Wednesday, July 21, 2010

wali, wali gak. tapi, kita siapa?


Ada sekali tu, aku terdengar dari satu kuliah, akan sebuah hadis. Dalam hadis tu, dikabarkan Baginda SAW melakarkan satu kotak di atas tanah. Dalam kotak tu ada macam maze. Dari satu sisi sebelah kanan kotak itu, Baginda SAW melakarkan satu garis yang terus extend straight ke kiri kotak dan menembusi keluar kotak. Macam gambar kat atas. Kemudian Baginda SAW menerangkan bahawa apabila manusia diciptakan, kotak tadi mewakili nasib manusia itu. Rezeki, jodoh, ajal, susah, senang, kehidupan dalam realiti duniawi ini, semuanya dalam kotak itu. Dan jika masa itu bergerak, maka masa itu bergerak dari kanan ke kiri kotak. Semuanya akan terhenti apabila sampai di hujung sebelah kiri kotak. Inilah saat kematian. Tapi garisan lurus yang bermula dari dalam kotak itu akan terus menerus bersambungan,hingga ke luar kotak. Itulah garisan angan-angan.

Sungguhpun ustaz yang memberi kuliah menekankan tentang jangan banyak berangan, sebab masa tu patut kita gunakan untuk beramal dan beribadat, aku termakrifat benda lain pulak.

Aku lihat angan-angan mewakili hope seorang manusia. Dalam hidup, manusia biasanya berangan-angan untuk mendapatkan apa yang belum diperolehinya. Dan untuk memotivasikan dirinya untuk berusaha, dia akan berangan-angan. Ada yang berangan tentang perjalanan yang nak ditempuhi demi untuk mencapai impiannya itu. Ramai yang berangan tentang camana rasanya semasa mendapat hajat itu. Ada yang berangan melayan perasaan. Ramai yang akan berangan tentang apa plan kita selepas ni bila dah dekat dengan due date. Tu yang semasing senyaaap jer dalam keta masa on the way pegi final presentation ke, audit ke, kenduri ke. Layan kepalerrr semasing jer. Angan-angan manusia tak pernah henti. Sebab manusia tak perfect. Mesti ada benda yang nak kena improve dalam hidup ni. Kehidupan material, kehidupan spiritual. Angan-angan membuatkan kita bersemangat untuk menghadapi kenyataan bahawa; kita yang kena buat semua sendiri dan jangan harap nak dapat moral support atau sebagainya sebelum mencapai hajat itu (dapat kutukan dan cabaran lagi, ader) dan bila dah berjaya, semua ngaku diorang ada play a role dalam kejayaan tadi. Padahal tadi dialah yang kata kita ni tak berguna, mat jenin, atau mat pit.

Anyway, apa yang diangan-angan seseorang bergantung kepada keasyikan seseorang terhadap sesuatu yang tak pernah dirasainya. Macam orang bujang fantasi pasal sex. Orang dah kawin fantasi pasal main dengan orang lain. Dan orang yang dah rasa macam-macam daging pulak, fantasi pasal main cara gilagila macam main dalam lif (lagi?) atau main kat ruang tamu rumah kawan masa kawan keluar pergi beli air oren sebab korang datang tibatiba tadi, atau berpikir apa rasanya kalau main dengan sapu minyak power yang kita nampak kat TV haritu...Dalam hal ni, kita kaitkan angan-angan dengan sex untuk mengingatkan keasyikan angan-angan. Ada jugak yang angan-angan nak dominasi dunia. Atau yang angan-angan buat satu persembahan gempak gila di hadapan ratusan pengkritik seni, atau berangan-angan akan sebuah esok tanpa benci atau kepura-puraan yang berlandaskan kepentingan diri.

Tu sebab agaknya masa kecik-kecik, lepas tanya nama dan dah makan ke belom, mesti kita tanya budak kecik tu dah besar nak jadi apa. Kita nak budak tu buat keputusan dan kejar keputusan yang dia dah buat tu dan biasa ar, sumernya menggalakkan budak kecik tu untuk tambah lagi usahanya dalam pelajaran atau pengayaan ilmu dalam dirinya.

Aku tak tau cerita detail tentang kisah kewafatan Baginda SAW. Tapi apa yang aku ingat benar: Akhir kalam Baginda SAW ialah: "Ummati-ummati" yang bermaksud Baginda SAW risaukan keselamatan ummatnya ketika akan dihisab dihadapan tuhan yang Maha Teliti suatu masa nanti. Bukan patutnya "lailahaillallah" ke?

camtu sekalilah seorang manusia, yang mempercayai dia seorang penyelamat ummat dari kesengsaraan selama-lamanya dek murka sesuatu yang di namakan ALLAH. Dia mempergadaikan dirinya untuk kita. Ummatnya, di depan tuhan nya.

Dan kita sebagai MANUSIA. Yang jahil dan tak tau apa-apa pasal Islam, atau tak pernah give a damn pasal apa yang akan berlaku kepada diri kita lepas mati dalam kubur, terdengar ada seseorang yang sungguh menyayangi orang lain sebegitu sekali sehingga sanggup memikul beban mewakili kita di depan TUHAN yang AKAN membuat PERHITUNGAN tentang untung nasib kita selamalamlamanya, tak rasa apa-apa bila ada orang yang mempersendakan beliau? Atau ada orang memperolok-olokkan Baginda SAW? Atau menganggap Baginda SAW dan the whole rule for the REALITY does not apply anymore? Kita jahil, dah la. Jangan sampai waladdollleeennn pulakk.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails