Tuesday, April 26, 2011

Wali Dari Bangi (aku kena berguru)


"Kau nak kena berguru, ni Wan" kata abang karkun sambil menepuk belakangku. Aku rasa selesa dengan body contact dari abang karkun. Terasa cakura jahat mengalir keluar dari tubuhku. Tinggi amalan abang karkun ni, bisik hatiku.


"Kau ni tak abes-abes mengarut, kan?" kata abang sambil menujal bahu kananku. Aku mengadoi keaduhan.


"Aku tengok singgahsana kau tu makin berhabuklah. Dah bersawang. Siap ada anak cengkerik lagi lepak kat bawah kerusi. Kau nak kena sapu dan serbis selalu" kata abanag karkun sambil ushar dadaku bahagian jantung. Aku rasa berdebar-debar.


"Kau dah laa lama tak keluar. Zikir tak amal. Sejak bukak kedai welding ni, dah pandai lompang-lamping solat fardhu. Tak baik tahuuu?" kata abang tembakan tepat ke mata ketigaku. Debaran di dadaku rasa tak tertahan. Nak luruh rasanya. Aku hampir membongkok menerima tembakan abang karkun. Aduh! Abang karkun tarik balik badan aku kasi up balik. Ni mesti ada tembakan kedua. Siaplaaa...Aku redha. Tapi tutup mata.


"Lepas solat pun main bla ajer. Dah takde tadah-tadah tangan. Paling celaka, solat jumaat pun dah pandai ngelat pakai teknik" kata abang karkun. Tembakan yang ini hampir membunuhku. Aku terkulai. Abang karkun kasi up aku balik. Hader lagiii?!


"Bila susah kemain mintak kat Dia, tapi bila dah dapat, kemain berdolak-dalih dari sujud fardhu atau nak ucap terima kasih. Kurang hajar dah adik aku ni" kata abang karkun. By this time muka dia dah series. Kening dia bercantum. Kulitnya yang pada kebiasaannya kuning langsat, bertukar kemerah-merahan macam singh mabuk. Aku cuak tengok muka dia. Distracted kejap sebab muka dia cam lawak pun ada.


Tetiba abang karkun berderai ketawa. Berdekah-dekah dia kat tepi aku sambil menggosok perutnya. Tak pernah aku tengok abang gelak luar kawalan camni. Apa sajalah yang dia dah baca kat dalam kepala aku tadi, ni. Aku cuba merewind memori aku sendiri...


Kemudian abang karkun rapat semula denganku dan memelukku.


"Abang bangga berjumpa dengan kau. Kau jangan lupa abang nantik!" kata abang karkun. Dia bangun dan berlalu dari port isap rokok belakang masjid jamek ni. Aku terpinga-pinga dengan perangai sorang member aku ni. Ntahapa-hapa ntah.

Tapi aku memang kena cari guru...Aku petik puntung rokok ke luar pagar dan bingas bangun. Terhenti sekejap aku di situ.

Mata aku berpinar sebab bangun dengan tiba-tiba. Nak pitam rasanya...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails