Monday, June 6, 2011

Bergelendangan



Ada satu cerita; budak kampung kitorang dapat kerja kat KL. Kat shopping kompleks gempak apa nama ntah. Dia berulang alik dari Pedas ke KL. Ada sekali satu malam tu, dia terlepas komuter terakhir nak ke Seremban. Duit gaji tak dapat lagi. Yang ada dalam poket ngam ngam nak buat tambang satu trip nak balik malam tu. Nak dijadikan cerita, dalam semak kepala hotak tu, geng kitorang ni pun buat keputusan tidur ajer kat KL pada malam tu. Lagipun besok last day dia keja, lepas tu cuti. Boleh save duit tambang. Malam tu, dia nak melepak sekali dengan puak yang bergelandangan yang dia tengok dalam dokumentari di RTM3.

Dia pernah terpikir nak buat benda ni sebenarnya. Melepak satu malam dengan orang homeless yang mula membanjiri kotaraya KL pada waktu malam. Nak menyelami cerita dan memahami keadaan sebuah kehidupan di kota metropolitan. Tapi dia agak terkesima jugaklah bila permintaannya itu dimakbulkan pada saat sebegini. Dapatlak  gaji belum dapat lagi. Semak. Kepala otak Asan semak.

Sesampainya dia di kawasan yang ditujunya, kelihatan para homeless sudah mula mengechop tempat masing masing. Ada yang tido di kaki lima kedai yang terlindung dari cahaya lampu jalan. Ada yang kelihatan mengibas-ngibas jalan di tepi tembok. Di satu sudut, kelihatan ada abang berborak berdua. Ada sekumpulan yang masih belum tidur yang tidak berbaju. Suasana macam satu perkelahan di tengah bandar yang diselang selikan dengan deruman bunyi kereta dan lori yang lalu lalang. Member kitorang ni mendapatkan beberapa keping kotak buat alasnya tidur. Dia memandang ke kiri dan ke kanan mencari tempat yang sesuai. Kemudian memilih satu sudut di tepi sesuatu.

Bila dah set semua katanya, dia pun nak menusan. Tapi tak best la nusan sensorang. Dia dah perati sorang brader ni dari tadi lagi. Sebab brader tu yang dok perati dia sejak dari tadi. Jadi, bila smeua dah set, member kitorang ni pun pegi kat brader tu, offer sebatang nusan. Dia ambik. Pastu dia mintak lighter. Geng kitorang ni pun isap nusan kat sebelah dia.

Menurut brader tu, ada macam macam jenis orang yang tidur kat area situ setiap malam. Dan kebanyakannya, bukanlah pengemis atau orang pemalas macam brader tu, katanya mengaku. Contohnya, macam mamat yang kat ujung belah yang tengah tidur kat bawag tiang tu, sensiang dia kerani bank. Baru jer keja, dah kena transfer kat sini tibatiba dari timur. Baru lagi join diorang tidur ramai-ramai kat situ, kata brader tadi lagi.

Hah, mamat yang tu pulak, yang pakai baju merah tu, dia sensiang despatch. Motor yang berantai tepi tu, motor dia tu. Kena halau, tak bayar sewa katanya. Dah dekat dua bulan dah ada kat sini. Tapi dia on off on off. Tak macam mamat yang sebelah dia tu.

Mamat yang tu dia dengan member dia memang dah lama kat sini. Diorang tu, ada bisnes basuh keta kat Chow Kit ni. Diorang mampu nak sewa rumah tapi sebab diorang punya plan nak kumpul duit nak kahwin, diorang sanggup hidup macam ni. Dah 6 bulan dah abang tengok ada kat sini. Suka memekak memalam.

Brader yang bercakap tu pulak katanya dulu dia seorang bisnesman. Dah merasa dah naik Merce, BMW, keta-keta mewah tu semua. Tapi bisnes lingkup sebab dia berpoya-poya. Habis semua jahanam sampaikan anak bini pun halau dia. Jadi, sekarang dia jadi pengutip sampah kat sekitar bandaraya ni. Jadi pemalas. Orang givap, katanya.

Habis menusan, member kitorang pun balik semula ke tempat dia. Baru jer pikiran dia nak merewang nak tidor, dia di kejutkan oleh seorang abang. Brader tu cakap member kitorang ni tidor kat tempat dia. Sebab tak biasa dengan tempat tu, geng kitorang ni pun beralah dan ke tepi. Brader tu terus bentang tikar gandumnya dan menyusun beg-begnya. Kemudian memanggil seorang wanita. Member kitorang hanya memerhatikan saja tingkah laku suami isteri itu. Bila wanita itu sudah ok nak tidur, si suami pun datang rapat ke member kitorang yang blank-blank.

Brader tu cakap dia baru 2 minggu dok kat situ. Baru pindah ke KL. Tadi diorang pegi hantar anak-anak mereka kat rumah kawan, tumpang tidur. Diorang laki bini tido kat sini. Duadua kerja kat kedai mamak. Manalah mampu nak sewa bilik. Brader tu siap pau lagi nusan sebatang. Terpaksalah member kitorang ni isap buat kali kedua.

Dari jauh, brader yang member kitorang isap kali pertama tadi melambai-lambai pada member kitorang sebagai tanda good night dan have fun.

Tamat




6 comments:

Marhaenonymous said...

termenung bila terlihatkan yang mana gelandangan itu terdiri dari saudara seagama sebangsa yang tersisih oleh sistem sosial yang menindas.

Irwan said...

Apa yang dilihat adalah senario biasa kehidupan di urban. Nak dok kat bandar besar, jiwa kena kental, hati mau kering dan sanggup memijak dan menendang.

Orang-orang baik akan berakhir seperti mana yang kita lihat di atas. Ada beran?

AbgferOz said...

terbaek entry nie...

Irwan said...

Trimasss

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Menarik gaya penceritaan saudara.Cuma Tok Mamu 'jam' sekali sekala memikirkan maksud dan makna satu dua perkataan yang saudara gunakan seperti 'menusan' dan 'sensiang'.

Sensiang tu Tok Mamu boleh agak bermaksud 'siang siang' tetapi 'menusan' ini mungkin bermaksud 'rokok'? Sebab ada kaitan dengan perbuatan 'isap' ~ hisap.

Ini loghat daerah Seremban ke?

Terimakasih kerna menulis tentang peristiwa ini. Ianya adalah pendedahan realiti semasa yang jarang diceritakan orang kebanyakan.

Kisah kisah orang gelandangan ini selalunya tidak dihiraukan media umum kerna ia mendedahkan kepincangan pentadbiran sesebuah kerajaan baik tempatan mahupun kerajaan pusat.

Sebenarnya semua pihak yang berkuasa dan berkemampuan membantu orang orang susah sebegini tak kira lah samada politikus dari BN atau Pakatan Pembangkang serta NGO-NGO yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan!

Didalam sibuk berpolitik siang malam pagi petang tak sudah sudah, kan lebih baik mereka membantu orang orang gelandangan seperti ini yang terdedah kepada segala macam bahaya dan penganiayaan.

Jika kita nak menuduh mereka sebagai pemalas dan 'losers', sampai kiamat pun tak akan selesai masaalah sosial ini.

Mudah2an akan ada penyelamat yang benar benar akan berusaha mengubah keadaan ini.

Insya Allah.

Irwan said...

Waaaahhhhhh!!!!!

MAHAGURU mengomen di blog picisan hamba! Ini adalah satu penghargaan! Terima kasih!

Ye, tuan telah menafsirkan perkataan2 itu dengan tepat sekali. Sensiang ialah siang-siang dan menusan ialah menghisap rokok kretek jenama Nusantara.

Kisah sebegini saya paparkan sebagai menyalurkan cerita dari pihak mereka. Tiada niat mahu memburukkan sesiapa kecuali diri sendiri yang sering memandang mereka sebelah mata.

Saya amat 'terasa' bila ada pemimpin kata yang mereka (homeless) berada di sana kerana pilihan mereka sendiri. Inilah yang mendorong saya untuk pergi sendiri bertanya kepada mereka...

Didapati juga, mereka ini dari atas kertas, memang tak layak untuk menerima Baitulmal atau bantuan dari jabatan kebajikan. Sebab itulah keadaan mereka semakin hari semakin meruncing.

Kajian terperinci tentang efek polisi kerajaan terhadap sosio-ekonomi masyarakat adalah perlu jika kita tak mahu apa yang berlaku pada rakyat Jepun, berlaku kepada kita (kadar bunuh diri tinggi)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails