Wednesday, January 19, 2011

Karkun Gila


Ada satu cerita sensasi yang aku pernah dengar masa aku keluar-keluar dengan otai-otai tabligh ni. Dan yang paling mendalam ialah pasal karkun yang jadi gila. Aku tak ingat detail cerita tu, tapi aku akan cuba jugak kongsikan sebab kita ialah tabligh-leak. Hehehe.

Kisah bermula dengan seorang karkun yang istiqomah. Namanya tak penting. Memang sejak dari bujang lagi dia ni memang takde keje lain. Memang korban tahap tinggi punya. Pantang ada takazah atau khidmat kat markas. Mesti dia yang angkat tangan. Tiap minggu malam markas, muka dia memang tetap kat tempat basuh pinggan dan talam. Dan kalau time ijtimak, kenderaan dia tu macam keta prebet sapu dilenjan ke hulu hilir mengangkut jemaah.

Dia takde keje tetap. Keja dia; keluar tabligh. Balik tabligh, carik keja kumpul duit sikit, keluar tabligh lagi. Lagi dan lagi. Dari dia lepas SPM, sampailah dia habis U. IPB jer dah macam nisab tahunan. Berapa ramai bai dan maulana kat India tu nak jadi bapak angkat dia. Tapi akhirnya dia kawin dengan orang tempatan jugak. Binti karkun jugak. Dengar cerita, lawa budaknya. Maka bertuahlah si karkun ni.

Tapi itu langsung tak melalaikan semangat kekarkunan mamat kita ni tadi. Baru sebulan kawin, diorang dah keluar masthurat. Tak cukup dengan tu, anak pertama cukup umur 3 tahun jer, diorang dah keluar masthurat sebulan. Giler hardcore lah mamat kiter ni.

Sungguhpun dia takde kerja tetap, keyakinan dia pada usaha murni ini amatlah tinggi. Bila ditanya apa rahsia rezeki dia yang sentiasa ada, dia selalu jawab dengan solat selesai masalah.
Kata-kata dia menjadi falsafah sehinggakan ada sebilangan jemaah student yang mengidolakan mamat ni sebab ketekunan dan semangat istiqomah beliau dalam usaha. Syura pun segan dengan dia.

Satu malam, 2 hari lepas mamat ni dapat seorang lagi cahaya mata, ahliya karkun ni mengadu sakit perut. Karkun ni pulak pergi melayan baby barunya yang kebetulan melalak masa tu jugak.
Ahliya karkun kita ni ke tandas.

Karkun kita ni tadi cuba memujuk baby barunya yang sedang menangis. Beria-ia benar budak tu meraung. cam lapar benar nampaknya. Si mamat kita ni melayanlah dengan sabar. Tapi ahliyanya masih tak keluar-keluar jugak dari bilik air. Dia yang sedang mendukung baby nya tadi meletakkan baby itu di atas katil.

Ya Allah. Rupa-rupanya ahliya karkun tadi telah meninggal dunia dalam toilet. Mungkin sebab pendarahan sebab ada kesan darah yang banyak kat lantai toilet. Mamat kita ni cam panik sekejap. Dapat pulak si baby meraung-raung kat luar.

Dia berlari ke ruang tamu dan cuba mendail di henfon. Kredit plak habis. Nak menjerit mintak tolong, cam hapa la pulak. Nak taknak dia terpaksalah memujuk babynya yang sedang menangis tu dulu.

Dia ambik babynya dan mendukungnya. Baby tu menaikkan pitch raungannya. Bingit telinga mamat karkun kita. Dia menyumbatkan jari kelingking kanannya ke mulut baby. baby tu menyedut dengan rakus jari tersebut menyangkakannya nenen.

Sementara melayan anak kecil yang didukungnya, dia meninjau arwah ahliyanya yang terkujur di depan pintu bilik air. Camana boleh jadi camni? Mamat tu mula sedih dan lalai. Jarinya terlepas dari mulut baby. baby pun sambung meraung balik.

Dalam kebuntuan itu, dia menarik nafas dan meletakkan anaknya yang sedang menangis di atas katil. Kemudian dia menarik tubuh mayat isterinya ke bahagian tepi bilik dan mengemaskan sedikit bilik air. Kemudian dia berwudhuk.

dalam keadaan di belakangnya mayat isterinya, di belah kanannya baby yang sedang menangis, dia telah berdiri nak bersolat. Dia buat solat dua rakaat dan berdoa.

Baby masih menangis. Dia menoleh ke belakang melihat tubuh ahliyanya. Kemudian dia bangun bersolat lagi. Selesai salam dia berdoa. Anaknya sudah diam dari menangis.

Kelihatan mamat tu bangun mencium baby yang sedang tidur. Kemudian melapikkan kain dan mencium dahi mayat ahliyanya. Kemudian dia bangun bersolat lagi.

Selesai solat, dia berdiri dan berdoa.

Sejak dari itu, dia jadi gila. Mamat tu boleh dilihat mundar-mandir di sekitar Masjid india, KL.




p/s: Cerita ini disampaikan oleh anak pertama mamat karkun tersebut yang datang ke sini dengan ibunya. Aku tak sempat pulak jumpa dengan ibunya tu nak mengesahkan cerita budak ni tadi...

14 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

Sedihnye kisah ni.

"p/s: Cerita ini disampaikan oleh anak pertama mamat karkun tersebut yang datang ke sini dengan ibunya. Aku tak sempat pulak jumpa dengan ibunya tu nak mengesahkan cerita budak ni tadi..."

ibu tu means mak angkat anak tu td ke?

Muhammad Fahmi. said...

boleh tahan sedih la jugak citer ni.
tapi kalau keluar dgn otai2 ni mmg syok dgr cite2 camni.

"p/s: Cerita ini disampaikan oleh anak pertama mamat karkun tersebut yang datang ke sini dengan ibunya. Aku tak sempat pulak jumpa dengan ibunya tu nak mengesahkan cerita budak ni tadi..."

aku konpius la... cite ni penuh dgn kemisteriusan di akhirnya.

Irwan said...

mak tu ialah jawapan kepada soalan: adakah solat mamat karkun itu di terima atau tidak.

Ye. Secara misteri nusantaranya, yang kat belakang tu bukan mak angkat si pencerita...

Dark Half said...

kalau itu jawapannya, bermakna solat dia diterimalah. subhanallah!

betol ke apa yg aku faham? adakah dia jadi gila sebab terlalu terkejut isterinya hidup semula?pehhh...

sayangnya dia gila

Muhammad Fahmi said...

Subhanallah!

betol cakap Dark Half tu, kalau solat dia diterima.

mungkin dia jadi gila pas tu sbb Allah nak jaga dia drpd buat sebarang maksiat. Wallahualam.

~* chirpy_chummy *~ said...

sungguh misteri. x paham plak.

Anonymous said...

Satu kisah Sahabah nabi saw, bila tali selepar capal putus, terus mengadu kpd Allah dirikan 2rakaat solah. Anda boleh relate hayatus sahabah dgn crita karkun diatas?
Kalau betul hamba Allah tu dlm apa jua keadaannya, sihat sakitnya, senang susahnya rujuk kpd Allah dgn perantaraan amal, ketahuilah dia berjaya disisi Allah. Hazrat khumtum ra, anak saudra kpd Ibnu Abbas ra bgerak utk kerja dakwah n usaha agama, mati dlm keadaan kepalanya putus ditebas semasa dlm tahiyat akhir. Natijahnya, uzbek, kazakh, tajikis dpt Hidayah asbab mujahadah diiringi dgn pengorbanan. Kuburnya wujud sehingga sekarang di RUSSIA. FAHAMI BAIKBAIK. KEMULIAAN Allah TIDAK TERLETAK kpd org beriman, tetapi disisi Allah, KEMULIAAN adalah milik kpd insan yg "KEKAL" dlm beriman sehingga akhir hayatnya. IStIQOMAH adalah sama maksud dgn "kekal".

Satu org bila ditimpa ujian spt contoh sakit akan jatuh kpd 2 keadaan keyakinan..
Keadaan pertama terus dirikan Amal mcm 2rakaat spt crita diatas, tapi kesannya tak sembuh langsung. Zahirnya gagal, tapi berjaya, agamanya TERBINA kerana keyakinannya BETUL kpd Allah. menidakkan asbab kecuali Allah. ini sifat sorg MUKMIN. Ciri2 zahir mukmin, sepanjang hidupannya sehingga diakhir hayatnya, keyakinannya dlm amal. sentiasa dlm beramal buktinya KEKAL BERIMAN. Kamu akan faham jika kamu fahami kisah dlm surah al buruJ ataupun surah yaseen. Zohirnya mati hina terbakar, tapi sbrnya dpt redho Allah. Kenapa? KAJILAH kisah dlm surah al buruj. MogA Allah bagi hidayah kpd insan yg sifatnya sentiasa niat belajar n melihat keaiban diri n kebaikan org.

Keadaan kedua, terus meluru tawajuh kpd asbab pil, bahkan terus sembuh. Maka dia akan dpt 2 jenis MALAPETAKA. 1st, keyakinannya ROSAK yakni agamanya RUNTUH. 2nd, dia akan tinggalkan AMAL n guna asbab sbg ikhtiar pertama utk selesaikan masalah mcm org kafir. Lari kpd asbab dgn keyakinan kpd senjata bom atom, kukuhkan ekonomi n politik, ladang, perniagaan, pembinaan tapi sedikitpun takda hubungkan dgn agama, mcm kaum saba, aad, tsamud, madyan.

Dlm hadith, sorg wanita mati ketika mlahirkan anak maka Allah akan bagi ganjaran spt org mati syaheed. Begitu juga kelebihan org gila, Allah jaminkan syurga didunia lagi kpd org yg jatuh gila.. ini mujahadah..maka adakah kita masih berpegang dgn pendapat diri atau sabdaan rasulullah saw? Maka zohirnya seolah2 kehinaan dari kaca mata pembaca, tapi kpd penduduk langit, itulah kejayaan hakiki.

Jgn ada sangkaburuk ttg pengorbanan n amal karkun. Kita bukan Allah nak jatuhkan karkun tu bjaya ke gagal. Hak dia yg kita kena tunaikan adalah Doa. Doakan kebaikAn n qabulliat.
Muhasabah diri, Sekurang2nya dia masih istiqomah n tak tercampak kluar dpd usaha agama diuji akhiri hidupam dgn fitnah wanita, takhta, kuasa, harta. kita bagaimana? Agama terbina n pemahaman dtg bukan dgn BERLENGGANG blogging tapi hanya dgn pengorbanan, bagi masa n mujahadah. bloggin hanya muzakarah. Kalau ssorg tu belum kluar 4 bulan (padahal karkun 4bulan pun kena diamkan diri) atau bukan ulama, dinasihatkan jgn bagi pandangan pribadi bsangkutan dgn usaha agama. Nanti terbalik..Usaha agama bukan majik, sebaliknya adalah KETAATAN dlm amalkan agama syumul nabi saw n ajak yg lain utk perkara ini. Maka BUAHnya adalah asbab hidayah n kemuliaan. Ini usaha jadikan diri KHADAM kpd umat, bukan berKALAM bloggin. Jgn cari majik carilah hidayah..

Irwan said...

anon, apa yang anda katakan adalah benar..

doakanlah agar saya diterima kembali..

selepas saya kena dengan abang karkun hari tu, saya risau saya tak diterima lagi dalam usaha ini...

Anonymous said...

simply stopping by to say hi

Anonymous said...

Kesian nasib Karkun ni. Kalu di fahami benar2 dgn akal yg waras, adakah ini menunjukkan kebenaran jalan Jemaah Tabligh atau menunjukkan bahawa Jemaah Tabligh ni bukan Jemaah Pilihan Nabi saw ?
Fikir-fikirkan

dekcha said...

jemaah tabligh mmg jemaah pilihan Nabi saw. sekian.

dekcha said...

jemaah tabligh mmg jemaah pilihan Nabi saw. sekian.

dekcha said...

jemaah tabligh mmg jemaah pilihan Nabi saw. sekian.

Anonymous said...

knp persoalkn jemaah pula? em kta tgk diri kita sendiri.amal kita mcmana? cukup x jd umat pilihan nabi?.. dn dlm usaha agama, kena brgerak dlm jemaah nong (pgilan mesra untk adik2), kalau amal kita baik dan berada pula dalam kalangan ahli jemaah yg amalny baik2, mudah2an jd pilihan Nabi SAW.
nak lebih faham? tingkatkn korban harta,diri dan masa pada jalan Allah.
Kalau benar namanya lelaki, keluarla ikt jemaah tabligh 3 hari, 10 hari , 40 hari. inshaAllah hati yg bersih mudah untk terima . jauhi prasangka buruk. kita umat nabi. ������ x kenal maka x cinta. x korban pun xdalah cinta Nya. Jom keluar?

#jumpadjalanAllah

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails