Showing posts with label Kehebatan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Kehebatan Melayu. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Memahami Realiti

Aku sedang melayan video di yutiub. Atan tengah main game kat hempon dia. Abu dengan Abang Karkun tengah selidik something kat tab Abang Karkun.

"Power jugak Tab made in China, ni" kata Abu.
"Made in China, tak semestinya takbley pakai" jawab Abang Karkun.
"Bukankah Baginda SAW pernah kata yang bunyinya lebih kurang; tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri Cina?" kata Atan tiba-tiba. Tengah pasang telinga, rupanya. OK. Aku test.

"Hari tu masa 4th of July, diorang jumpa apa yang dikatakan sebagai Higgs boson. Diorang dah jumpa bukti yang dalam 'space' and 'time' kita ni, ada medan yang dipanggil Higgs field. Pendek cerita, diorang dah temui konsep 'alam ghaib'" kataku panjang lebar. Semua orang pandang pada aku kecuali Abang karkun. Tipikel.

"So?" tanyanya.
"Takdela. Saya terpikir jer, camana alam ni berfungsi, sebenarnya"
"Teruskan"

"Camni. Ahli sihir datang ke sebuah kampung. Di atas pentas, ada sebiji batu yang besar. Depan orang ramai, dia angkat batu tu tanpa sentuh pun. Orang kampung pun kagum" mulaku.

"Tetiba ada pakcik berteriak, ahli sihir itu hanya guna tipu daya. Yang berlaku sebenarnya ialah, ada jin yang angkat batu tu. Tapi orang ramai tak nampak. So, orang pun selamat. Cerita pun abes kat situ" aku senyap sebentar, bagi Atan dan Abu catchup. Aku tak risau Abang karkun tak paham ke apa sebab dia boleh baca pikiran. Aku tau dia dah tau makna soalan aku.

"So, melalui ilmu mata kasar, saya boleh explain the mechanics of macam mana nak mengangkat batu tu. Kena ada peralatan. Tapi sekarang, saya tak nampak jin tu. Dan saya tak nampak atau rasa apa-apa yang boleh dijelaskan menurut ilmu fizik saya, bagaimana jin itu, mengangkat batu tersebut. Macamana batu tu boleh lepas dari tarikan graviti bumi. Macamana benda yang tak berjisim boleh angkat batu besar tu" Aku tengok Atan dan Abu. Dua-dua tengah menganga. Abang karkun ketawa.

"Oh, keh keh keh. Amender, la kau ni. Itu yang kau pikirkan?" kata Atan.
"Ntahnya. Cubala pikir kalau elektrik takde masa 21 Disember nantik, mana nak cekau lilin ke, mana nak cari motobot murah ke, sapa ada batang pancing lebih ke..." kata Abu pula. Kami semua ketawa. Tapi itu tak menjawab soalan. Aku pandang Abang karkun. Dia sibuk lap air matanya dek lawak bangang adik beradik dua ekor ni. Aku mula saspek diorang ni ada darah jin sesikit. Aku picit ibu jari kaki kiri Atan.

"Keluar! Keluar!" kataku. Atan menggeleng-gelengkan kepalanya macam kena histeria. Makin kuat kami ketawa.

"Dah-dah! Astaghfirullah...Lalai betul aku dibuatnya dengan korang ni!" kata Abang karkun. Aku ushaar jer Abang karkun, menunggu jawapan kepada soalanku. Ada jugak aku try-try konon nak baca fikiran Abang karkun tapi biasalah. Paling kuat pun aku terbayang gambar sebijik kacang, jer. Makrifat kebendanya? Anyway, by that time, Brader bus stand pun sampai membawa dulang berisi jag dan gelas-gelas kosong.

"Air dah sampai!" kata Abu.
"Bismillah! Bismillah! Jemput! Air orang bujang jer, ek?" kata Brader bus stand merendah diri. Wali-wali memang camni. Baik budi pekerti dan suka menjamu orang. Aku leka sekejap tapi kembali fokus kepada persoalan bila bibirku menyentuh air kopi o yang masih panas lagi. Adoi! Kok ye, pun kaaaan...

"Hehe. Maaf. Nabi biasanya akan minum air bila dah suam sikit. Tunggu dia sejuk, jap" kata Brader bus stand. Kelihatan Abu dan Atan yang tadi berkerut memuncungkan bibir nak menghirup air kopi panas, terus buat muka relaks dan meletakkan gelas masing-masing dengan berhati-hati takut air panas tu tumpah,  di tempat yang tak terlanggar, nantik. Aku pandang Abang karkun. Dia tak usik gelas dia.

"Dah lama dah, manusia kaji benda ni. Bukaklah Al-Quran dan bacalah dengan tartil. Manusia akan jumpa jugak, macam-macam secret. Rahsia penciptaan, rahsia bagaimana semua ini berfungsi, rahsia masa, rahsia dalam rahsia dalam rahsia...

Sungguhpun begitu,ia tetap terbatas hingga 90% ketepatan. Tetap akan ada 10% ketidakpastian, walau manusia dan jin dah rancang hingga ke nano saat yang ke per sejuta. Dan 10% itu, adalah pivotal pulak tu. Takde dia, 90% tadi tu tak berguna" kata Abang karkun panjang lebar. Kami semua dah duduk mengadap dia. Tapi dia masih leka dengan Tab dia. Ntah apa sajalah yang menarik sangat tu agaknya?

"Ramalan kaji cuaca, ni haaa" kata Abang karkun sambil angkat dan tunjuk Tabnya padaku. Kelihatan gambar peta dunia dengan line-line kaler-kaler dan pola pergerakan awan. OK. Aku diam, sekarang. Sambung arr lagi, bang?

"Tapi, untuk mereka yang dah paham, Allah beri kelebihan. Setiap kelebihan, sesuai dengan tahap iman mereka dan mereka tidak terpengaruh dengan kelebihan itu. Ingat tak cerita pembantu Nabi Sulaiman Al-Asif yang ahli kitab tu?" Abang karkun berenti dan meletakkan Tabnya tadi ke sisi kirinya.

"Yang kalahkan ifrit dengan bawak Istana Puteri Balkis, tu?" tanyaku. Abang karkun mengangguk dan membetulkan postur dan duduk tegak depan gelas minumannya. Dia senyum. Atan dan Abu buat muka saspen. Brader bus stand pun senyum sambil geleng kepala. Aku tenung jer Abang karkun.

Dengan selamber dia pegang gelas panas tu dengan telapak tangan kanannya. Dia angkat dan pegang gelas tu depan bibir. Kelihatan wap air terbang laju dek nafas Abang karkun. Eh? Bukan gelas tu panas ke? Aku pandang Abu. Atan muka excited. Dia pun pegang gelas dia tapi terkujat sebab panas.

"Alhamdulillah. Semoga Allah tambahkan barokah dalam hidup tuan rumah yang menyediakan hidangan ini. Bismillah..." katanya dan terus meneguk air panas tu perlahan-lahan. Setelah tiga teguk, dia letakkan semula kat tepi dan ambik balik Tabnya tadi.

"Perghhhhh!!!!! Camner abang buat? Camner bang? Ajar, arrrr" kata Abu sambil goyang tangan Abang karkun. Atan pulak dah duduk kat tepi bahagian kaki dan ambik kaki kiri Abang karkun dan taruk atas pahanya dan mula mengurut-ngurut. Brader bus stand tersengih. Aku usik gelas aku dan biarkan tanganku memeluk gelas panas tu sambil cuba fokus nak tahan kepanasan tu. Siap buat berdengung lagi macam meditasi reiki. Tapi panas jugak. Nak meletup rasanya jari aku. Aku masih tak puas hati.

"Kongsi-kongsi, la ilmuuu" kata Atan pula.
"Ntah. Tapi tabligh.." cucukku. Abang karkun ketawa lagi.

"Dah tua pun tak berubah-ubah!" seloroh Abang karkun pada kami.
"SIFU!" kata mereka berdua serentak.
"Sifu bijik tasbih, kau! Hahaha" jawab Abang karkun. Serambi rumah brader bus stand, bergema lagi dengan gelak ketawa, malam Selasa tu. Dah lama tak camni...

Monday, July 23, 2012

Menyerah kalah

Aku lemah,

Aku tak berguna.

Aku menyusahkan,

Aku hina.


Aku tahu nilaiku di dunia,

Tak perlulah aku diduga lagi.

Cuma janganlah kelemahan ini,

Terpercik pula kepada mereka..


Aku hina,

Aku lemah.

Aku menyerahkalah,

Kepada Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 5, 2012

Atan dan Abu - Jangan di tegur Pengemis itu




Atan dengan Abu sedang menusan depan masjid jamek kat mana ntah sementara menunggu masuknya waktu Asar. Sebuah kereta mewah berhenti dekat dengan mereka dan keluarlah 3 mamat berpakaian smart bertali leher siap ber-name tag sekali. Sorang dari mereka terus masuk ke masjid. Dua darinya mengejoin Atan dan Abu menyendatkan peparu. Salah seorang dari mereka meminjam lighter Atan. Dalam beberapa minit, mereka berempat dah rancak berborak pasal propa parti memerintah, masalah ekonomi global hinggalah ke masalah susahnya nak mendapatkan stok nusan di area PJ. Sedang mereka leka berborak, seorang pengemis tua lalu dekat dengan mereka. Seorang dari mamat smart memekup hidungnya.
Tak semena-mena, si pengemis berpaling dan memandang mereka berempat.


"Apa tutup-tutup hidung? Aku busuk sangat ke?" tempik pengemis itu sambil menghidu-hidu area ketiaknya. Atan dan Abu tertunduk. Mereka mengakui bahawa, mana ada bau pun.


"Takdelah. Nak mengadap tuhan, kan kena pakai pakaian yang suci?" kata mamat smart A.


"Mana kau tau pakaian aku tak suci? Seluar kau tu. Mana kau tau takde kesan percikan air kencing kau?" tanya si pengemis. Mamat smart A terdiam dek pertanyaan pengemis yang sungguh tepat.


"Ye, lah. Kalau suci pun, at least pakaila pakaian yang OK sikit" kata mamat smart B, membacking mamat smart A.



"Kalau aku ada duit, baik aku beli makanan. Pakaian aku masih boleh digunakan. Syaratnya ialah suci. Bukan baru ke, lawa ke. Kalau betul apa yang kau cakap, kenapa kau tak tukar pakai jubah ke baju melayu ke bila nak mengadap tuhan? Kau nak hadap tuhan dengan pakaian yang kau guna nak menghadap makhluk?" jawab dan tanya pengemis itu. Peh! Dasat jugak pengemis ni. Atan dan Abu dah rasa macam nak bagi teh cina dan angkat si pengemis jadi sifu mereka jer. Tapi mereka maintain.

Tetiba azan berkumandang memecah kehangatan perbincangan ilmiah yang sedang berjalan. Si pengemis berpusing nak bergerak.


"Nabi pernah kata, kalaulah taknak memberatkan ummatnya, nescaya Baginda SAW akan wajibkan ummatnya bersugi sebelum solat. Haa..Korang eloklah pergi gosok gigi dulu sebelum join berjemaah..." kata si pengemis sambil berlalu.

Atan dan Abu cepat-cepat memadamkan puntung masing-masing dan mengiringi abang pengemis masuk ke masjid...

Wednesday, December 28, 2011

Redha atau Pasrah?

Bukan aku givap.
Atau dah fedap.
Tapi kadangkala aku keliru
Dengan cara dan matlamat.
Aku tak mau jadi tentera setan
Menghantar bangsaku ke dalam neraka
Walaupun adakalanya
Perbuatanku berlawanan dengan kata-kata
Aku mau jadi pengikut Baginda
Namunku tahu,
Aku bukanlah pemimpin ke syurga
Maka,
Apa yang boleh aku lakukan sekarang
Ialah mencampakkan seberapa banyak kaumku keluar
Dari neraka.
Jalanku mungkin berlainan
Namun matlamat dan harapan
Tetap sama.
Jika neraka itu adalah ketentuan untukku dari Nya,
Aku yakin.
Itulah yang terbaik

Tuesday, November 29, 2011

Menanti hujan berhenti...

Lelaki yang tak reti hargai keluarga adalah jantan
"Hidup berumahtangga ni, macam-macam rintangannya" mula makcik tu yang aku panggil makcik Rakiah. Beliau tadi duduk kat sebelah aku kat tempat duduk Terminal One Seremban ni. Aku tunggu hujan berenti. Dia tunggu kawan dia dari Bahau. Tadi kami berborak kosong jer. Tapi bila cerita dia semakin lama semakin menarik, aku offer nak belanja dia teh tarik kat warung sebelah tempat kami duduk. Beliau tidak menolak.


"Makcik ni, dah 4 laki acik" katanya sambil buat tanda 4 dengan jarinya.
"Peh! Acik ni poligami, la" kataku berseloroh. Spontan ajer tangannya menampar bahu aku. Aku ketawa dengan kemesraannya.


"Laki acik yang pertama, orang Muar. Sama-sama kami dari susah, bina hidup dan reta. Bela anak-anak. Tapi bila semua dah nampak macam semakin OK, dia pulak buat hal" katanya dan seraya itu juga wajahnya yang tadi ceria, berubah, Teringat kenangan pahit agaknya.


"Buat hal?" tanyaku blank walaupun aku boleh agak, apakah hal yang dibuat oleh bekas suaminya itu.
"Orang ketiga, laa. Dia mula cari yang lain" katanya Cik Rakiah tak cover. Aku menepuk dahiku macam tak caya.
Kulit telur itu designnya kuat, tapi rapuh


"Anak dah 6 dia boleh buat hal, lagi?" kata Cik Rakiah lagi macam tak caya. Aku rasa menggeleng dengan kebenaran akan kecibaian kaumku.


"Lelaki ni, bila dah kawin, pilihannya makin terbuka. Tak macam pompuan. Bila pompuan dah kawin, pilihannya dah semakin tertutup. Dapatlak bila dia dah ada anak" sambung Cik Rakiah lagi.


"Tak pahamla cik" kataku memujuknya memperincikan lagi penerangannya. Sekali lagi tamparan mesra hinggap kat bahu aku. Acik ni mesra mengalahkan sedara mara aku. Aku heran kengkadang camana kita boleh rapat dengan strangers tapi tidak dengan sedara mara sendiri...


"Ah, kau ni. Suka buat buat bodoh. Laki bila dah kawin, dia masih ada peluang nak kawin lagi. Pompuan bila dah kawin, sapa yang ndak?" katanya.


"Semua guna alasan yang sama. Layanan si isteri dah tak macam dulu, lah. Tak memahami, lah. Rimas dok rumah, lah. Tu sumer bibit-bibit menandakan yang dia dah ada orang lain" katanya lagi mengongsikan pengalamannya. Telinga aku tah kenapa semakin panas.
Isteri zaman sekarang memang tahap
tinggi. Semua kerja dia buat...


"Camanalah si isteri nak sama layanannya macam dulu-dulu. Kan dah ada anak? Dahlah kat rumah dia bukan nak nolong kita buat kerja rumah. Ni nak suruh kita layan macam kita ni takde anak pulak" kata Cik Rakiah lagi. Wajah makcik tu bagaikan nak ceritakan sesuatu tapi dia cover-cover. Aku buat muka macam tak puas hati.


"Paham tak?" tanyanya padaku. Aku menggeleng.
"Layanan atas katil la. Dia nak itula, inilah. Kita dah semakin berumur, dah ada anak, manalah nak buat benda bukan-bukan lagi. Tak cocok rasanya" kata makcik tu cuba menjelaskan. Aku mula dapat tangkap apa yang makcik tu katakan. Terlintas dalam kepala aku akan kebenaran perjuangan OWC.
Orang ketiga?


"Lelaki ni, makin tua makin menjadi. Dulu muda-muda masa boleh buat camacam, dia taknak buat. Dah tua ni, makin merenyam pulak dia" aku mengutuk diriku sendiri.


"Betul tu, nak" kata Cik Rakiah. Aku tak rasa gempak dengan persetujuan makcik tu. Bahkan aku rasa cam sial, ada. Pada diri sendiri


"Kau dahada anak bini, kau pikirlah sendiri. Sedarlah diri. Jangan ingat diri tu makin muda. Kalau tak tahan lautan gelora, jangan mendayung di tengah laut. Berpuas hatilah dengan main kat tepi-tepi pantai ajer" katanya sambil ketawa sorang-sorang. Aku menggaru kepalaku kebingungan.


"Kau ni bodohlah!" katanya sambil ketawa. Sedas lagi tamparan hinggap di bahuku.


"Kalau bukan orang ketiga, kadang-kadang, dari keluarga belah sana pulak yang buat hal" sambung Cik Rakiah lagi. Aku memfokuskan pandanganku.

"Acik ada anak lelaki yang dah kawin dan ada anak tiga orang. Dia ni kontraktor. Dulu masa dia mula-mula buat bisnes, bisnes dia lingkup. Teruk juga dia berhutang. Anak bini semua dok kat rumah mertua. Aku dah pesan kat dia bawak cucu-cucu aku tu balik Pilah, dia degil. Haaa, kan dah kena" katanya lagi. Aku suruh dia teruskan ceritanya.

"Anak Acik tu tahapa silapnya, lurus bendul sikit, tak macam Acik. Masa dia hidup susah tu, keluarga belah sana cucuk bini dia mintak cerai. Anak Acik mula-mula agak kecewa sebab yang mintak cerai tu ialah isterinya. Tetiba jer pulak tu. Dekat seminggu jugaklah dia meroyan sensorang. Sibbaik ada anak acik yang sorang lagi pergi jenguk dia dan bawak dia balik. Bila dah sampai kat rumah, Acik terus basuh dia. Hahaha" ketawa Cik Rakiah bagai tiada penyesalan.


"Kesian, anak Acik" kataku.
"Apa pulak kesian? Sapa yang pilih pompuan cenggitu buat bini? Kita orang pompuan, bila dah kawin, kena sentiasa jaga kepentingan suami kita. Jangan mudah kena cucuk. Kan cerita dalam syurga pun dah tunjuk? Iblis tak dapat cucuk direct dengan Adam, dia cucuk melalui Hawa?" Peh! Dasat gak pemahaman Acik ni.


"Yang Acik basuh anak acik tu sebab dia tak terpikir yang bini dia dah kena cucuk. Kau bayangkanlah; anak ada tiga. Kalaulah dia bercerai, sorang tu kena bagi nafkah. Koman-koman RM300 sorang. Tiga dah seribu. Kau agak, budak tu pakai ke sampai RM300 sebulan? Kat situ pun dah tau, dari mana si bini dia dapat idea ni semua" kata Cik Rakiah sambil tersenyum. Aku memang tak nampak angle ni sebelum ni. Mangkuknya aku.
Mangsa penceraian ialah anak


"Bukan bini dia yang ndakkan duit tu. Aku memang syak mentua dia yang nakkan duit dia. Diorang bukannya bekerja. Bila aku selidik, memang betul. Kat anak pertama dia pun dia buat camtu. Sampai bercerai budak tu. Last-last, lengan dia yang semakin penuh" kata Cik Rakiah sambil buat gaya gelang kat tangan dan ketawa. Aku pun ketawa dengan kesahihan pandangannya itu.


"Kau kena bijak, isteri kau pun kena bijak.dan menurut pengalaman Aciklah, kan, kalau korang nak kurangkan pening kepala dalam rumahtangga ni, jangan pakai ambikkk jer komen orang. Yang baik jadikan pedoman. Yang buruk, jadikan pengajaran. Sebab cerita kita semua lain-lain...." katanya lagi. Aku beria-ia menganggukkan kepalaku macam paham.


Setan memang nak memecahbelahkan manusia. Dan institusi rumahtangga ialah satu tempat paling hebat impaknya jika mereka tumpukan usaha kat situ. Aku mula nampak dengan mesej yang diturunkan dari atas. Aku tak dapat nak ubah dunia. Tapi aku boleh ubah 'dunia' aku. Dan aku nak mulakan sekarang juga. Ayuh!

Tuesday, August 23, 2011

Tablighleak: Artikel-Artikel yang dicensoredkan; Kisah di tepi tangga gereja.


Aku terduduk di tepi tangga. Tak sangka sampai begini sekali keadaan hidupku. Sehingga pergi meminta belas simpati dari kaum yang aku doa setiap hari agar Allah lindungi dari mereka. Sesungguhnya kefakiran itu menghampirkan seseorang kepada kekufuran. Nak buat camner? Ini saja jalan mudah untuk aku mendapatkan keterusan hidup untuk anak bini aku kat rumah. Pelan jangka pendek pun hanya boleh berikan wang padaku di akhir bulan nantik. Aku perlukan duit SEKARANG. Anak aku sakit. Bini aku letih dan lapar. Bisnes lingkup. Nak pinjam duit dari sedara mara, semua dok ungkit hutang. Nak mintak bantuan BaitulMal, bukan asnaf. Nak mintak bantuan orang politik? Jangan mimpilah. Nak taknak, aku menjual maruah agamaku untuk makan. Dan apa yang membuatkan aku terduduk ialah ini bukan kali yang pertama.

Sedang aku duduk di tangga di luar gereja, memegang sampul berisi cek, aku didatangi oleh seorang India. Aku kenal dia sebagai seorang father dalam gereja ini. Dah berapa kali dah aku nampak dia kat gereja ni. Ada gak dua tiga kali aku tegur dia. Kali pertama ialah masa aku tanya tandas.


"Good day my brother. How are you?" sapanya padaku.
"I'm OK" jawabku pendek sambil menguntumkan senyuman.
"Your face doesn't look like you are" katanya memancing. Memang terpancar kegusaran hati pada wajahku. Dan harini aku tak sembunyikan.


"Why the long face?" tanyanya lagi. Retakku mula menampakkan belah. Aku tengah jem sebenarnya. Aku sedang kecewa. Aku bersuara:


"You and me, both of us believe there is only ONE God, aren't we?" tanyaku memulakan.
"Yes. And His son and the Holy Spirit" jawabnya penuh.


"Why does God do us like this? All these suffering, pain? Personally, I think I am one of the good doers. I don't commit sin like the others. Yet, I see the sinners are given wealth, good life, big cars. They are even laughing at us" rungutku panjang.

 "He is purrifying us from evil so that Jesus could claim us from 
hell" jawabnya. Aku taknak persoalkan bunyi ayat dia yang macamlah aku ni jahat sangat. Aku juga taknak persoalkan ketidaklojikannya Jesus pulak yang menanggung dosa orang lain.


"If that so, why is there heaven and hell? If we are purrified on earth, what's the need for those two in the afterlife?" tanyaku mempersoalkan kata-katanya. Namun, aku bukan mempersoalkan dia. Aku mencari kebenaran. Dia terdiam sambil tersenyum.


"The path to heaven is filled with thorns, my son. The path to hell is filled with joy and entertainment" jawabnya. AKu tau jawapan ni. Aku pernah dengar cerita Jibrail a.s yang ditunjukkan syurga dan neraka oleh Allah satu masa dulu dan kemudian Allah menghiasi kedua-duanya dengan sempurna.


"Why is God doing it like that?" tanyaku. Father tu meraba-raba mencari jawapan dalam kotak ensaiklopedia kepala otaknya.


"Son, we do not have the knowledge to comprehend what is He doing to us sometimes. God works in mysterious ways" jawabnya cuba menenangkanku.


"What I was told, God created everything for reasons. We just need to think why. If we keep giving in to that kind of excuse, everything is a mystery" kataku.


"We only know the knowledge as told by our Father, through the holy spirit and His son" sambung father tu cuba membetulkan iktikad dia.


"That's another thing I wanted to ask. Why are you keep referring man's relationship with God as a father and son relation?"

Father tu tergamam dengan soalan fundamentalku.


"If He IS a FATHER, and with all this suffering He bestow upon His sons, I think He is not a good Father" aku memandang mata Father yang juga memandang mataku seakan tak percaya ayat yang keluar dari mulutku. Dia nampaknya seakan tersekat. Dan bukan akhlak seorang muslim membiarkan orang depan dia dalam keadaan sebegitu. Aku berikan jalan keluar.


"I think you guys got it all wrong with the human-God relation. If He is a father, He would only want the best for His son. Like what I am doing right now" aku mengangkat cek dan memuncungkan bibirku ke arah gereja.


"I think it is more of a master-slave kind of thing" ayat tu keluar seolah telah di skripkan. Father tu tunduk dengan pandangan sinis. Dia nak berkata sesuatu tapi ayat-ayatnya tak keluar. Mungkin tak tau kat mana nak mula? Atau tak pernah terpikir pun benda ni sebelum ni. Camana nak pikir? Semuanya mystery. Tak pernah kawin. Tak pernah keluar dari gereja tu dan AMAL agama dalam dunia sebenar.

Kebetulan ada seorang mamat memanggil father tu. Father tu meminta diri nak melayan mamat tu. Serentak dengan itu juga henfonku berbunyi menandakan orang yang aku tunggu dah sampai. Kami berpisah.

Mulai hari itu, hidup aku mula berubah dan aku mula paham, apa yang Allah sedang lakukan.

Wednesday, August 3, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan : Say No to plastik bags!

Kedatangan Ramadhan bermakna bermulalah ibadat puasa. Kat Malaysia, bulan Ramadhan ni dah jadi macam bulan pesta. Orang kerja sambil lewa dan bermalas-malas dan semua pakat balik cepat. Pastu, semua orang beramai-ramai membelanjakan saki-baki pahala yang tinggal di bazar-bazar Ramadhan. Tengok kueh, tengok juadah. Tak ketinggalan juga melihat telatah pemakaian awek-awek era globalisasi dan tudung Yuna. Ramai juga dilaporkan mula berani datang ke bazar Ramadhan memaki hotpants dan tak pakai bra.



Namun, kedatangan Ramadhan juga bermakna datanglah kembali pencemar-pencemar bumi. Mereka ni, bukan saja suka membazir dengan makanan yang berlebihan, bahkan juga suka menyepah-nyepahkan plastik yang diorang dapat dari bazar Ramadhan tu. Apalah salah bila pergi beli makanan tu, bawak bekas sendiri ke, mangkuk tingkat sendiri ke. Ni tidak, dah berapa tahun dah puasa? Camtuu jerlah.

Itu jer. Sekian.





Friday, July 22, 2011

Dia ialah apa yang hamba Nya fikirkan tentang Nya.




Bila kita mendengar ayat di atas, kita boleh ambik kongklusi mudah bahawa kita takboleh pikir bukan bukan pasal tuhan. Kita takleh pikir yang tuhan ni itulah, inilah. Sebab tak mungkinlah otak kita yang dikatakan cuma di tahap 10% penerokaan ni, berkeupayaan nak memikirkan akan sesuatu yang sempurna. Buktinya, banyak kali sistem yang dikatakan sempurna, yang dicipta dan dinovasikan oleh generations of human, tetap menghasilkan kesan sampingan yang tak baik. Ini tidak berlaku kepada sistem atau ciptaan tuhan macam tumbuhan, sistem pencernaan, sistem ekonomi, dan sebagainya. Bahkan, pengkajian terhadap ciptaan serta perbuatan tuhan, tak pernah dan takkan habis.

Aku suka mengambil makna bahawa ayat di atas juga melambangkan akan kasih sayangnya tuhan terhadap manusia. Yelah. Tuhan tu kan ghaib, tak nampak. Maka, kepada manusia yang kenal Dia, tahu kedudukan Dia dalam realiti ini, maka Dia mudahkan proses interaksi antara Dia dengan hambaNya tadi dengan menyuruh hambaNya fikir (ingat) kat Dia. Beruntunglah para hamba yang bukan saja ingat, malah memikirkan pula tentang hubungannya dengan tuhannya. Kerana ingatan kepada Nya itu sesungguhnya datang dari, kerana dan untuk Nya juga. Kita katakan beruntung kerana telah dipilih untuk menyaksikan semua itu.

Ilmu yang aku dapat dari ayat di atas ialah, kalau aku nak keampunan, aku serulah nama tuhanku yang membawa erti ke arah pengampunan dan kegagahan. Kalau aku nak kesenangan dari sudut rezeki, aku minta dengan nama tuhanku yang membawa makna kepada kemurahan, kekayaan. Kaitan dari pengetahuan ini pula ialah, ketika aku susah, dan aku rasa macam aku kena uji, aku kena PIKIR tentang apa yang cuba Dia sampaikan pada aku. Dan dalam pemikiran itu, aku kena banyak salahkan diri sendiri sebab takkan tuhan nak buat silap pulak? Dah tentulah kesilapan, kekurangan, kelemahan tadi tu datang sebab KITA yang silap kat mana-mana. Salah baca ke. Salah paham ke. Salah amal ke?

Jadi, mulai hari ini, marilah kita jangan fikirkan apa-apa pasal Dia melainkan dengar cakap Dia dan taat ajer. Kalau rajin sangat nak menyoal, baik kita soal diri kita tentang macamana kita nak jadi lebih taat lagi ke, kenapa kita takboleh rajin macam budak tu ke, boleh tak kita jangan banyak soal? Hehehe.


Wallahualam

Wednesday, July 13, 2011

Jangan Jadi Tongong




Ada dua jalan utama menuju Nya. Satu yang rumit tapi menguntungkan (sempit) dan satu yang mudah tapi melalaikan (luas).

Jalan yang sempit ialah jalan dakwah. Ia adalah jalan menyampaikan. Dakwah dalam istilah ini ialah menyebarkan risalah  tauhid, yakni kalimah laaeelaha illallah. Mengajarkan password ke syurga ini kepada semua manusia agar semuanya beroleh pembelaan diakhir cerita kelak. Ia dikatakan sempit kerana ia melibatkan pertembungan dengan manusia yang lain. Dan pempaham jelah camana susahnya kita nak menjaga lidah dan hati. Dapatlak orang yang memakai jubah dakwah ini membawa imej agama ke mana saja. Namun, jalan inilah yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW, maka tak dapat disangkal lagi, inilah jalan terbaik untuk manusia secara umumnya.

Jalan yang luas pula ialah jalan tasawuf. Sufi. Jalan ini dikatakan luas kerana objektif utama perjalanan ialah pembebasan dari pegangan makhluk kepada genggaman Allah. Soal interaksi antara manusia dalam jalan ini dikurangkan kepada interaksi si salik dengan pembimbing, serta keluarga dan masyarakatnya saja. Ia juga dikatakan luas kerana dalam kaedah ini, si salik belajar menyerahkan dirinya bulatbulat kepada Allah. Contoh kisah latihan di bahagian tauhid ni yang paling masyhur ialah kisah Nabi Ibrahim a.s.


Bila memilih antara dua keburukan macam dosa dengan dosa contohnya, pilihlah untuk tidak memilih. Kerana sebagai mukmin, apa jenis dosa, besar atau kecil adalah kebencian Allah. Dan kita tak mahu Allah benci.

Bila memilih antara dua kebaikan pula misalnya, memang otomatiklah kita memilih yang terbaek. Namun, seperti yang sedia maklum, kat Malaysia ni, bila dalam bab mendalami ilmu agama, kita tak boleh tidak akan berjumpa dengan dua puak yang dipetik sebagai contoh diawal tadi. Puak tabligh dengan puak tarekat. Satu baik. Yang lagi satu pun cam best jer. Badan ada satu? Nak join yang mana?


Sebagai manusia akhir zaman, yang mana semua sedia maklum bahawa segala jenis maksiat dari tok nenek moyang kita yang terdahulu, terkumpul dalam satu zaman, kita tak bolehlah nak berada dalam takuk tahap Islam yang rigid dan statik.

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah, kita jangan sempitkan pemikiran kita dengan berpikir secara sebaris ajer. Dalam hal menuju kepada Allah, janganlah berkira sangat nak kena ikut haul zikir jer, atau nak kena jaga nisab jer, atau nak kena jaga attendance ceramah bulanan kat surau yang ada makan-makan jer. Jika sesuatu itu baik, maka hambik. Ikut. Yang tak baik, dendiam tengok. Jadikan teladan agar kita pun jangan berakhlak cibai yang sama. Ikut jalan tengah. OK?

Hehe. Dan sampailah ke ISIK artikel ini:


Bila kita kaitkan dalam hal politik pulak (hehe), kita jangan jadi tongong dengan berpikiran sempit bila dah pakai baju biru semuanya nak biru, bila pakai baju hijau, merah, biru muda, semuanya nak kena ikut kaler masing-masing, jer. Hei, sedara semua! Kita ni rakyat. Kita boleh pilih, mana yang kita suka. Sukati kitalah kita nak join ceramah PAS ke, UMNO ke, Ambiga ke. Barulah boleh compare. Sesapa yang menghalang kita dengan membuatkan kita rasa bersalah tatkala join ceramah mana-mana, adalah fanatik yang patut disekat. Melobi dan berkempen tu ada batasnya.


PRU dah dekat. Maka, selalu-selalulah ingat hak istimewa kita sebagai pengundi! 

Kita mahu dipimpin. Bukan diikat-hidungkan.

Wednesday, July 6, 2011

Raja Adil, Raja di Daulat

Daulat Tuanku!
Sekurang-kurangnya ada juga Raja yang belajar dari riot di dunia Arab

Tindakan YDP Agong, Tuanku Mizan, memperkenan Bersih diadakan di Stadium Negara merupakan satu tindakan yang bagus. Tindakan ini pasti membuatkan pihak BN panas bontot. Dan membuatkan rakyat (bukan pembangkang) rasa mereka didengari.

Sama ada baginda akan turun atau tidak, dengar atau tidak, buat sesuatu atau tidak selepas Bersih ni nantik, dah tak relevan. Bahkan, seandainya PR tak menang PRU13 ni nantik pun dah tak penting. Mereka dan kita semua dah capai matlamat kita yakni memperbetulkan BN.
Amat salah jika fikir kita nak jatuhkan BN. Sebabnya, bila BN jatuh, akan ada lagi BN baru yang akan naik. Maka daripada kita jatuhkan, baik kita bersinergi ajer dengan mereka.
Komuter dah extend ke Sg. Gadut. Tak lama lagi ke Rembau pulak!

BN di sini pula bukanlah merujuk secara serkap kepada semua dalam BN tu. Tidak dinafikan, ada juga orang BN yang masih lagi berkhidmat untuk rakyat. Dan orang-orang camni, kita sokong. Kat Negeri sembilan contohnya, aku OK dengan Menteri Besar: Datuk Mohammad. Sejak beliau naik, rakyat Negeri Sembilan mula nampak perubahannya. Dari sudut jalanraya yang semakin ikut standard track drift, ke pemerkasaan institusi MAINS yang lebih proaktif dan mesra orang miskin, sehinggalah ke lego-an beliau terhadap kehendak belia kat negeri ini. Bukan macam KJ atau Saiful Bahri yang sampai sekarang aku tak tau apa kejadahnya diorang ada kat situ (ibu pejabat Umno Rembau pun macam tak terbela jer signboardnya).

Jadi, mesejnya di sini ialah, jangan jadi taksub pada mana-mana parti politik, Jadilah golongan yang berpikir. Dan apabila kita berpikir, kita berpikir sebagai satu jemaah, satu organisasi. 

BERSIH ialah konspirasi BN?

Abu baru pulang dari kerja. Sebagaimana kebiasaan, dia menyalakan sebatang #nusan sambil menunggu bas yang menuju ke destinasinya. Sedang Abu kusyuk mengasapkan belakang bas stand tempat dia menunggu, dia didatangi oleh seorang mamat.


"Bro, lu join itu Bersih?" mulanya. Sorang lagi, bisik Abu dalam hatinya. Abu buat muka tak berminat.


"Apasal?" tanya Abu nak jaga hati. Abu malas nak terlibat dengan semua benda ni. Mamat tu buat muka berminat nak explain.


"Gua rasa, Bersih ni hanyalah konspirasi BN" mulanya. Abu hampir tersedak dek asap yang dihisapnya. Wah? Ini cerita baru!


"Kenapa cakap camtu?" tanya Abu.


"Iyelah. Lu tak perasan ke semua media BN adalah yang paling sibuk memperkatakan tentangnya. Dalam #bullshituatama kat #RTM3, banyak lagilah"

"Lu bukan taktau rakyat Malaysia ni. Yang ditegah tulah yang bersemangat dia pergi buat" sambung mamat tu lagi. Abu hampir terlupa nak menyedut nusannya.


"Kenapa lu pikir Bersih ni sebenarnya konspirasi BN? Untuk apa?" tanya Abu mengembalikan mamat tu ke topik.


"Bila kali terakhir kita pilihanraya? Lu tak jawab pun takper. Sepatutnya, PRU diadakan setahun selepas PRK yang terakhir. Itu bermakna, PRU13 sepatutnya berlaku tahun depan. Jadi, camana nak buat supaya PRU tu diadakan pada tahun ini?" tanya mamat tu. Soalan perlembagaan sebegini memang kelemahan Abu. Abu tak berapa mahir benda-benda ni. Kalau bab furuk atau fardhu ain, boleh jugaklah Abu mencuba...


"Pilihanraya diadakan setelah parlimen dibubarkan" jawab Abu sambil berpikir.
"Dan parlimen boleh dibubarkan bila negara dalam keadaan darurat" sambung mamat tu dengan berminat. Abu mula kagum dengan keparanoidan mamat tersebut.


"Satu pihak kata, jom join Bersih demi Negara. Satu pihak lagi kata, jangan join Bersih demi Negara. Kau tak perasan ke persamaan antara isu Bersih dengan 13 Mei? Dua-dua berlaku kerana pilihanraya! Gua malas nak cakap bangsa apa yang menjadi dalang kepada semua ni. Tu pasal dulu-dulu orang kata, kalau jumpa diorang, palu diorang dulu"


"Tapi semua yang lu cakap ni, tak membuktikan bahawa semua ini adalah konspirasi BN" kata Abu cuba menyetabilkan keadaan mindanya yang semakin terpengaruh.


"Sapa yang untung bila berlaku kekecohan masa perhimpunan tu nantik" tanya mamat tu. Abu terdiam.


"Sapa yang rugi kalau apa-apa berlaku masa perhimpunan tu?" tanya mamat tu lagi. Abu mula mengorek kotak rokoknya mencari batang kedua. Dia offer sebatang kat mamat tu. Mamat tu menolak.


"Kalau betullah ini semua kerja BN, gila teruk dah diorang ni!" kata Abu. Mamat tu terkejut dengan remark Abu.


"Kenapa pulak lu cakap camtu?" tanya mamat tu pula kepada Abu.
"Yelah. Sampai tahap camtu sekali diorang pikir dalam hal nak mengekalkan kekuasaan mereka. Dah macam Amerika pulak. Kalau camni, gua tak heran kalau PRU ni diorang menang lagi" kata Abu. Mamat tu termenung jauh dek kebenaran kata-kata Abu. Bas pun sampai...

Wednesday, June 22, 2011

Kabel Besar




Dalam banyak-banyak telur ikan dalam lautan, yang satu itu survive dan berjaya menjadi ikan. Dan dalam tah apa bertuahnya ikan tu pada hari tu, dia ditangkap oleh nelayan dan dijual dan dipotong-potong dan di display di pasar pada pagi ini. Aku pun belilah dua potong buat lauk tengahari nantik.

Setelah campuran nasi, sayuran, isi ikan dan sedikit perasa di kisar, aku biarkan ia berjemur di bawah putaran kipas dikelajuan 3. Kasi sejuk sikit. Seminit sekali aku merasa-rasa tahap haba cairan makanan yang bakal kusuap ke mulut anakku sebentar lagi. Dah OK kot? Setelah berjuang selama beberapa minit, suapan pertama berjaya dimasukkan ke dalam mulut anakku. Beliau membuat muka mengenyit pelik. Merasa-rasa dengan lidahnya. Aku mengacah dengan suapan kedua. Beliau membuka mulutnya nak lagi...

Dunia ini adalah Darul Asbab. Sunatullahnya memang begitu. Bagi orang awam, nak hilang lapar, kena makan. Di zaman moden, nak makan kena berduit. Nak berduit kenalah bekerja. Nak bekerja kenalah bergerak. Duduk melepak tak memasakkan nasik.

Rezeki, Allah turunkan bak air hujan. Air hujan memang turun lebat mencurah-curah dengan kaya rayanya, setiap kali ia turun. Namun, orang yang bersedia dan bijak saja yang akan dapat memanfaatkan setiap titisan yang telah diturunkan. Kerana air hujan takkan terkumpul jika tiada bekasnya. Dan bekas menadah yang baik bukanlah yang sebesar muncung botol bukaannya. Air yang tersimpan pula kenalah bijak mencatunya. Serta yang lebih, pandai pula ditukar barternya. Bahkan air zamzam yang Allah tahu boleh mengalir sampai kiamat pun Allah perintahkan untuk dikepungi (zamzam), inikan pula rezeki yang dikatakan turun bak hujan yang sememangnya hak mutlak milik Allah; bila, bagaimana atau banyak mana turunnya.

Mereka yang bijak akan terus menunggu di mata air. Atau ditepian sungai. Kita tak boleh berdengki dengan orang yang telah punyai kolam kepungan yang besar. Ini bukan datang dengan luck. Tapi sebenarnya adalah hasil titik peluh gigih sabar tok nenek moyang mereka yang terdahulu...(OKOK. Memang ada jugak yang dapat durian runtuh atau secara majikal. Tapi kita bukan nak cerita pasal makam tajirid kalini, bukan?)

Maka memang benarlah bahawa dunia ini adalah dunia kabel. Takde kabel, agak sukarlah perjalanan itu. Bahkan dalam hal menuntut ilmu pun kita kena cari guru yang mursyid? Maka samalah halnya kalau kita nak berjaya di dunia...

Soalnya, kamu, kamu dan aku, telah diberikan kabel yang PALING BAEK PUNYA. Kenapa kita mensia-siakannya?



Hehehe.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails