Showing posts with label Tips Pemanduan. Show all posts
Showing posts with label Tips Pemanduan. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Kalau keluar dari Exit Tol PLUS Pedas-Linggi, ambik kiri nak ke Rembau/Pedas/Seremban
Banyak perkara yang dah berlaku sejak kali terakhir aku menulis di blog ini, blog yang merekodkan perjalanan spiritualku dalam dunia akhir zaman sebagai seorang lelaki Melayu.
Keluar jer simpang, mesti jumpa kedai buah ni dulu.
Kali terakhir, aku menulis sebagai seorang bujang, seroang suami. Sekarang aku dah bernikah, dah beranak tiga. Kali terakhir aku menulis dengan jazbah dan segala ilmu iman amal seorang pejuang, sekarang aku menulis dengan kosong, telanjang, tanpa sebarang objektif bagaikan seorang yang bergelendangan.
Lepas tu akan lalu surau kat kiri, dan kolam pancing ikan kat kanan
Namun, satu perkara yang pasti adalah Ramadhan dan Syawal sering menjadi penanda masa dalam perubahan hidupku.
Teruskan ke depan. Haa...kat belah kiri atas bukit, tulah rumah ibunda ku..

Aku pandang belakang, aku nampak tapak kaki, debu dan sampah-sarap yang dah aku buat. Aku pandang depan, aku terlihat jalanan yang mencabar, langit yang kelam dan tangan-tangan yang menggapai di kiri kanan jalan.
Kemudian melalui Kolej Komuniti Rembau

Entahlah. Hidup semakin hari semakin hampir ke permulaan, dan aku di sini, dok ternganga-nganga cuba menaakul makna yang cuba disampaikan melalui perkara-perkara subliminal yang aku saksikan.
Lepas tu akan lalu deretan kedai makan tepi jalan kat belah kiri dan akak jual lemang kat kanan
Akan melalui Masjid Lama, yang sekarang dah jadi Madrasah mini...
Depan sikit jer, adalah masjid baru
Lepas jer masjid baru, belah kanan adalah Taman Pedas Indah.
Dulu time gua kecikkecik, taman ni adalah ladang kelapa sawit yang menakutkan

Apapun, aku semakin pasti bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Allah amat lembut pada manusia, amat sayang pada kita. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
The famous "ILP Pedas roundabout"

Allah akan ampunkan dosa, sirna, salahsilap kita walau semua tu menggunung sampai ke langit. Itupun, jika kita pohon keampunan semasa hayat.
Dari roundabout tu, kalau nak ke Rembau, akan jumpa simpang kecil nak ke Kampung Paya Besar Pedas,
tenpat tanahtumpahnya blog ini. Ikut jalan ni dan akan keluar semula di Taman Pedas Indah kat atas tu.

...sebab lepas mati, there's no more Mr. Nice God...


Thursday, August 26, 2010

Tips Pemanduan: Berhenti ketika lampu isyarat merah

"Naik sawan aku melayan lampu isyarat ni"

Semalam, semasa kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari rumah mentua aku, kami melalui beberapa siri lampu isyarat. Sampai kat area taman perumahan kami, lampu isyarat dah kuning. Ada beberapa saat saja lagi sebelum ia bertukar merah dan aku memecut kereta. Lampu dah merah tapi aku langgar jugak. Isteri aku menepuk bahu aku.
"Abi, lain kali takmau lah buat camni. Bila lampu merah, berenti lahhh" katanya. Aku terdiam. Kepala hotakku mencari alasan-alasan pemati hujah. Aku sebagai ketua keluarga, mesti mempertahankan keputusan yang aku dah buat. Aku takmau dilihat sebagai flip-flop atau dianggap sebagai telah membuat keputusan yang salah. Biaser laaa. Ego.

Thursday, August 19, 2010

Tips Pemanduan (Kenali Lampu Isyarat Anda)

1. Kenderaan anda mempunyai alat untuk menyatakan kepada pengguna jalan raya yang lain ke mana anda ingin pergi. Nama alat itu ialah lampu isyarat (signal lights). Ia terletak di belakang stereng (biasanya di tangan kanan), sebatang dengan suiz untuk hidupkan lampu hadapan. Tak payah nak hulur dan pusing-pusing tangan cam Mr. Bean.

2. Sentiasa pastikan lampu-lampu isyarat di TEPI DAN LUAR KENDERAAN anda berfungsi dan menyala dengan terang semasa dihidupkan. Bukan sekadar lampu yang kat dashboard tu berdetak-detik jer semasa anda menekan butang lampu isyarat.

3. Gunakan lampu ini SEBELUM anda membelok ke kiri atau ke kanan dan bukannya SEMASA atau SELEPAS. Seelok-eloknya, anda menyalakan lampu ini sesuai dengan halaju kenderaan anda. Kalau bawak slow, dah dekat baru bagi signal pun boleh disabarkan lagi. Tapi kalau bawak laju, bagitaula awal-awal.

4. Selepas anda memberi isyarat lampu untuk ke kiri atau ke kanan, pastikan kereta di belakang anda yang tadi bawak slow, memotong anda dahulu. Taktik ini boleh digunakan jika anda mahu kereta di belakang anda memotong kenderaan anda. Bagi signal dan kereta belakang akan menggelabah dan memecut macam 'sapa lambat dia kena'

5. Jangan lupa untuk mematikan lampu setelah anda membelok. Sekiranya terdapat keadaan dimana anda perlu membelok dua kali ke arah yang sama, hidup-mati-hidup-mati kan lampu ini mengikut masa-masa yang sesuai agar pemandu lain tahu ke mana anda nak pergi. Mereka bukan psikik dan tak berupaya membaca pikiran anda.


6. Lampu ini sangat membantu ketika anda hendak mengundurkan kenderaan, lebih-lebih lagi sekiranya ada pemandu lain yang sedang menunggu anda keluar dari tempat parking itu. Nyalakan arah yang anda nak undur dan ingat untuk memusingkan stereng mengikut arah lampu itu pada masa-masa yang sesuai dalam pengunduran anda tersebut.

7. Jangan nyalakan lampu ini serentak (hazard light) semasa dalam hujan yang lebat. Pemandu lain akan menyangka anda sedang berhenti atau perlahan dan cuba mengelak dan akan menyebabkan huru-hara sebab garisan-garisan panduan jalan raya tidak jelas semasa hujan lebat. Lampu hazard light dihidupkan semasa kecemasan sahaja. Jika hujan terlalu lebat, perlahankan kelajuan kenderaan anda dan hidupkan lampu seolah-olah dah malam. Dan jika anda ingin membelok, matikan hazard light dan bagi signal, belok, dan hidupkan kembali hazard light.

8. Lampu ini digunakan sebagai isyarat untuk menyatakan pilihan anda semasa di persimpangan jalan atau semasa anda ingin susur keluar dari jalan besar. Sekiranya anda berada di jalan yang berbengkang-bengkok seperti dalam Drive Thru misalnya, takpayah pakai signal tiap kali membelok. Pemandu belakang akan saiko sebab belum belajar tips seterusnya.

9. Jangan layan kelipan-kelipan lampu isyarat kenderaan dihadapan anda kerana dikhuatiri anda diserang sawan, tertidur atau terpukau. Tumpukan perhatian kepada destinasi anda (dan pesanan anda jika anda dalam Drive Thru) dan bersedia jika pemandu dihadapan membelok.

10. Lampu isyarat kiri digunakan untuk membelok ke kiri sementara lampu isyarat kanan untuk membelok ke kanan. Kalau anda tak pasti mana kiri dan kanan semasa memandu, muncungkan bibir dan halakannya ke arah yang anda hendak tujui. Kemudian hidupkan lampu isyarat ke arah situ.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails