![]() |
| Necromancer sebenar betul-betul bercakap dengan empunya roh |
Pada satu hari, ketika Sahl sedang duduk berserta sahabat-sahabatnya, lalulah seorang lelaki. Sahl berkata:
"Orang itu mempunyai satu rahsia"
Ketika mereka manoleh, orang itu telah pun pergi.
Setelah Sahl meninggal dunia, salah seorang muridnya duduk di makan Sahl, lelaki tadi lalu pula di situ. Murid Sahl menegurnya:
"Syeikh yang terbaring di dalam makam ini pernah mengatakan bahawa engkau mempunyai satu rahsia. Demi Allah Yang telah Memberikan rahsia itu kepadamu, tunjukkanlah kepadaku"
Lelaki itu menunjuk ke makan Sahl dan berseru:
| Necromancer yang ni sekadar bercakap dengan jin jer... |
"Sahl, berbicaralah!"
Dari dalam kubur, terdengarlah suara yang lantang:
"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan Tiada bersekutu"
Lelaki itu kemudian bertanya:
"Telah dikatakan: barangsiapa yakin Tiada Tuhan Selain Allah, maka tiadalah gelap baginya di dalam alam kubur. Benarkah demikian Sahl?"
Dari dalam kubur itu terdengar jawapan Sahl:
"Benar!"
