Wednesday, August 25, 2010

Pendidikan Mercun

Setiap tahun, ada saja kejadian kemalangan akibat main mercun. Kalau dulu, kemalangannya agak Mcgyver, dengan kisah-kisah budak-budak bikin mercun sendiri. Sekarang, mercunnya tak dimodify, mercun katak jer...tapi sekali meletup..POW!!! Apa taknya. Sekarang kita main volume. Semuanya pasal kapitalisme. Nothing personal, k.

Serupa macam isu kronik buang bayi atau seks bebas, mungkin cara menangani masalah ini ialah dengan mengadakan Pendidikan Mercun di sekolah-sekolah. Kita tidak akan dapat menghalang sifat ingin tahu seorang kanak-kanak, jadi apa yang kita boleh buat ialah dengan memberi EDUCATION kepadanya. Hehehe...

Bonus Raya!


Kerajaan baru umumkan bonus Raya. So it wasn't rumor after all!

Selamat Hari Raya...We're on average RM300 richer. Thanks, Allah.
Let's give it a break to our PM. At least he's trying...
Salamat Duit Raya

Harini dah hari khamis

Anytime boleh kiamat. Mungkin Jumaat ini?

Alamak. Dah hari khamis! Besok hari Jumaat! Hari yang dinanti-nanti kan. Khuatir jika kiamat berlaku. Eh? Tapi dajal belum keluar? Yakjuj makjuj tu, amenda? Tapi tak mustahil Allah dengan segala kehebatanNya boleh buat semua tu berlaku dalam 24jam saja. Sebab masa itu relatif. Sesaat tanpaMu ku rasa seribu tahun di jiwaku...

Prejudisma

Kita selalu membuat anggapan. In fact, lagi administrative jawatan seseorang dalam kariernya, lagi banyak dia buat andaian. Andaian itu perlu semasa membuat rancangan masa depan sebab tanpa andaian, kita taktau nak mulakan rancangan kita tu kat mana. Tapi andaian-andaian utama kita ni, perlulah disokong dengan data dan pemerhatian-pemerhatian yang secukupnya, bukan sekadar dari sebuah pertemuan yang singkat, atau mengenal seseorang atas nama jawatannya saja. Kita perlu mengenal seseorang secara individu. Atau dalam hal perancangannya: kita perlu selidik sesuatu senario itu dengan teliti dahulu, sebelum mengeluarkan sebarang hipothesis.

Kalau nak jadi baik, berkawanlah dengan orang baik-baik

Yang baik perasan baik, yang jahat dok sakat yang baik

Aku selalu mendengar falsafah di atas. Dalam hal orang Islam, kita diingatkan agar memilih kawan yang sesuai. Kalau kita berkawan dengan orang baik, besar kemungkinannya kita akan terikut-ikut dengan kebaikannya. Jika kita selalu lepak dengan orang yang kurang baik, memang kita akan silap-silap mengambil takhta kemangkukan kawan tu tadi (dengan mengumpat kawan tu, kononnya sebagai pengajaran). Jadi, peraturan asasnya ialah: pilihlah kawan-kawan yang berakhlak baik.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails