Monday, July 26, 2010

Interview dengan wali (ntah berapa ntah)

Setelah selesai misi rahsia kitorang kat Palestin, kitorang pun bergerak kembali ke tanahair. Kitorang berkumpul kat belakang masjid yang rahsia. Abang karkun dok layaan borak dengan brader bus stand. Diorang mesti ngumpat aku, tu.

"Maner aderr.." jerit brader bus stand dari jauh. Aku mendekati. Barang-barang yang member aku kirim ni, memperlahankan perjalananku.

"Kau nak pegi mana dengan barang-barang tu?" tanya abang karkun. Dia mencampakkan rokoknya. Brader bus stand memerhatikan ajer puntung rokok tu berguling ditiup angin kencang yang datang tibatiba.

"Sebagai cenderahati laa. Bukan selalu saya dapat datang Palestin camni. So kena bawak balik bahan sebagai kenangan" jawab aku. Aku menarik beg yang berisi tabung syisha yang aku beli kat gerai tepi jalan tadi. Mesti gempak punya letak kat ruang tamu yang membosankan tu. Hehe

"Takde ruang tamu-ruang tamu der. Tinggalkan sumer kat situ. Amender laa kau ni" lawak brader bus stand.
"Satu pun tak boleh?" tanyaku.
"Tak boleh!" jawab abang karkun. Aku menjatuhkan beg di tangan. Aku angkat patung teddybear Mr.Bean yang aku ingat nak gantung kat cermin rearview kat keta. Kihkihkih.
Brader bus stand menggelengkan kepala. Aku menjatuhkan teddy bear. Aku melangkah longlai ke arah mereka. Mereka memegang bahu aku dan kami pun naik ke space ship berbentuk piring terbang berwarna biru.

"Sapa punya ni?" tanyaku tibatiba. Bang karkun dan brader bus stand berpandangan.
"Dalam kes ni, camana kita sampai tak penting, yang penting pengetahuan dan sifat perhambaan yang disaksikan yang lebih penting" bisik brader. Abang karkun menuding ke satu arah dan benda tu bergerak pantas. Kembali ke Malaysia. Aku peratikan ajer patung teddy bear aku tu tinggal kat bawah dan semakin jauhhh...Macam biasa, aku pun mula terlintas pasal nasib bangsa aku. Tapi aku taknak cerita pasal tu, kalini.

Sampai satu tempat, aku rasa nak terkucil. Aku sound kat brader.Brader bisik kat abang karkun. Abang karkun cam blank-blank sikit dan dia mengatakan sesuatu kepada brader dan mereka ketawa berdekah-dekah. Aku nak terkucil ni diorang boleh gelak-gelak pulak. Hoii. Dah la tuu.

"Kita berenti kat sana. Kat sana nampak cam kegelapan jer tu. Kalau kita pergi solat kat situ, at least bercahaya sikit" kata abang karkun kat brader. Brader mengangguk. Kitorang membelok dan berenti kat satu kawasan peranginan. Kitorang turun, aku terus ke toilet. Laplap sikit, wudhu, dan join abang karkun dan brader yang tengah menunggu aku. Kami bersolat dan wirid2 sikit dan masa pakai kasut depan surau, kitorang borak-borak. Abang karkun dah siap sebab dia pakai seliper. Dia tengah isap rokok. Naga betulla mamat ni.

"Hah? ngumpat aku?" kata abang karkun tibatiba sambil mengerling kat aku. Aku boring betulla ngan diorang ni. Diorang boleh baca pikiran aku, aku tak boleh baca pikiran diorang. Mana adil?
"Kalau nak adil, pergi masuk parti keadilan, lah. Kahkahkah" gelak brader bus stand. Abang karkun join brader ketawakan aku. Diorang suka usik aku. Ni cara wali-wali bermesra, kot? Ntah lah...

Kitorang pun berkumpul di satu tempat dan nak naik ke spaceship kitorang. Tapi aku tak nampak. Maklumlah. Mata tak makrifat lagi. Agaknya abang karkun tukar kaler spaceship menjadi hijau, barulah aku nampak dan melompat naik dan meneruskan perjalanan kami ke PayaBesarPedas...Hmmmph..Another boring week...

KISAH AHLI ZIKIR

Malam tu Atan nekad. Dia dah tau nak fokus macamana, nak kasi extra kusyu' masa berzikir. Setiap malam Atan berzikir. Dia mengamalkan zikir yang ditauliahkan kepadanya oleh gurunya. Taktau lah apa niat dia rajin-rajin. Setiap orang ada niat yang macam-macam dalam beramal ni. Ada yang riak. Ada yang nakkan dunia. Ada yang nakkan keselamatan akhirat. While ada segolongan yang berzikir semata-mata kerana kick yang dirasai ketika berzikir tu.

Atan dah pernah rasa sedikit lempias dari nikmat tu. Kelazatan berzikir. Dia rasa hidupnya semakin tenang, semakin fokus dan semakin bersinar-sinar. Dia mudah nak fokus masa solat dan dia lebih tenang ketika berdepan dengan perangai cibai customer dan client yang ditemuinya ketika waktu bekerja. Tapi dia nak naik lagi makam. Dia dengar macamacam cerita pasal kelazatan berzikir. Ada yang rasa terawang-awangan lah. Ramai juga yang nampak cahaya yang berbagai-bagai dan bermacam-macam lagi

So malam tu, selepas settle semua kerja, dia bewudhu', menukar pakaian kepada jersey untuk berzikirnya dan memulakan aktiviti malam itu dengan solat taubat dan beberapa solat sunat yang dah menjadi wajib kepada Atan. Dia rilek jer. Semangat atau jazbah keasyikan tu mula terasa. Ia bermula dengan rasa penyesalan dan kehinaan bila kesedaran tentang Allah itu dibukakan. Atan akan menangis teresak-esak, air matanya berjurai hingga membasahai janggut machonya. Tapi dia akan teruskan fokus kepada zikir dan nafasnya..

Kemudian datanglah perasaan tenang. Umpama ada angin sejuk meniup air matanya yang dah semakin kering di pipi, menyebabkan hawa sejuk yang menyegarkan menyeliputi Atan. Atan tak leka. Dia terus memejamkan matanya dan berzikir dan fokus kepada ayat zikirnya. Semakin dalam penghayatan Atan, semakin kuat angin itu rasanya. Atan menambahkan lagi fokus kepada zikirnya.

Dalam pejam-pejam mata tu, Atan boleh rasa bahawa suasana suram di biliknya umpama diterangi oleh cahaya. Rasa nak bukak mata tu datang. Atan nak lihat amenda yang bercahaya tu. Atan tak lalai. Dia fokus lagi kepada zikir dan nafasnya. Lagi dalam dia menyedut udara, lagi bercantum keningnya cuba nak fokus. Kelakar pun ader gak aku tengok budak ni...Lagi Atan fokus, lagi dia rasa macam cahaya di biliknya semakin terang. Dia boleh rasa seolah-olah dia dilingkungi oleh cahaya itu. Hawa sejuk nyaman yang menyegarkan Atan tadi secara perlahan-lahan bertukar menjadi hangat keselesaan. Atan rasa selesa sangat, umpama berselimut di atas katil ketika waktu hujan di pagi Ahad. Dia masih memejamkan matanya. Tapi kali ni dah macam longgar sikit. Detik-detik cahaya mula menembusi retina mata Atan. Terlihatlah sudah olehnya bahawa Atan sedang berdiri di satu kawasan yang bercahaya putih terang. Mulut Atan masih terkumat-kamit menyebut zikir, hatinya tenang (walaupun ada kagum sikitla setelah melihat keadaan dirinya) tapi terus dalam tanda tanya; apa maknanya semua ini?

Kemudian Atan rasa macam dia semakin terapung. Dia rasa macam semakin tinggi. Dia pandang ke atas. Semuanya putih. dia tak dapat nak mengagak jarak atau lokasi. Cuma dia tahu dia semakin tinggi. Dia fokus jer pada zikirnya. Lagi laju dia terbang ke atas. Tibatiba semua keterangan cahaya tadi lesap dan baru Atan perasan dia sudah terapung di atas rumahnya. Dia terpandang sekeliling kawasan kejiranannya. Atan dok menyewa kat rumah teres. Jadi dia nampak deretan rumah teres tamannya, lahh

Atan semakin tinggi dan bergerak semakin laju ke atas. Bila dia pandang ke atas, dia cuma nampak awan-awan semakin mengecil dan jadi macam kabus bila dekat dengannya dan menjadi hawa yang sejuk bila berlanggar dengannya. Atan pandang ke bawah. Dia nampak atap rumahnya bercahaya-cahaya. Selang dua tiga rumah dari rumah dia pun bercahaya jugak, tapi warna hijau. Dari jauh pun ada jugak cahaya putih cam cahaya Atan. Lagi tinggi dia terapung, cahaya ni semakin kecil dan berubah menjadi umpama tompokan-tompokan dipermukaan peta semenanjung Malaysia.

Atan semakin laju terbang dan rasanya dia dah nak keluar dari graviti dunia. Dia terlihat dunia ni bulat jer tapi bukan macam yang ditunjukkan dalam TV tu. Dia nampak dunia ni gelap (sebab dia di sebelah yang dilindungi matahari time ni), tapi kat sesetengah kawasan, dia nampak bercahaya. Macam rumah dia tadi. Dan kat area semenanjung tu ada banyak tompokan kecil cahaya tu. Kat Indonesia pun banyak jugak tapi tak sekata macam Malaysia. Tapi kat Indonesia ada yang cahaya duatiga warna bertumpu satu tempat dan ia berkelip-kelip umpama bernadi. Ada juga cahaya yang kelihatan bergerak kesana ke mari. Ada juga kawasan banyak cahaya seolah-olah bergabung dan menghilang. Atan taktau apa maknanya. Dia bergerak ke satu arah di angkasa yang luas. Kawasan sekitarnya adalah bintang-bintang yang berkelipan seperti tompokan cahaya yang terdapat di dunia. Atan rasa kagum. Dia menoleh ke atas. Apa yang terlihat cumalah kegelapan angkasa dan cahaya bintang-bintang yang berjuta-juta yang tahapamaknanya tu. Atan rasa dia kerdil. Dia rasa dia hina. Tapi dia rasa terharu sebab Dia masih sabar dengan Atan. Masih memanggil Atan kembali untuk menyaksikan semua ini, sedangkan Atan cuma ingat kat Dia masa susah jer. Atan rasa sebak. Tapi dia rasa syukur. Tahlah..Part perasaan-perasaan ni payah nak diterangkan so aku skip jer laaa..

Besoknya, Atan dengan kekaguman itu telah pergi menghubungi gurunya untuk mendapat penjelasan tentang apa yang telah dialaminya semalam. Setelah buat semua formaliti adab seorang murid dengan seorang guru, si ATan pun bercerita tentang pengalamannya. Gurunya rilek jer sambil mengerling kepada ibu ayam yang sedang mengontrol anak-anaknya di laman sana. Macam tak minaat jer dia dengar cerita Atan. Padahal ATan rasa dia dah mencapai satu makam yang baru dan gurunya kenalah bagi dorongan sikit dengan buat muka excited setelah mendengar cerita dia ke, apa ke. Tapi ni, gurunya siap pergi bagi anak-anak ayam tu makan lagi masa Atan tengah bercerita. Bila dahabis climax cerita Atan, gurunya dengan selamber, memberitahu bahawa apa yang dialaminya malam tadi bukanlah pencapaian makam, tapi permainan syaitan. Gurunya nasihatkan Atan jangan perasan dan berenti zikir bila benda tu berlaku dan solat sunat taubat. Pastu tido.

La? Musnah harapan Atan. Dia ngikut jerrr..Guru dia lebih berpengalaman dalam perjalanan menghampiri tuhan ni. Atan mula balik aktiviti zikirnya macam biasa. Lepas tu dah takde magic-magic lagi dah dan Atan pun cam boring sikit tapi dia teruskan jugak...
Last time aku jumpa Atan masa dia minum kat mamak kat markas. Mata sembab jer, barai. Tapi aku memang takut nak bertentang mata dengannya. Rasa ditelanjangkan pun ada gak tibatiba. Hisshh..

remark:

"Atan" bukanlah nama sebenar. Guru tu pun bukan guru sebenar. Beliau tak pernah pun ngaku guru, cuma orang jer saiko lebih dengar kata-kata beliau yang macam inspirational quote tu. Dan seluruh cerita ni pun bukan cerita sebenar. Apa yang sebenarnya berlaku ni, takde sapa yang tau betul idaknya hinggalah kita benar-benar berada dalam kebenaran. Amenda aku mengarut ni?

CERITA KEDAI MINYAK WANGI

Aku tengah lepak kat kedai minyak wangi kat markas. Tengah borak dengan owner kedai, pasal industri minyak wangi yang booming sekarang ni. Sumer orang nak jual minyak wangi. Sumer orang nak franchise. Sumer orang nak MLM. Sumer orang nak kaya cepat. Takder sapa nak beli minyak wangi. Ke, orang memang tengah takder? Ohhh? Kan orang tengah mesyuarat kat dalam? Maulana apa ntah baru turun dari kapal terbang, beri bayan peringatan terbaru...Yang aku dok buat kat sini, apa hal? Hehehe.

Owner minyak wangi menerangkan produk terbarunya. Minyak wangi dia samerr tinggi mutu dan kualitinya cam beserr, tapi kalini packaging dia canggih sikit. Tekan button, pati minyak wangi bercampur dengan penipis dan disembur keluar. Bau semerbak mengisi ruang. Kalau nak roll on, tarik tombol kecik ni, dan roll kat wrist. Pergh. Pure PATI. Bau baekk punyarr..Kompom tak kusyu solat. So packaging dia berbentuk canggih, ada button-button, diperbuat dari kaca dan plastik. Ada melamin, tak bang? Owner tu, ketawa...

Tibatiba, datang seorang angry customer. Di tangannya kelihatan memicit-micit button spray produk yang owner sedang terangkan pada ku. Aku memandang produk kat tangan aku. Aku memandang owner. Dia tersengih dan bingkas menyambut angry customer tadi.

Mamat tu agaknya dah beli produk owner ni dan mungkin ada faulty pada button spray-nya. Si owner pun dengan senang hati dan senyuman mesra tanya mamat tu nak refund ke nak ganti? Mamat tu kata nak ganti. Owner bawak mamat tu ke dalam kedai dan suruh mamat tu pilih mana yang dia suka. Mamat tu bukak satusatu kotak dan test button spray dan roll-on pada produk yang di testnya. Bila dia dah jumpa yang puas hati, dia mendengus dan blah. Member dia yang dok bercekak pinggang kat luar dari tadi dengan ketayap kulupnya pun menyambut dan meng-inspect produk yang baru ditukar tadi. Cam iya-iya, jer bebudak ni. Consumerism laaa konon. Aku menoleh ke arah owner yang kat sebelah aku. Dia tak hentihenti bertasbih dan memuji Allah. Dia tersenyum girang.

Punyalah girang sampai dia bagi produk yang kat tangan aku ni pada ku dan menutup kedainya dan bungkus dan balik rumah dengan suka hati. Dia start keta dia dan bla sambil bukak lagu Raihan kuat-kuat. Aku tempeleng pulak brader ni, kang? Apahal ni? Aku terpinga-pinga cuba memahami apa yang sedang berlaku. Dalam kekalutan, aku dikejutkan oleh salam sorang karkun yang memegang tanganku dan membawaku turut serta dalam mesyuarat yang dah tinggal part doa jer, ni...

Kelikatu of Parliaments 4

Atan cuba nak terbang. Tapi bahunya yang terlanggar dinding tadi sakit. Jadi ATan cuma larat berjalan menghampiri sumber cahaya itu. BArulah dia perasan bahawa cahaya itu umpama sebiji mata yang bersinar, menari-nari di atas sebuah menara putih yang semakin gelap di dasarnya. Atan rasa dah OK. Dia mula mengeliat dan zruppp...krrrrr dia terbang kembali..

Dari atas dia ushaa lagi cahaya tu. Barulah dia perasan ada banyak lagi kalikatu sedang mengerumuni cahaya itu dan semuanya berasak-asak ingin menghampiri cahaya yang sedang menari dengan mengasyikkan itu. Kelihatan ada juga yang memberanikan diri menghampiri, menyentuh cahaya itu dan mereka akan jatuh dan menari-nari dalam keasyikkan dan pengsan. Inikah nirwana yang kalikatu tua tu cuba sampaikan?

Atan cuba meng-interview beberapa kalikatu yang sedang fana keasyikan memuja cahaya yang sedang menari di atas menara putih.

"Kenapa abang suka sangat dengan cahaya tu?" tanya Atan sambil menyorong maikrofon angin ke arah seorang brader kalikatu yang sedang meracau-racau.
"Itulah sumber keabadian. Aku mahu pergi ke sana. Tapi apakan daya. Nak kudaki menara, kaki tak kuat, batangnya licin, panas. Nak ku terbang, sayapku patah..."

Atan menyorong maikrofon ke arah seekor lagi kalikatu yang sawan kat sebelah dia.
"Sungguh indahh, sungguh indahhh" ulang-ulang mamat tu. Kelihatan sayapnya patah dan dia meracau-racau melanggar kawanan kalikatu lain yang juga histeria memuji cahaya. Atan memandang ke atas. Kelihatan cahaya itu menari-nari, seolah-olah memanggilnya. Dia membuang maikrofon dan terbang ke atas. Matanya tertumpu ke cahaya. Dia menghampiri cahaya. Semakin panas rasanya. Cahaya itu semakin dekat dan kelihatan sumber cahaya itu bersinar-sinar keajaiban kat dalam satu bola api yang menari-nari di atas batang hitam yang terletak atas menara tu. Atan terpegun, Tapi bahang kepanasan terasa olehnya dan dia rasa macam nak bla. Tapi flashback kalikatu tua terbatuk, mamat-mamat patah sayap dan orang yang meracau pasal tak dapat terbang dan menghampiri "keabadian ini" tibatiba terlintas dihadapannya dan menguatkan lagi dorongan untuk Atan mendekati cahaya itu. Dia pikir what the heck dan terus menuju ke arah cahaya itu dan zuuup!

Atan sedar dia terjatuh dari menara dan menggeletek kepanasan dek terbakar. Lepas tu dia mati dan maikrofon kita kat dada dia terpadam...


Atan bersemadi. The end.

inspired by cerita sufism pasal perumpamaan orang sufi ketika fana di hadapan tuhannya dengan kalikatu yang tertarik kepada cahaya lilin. Ia ditaip dalam keadaan tertekan, jadi ayat-ayatnya agak kasar dan straightforward. OK la tu..Korang pun nak cepat, kan? Semoga semua dapat inspirasi dan bersemangat dalam menempuh perjalanan kerohanian itu.

Wallahua'lam

Kelikatu of Parliaments 3

Dia memulakan pencariannya malam tuu jugak. Dia terbang ke satu arah. Dia mula semakin memahami. Dia ternampak banyak cahaya. Ada yang putih dan panjang. Ada yang hijau. Ada yang mentol. Ada jugak lampu disko. Berpinar mata Atan merenung bola disko tu lamer-lamer. Dan dalam banyak-banyak lampu, dia pernah terjumpa jugak lampu biru yang mengasyikkan. Tang-tang tuuu lah flashback orang tua kalikatu tu keluar balik.

"Lagi satu, ada satu jenis lampu biru yang mengasyikkan. Kau jangan tengok lampu ni. Kerling pun jangan. Sebab itu adalah biru yang membinasakan. Ia adalah perangkap untuk golongan lalat yang disalahtafsirkan...uhuk-uhuk.

Kalau kau terpandang lampu biru tu, kau kena cepat-cepat beristigfar dan bertasbih mengingat Allah agar menyelamatkan kau dan kau kena kayuh kepak kau berlawanan arah cahaya sekuat hati kau. Biat tercirit pun. Uhuk-uhuk! Adehhh" sabmbung kalikatu tua itu.

Atan pun menutup matanya dan mula beristighfar dan bertasbih dan mengayuh sekuat hatinya berlawanan arah cahaya. Lama-kelamaan Atan terlanggar dinding ke apa dan dia jatuh ke lantai. Dia buka mata. Semuanya gelap. Dia berpusing sekeliling. Oh? Apa tu? Cahaya? Dan dari jauh kelihatan cahaya itu seperti menari-nari. Adakah ini nirwana?

Kelikatu of Parliaments 2

Masa tengah round-round tu, tersampailah kelikatu kita ni..Panjang benar la nama dia. Kita bagi nama Atan laa. Tibatiba Atan tersampai ke sekumpulan kelikatu yang lain (yang nampak sebaya dengannya), tengah macam training-training terbang kat satu kawasan lapang bercahaya terang. Ada yang nampak macam dah otai terbang ke sana ke mari dengan gengnya. Ada yang nampak cool dengan gaya sayap serabainya. Melepak dengan geng-gengnya pulak. Ada sekumpulan chick yang kelihatan bersinar-sinar dengan aura feromon. Atan terus ke sana. Dia terus aim kat sekor kelikatu yang kelihatan manja dan bersedia jer tiap kali ATan bertentang mata dengannya. Kabus kabur romantik banyak berkumpul di sekelilingnya tiap kali ATan mengerling ke arah kelikatu muda ni. Atan faham. Inilah dia. Flashback pesanan kelikatu tua terbatuk di perenggan pertama tadi terlintas di kepala Atan. Atan komfiden. Dia rasa dia berada di landasan yang betul.

Dia pikatpikat, dapat, main, jalanjalan, main kejarkejar, main lagi, jalanjalan kejap, gaduh, separate. Pendek jer ceritanya. So Atan kembali keseorangan.

Tibatiba Atan mula perasan cahaya yang menerangi alamnya selama ini. Atan memandang ke atas. Terlihatlah olehnya lampu kalimantang yang kebetulan berada di belakangnya ketika itu. Atan mula berpikir. Cahaya ini telah menerangi dan menemani dia setiap malam dan tak pernah curang atau merungut atau bosan dengan perangai Atan seekor kalikatu. Atan mula menyintai cahaya itu dan menganggap cahaya itu adalah sumber kehidupannya. Tibatiba flashback orang tua terbatuk itu kembali. Kelikatu tua itu berpesan dan menambah lagi:" kalau kau sudah faham dan mahu meneruskan perjalanan yang sementara ini, kau pergi lah ke cahaya itu. Diceritakan cahaya itu berwarna kuning dan menari-nari dan terletak di atas puncak menara putih yang indah. Kadang-kadang cahaya menari itu ada banyak. Tapi ketika ia ada satu, masa itulah kau kena berpusu-pusu menghampiri cahaya itu, sebelum ia terpadam. Kerana cahaya itulah; sumber kebahagiaan abadiii...uhuk-uhuk" pesan kalikatu tua tu. Atan faham.

Kelikatu of Parliaments 1

"Laaa-la-laaa-la-laaaa,
Laa-e-laa-haa il-lal laahhh..

Tiada apa, yang a-daa
melainkan, hanya Diaa.

Mahaa, Sucii Diaaa,
Dari Apa, yang ku kataaa

Puji, dan pujaaaa
Hanya untuk Diaaaa.

Laaa-la-laaa-la-laaaa,
Laa-e-laa-haa il-lal laahhh.."


Nyanyi kelikatu bujang itu keriangan. Dia baru dapat sepasang sayap yang cantik. Dan dia dah tahu camana nak landing dengan selamat. Dia akan test sayapnya sekarang. Dia berdiri di tepi tebing yang tinggi dan dengan bismillah, dia terjun. Dia fokus kepada otot kat bahunya seperti yang dilatihnya petang tadi. Dia pejam mata. Dan tibatiba dia rasa macam termengeliat dengan hebatnya dan tadaaaa...kelikatu tu dah boleh terbang. Dia keriangan. Dia terbang ke sana ke mari dalam kebebasan yang baru ditemuinya itu. Waaahh. Ini lebih asyik dari apa yang difantasaikannya dahulu. Dan lintasan pesanan-pesanan otai terlintas dikepala kecilnya: "Jangan suka sangat. Saat indah bersayap itu hanyalah seketika. Kau kena cepat gunakan kelebihan itu untuk memikat dan meneruskan keterusan spesis kiterr..uhuk-uhuk-uhuk" batuk seorang datuk kelikatu tua yang dipapah segera oleh kelikatu dewasa di sebelahnya. Ahhh. Rileklaa. Aku baru dapat sayap nii..Round kampund dulu laa sepam duerr..Kalikatu kita ni pun terbang meninggalkan tebing tempat yang sepatutnya membunuh dia sebab tak reti nak flex otot yang mana untuk mengaktifkan sayapnya.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails