Friday, July 23, 2010

Interview dengan Wali 3





Memandangkan sudah sampai penghujung minggu, dan kepala korang mesti dah tuned sikit, jadi bolehlah aku menghidangkan sedikit benda heavy sebagai bahan bacaan santai korang untuk hari ini. Diharapkan korang dengan aku-akunya sekali akan lebih bertaqwa sempena Jumaat kali ini. Insya Allah.


"Boring lahhh. Abang takde rokok ke?" Aku memulakan perbualan. Brader dengan abang karkun berpandangan. Mengerbang janggut semasing ditiup angin. Laju jugak benda ni. Sapa punya ni? Bisik aku dalam hati.
"Nak isap rokok camner, laju-lau camni?" tanya abang karkun.

Ye tak ye, jugak...Tiap kali dalam perjalanan untuk misi rahsia macam ni, aku akan terkenangkan nasib bangsa aku sendiri. Aku risau dengan lanskap tempat anak keturunan aku membesar. Aku tau kita tak perlu risau jika kita serahkan kepada Allah, tapi aku kalau boleh taknak sorang pun keturunan aku end up in hell forever...

Memandangkan aku pernah jadi wali, aku pernah dibukakan sedikit rahsia. Dah tentulah benda rahsia yang ada kena-mengena dengan aku dan apa yang bermain dibenakku sebab kalau Dia nak bukak SEMUA, nak mula dari mana? Terlalu luas sangat lautan ilmu Nya tu. Dah berapa orang yang lemas...Kahkahkah. Jadi aku didedahkan tentang bangsa aku. Biaser ar, wali cikai, Dia buka ilmu cikai la dulu. Dia suruh aku kontrol bangsa aku dulu la tu. OK, dipendekkan cerita, aku susah nak terangkan apa yang didedahkan tu, tapi berbekalkan sedikit ilham dari Dia jugak, Dia ajar camner nak explain kat korang. Aderla mesejnya tu, aku pun tak tau. Ke aku tengah berskizo, ni?

Graf pertama ialah graf IDEAL masyarakat Melayu kat Malaysia. Bila cakap masyarakat Melayu, kita cakap pasal orang Islam lah. Tengok perlembagaan, kalau tak caya. Bila cakap orang Islam, kita cakap pasal orang yang menganggap solat itu pentinglah. Orang yang tak anggap solat fardhu itu tak penting tak termasuk dalam data, sebab sensor kitorang hanya dapat kesan orang yang solat jer. Masyarakat Melayu dulu ramai yang warak. Lepas solat diorang wirid. Campurgaul lakipompuan memang terkawal. Hiburan, arak, judi, zina, terkawal. Dan masyrakat pun bergerak ke arah kewarakan. Ramai juga dah graduate jadi wali atau dimatikan "on the way" sebab baik sangat.

Tapi data terkini menunjukkan perkembangan yang membimbangkan. Cuba tengok graf hipotesis. Walaupun graf ni dikumpul berdasarkan data serkap jarang di masjid berhampiran dan di TV-TV setiap rumah, taburan normal tahap Islam dikalangan masyarakat Melayu sudah berubah menjadi bipolar (dua tanduk). Populasi terbahagi kepada dua: orang yang berpegang ngam-ngam dengan hukum syarak, dengan orang yang berpegang teguh kepada hukum warak yang sepatutnya menjadi pegangan masyarakat Malaysia demi menjamin rahmat dan keselamatan sentiasa datang dari Nya di tanah ini. Dah semakin ramai orang main blaa jer lepas solat jemaah, lepak-lepak kat luar konon ada benda important atau nak terkucil tadi, dan ramai juga yang tak tinggal ketayap putih ke sana ke mari walhal lepak di kafe-kafe sebelah disko yang dipenuhi amoi seksi tak hengat. Kalau lepak jer takper, ni siap isap rokok dan melayan awek omputih seksi sambil gelak-gelak cam iklan satu Malaysia lak. Ke, ketayap tu sekadar fesyen nak cover rambut jer? Camtudung wadina? Yuna? Ntah lah. I, too am Malay, you know. Hahaha

"Jadi, kepada pihak berwajib, kami sarankan agar tindakan segera diambil agar yang berkudis semakin baik, yang berparut, semakin hilang. Karam Wali, ahh, melaporkan"
Aku pura-pura menutup microphone macam reporter baru habis merakam laporan untuk Media Prima. Dah dekat dah nampaknya ni. Lain kali lah aku sambung blog.




"Camner, tak turun pangkat? Asyik dedahkan rahsia, jer kerjanya", kata brader bus stand.
"Dah berapa kali aku tepuk dada dia, samerr gak..." balas abang karkun. Aku buat aksi macam me lazer dua ekor mamat ni. Lawak-lawak bodoh camni dah jadi biaser sebagai ice breaker dalam perjalanan ke Palestin yang dah semakin kerap kebelakangan ini.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails