Monday, July 19, 2010

Interview dengan wali

Bas yang aku tunggu terlepas lagi. Alamat lambat lagi la aku harini. Aku pasrah. Aku terus duduk di bangku, letakkan beg dan menyalakan sebatang rokok. Baru aku perasan, kat sebelah belakang bus stand, belakang signboard, ada orang tengah dok mencangkung. Aku pikir, what the heck, next bus pun lagi 15minit. Lepak dengan brader ni pun OK gak. Aku ke belakang. Beg tinggal depan.

Belum sempat aku bagi salam, dia dah bagi salam dulu.
"Assalamualaikumm" sebut brader tu. Kelihatan seorang lelaki dalam 50-an, berketayap lusuh, berjean hitam dan bertshirt bundle, sedang mencangkung memerhatikan gaung di belakang bus stand. Muka redupp jer. Tahapabenda yang dibuatnya kat belakang ni nyangkung sorang-sorang.
"Wa'alaikumussalam" Jawabku pendek. Aku senyum. Dia balas senyumanku. Aku dok mencangkung kat sebelah dia.
"Abang buat apa ni?"
"Tengah nyangkung" senyumnya.
"Yelah. Kat bus stand ni." aku buat muka toya. Kasi mesra sikit.
"Tengah tunggu bas".
"Abang nakgi mana?"
"Ntah. Tengokla bas tu bawak kita ke mana. Hajat memang nak ke tempat berhajat" senyumnya lagi.

Brader ni, saiko ni. Ntah-ntah matpit. Kanlehcayer. Tengah stim kot..? Takper. Layan lagi...
"Bas dah banyak kali datang, tapi saya yang tak berani nak naik. Cepat benar pulak sampai destinasi kang" kata brader tu tibatiba. Aku menyedut dalam rokok ku. Power plak isap rokok sambil memandang gaung ni. Brader ni taklah sesaiko yang aku sangkakan.
"Abang takde duit ke?" aku bergurau. Brader tu tersenyum. Bunyi lori hantu yang lalulalang depan bus stand mengganggu perbualan kami yang dalam mode senyap tadi. Aku terus melayan rokokku. Dah dua hari berturut-turut aku datang lambat pegi keja. Dah 3 kali aku tukar kerja dalam jangka masa dua bulan ni. Apa nak jadi ntah dengan aku ni. Duit tak pernahnya cukup. Ada jer benda nak dibayar.

"Tau pun." kata brader tu tibatiba lagi.
"Tau apa?"
"Jawapan kenapa ada duit ke takde"
"hah?" Brader ni boleh baca pikiran aku ke?

"Taklah" kata brader tu lagi. Dia bingkas bangun.
"Assalamualaikummm. Jumpa lagi. Bas saya dah sampai" kata brader tu. Aku yang dok melayang dalam kata-kata dia sebentar tadi, hanya merenung dalam ke arah gaung. Aku pikir betul la. Aku dok bazir masa mengejar duit. Bukannya aku taktau dunia akan lari dari kita sekuat kita mengejarnya. Aku kena betulkan niatku. Aku dah paham. Aku toleh ke arah brader tadi. Dia dah hilang. Kat depan kot? Aku ke depan. Brader dah hilang. Aisehhh..

Eh? Mana beg aku?
Mesti brader tadi dah terambik. Tapi takkan kot?


Dari kejauhan, aku tedengar ada orang menjerit: "Beg kau ngan akuuuuuu"
Aku kaget. Nak tergelak pun ader.

*remark: perbualan original berlaku dalam dialek Negeri Sembilan, daerah Rembau. Tapi aku translate ke bahasa standard supaya memudahkan korang memahaminya. Aku biol dok translate benda ni, takpe. Asalkan korang paham. Cheiiii...

Birds of Parliament

Ada seekor burung. Dia sebenarnya salah seekor dari sekawan burung dalam sebuah taman yang sungguh indah. Dan setiap ekor burung dari kawanan ini pun indah-indah pula. Ada yang hijau kebiru-biruan. Ada yang kuning keoren-orenan. Macam-macamlah. Lawa-lawa. Dan burung kita ni yang paling mengancam. Dengan paruhnya yang tajam tersusun rapi, alis matanya yang series dan macho, sideburnnya. Eh...Kepaknya pula lebar dan bila dia menebarkan sayapnya, terlihatlah bahagian dalam sayapnya yang putih umpama bercahaya itu.

Bila kawanan burung ini lapar, mereka akan terbang ke satu kawasan kebun di mana pohonnya rendang dan mengeluarkan buah-buahan yang berbau harum dan manis pula. Bila haus atau rasa dah boring dok mentekedarah buah, kawanan ini akan terbang pula ke anak-anak sungai yang airnya mengalir halus, bersilau dek disinari cahaya mentari yang tah kat mana, rasanya pula manis dan menyegarkan. Kadang-kadang ada juga anak-anak udang yang boleh dijadikan munchies sambil berborak pasal kelazatan melepak di taman tu bersama burung-burung yang lain. Dan tiba-tiba angin sayup bertiup lembut, melalui kawanan beburung. Burung kita ini akan mengembangkan sayapnya, membiarkan angin taman yang segar itu menjalari setiap helaian pelepahnya yang sememangnya cantik. Dan rakan-rakannya akan bertasbih dan memuji Pencipta yang menciptakan burung hero kita sebegitu indah.

Satu hari burung kita ni dipakaikan baju kulit. Ini kerana bulu yang cantik tadi perlulah dilindungi sebagai tanda kesyukuran burung tu terhadap nikmat yang diberikan kepadanya. Satu kali, nampak segak dan bergaya juga. Sekali imbas lagi, nampak cam hero Harley Davidson pun ada. Dan burung kita ni diletakkan dalam sangkar, sebab dia special. Dia diberi makanan yang istimewa, yang terpilih saja, menurut masa yang tetap atau bila-bila masa dia naklah. Takpayah nak terbang ke sana, terbang ke sini. Lepak tengok Astro dalam sangkar jer. Channel Discovery ada. MTV ada. AF aritu sapa menang? Sungguhpun begitu, pada mulanya burung kita ni kekok jugalah. Meronta-ronta jugaklah masa nak masukkan dalam sangkar. Masa baru masuk tu, kepala dia julur ke luar jer. Dua-tiga hari gak dia termenung tengok luar...

Rakan-rakannya seperti biasa, memuji dan bertasbih Pencipta yang menjadikan burung kita ni, sangkar, seluruh idea pasal freeflow of food, sofa, Astro. Burung kita pun macam terkembang pulak sebab dia menikmati nikmat yang sekadar diperkatakan dan dilihat saja oleh rakan-rakan burungnya di luar. Dia rilek. Dia OK. Dia bersyukur pada Si Pencipta sebab dia dipilih untuk menikmati segala itu.

Masa berlalu. Kawanan burung yang cantik ini meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, terbang ke sana ke mari, menikmati keindahan taman. Kadangkala mereka terbang jauh sikit nak try makan padi pulak. Kadang-kadang diorang turun selatan pegi makan ikan.

Sementara tu, burung kita ni, lepak sangkar tengok HBO. Terasa nak makan, reheat dengan microwave. Terasa nak jajan, bukak setiub Pringles. Terasa haus, tapi taknak minum ais. Kopi Radix, satuu!!
Kadangkala, angin taman akan bertiup melalui sangkar burung kita ni. Dan si burung ni tiba-tiba akan terasa sayu. Rindu. Kadang-kadang tu rindu datang dan dia akan menjengukkan kepalanya keluar berhari-hari. Kadang-kadang tu berjam-jam. Seperti sekarang. Angin yang bertiup tadi mengingatkan dia untuk menjengukkan kepalanya keluar. Dia bangkit dari sofa. Dia pandang keluar. Dia terpandang kawanan rakan-rakannya sedang terbang menuju ke tepian sungai di belah kanan untuk minum. Dia terasa rindu. Rindu tu baru nak mencengkam, masa tuu lah movie yang dia tunggu kat HBO dah start. Dua kali repeat dia miss kat Astro. Kali ni mesti tonton. Dia menarik kepalanya, lepak kat atas sofa dan memegang remote, upkan volume. Pastu ambik tiub Pringles dan mula mentekedarah...Dan sangkar tak pernah dikunci tapi burung kita ni tak pernah perasan pun. Tah tau tah tidak kat mana pintu, tu.

Angin bertiup lagi. Burung kita tak terasa. Angin bertiup deras sikit. Dia buat dek jer..Angin bertiup lagi deraas hingga sangkar pun macam nak tumbang. Burung kita sekadar memegang mugnya dari tertumpah sambil mata terus melekat di TV tengok apa ntah.

Dan masa terus berlalu. Burung kita diserang penyakit obesiti. Teruk. Dah tak dapat bangun dah. Macam nak mati dah. Maka rakan-rakannya pun dibenarkan masuk untuk menziarahi burung kita ni. Semuanya berjalan lancar sampailah salah seekor dari rakannya memicit butang remote Astro dan terus ke Channel V yang tengah tunjuk video clip baek punya. Layan pulak lagu ni. Kawanan burung yang tak pernah menikmati nikmat yang tepu sebegitu, terus terlupa pulak pasal burung kita ni. Last-last, semua dok melepak karaoke dalam sangkar tu ramai-ramai. Cerita apa, ni? Aku tangkap sekor-sekor dan taruk kat luar sangkar balik. Diorang tak pakai jaket kulit, takkan tahan seminit pun dalam sangkar tu.

Dipendekkan cerita, burung kita ni pun dah nazak. Maka baju kulitnya dibukakan. Dan ketika dia diusung keluar dari sangkar tu, terdetiklah dalam hatinya betapa rugi masanya digunakan dalam sangkar itu sedang sangkar itu tak pernah berkunci pun sebenarnya. Dan dia berada dalam penyesalan yang teramat sangat kerana tibatiba rasa rugi tak dapat turut serta menyertai rakan-rakannya makan padi atau ikan. Dan dia mula membenci. Dia mula tak redha. Padahal kita tengah hangkat dia ni. Nak bagi proper burial, ni. Dia marah-marah lagi. Eh, mencarut-carut pulak. Last-last dah mati, aku humban dalam longkang belakang rumah.


Inspired by "Birds of Parliament" by Rumi in some writings I found about sufism.
Bukan nak memperolok-olokkan karya beliau, tapi copy n paste, boringla.
Bukannya hadis ke apa...hehehe.

Mencari Wali

Hahaha. Aku nampak ada sorang tu pakai nick "ideologi wali". Aku tak pernah kenal secara peribadi akan mamat itu, tapi aku tertarik dengan nickname dia. Ideologi wali. Hahaha. Lawak.

Penyakit koman di kalangan lelaki Melayu: tertarik kepada konsep wali. Suka kepada makam tajirid. Nak berkenalan dengan orang bermakam sedemikian. Sebab ada kabel. Boley mintak macam-macam. Hehehe. Sekadar nak makan jerr, maa. Anakbini dan orang miskin, maaa. Bukan nak sakiti orang ke apa. Hehehe. Kan tuhan tu kaya?

Pemalas sebenarnya. Tadah tangan jer, batu bergerak. Tiup jer, pagar tumbang. Kenyit jer, awek seksi depan tu akan datang dan bagi no handphone macam dalam iklan pewangi tu.

Kat sini aku akan bagi guideline camana nak cari wali. Kenapa nak cari wali? Sebab kita nak tanya soalan ghaib. Soalan pasal keadaan sekarang. Lepas ni nak buat apa? Aku OK ke, tak ni? Masuk kiri ke kanan? Cam kiriiii jer ni? Aku taknak dah mati baru tau. Kalau betul mati tu bungkus, masuk tanah, takpe. Dibuatnya betulbetul jumpa MungkarNangkir kang, tak ke cuak dibuatnya, nak menempuh perjalanan yang selamalamalamalamalamalamalamalamalamalamanya tu?
Soalan lain kau buleh tanya dengan cikgu agama kau tu.

Camana nak cari wali? Mula-mula, kau kena usha dia dulu. Camana cara dia layan orang lain. Adakah dia ni gila glamer? Camana cara dia makan? Ada tak nampak tanda-tanda sunnah pada diri dan perbuatan dia? Apakah nilai amalan fardhu pada dia? Kalau kau amal dengan istiqomah ilmu agama Islam tahap darjah 3, kau pasti mudah mengenali seorang wali. Kalau kau istiqomah solat fardhu berjemaah takbiratul 'ula sejak dari akil baligh sampai saat kau membaca blog ni, silap-silap kaula wali. Tapi wali takkan ada rasa perasan. Dia takkan perasan. Hahaha. Dia sentiasa rasa macam sebijik batu kelikir yang kerdil jer semasa dengan kebenaran, tapi macam ibu harimau bengis yang anaknya dipisahkan dari putingnya masa sedang menyusu, semasa berdepan dengan kejahatan. Hahaha. Tak macam kau. Kau bukan wali. Hahaha. Jangan perasannn.

Lepas tu kau kena test dengan tanya dia soalan ghaib. Kau jangan buat lawak dengan nak try test ilmu agama dia. Atau nak tanya apa yang kau makan sebentar tadi. Atau nak celen mata dengan dia. In fact, masa dengan seorang wali yang tulen, kau tak perasan pun akan kewaliannya melainkan sebab orang dok mengadap dia jer ramai-ramai pada saat kau celen mata dengan dia tu. Kalau tak, kau ingat dia hanyalah sebahagian dari background.
Kau kena tengok reaksi orang lain masa wali kita ni menjawab soalan mereka. Reaksi dan jawapan tok wali juga perlu diambil kira samada menepati syarak atau tidak. Sorang-sorang tanya. Banyak data yang kau perolehi. Kau dok jauh-jauh sikit. Lagi banyak data yang kau dapat. Lagi bagus perspektif kau...Hahaha
Kau rasa rilek jer dan bila turn kau, kalau kau ada apa-apa nak tanya, kau cuma dapat berselawat atau bertasbih atau kau hanya terdiam tersipu-sipu cam orang bodoh. Kalau kau tak mengalami jugak semua yang di atas, aku sarankan agar kau berenti baca blog ni dan pergi ambik wudhu' ke mandi wajib ke dan solat taubat. Dengan aku ler sekali...Dah hitam benar dah tu..Kah kah Kah. Anyway...

Magic biasanya berlaku spontan jer. Masa kau nak tanya soalan tu, dia akan cakap sesuatu yang nampak macam dia dah tau apa kau nak tanya. Jangan terpedaya. Dia hanya nak alihkan topik kau. Kau kena sedar dengan kesedaran kau. Kau kena tenung mata dia, terus ke benak hatinya. Kau terus jer tanya sapa nama kau yang sebenar dengan series.

Kalau kau bernasib baik, kau akan jumpa wali. Kalau tidak, kau akan dianggap sebagai wali. Dan diketawakan. Hahaha.

Marilah kita ambil sejenak untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta kepada ahli keluarganya, para sahabat dan pengikut yang turut serta dalam perjuangan ini. Maha Suci Allah dari apa yang kita perkatakan tentang DiriNya.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails