Monday, October 18, 2010

Contradictions

Hi guys! Thanks for visiting my site, even if you're just blogwalking. Don't forget to checkout my other blog as well!

Abang Polis dan Budak HC

Sorilah semalam tak update. Semalam agak busy sikit sebab baby sitter cuti...Sebagai gantinya, ikuti ending kisah komik Abang Polis dan Budak HC kita di alam barzakh...


Ikuti kisah penuhnya di label 'komik'

Selamat Hari Isnin


Rilek la brader,
Kita kena selamber.
Walaupun cibai macamana,
Hari Isnin kita kena lalui juga.

Kalau rasa malas nak kerja, biaser ler.
kalau terpikir nak ambik MC, jangan buat cerita.
Kalau harini malas, esok pula camana?
Tabiat tak baik, jangan sekali kita mula...

Masa tak menunggu sesiapa
Yang pasti
Ia sedang meninggalkan kita
Daripada buang masa berpikir benda yang tak guna
Baik gerakkan jari,
Mulakan kerja

Jangan dok baca blog ni ajer.
Tangguhkan dulu,
Rehat tengahari kan ada.

Atan dan Abu (dress code)


"Apsal kau pakai tie lak ni?" tanya Atan pada Abu. Abu kelihatan janggal berpakaian kemeja tuck-in, berseluar slack serta siap ber tie bagai. Biasa pagoda dengan jeans ajer.

"Aku ada interview" jawab Abu. Dia tergopoh-gapah memasukkan fail dan kertas-kertas surat khabar dalam beg galasnya. Dah lambat agaknya. Selalu Abu rilek-rilek jer. Atan cuma memerhatikan ajer gelagat Abu. Atan tau, Abu perlukan interview ni. Tak macam dia, Abu ni independent. Abu tak suka lepak kat rumah mak diorang macam Atan. Abu suka berdikari dan inginkan kebebasan. Tak macam Atan. Atan kata dia nak temankan mak kat rumah sebab adik-beradik lain sumernya sama ada dok kat asrama atau dah bekerja. ATan tak kisah kalau dia lambat kerja, asalkan dia dapat kerja yang membolehkan dia menjaga ibunya. Tak macam Abu. Abu lepak town dan keadaan kewangan yang genting sejak dia berenti sebulan lalu memaksa dia untuk menerima apa saja kerja yang ada. Abu sebenarnya tertekan.

"Aik? Mana pergi motto 'fak dres kod' kau? Selalu kaulah yang paling anti pasal dress code ni. Ni siap pakai tie lagi, ni? Kerja apa yang kau mintak ni? Salesman ke?"
Atan cuba bermain dengan api. Abu tak mempedulikan Atan melainkan terus buat hal dia dengan menyarungkan stokin.

"Pelik manusia ni" sambung Atan. "Kalau dengan manusia, pandai pulak nak jaga penampilan. Bila dengan tuhan, sembahyang pun kengkadang berlenggeng ajer". Atan menyalahgunakan senario untuk menyampaikan hasrat yang bunyi macam dah lama terbuku di hati. Abu mengushar Atan. Dari panahan mata Abu, nampaknya dia terkesan. Abu bukak stokin balik dan masuk bilik.

Sebentar kemudian Abu keluar dari bilik. Sambil lalu depan Atan yang sedang dipukau oleh PS3;

"Amacam? Kalau macam ni ada chan tak aku dapat kerja?"
tanya Abu. Atan pause sekejap dan melirik pada Abu. Tergelak besar Atan melihat Abu berpakaian kurta hitam siap berserban hijau lagi. Sekali imbas macam waliullah. Kalau pakai vest, memang nampak macam Taliban. Atan bagi 2 thumbs up. Abu balas dengan satu dari kanan. Tanpa mempedulikan stokin, Abu ambik beg galasnya dan keluar dari rumah. Atan yang mulanya tadi tergelak dengan penampilan Abu, terus berenti gelak. Dia pergi ke tingkap nak tenogk Abu. Kelihatan Abu bergerak menuju ke keretanya dengan berpakaian sebegitu. Atan berpikir "Biar benar?"

Tengahari tu, Atan dapat mesej dari Abu:
"Aku dah dapat kerja. Besok start"


Atan cuma mampu bertasbih...

Kita, mug dan Realiti (asbab)

Bayangkan anda berada dalam hutan. Dalam keterlekaan, tangan pulak terluka kena duri rotan. Nak dijadikan cerita, luka tu kena tepat tang urat arteri. percikan darah tu mengalir ikut denyutan jantung anda. Anda cemas. Usahkan First aid kit, minyak gamat pun tak bawak. Anda melihat darah mengalir menitik-nitik dengan banyaknya. Mata mula berpinar nak pitam. Perjalanan pulak, nak pusing jauh, nak teruskan pun jauh...Apa nak buat?

Dunia ini, dunia asbab. Setiap ayat dalam Al-Quran turun pun setelah 'penyebab turunnya ayat' itu berlaku (walhal Al-Quran itu sudah siap tersedia di Sidratul Muntaha). Walhal Allah Yang Maha Kuasa itupun melakukan sesuatu di atas muka bumi ini dengan asbab. Bukannya Allah itu lemah. Tapi Dia memberi satu mesej. Mesejnya ialah, jika manusia hendak buat atau ubah sesuatu di dalam realiti ini, manusia itu perlu melakukan asbabnya. Nak hilangkan haus kena minum. Nak hilangkan lapar kena makan. Dan nak selesaikan masalah, kita kena buat asbab. Biasanya, kita akan solat. Tapi dalam keadaan genting macam urat terluka dan mengalami pendarahan teruk serta takde bandage atau first aid kit ni, mana sempat nak solat-solat? Wudhu pun belum tentu dapat ambik dengan darah-darah mengalir ni...Apa nak buat?

Selalu kita dengar orang kata kita kena ikhtiar dan selepas itu baru boleh berdoa dan bertawakal. Ada juga yang kata kita kena doa dulu, lepas tu baru berusaha. Ada juga yang tak buat apa-apa selain berdoa dan mengharap bantuan dari Allah saja. Aku setuju dengan pendapat kedua. Pada aku, kita kena mintak izin dulu dari Yang Maha Kuasa sebelum kita memulakan apa-apa usaha (Allah Maha Mengetahui tapi Dia suka dengar pengakuan dari mulut kita sendiri). Sebab masalah yang kita hadapi ini adalah ketentuan Dia juga (walaupun kebanyakannya sebab kita yang hidup tak ikut peraturan). Jadi, sebelum nak hilangkan masalah, kita kena mengaku dengan Allah dulu dan mintak hidayat dan pertolongan dariNya. Sebab tak guna jugak kalau dah buat macam-macam tapi Allah tak izinkan.

Maka anda pun beristighfar banyak-banyak. Kemudian anda memulakan dengan Bismillah dan doa pendek sikit, mintak tolong pada Allah. Hehehe. Doa pulak kena ada adab. Tapi dalam kecemasan begini, adab yang simplenya ialah puji Allah dulu, seru nama-nama Nya dari Asma'ul Husna yang berkaitan dengan masalah kita ni, kemudian selawat sekali sebagai adab kepada Baginda SAW.

Kita bersihkan tempat luka tadi bagi kawasan luka itu jelas. Laa..Takde la besar sangat (kita pulihkan semangat). Kemudian, kita pun cuit sikir air liur kita dengan jari telunjuk kanan. Kita calit pada kawasan luka sambil niat air liur dijadikan asbab. Kemudian kita tawakal kepada Allah. Alhamdulillah, darah berenti. Kita pun meneruskan kembali perjalanan kita di dalam hutan...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails