Aku dok menyandar kat dinding serambi mengadap luar. Angin nyaman meniup halus ke muka ku. Pening kepala aku hisap tembakau madu brader bus stand. Dia tersenyum jer memandang aku. Abang karkun kat mana ntah. Aku memandang ke arah pucuk pokok mangga di hujung laman.
"Abih tu, kenapa abang-abang sumer tak buat apa-apa?" tanya aku sambil menghirup udara segar. Angin malam membuatkan aku segar kembali. Brader melontarkan pandangannya kepadaku.
"Sebab belum datang perintah" jawab brader.
"Sementara tunggu perintah, tu, buat apa?" tanya aku lagi macam yahudi. Aku mula senyum-senyum.
"Kita lepaklepak camni lah, ingat kat Dia in our own silly ways. Tengok tanda-tanda. Tunggu si karkun" jawab brader bus stand. Aku setuju. Senyum. Bang karkun dah sampai.
"Kau pernah pergi Amerikaaa, tak?" tanya abang karkun. Dia pegang tiga tiket kapal terbang. Aik? Kalini tak naik piring terbang ke?
"Kau dah dedahkan rahsia hari tu, so kelebihan tu ditarik balik, kot?" jawab abang karkun. Brader tersengih kat dia. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Eh? Apahal plak ada bintat ni? Dah berbenjul dah tengkorak aku. Bila masa pulak aku dapat benjul, ni?
Dulu aku ingat wali-wali ni adalah golongan yang dalam kepala dan jiwanya hanya ada Allah saja, kuat beramal, zikir dan tahadjud tak tinggal, ada magic dan perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah hikmah. Aku ingat wali-wali ni berserban besar, berjanggut lebat dan berjubah siang malam. Betapa sempitnya kefahamanku tentang semua ini. Aku baru sedar aku tak tau apa-apa. Dan sejak dari itu, aku taknak tau apa-apa, selain apa yang diberitahukan kepadaku oleh Nya.
Semua yang baik datang dari Allah. Dan peraturan di dunia ini ialah sesuatu berlaku dengan asbab. Allah boleh buat semua main magic jer, tapi kang ada pulak tak puas hati lahir-lahir terus masuk neraka. Atau sawan berbuih bila ada tangan emas yang menyuapkan nasi berlauk yang dah terhidang di depan mata. Dia buat jalan cerita bagaimana sesuatu itu disampaikan kepada kita dari Nya, agar mata kita yang tak nampak benda ghaib dan hati yang tak terbukak kepada akhirat ini menjadi tenang, sebab ada alasan nak bagi kepada akal. Tapi kebanyakan kita hanya memandang setakat siku kepada tangan yang menghulurkan wang, atau amoi yang jaga kaunter yang menghulurkan buku bank kepada kita setelah dikemaskinikan. Kita jarang nak pikir lebih-lebih setelah kita dapat apa yang kita perlukan. Takdelah nak pikir yang siku tadi tu dapat duit dari mana atau gaji amoi dan bos amoi dan bos kepada bos amoi tadi, mana datangnya? Dan apa yang ternampak kat kita hanyalah jalan cerita camana nikmat tu boleh sampai kat kita. Dan ramai beranggapan ia habis takat apa yang kita nampak ni ajer. Takbley nak salahkan jugak sebab itulah ujiannya hidup di dunia: nak tengok kita percaya atau tidak kepada yang ghaib...
Dan bagi mereka yang mengetahui, hidayah untuk mula mempercayai itu milik mutlak Allah. Hidayah ialah semangat untuk maju dan terus berada dalam keimanan (percaya lantas taat). Ini sangat penting di dalam dunia globalisasi di mana individu yang takde integriti akan hanyut dan hilang tanpa tujuan. Hidayah mengekalkan identiti dan set moral seseorang dalam dunia yang serba berubah ini, mengakibatkan beliau sentiasa ingat kepada objektif dan belajar sesuatu dari apa yang dilaluinya dan menjadi semakin baik. Dan hidayah hanyalah milik Allah. Serupa macam rezeki atau ajal. Dan macam biasa, sebab kita berada di dunia, kita memerlukan asbab supaya hidayah terus kekal dan terus mencurah kepada kita. Dan sebagai ummat Muhammad SAW, kita juga bertanggungjawab memastikan orang lain juga mendapat hidayah.
Kadangkadang orang dapat hidayah dalam masjid. Kadangkadang orang dapat hidayah kat hospital. Hidayah dan rahmat boleh turun bilabila masa dan di mana saja (dalam tandas aku tak pasti). Kalau manusia sekadar menunggu, hidayah akan sampai juga, tapi biasanya dalam bentuk bala. Dah terhantuk baru nak terngadah.
Bagi mereka yang memahami, mereka akan terhegeh-hegeh nak jadi asbab turunnya hidayah kepada orang lain. Sebab kerja ni dapat pahala. Pahala bukanlah tujuan kita melakukan sesuatu amalan. Ia hanyalah ukuran supaya kita tau amalan yang paling afdal dan besar pahalanya kepada Dia supaya Dia lebih suka. Memang benar pahala paling besar ialah menyampaikan pesanan agama dan kelebihan amalan agama, tetapi tugas sebegini memerlukan kelayakan. Si penyampai kena beramal (atau sekurang-kurangnya ada pengetahuan) mengenai apa yang disampaikan, melainkan apa yang disampaikan itu adalah perkara hak yang umum. Jika tidak, si penyampai akan dipersoal atau diuji atas apa yang disampaikan. Ujian ini berlaku demi menjamin kesucian orang yang menyampaikan ajaran yang suci. Dan hukuman pula boleh berlaku di atas bumi atau ditangguhkan untuk masa yang akan datang. Walhal ujian itu bertujuan mengasingkan golongan pendakwah sebenar dari yang hangat-hangat taik ayam supaya mudah pemimpin dakwah nak buat keputusan dalam urusan dakwah mereka. Dan supaya yang hangat-hangat taik ayam buat keputusan yang tepat dan perbetulkan kelemahannya. Dan kedua-dua golongan ini menjadi peringatan bila diperhatikan oleh golongan yang perlu sentiasa diperingatkan: diri sendiri.
Jadi, bagi mereka yang dah faham, mereka akan utamakan penyebaran suruhan berbuat KEBAIKAN. Menyuruh orang buat baik, bersabar dan berpegang teguh kepada kebenaran dan harmoni. Akibatnya, mereka terpaksalah jadi baik jugak sebab kang orang cas dia cakap tak serupa bikin. Kena sopan santun, civilized dan profesional. Dan cam alim-alim sikit.
Tapi yang lebih faham, mereka bukan sekadar menyebarkan, malah mereka menjadikan diri mereka sebagai contoh pula kepada orang lain supaya mudah orang melihat dan mencontohi sifat-sifat baik yang cuba ditonjolkan. Mereka kurang bercakap tapi banyak bekerja dan tersenyum. Macam ada bunga dalam itu hati. Kurang cerita agama tapi banyak amal agama. Tapi bila mengarut, memang tak terlayan.
Namun bagi yang dipilih, mereka hanya berdiam diri dan melepaklepak menikmati kesempatan yang diberi untuk menambahkan lagi apa yang dah ada dalam diri mereka: ketaatan dan keadaban. Mereka juga bijak mengumpul bekalan dengan harapan dapat guna untuk bantu Baginda SAW tebus saudara kat mizan nantik. Tapi, bila dapat arahan jer, diorang terus meluru (dengan beradab) dan melakukan tugasan dengan sungguh-sungguh tanpa banyak soal. Kenapa mereka begini? Kerana mereka mau jadi asbab pemerintahan tuhan di dunia ini. Bukan kerana mereka mahukan dunia. Tapi kerana itulah tugas mereka, pada saat ini. Lain saat, lain tugasnya. Dan sudah tentulah bukan kerana Allah itu MEMERLUKAN diorang kat dunia ni untuk menggerakkan batu di laut itu. DIORANG yang terlumba-lumba nak TOLONG gerakkan batu tu untuk Nya (setelah dapat tau itu yang di MAHU Nya). Biasanya kita makin rosakkan batu itu atau menggerakkan batu itu tidak mengikut sepatutnya, tapi Allah tetap terima sebab Dia tau kita ni memang takkan dapat buat apa-apa pun dengan betul dalam hal-hal pemerintahan ni, tanpa izin dari Nya. Tapi Dia suka tengok kita beria-ia nak tolong selamatkan orang lain. Diri sendiri pun tak tentu lagi...
Dan jangan salah faham dengan blog ini dengan mengaitkan aku dengan arwah Ashaari atau ayah pin atau guru yahya atau sebagainya. Semua orang nak jadi wali, tapi malas nak beramal atau bersabar. Termasuklah aku. Orang sumer sekadar nak bertaubat, tapi aku nak jadi wali. Supaya kalau tak dapat pun, tercicir ke golongan 'orang-orang soleh' pun OK gak. Aim kena tinggi maaaa...Dapat tak dapat belakang cerita..
"Amender yang ko mengarut ni?" tanya abang karkun. Aku mengangkat kepalaku memandangnya. Brader dah berdengkur tido.
"Takde mender, bang. Habiskan blog pasal wali, ni..." jawab ku.
"Jangan habiskan masa banyak sangat dengan benda tu. Tak jadi kerja kang. Zikir petang dah buat dah?" tanya abang karkun. Baru aku perasan aku belum buat zikir rutin petang aku untuk hari itu. Aisehhhh...Orang dah lentok ni..
"Takde lentok-lentok der" tegas abang karkun. Brader bus stand terjaga. Matanya barai. Letih benar brader. Maklumlah, petang tadi dia yang drive...Aku pun tutup laptop dan nyanyi "dimulakan dengan Bismillah..." (macam lagu Raihan)
Pekkk!! Bunyi belakangku disebat dengan majalah yang digulung oleh abang karkun.
No comments:
Post a Comment