Monday, July 26, 2010

Interview dengan wali (ntah berapa ntah)

Setelah selesai misi rahsia kitorang kat Palestin, kitorang pun bergerak kembali ke tanahair. Kitorang berkumpul kat belakang masjid yang rahsia. Abang karkun dok layaan borak dengan brader bus stand. Diorang mesti ngumpat aku, tu.

"Maner aderr.." jerit brader bus stand dari jauh. Aku mendekati. Barang-barang yang member aku kirim ni, memperlahankan perjalananku.

"Kau nak pegi mana dengan barang-barang tu?" tanya abang karkun. Dia mencampakkan rokoknya. Brader bus stand memerhatikan ajer puntung rokok tu berguling ditiup angin kencang yang datang tibatiba.

"Sebagai cenderahati laa. Bukan selalu saya dapat datang Palestin camni. So kena bawak balik bahan sebagai kenangan" jawab aku. Aku menarik beg yang berisi tabung syisha yang aku beli kat gerai tepi jalan tadi. Mesti gempak punya letak kat ruang tamu yang membosankan tu. Hehe

"Takde ruang tamu-ruang tamu der. Tinggalkan sumer kat situ. Amender laa kau ni" lawak brader bus stand.
"Satu pun tak boleh?" tanyaku.
"Tak boleh!" jawab abang karkun. Aku menjatuhkan beg di tangan. Aku angkat patung teddybear Mr.Bean yang aku ingat nak gantung kat cermin rearview kat keta. Kihkihkih.
Brader bus stand menggelengkan kepala. Aku menjatuhkan teddy bear. Aku melangkah longlai ke arah mereka. Mereka memegang bahu aku dan kami pun naik ke space ship berbentuk piring terbang berwarna biru.

"Sapa punya ni?" tanyaku tibatiba. Bang karkun dan brader bus stand berpandangan.
"Dalam kes ni, camana kita sampai tak penting, yang penting pengetahuan dan sifat perhambaan yang disaksikan yang lebih penting" bisik brader. Abang karkun menuding ke satu arah dan benda tu bergerak pantas. Kembali ke Malaysia. Aku peratikan ajer patung teddy bear aku tu tinggal kat bawah dan semakin jauhhh...Macam biasa, aku pun mula terlintas pasal nasib bangsa aku. Tapi aku taknak cerita pasal tu, kalini.

Sampai satu tempat, aku rasa nak terkucil. Aku sound kat brader.Brader bisik kat abang karkun. Abang karkun cam blank-blank sikit dan dia mengatakan sesuatu kepada brader dan mereka ketawa berdekah-dekah. Aku nak terkucil ni diorang boleh gelak-gelak pulak. Hoii. Dah la tuu.

"Kita berenti kat sana. Kat sana nampak cam kegelapan jer tu. Kalau kita pergi solat kat situ, at least bercahaya sikit" kata abang karkun kat brader. Brader mengangguk. Kitorang membelok dan berenti kat satu kawasan peranginan. Kitorang turun, aku terus ke toilet. Laplap sikit, wudhu, dan join abang karkun dan brader yang tengah menunggu aku. Kami bersolat dan wirid2 sikit dan masa pakai kasut depan surau, kitorang borak-borak. Abang karkun dah siap sebab dia pakai seliper. Dia tengah isap rokok. Naga betulla mamat ni.

"Hah? ngumpat aku?" kata abang karkun tibatiba sambil mengerling kat aku. Aku boring betulla ngan diorang ni. Diorang boleh baca pikiran aku, aku tak boleh baca pikiran diorang. Mana adil?
"Kalau nak adil, pergi masuk parti keadilan, lah. Kahkahkah" gelak brader bus stand. Abang karkun join brader ketawakan aku. Diorang suka usik aku. Ni cara wali-wali bermesra, kot? Ntah lah...

Kitorang pun berkumpul di satu tempat dan nak naik ke spaceship kitorang. Tapi aku tak nampak. Maklumlah. Mata tak makrifat lagi. Agaknya abang karkun tukar kaler spaceship menjadi hijau, barulah aku nampak dan melompat naik dan meneruskan perjalanan kami ke PayaBesarPedas...Hmmmph..Another boring week...

2 comments:

z@i said...

salam..
ni cter btol ke x?

Iwan said...

Tak ah. Lawak jer pasal UFO kat Tuaran.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails