaraya ni. Jadi pemalas. Orang givap, katanya.

Habis menusan, member kitorang pun balik semula ke tempat dia. Baru jer pikiran dia nak merewang nak tidor, dia di kejutkan oleh seorang abang. Brader tu cakap member kitorang ni tidor kat tempat dia. Sebab tak biasa dengan tempat tu, geng kitorang ni pun beralah dan ke tepi. Brader tu terus bentang tikar gandumnya dan menyusun beg-begnya. Kemudian memanggil seorang wanita. Member kitorang hanya memerhatikan saja tingkah laku suami isteri itu. Bila wanita itu sudah ok nak tidur, si suami pun datang rapat ke member kitorang yang blank-blank.

Brader tu cakap dia baru 2 minggu dok kat situ. Baru pindah ke KL. Tadi diorang pegi hantar anak-anak mereka kat rumah kawan, tumpang tidur. Diorang laki bini tido kat sini. Duadua kerja kat kedai mamak. Manalah mampu nak sewa bilik. Brader tu siap pau lagi nusan sebatang. Terpaksalah member kitorang ni isap buat kali kedua.

Dari jauh, brader yang member kitorang isap kali pertama tadi melambai-lambai pada member kitorang sebagai tanda good night dan have fun.

Tamat




Monday, April 4, 2011

Qiamullail botol susu



Sekadar berkongsi pengalaman menarik.

Kadangkadang, bila malam-malam, anak kecik kita merengek beria-ria nak susu. Kita yang tengah mamai cubalah menenangkan tangannya yang macam berenang-renang tu dan menepuk-nepuk manja punggungnya, untung-untung dia akan diam dan tidur. Tak. Jadi parents bukan semudah itu. Anak tu nak jugak susu. Takper. Sebab kita dah berpengalaman, susu dah ada buat tadi, kat sebelah jer. Bukak tudung, basah puting, sumbat.

Memegang botol susu masa menyusukan anak kecil memerlukan ketelitian. Tapi bila kita dah buat dua tiga kali, kita akan ada muscle memory. Samalah macam mulut anak kita ni yang otomatik terkeronyok dalam posisi menyunyut bila bibirnya tersentuh benda benda macam puting ni contohnya. Namun, semua itu (memegang botol susu) amatlah sukar dilaksanakan bila ia perlu dilakukan pada pukul 330 pagi. Dapatlak kita baru nak mula tido setelah perform tadi.

Jadi kita pun tunggu, lah, menahan sengguk dan mengantuk, mengushar level air susu dalam botol yang disedut anak tersayang. Kat sebelah Umi dah terbungkang. Takper, biarkan Umi rehat. Dari Subuh beliau bergerak takreti penat. Untung korang dapat Umi cam Umi korang ni.
Tarik puting keluar dari mulutnya sekali sekala, kasi pressure dalam botol tu neutral semula. Dah jadi vakumlak dok dihisap ajer. Kasi masuk angin semula. Bila bubbles dah reda, sumbat semula ke mulut si manja. Tunggu ja, sementara dia kasi clear.

Jumlah susu yang dihisap perlu dipantau. Memudahkan budget dan mengelakkan pembaziran. Sebab susu formula, takleh disimpan. Lepas dua jam dibancuh, kalau tak dihabiskan, terpaksa di sinki kan. Mahal, tu!

Bila dah habis, kesatkan mulutnya. Kasi hilang sisa susu. Nanti comot berkudis pula muka anak aku. Kalau boleh, kasi dukung, tegakkan, kasi sendawa. Kalau dia badmood lagi, mengiringkan dia mengadap kiblat di atas sisi kirinya (jantung di atas).


Masa tunggu sendawa, gosok belakangnya dari pinggang ke leher perlahan-lahan. Buat dengan kasih sayang. Tunggu dia sendawa. Biasanya ada dua. Sendawa besar yang pertama, diikuti oleh sendawa kecil seterusnya. Bila dah habis sendawa, barulah baby di tidurkan semula.
Dan inilah part yang paling penting dalam hal memberikan susu pada waktu sepertiga malam sebegini: mengambil ganjarannya.

Ganjarannya ialah baby yang dah kenyang tadi, bila dia dah selesa, dia akan senyum tanpa membuka mata. Bila dah nampak tanda terima kasih ni, kucup dahinya dan doa agar dia taat kepada Allah. Melihat senyuman tadi, semua penat lelah perit jerih menjaganya dari siang tadi hinggalah terjaga dari tidur ni,

 

...berbaloi.

Wednesday, March 30, 2011

Apa sumbangan anda?





Dua bulan lepas, aku sedang menunggu giliranku untuk diambil keterangan sebab ada roadblock. Di depanku ada seorang pakcik yang sedang merayu-rayu kepada abang polis tu. Ceritanya pakcik tu, lampu keretanya tak menyala. Dan akibat dari itu, dia perlu didenda. Pakcik tu mintak jasa baik polis agar lepaskan dia sebab dia bukan taknak tukar lampu, tapi duit pun takde. Kalau ada duit, tentu dah dia tukarkan sekali tayar spare yang dia dok guna sejak setahun lalu. Dah botak dah bunganya. Aku tak sampai hati, lepas habis roadblock, aku dekati beliau dan kosongkan walletku untuk membantu pakcik tu. Beliau berhenti menangis sebelum memelukku macam anaknya sendiri.


Sebulan lepas, aku sedang melawat sebuah hospital. Saja nak tarbiah akhlak. Aku bawak hamper hasil keuntungan projek terbaruku. Aku niat nak kasi kat budak-budak kecik. Kebetulan aku terjumpa dengan kawanku yang baru menyambut kelahiran anak baru. Kami melawat isterinya. Dari tempat isterinya, aku terdengar kisah-kisah sedih yang sedang dibualkan di katil sebelah. Rupanya, akak kat sebelah tu, beranak anak pertama dan suaminya tak dapat datang sebab bekerja. Bila aku selidiki, rupanya akak tu dah kena cerai dan sekarang dia sebatang kara. Mak bapak dia dah takde. Masalahnya takde sapa yang percayakan dia nak tolong dia. Semua orang pikir dia ni beranakkan anak haram. Kawan aku dan aku mengambil keputusan untuk mengambil tahu. Alhamdulillah, sekarang akak tu dah kembali semula dengan suaminya.


Dua minggu lepas, aku sedang menunggu budak-budakku kembali dari kedai harware. Kami sedang memasang sengkuap di kawasan kediaman yang macam tempat orang kaya-kaya. Sedang aku melepak tu, aku terdengar orang dari rumah sebelah bergaduh. Aku tak tau apa titik butir pergaduhan tapi aku pasti ia berkenaan dengan duit. Aku terpikir; jika orang kaya macam ni pun boleh gaduh pasal duit, apatah lagi orang-orang kampungku atau orang-orang yang dok bergelendangan di bandar-bandar besar?


Dan pada hari Isnin lepas, akhbar-akhbar menunjukkan betapa berkesannya program transformasi yang telah dijalankan. Yang aku lihat, indeks magnitud jenayah, pilihanraya kecil dan harga barang saja yang semakin meningkat. Ruang beza antara kaya dan miskin semakin terasa, mengakibatkan ketidakpuas-hatian dikalangan rakyat. Ahli politik sibuk berkempen walau parlimen belum dibubar. Ahli agama pula sibuk dengan hal furuk walhal hal tauhid terang-terang diambang bahaya. Dan semua ini, bukannya aku risaukan untuk kita yang dah tua ni.



Berubahlah! Atau mengubahlah! Hidup ini sementara untuk kita habiskan semuanya untuk diri kita sahaja. Jika kita tidak membantu sekarang, jangan marahkan dunia bila kita tidak dibantu bila memerlukan nantik. 
Ingat! Dunia bukan semakin baik. Maka sebagai persediaan, tanamlah modal sebanyak-banyaknya dalam saham Allah.

Thursday, March 3, 2011

Ikhlas


Satu masa dulu, seorang Ustaz mengongsikan pengalamannya di serang heart attack. Klimaks cerita beliau adalah masa beliau terfikir bahawa ajalnya sudah sampai. Beliau mengira-ngira, apakah amalan ikhlas yang nak dibawanya berjumpa TUHAN kita.

Adakah solat-solatnya yang compang camping?
Adakah puasanya yang berlubang-lubang?
Atau adakah sedekahnya setiap Jumaat?

Beliau, sebagai seorang tokoh pembimbing yang dipandang tinggi, sebagai ketua dalam majlis zikir tarekat mingguan kami, sebagai seorang yang berserban dan berjubah ke sana ke mari, TIDAK DAPAT PIKIRKAN SATU AMALAN IKHLAS pun yang layak nak dibawa ke sana nanti. Dan kata-katanya memberikan kesan kepada saya.

......

Sejak dari hari itu, saya dah tak ikut lagi Ustaz tu. Saya lebih sibuk dalam memastikan bahawa dalam seminggu, saya mesti buat sesuatu yang IKHLAS.

Ada ikhlas saya tu masih lagi di tahap mengharapkan faedah duniawi (sedekah memurahkan rezeki)
Ada yang di tahap mengharapkan faedah di akhirat (bacaan Al-Quran, solat sunat, zikir)
Masih belum sampai lagi di tahap tak harapkan apa-apa. Tapi masih belajar lagi nak amalkannya.

Dah dekat 2 tahun dah. Dan selama itu, belum lagi saya jumpa amalan saya yang betul-betul ikhlas:
Kalau niat dah ikhlas, perlaksanaan pulak ada unsur riak.
Kalau niat dan pelaksanaan dah OK, bila dah buat pulak ada ujub.
Dan ada jugak sekali-sekala (setelah sekian lamanya) tercakap amalan tu kat orang (terus habis semua).


.................

Dan semalam, semasa saya sedang menunggu ahliya tercinta pulang dari tempat kerjanya, saya terdengar satu pertelingkahan antara seorang anak dan ibunya. Yang menjadi persoalan kepada saya ialah kenyataan dari ibunya:


"Mak dah jaga kau dari kecik, camni kau balas budi mak?"

...................

(nak kena pergi tanya Ustaz itu kembali, nampaknya...)

Wednesday, November 10, 2010

Anonymous di payabesarpedas

Akhirnya blog ini juga sudah ada pengomen yang bernama Anonymous. Dan komennya juga agak gempak. Komen yang sebegini memang ditunggu-tunggu oleh aku yang ada juga selit cerita pasal karkunisasi dalam blog ini. Jadi, sebelum aku jawab komen tersebut (KENA jawab ke, SEMUA komen?), aku tunjukkan komen tersebut kepada watak-watak yang berkaitan. Mereka semua komen sambil membaca artikel ni serentak. Amatlah susah aku nak masukkan balik rekording tu dan buat ia dalam satu presentation yang korang semua boleh paham. Cuma aku harap, korang jangan takut mengomen di setiap artikel di blog ini. Salah satu sebab kenapa entry ini dikeluarkan ialah sebagai tanda penghargaan kepada setiap pengomen (takkan aku nak cium Dark Half, Chirpy, Kak Ida dan lainlain plakkkk). I love you guys!



Alhamdulillah, setelah bersendirian selama 15 minit dan setelah anak-anak dengan mak-maknya tidur, aku memaksakan diriku menulis artikel ini. Aku amat hargai sesiapa yang baca entry ini sampai habis the first time they saw it. Bismillah..

--------------

Sesampainya di rumah brader, aku tengok diorang sumer (Atan, Abu, brader bus stand dan abang karkun) tengah lepak layan Supernatural kat TV. Siap ada air dan jajan lagi atas meja. Amender la diorang ni. Nama jer pakai ketayap ke hulu ke hilir. Layan Supernatural tak ajak aku!



Lepas abis siri kali ini, kami sependapat bahawa SuperNatural semakin menampakkan dakyahnya. Kami sependapat SuperNatural kena tunjuk warning 18PL sebelum ke udara takut orang yang akal setengah buat kongklusi yang salah pasal realiti dan Allah.



Setelah perdebatan kami reda, aku keluarkan laptop sebab nak tunjukkan satu page dalam blog aku yang aku nak mintak pandangan mereka sebelum berkata-kata. Aku pun tunjukkan komen mamat anon kita ni tadi...Berikut adalah katakata mereka:



Abu : Memandangkan komen ni ada kena mengena dengan karkun, aku serahkan maikrofon kepada abang karkun.

(kami semua memandang abang karkun)



Abang karkun: Apahal pulak? Karkun jer aku. Tablikkk jer, aku. Korang pun karkun jugak...Korang keluar jugak, apa?

(dalih abang karkun sambil buat memek muka. Brader tersenyum melihat gelagat seorang yang selalu jadi amer dalam jemaah kami ni instead of dia)



Atan : Betulla tu, bangg. Dah-dah. Iwan baca, abang komen dulu, pastu kami topup laaa. Siannn, si Iwan susah payah bawak laptop.

(aku buat muka kesian. Brader bus stand mengacah nak tujal bahu aku. Aku mengelak. Brader buat isyarat: mula lah!)



Aku: Kita semua maklum akan soalan kubur, yang mana diajukan oleh mungkar n nakir. Sapa Rob, nabi, kitab pegangan, saudara dan kiblat kamu? Semua ni soalan bocor tapi yang jawab nanti bukan hafalan pada lidah dan akal, yang jawab tu bukti amal yang dibuat harihari.

(aku pause dan pandang abang karkun. Kami semua pandang abang karkun. Abang karkun buat muka blank sambil angkat bahu)



Abang karkun: Nak kena komen setiap perkataan ke? Mutajim ke apa ni?
(kami semua ketawa. Aku rasa cam this is a bad idea. Diorang ni tak ambik serius)



Brader : Memang betul kita dah tau jawapan bocor. Tapi adakah amalan kita ni benarbenar MEMBANTU kita nantik? Ntah-ntah kain buruk buat lempar kat muker jer.


Atan : Lagi malanglah kalau diorang takde kain buruk pun.

Abu : Ntah-ntah asbab kain buruk tu pulak kita singgah kat neraka. Nauzubillah

(kami pandang abang karkun sebab turn dia pulak bagi komen)

Abang karkun: Ayat ni takde kena mengena dengan karkun, pun?

(kami semua menujal bahu abang karkun. Dia ketawa)



Aku : Dalam amalan maqami/2.5jam terkumpul semua jawapan. Jumpa jiran tunaikan hak saudara sekalimah, ceritakan kebesaran Allah, ajak fikir samasama tentang perkara yang haq yakni pentingnya iman amal, pesan memesan tantang hidupan yang sementara..ajak diri, keluarga dan jiran untuk makmurkan masjid. semua ni nabi buat. Semua kisah2 nabi Inilah penyaksian yang nabi2 buat.




Abang karkun : Haaaa..Nilah jawapan kepada semua perbincangan korang tadi.
(Abang karkun buat muka puas hati)



Brader : Adakah ini maknanya semua orang kena keluar tabligh?

Abang karkun: Takdelar. At least kepada yang tak mampu tu, support jemaah dan fikirmen buat usaha makami pun dah cukup. At least ada gak benda nak claim kat mahsyar nantik.

Aku : Adakah kita buat semua ni sebab nak claim atau nak lepas soalan dalam barzakh?

Abang karkun : Kita buat ikut tahap keikhlasan, laa. Ada yang buat sebab nakkan khasiat dunianya. Ada yang betulbetul sebab nak tolong Baginda SAW. Ada yang sebab nak selamat di sana...(katakata abang karkun disampuk)

Abu : Ada juga yang tak tau dia tengah buat apa dalam usaha.

Atan : Atau sekadar mengikut atau terperangkap sebab dia selalu tumpang kereta atau satu ofis dengan karkun.

(kami semua ketawa dan meneguk minuman sambil mempersoalkan niat kami sendiri kerana terlibat dalam usaha)



Aku: Kita tau, tapi masalahnya kita TAK YAKIN LAGI, pasal apa? Kita jauh daripada zaman Rasulullah SAW, jadi, amalan agama dah jadi asing pada akhir zaman; baca quran, solah berjemaah, zikir, sunnah org sekarang kurang amal, apa lagi usaha ziarah, asing aneh dan pelik tapi padahal itu sunnah nabi SAW yg paling besar dalam dakwah..



Abang karkun : Dakwah itu tulang belakang agama. Ghash itu tulang belakang dakwah. Satu peringatan yang bagus.

Abu : Budak ni mesti selalu kena bagi adab ghash, ni.

(kami ketawa lagi sebab teringat peristiwa Atan kena bagi adab ghash tapi akhirnya masa nak ghash tinggal 10 minit ajer sebab semua orang sibuk nak betulkan ATan)



Aku : "Lagi malang kalau yg TAK YAKIN TU adalah karkun2.. karkun yang tak yakin lagi dengan usaha ni, dia pun tak kan daapat hidayah. Ini semua orang-orang alim kita yang bagitau nih"

Abu : Eh? Dia baling batu dan tuding kat ulamak, nampakkkk.

Atan : Ketepek! kena sedas kat muka sendiri.

Aku : Mamat ni cakap pasal aku, ni...

Abang : Karkun dah dapat hidayah. Sebab tu dia karkun. Cuma dia kena kekal dan gilapkan hidayah tu agar ia berguna untuk dirinya dan orang lain.

Brader : Orang amal usaha bukan sebab nak yakin dengan usaha. Usaha tu adalah ALAT untuk YAKIN kepada Allah. Sama cam method zikir beribu-ribu kali sebagai method nak YAKIN kepada Allah. Cuma USAHA itu adalah tool yang PALING SENANG yang boleh dilakukan oelh SEMUA LAPISAN ummat Islam, tak kira pemahaman atau background macam mengajar agama atau menjadi pengkaji.



Aku: "Setelah siapnya Kaabah, Allah perintahkan nabi ibrahim untuk menyeru (berdakwah) tapi pada ketika itu yang wujud cuma lah gurun yg luas dan takde orang. Nabi ibrahim pun tanya


"Wahai Allah bagaimana nak seru manusia datang ke rumahMu padahal sekeliling takde sapa.." Allah jawab:






"Engkau cuma laksanakan perintahKu, yg MENYAMPAIKAN adalah Aku"



Abu : Ni nak kasi argument dia ada isik la niii...

Abang karkun : Ader pulak. Dia kongsi satu cerita betapa pentingnya usaha menyeru manusia kepada Allah tu, tak kira ada pendengar atau tidak sebab perbuatan menyeru kepada Allah itu adalah asbab keselamatan dan rahmat dari Allah.

Atan : Oh? Ye ke? Mana lagi afdal? Taat pada mak yang suruh kita pergi beli minyak masak atau pegi nusrah ghash jemaah yang keluar di tempat kita?

Aku : Taat pada mak!

Abang : Join ghash

Brader : Solat istikharah, buat keputusan dan tengok tanda-tanda. Perbetulkan tindakan jika tersalah.
(Atan dan aku menggaru kepala kami)


Aku: "Maka seruan nabi ibrahim Allah sampaikan kat alam roh, yang mana sebanyak mana banyak roh jawab seruan tu, sebanyak itu nanti dia tunaikan haji"


Abang karkun : Aku rasa aku ada dengar ni dalam bayan mana-mana...
(kami semua tersenyum dan menjauhkan prasangka buruk)


Aku: "Macamtu jugak usaha karkun. Dia cuma buat je keje, niat kerana perintah Allah. Percakapan lidah karkun sedikitpun tak mampu bagi hidayah, hak MUTLAK bagi hidayah kpd manusia dan jin adalah Allah. Kita bergerak je, Allah akan buat segalanya"




Abang karkun: Makhluk takde kose, Allah ajer berkuasa.

Brader : Hidayah Allah bagi, tapi kita kena buat ASBAB supaya hidayah itu dikurniakan.

Atan : Hidayah kena ada asbab ke?

Abu : Benda mahal, mestilah ADA harga, nya

Abang : Kengkadang, hidayah tu turun gak, tapi bukan kepada kita.

Aku : "Masalahnya datang bila karkun perasan dia yg boleh bagi hidayah. Ini bahaya.."






Abang dan brader: BENARRRRR

Atan dan Abu: Subhaaaaanallahhhhh



Aku : "Hidayah ni ramuan dia 3 perkara: 1. Mujahadah 2. Pengorbanan 3. cara nabi saw"

Brader: Ini untuk yang MEMINTA hidayah. Ada gak orang yang DAPAT hidayah yang hakiki setelah buat sesuatu yang Allah suka.

Atan : Macam Malik bin Dinar tu ke?

Abu : Atau Zun Nun?

Aku : Apa maksud MEMINTA hidayah? Bukankah ia perlu dipinta?

Brader : Orang Islam sudah ada cahaya iman. Kadangkadang dia tau cahaya imannya malap. Maka dia pun MEMINTA HIDAYAH.

Kami : OOOhhhhh.



Aku: "Kita masih teraba-raba, tak nampak perubahan, teragak-agak dan mainmain lagi maka kehidupan kita Allah pun main mainkan. Kata orang lama, ambik pil, tapi racun dia nak telan jugak.. mana boleh sembuh"



Brader : Maha Suci Allah dari apa yang mamat ni perkatakan. Aku rasa, pernyataan ini hanya benar kepada mereka yang pernah BUAT KEPUTUSAN saja. Ada gak yang dok ikut tabligh tapi sebab makbapak dia tabligh, atau member dia tabligh, atau sebagainya, tapi hidup OK jer? Takde pun kena uji cam sesetengah karkun yang lain?

Abang : Ayat mula tu ayat provo jer tu. Dia nak leverage quote katakata orang lama tu.

Atan dan Abu: Tapi kami sebagai perokok amatlah terasa

Brader : Kalau camtu, aku yang tak isap rokok tapi yang mengumpat, mengadu domba dan makan riba ni lagi terukk...

Abang : Semua orang ada masalah sendiri. Tapi orang yang berjaya ialah orang yang ada terfikir dan risau dengan keadaan imannya. Maka dengan ada budaya tabligh, mudahlah mereka nak recharge. Takdelah nak kena join tarekat atau usrah atau lain-lain yang inward tu...

Aku : Saya tak telan racun. Saya cuma isap ajer...

Aku: "Keyakinan, kesan dan perubahan akan dtg dlm kehidupan bila kita buat keputusan. buat keputusan jadikan dakwah dan hidupan amal agama cara nabi sebagai maksud hidup"



Abu : Tipikal karkun. Nak tasykil orang la tu.

Atan : Dia suruh buat keputusan, laa..
Abang : Ahhh..Cakap pandai laa.. Tapi bila ada jemaah yang datang tempat sendiri, usahkan nusrah, iktikaf malam-malam pun taknak.

Brader : Bila dah buat keputusam. Maka ujian akan bermula. Ia bermula dengan dilema. Kemudian keterdesakan. Kemudia kesempitan. Kemudia penyisihan. Malangnya aku tengok, ahli jemaah ramai yang kantoi sebab tak support each other time karkun lain dalam memerlukan. Sebab mereka sendiri tak percaya dengan dengan solat selesai masalah. Yang percaya pulak, leka dok dengan jaws dia sampai tak pedulik sangat keadaan keluarga dan emosi karkun lain, selain mencari orang yang sanggup sambut takazah yang dia bentangkan. Lastlast, jemaah jadi berpecahbelah dan takde semangat.

(kami semua merenung brader bus stand yang bunyi komennya tadi cam perliiii jer? Dia jarang perli-perli kalau tak penting)



Aku : "Org yg usaha atas kesolehan dan taqwa di atas jalan Allah dan Rasul, maka Allah sendiri akan bertangunggjawab uruskan kehidupan dia"




Brader : Dah tu, bila ada sedara yang monyok dan sedih jer, bukannaya nak ambik tau atau nak menghulur seketul dua. Diorang larikan topik dengan niat diorang pun susah sambil serahkan sedara yang tersepit tu tadi bulat-bulat kepada Allah. Takde lah terdetik nak jadikan diri ni asbab kepada Allah yang menguruskan kehidupan orang yang Dia suka tu...

Abang : Weii bro...Luahan hati nampak?

Abu : Tah. Lain macammm jer bunyi nyer ni?

Brader : Ntahlah. emo aku bila ada orang cakap benda yang dia sendiri tak caya ni. Cakap tawakal tapi masih harapkan gaji bulanan dan bergelumang dengan riba.

Atan : Brader, hutang brader tu, nantik saya bayar la...

(kata Atan sambil memegang bahu brader. Atan buat muka bersalah. Brader merangkul kepala Atan. Kami semua ketawa sebentar dari ketegangan)



Aku: "Satu lagi pesan; bab menyentuh tasawuf atau ilmu macam blog tajuk pasal saksisaksi nih, banyakbanyak la jauhkan daripada RIWAYAT PARA KARKUN. Karkun pun banyak gak kelentong. Maka rujuklah dengan pemahaman ulama2."

Abu : Kalau camtu, semua hujah dia takbley pakaila. Sebab dia karkun dan dia mungkin kelentong?

Atan : Bukan camtu, lah Stephen Hawking oiii..

Brader : (tersenyum. Dah kembali ke normal agaknya)

Abang : Dia cakap jangan sebarkan sangat cerita lagenda yang diborakkan dikalangan karkun...

Aku : Saya percaya, samada benda tu betul atau tidak, bila ia sudah sampai ke saya, maka saya kena ambik pengajaran dengannya sebab setiap kejadian di alam ini adalah perbuatan Allah dan Allah tak buat sesuatu dengan siasia. Subhanallah.




Aku : "Lastly ana mintak maaf kalo kasar dalam komen ruangan blog anta, OK? Just to let u know i'm one of your fan, ok bro. Blog anta memang reminds me of life para karkun. 2thumbs up"




Atan : Ni puji ikhlas ke, tidak ni? Cam double meaninggg jer?

Abu : Prasangka baik jer lerr.

Abang: Elleh..taktik ni. Dia dah sound kau 30 kali, pastu dia kasi kau chan nak sound dia sekali. Ni nak cover balik la niii..



Aku: Tapi saya masih tak nampak mesejnya. Atau dia menjawab soalan saya dalam entry ni. Ke saya yang tak paham? Jawapan abang-abang semua pun tak membantu...

(Atan, Abu, brader dan abang karkun menujal mana-mana anggota badanku yang tercapai dek mereka.



Semoga si anonymous tidak rasa tergempak atau tercabar dek entry kali ini. Aku tekangkang sekali lagi: tabligh dan karkunisasi adalah salah satu episod dalam perjalananku ke arah Nya. Aku belum bersedia untuk menjadikannya SEGALAGALANYA. Tapi aku memang SUDAH BUAT KEPUTUSAN.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails