Wednesday, July 21, 2010

Steve Jobs dengan Bill Gates 3

Dan cerita klasik pertembungan dunia antara specialist dengan idealist or fiqah dengan sufi or sosialis vs liberal, etc, itu berterusan sampai bilabila selagi ada yang mahu melayannya...

Kan masa tu lebih baik dihabiskan dengan membaca? Atau membuat bahan bacaan. Atau sesuatu supaya orang di LUAR diri kita di SANA tahu, apa yang bermain di hati kita sebenarnya. Keluarkan sesuatu. Jangan asyik komen hasil kerja orang jer. Dahtu komen belakang-belakang laktu? Apa pekdahnya feedback kalau feedback tu sekadar berdengung dalam microphone jer? Orang tak dengar apa pun kat speaker. Aku buat benda ni untuk kasi korang bersuara. Jangan paksa aku buatkan korang cari aku pulak...Hahaha. Amenda ni?

Takde sapa nak jadi villain. Semua sukakan kasih sayang dan persatuan. So, lets try unity for a change. What do we got to loose? Wahai PAS, dalam perjuangan mu untuk menegakkan Islam di tanah ini, bukankah UMNO itu saudara yang aula kita dakwahkan ke arah jalan ini, di samping rakan-rakan yang di samping mu itu juga? Dan macamana kita melayan orang yang ada password tu dalam dada mereka? Akhlak dan hikmah laaah..kepada semua sekali la. Kepada UMNO pulak, tolonglah kembali ke fundamental seorang Melayu; kita takde apa jika tiada Allah. Dan dah sampai masanya, korang tumpukan kepada kemajuan spiritual komuniti Malaysia pulak. Backup plan kena ada. Jangan buang maserrr...Bala dah around the corner ni...Jom kita berenti sekejap dari semua ni dan berpadu tenaga menangani masalah zina dan buang baby ni dulu. Masa pilihanraya, baru kita gaduh balik. Parti kerajaan dan parti pembangkang adalah komponen dalam sebuah negara dalam memastikan keputusan berkenaan pengurusan sumber negara digunakan untuk kemajuan dan keselamatan negara. Ni korang dok habiskan masa dengan main congkak di waktu bekerja. Korang maju, memang dah maju. Tang keselamatan tu, dah bahaya sikit.. Dunia makin menakutkan. Pandanglah sekeliling dan tanya diri sendiri: have i done enough? Jenayah, dadah, pencemaran. Korang pun tak terkecuali. Gempa bumi, kilat, kapal terbang terhempas, sakit perut, kencing tak tus...Hahaha.

Wallahu'alam.

Kita minnummmm dulu...Kopi Radix satu!


*remark: sila rate posting kali ini dengan menge klik button di bawah. Bukan payah punnn

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails