Wednesday, November 3, 2010

Alhamdulillah...Shukran Ya Allah!

Aku hepi walaupun aku masih mendaki tangga Nya

Nak tau kenapa aku happy?
Malam tadi DIA dah balas mesejku:

"TERUSKAN...TAPI, HATI-HATI dan JAGALAH HATI"


Mungkin aku perasan. Mungkin aku tertipu. Tapi takpe. Aku nak layan happy ni sekejap
Dan aku nak ucapkan sesuatu kepada semua pengomen entry semalam:

Semoga Allah PILIH KITA SEMUA
untuk bekerja dengan NYA

Atan dan Abu (Asan keluar 1st time)

Taklim di Raiwind (Gambar curi)

"Assalamualaikum semua! Selamat pagiiii..." tempik si Abu kepada housemate Asan bila dia masuk kat pintu depan. Sampai ke atas bunyi salamnya. Kelihatan housemate Asan ada yang masih membungkang di sofa dan di depan TV. Atan pula terus ke tandas sebab dia dok tahan kencing dari masjid tadi.

"Asan kat atas kot" kata Atan sebelum melangkah ke dalam tandas. Dia keluar balik. Kemudian dia masuk semula setelah membetulkan langkahnya. Adab tandas: masuk kaki kiri...Abu terus naik ke atas, ke bilik Asan.

Di atas, bilik Asan masih tertutup.
"Assalamualaikummm....Ohhh..Assalamualaikum..." salam Abu. Takde yang menjawab. Abu memulas tombol pintu.

"Sapa di dalam? Aku di luar.." kata Abu sambil melangkah masuk ke dalam bilik Asan. Kelihatan Asan masih nyenyak di katilnya.

"Hoi! Kata nak keluar 3 hari! Jom lah!" kata Abu kepada Asan. Kelihatan Asan cuba menarik selimut nak mengcover mukanya.

"Ahhh..Takde nak simut-simut...Jom-jom-jom..Jemaah dah tunggu kita kat masjid nuu" kata Abu lagi. Dia menarik selimut Asan. Nilah 1st time Asan nak keluar 3 hari. Dan Abu bersungguh-sungguh nak pastikan Asan takkan terlepas kalini.

baru bangun tidur
"Aku tak sehat laaa" alasan Asan dengan suara yang serak-serak manja.

"Ahhh...Takde tak sehat-tak sehat der...Semalam elok jer mentekedarah dengan aku" kata Abu. Atan baru naik ke bilik. Dia terus masuk dan mencari-cari beg pakaian Asan yang diorang (dia dan Asan) dah sediakan malam sebelumnya.

"San, aku bawak turun beg kau dulu" kata Atan pula. Dia mengangkat beg Asan dan terus turun.
 Asan sedar dia takkan dapat mengakali budak dua ekor ni. Jin Islam dua ekor ni, kalau tashkil orang, memang takkan kasi chan punya. Baik aku menyerah kalah ajer, bisik Asan dalam hati. Dia bangun dan kelihatan masih mamai. Dalam kemamaian itu, dia mencapai kotak rokoknya, mengeluarkan sebatang dan mencari-cari lighter.
Jin pun tak breakfast dengan rokok..Katakan NAK TAK?

"Perghh..Yahudi pun tak breakfast dengan rokok" kata Abu melawak.
"Aku nak berak laaa" jawab Asan. Rokok dinyalakan. Dia terus keluar biliknya setelah mencapai towel. Abu memerhatikan gelagat Asan.

12 minit kemudian, Asan masuk semula ke dalam bilik. Dia kelihatan segar setelah mandi dan memanai. Atan baru masuk semula ke dalam bilik.
"Kau ada bedding tak?" tanya Atan. Abu memandang pada Asan.

"Korang kata ada lebih, semalam? Aku takde. Tilam toto ader lerr" kata Asan sambil mengesatkan air di rambutnya. Merecik-recik air tu ke muka Abu. Seolah-olah cuba menyatakan bahawa dia tak suka dengan style Abu mengejutkan dia tadi.

"Takpe, kita mintak kat abang karkun. Bedding Dak Wan pun besar. Kau boleh kongsi dengan dia, kot?" kata Atan.

"Takyah pikir semua tu" kata Abu.
"Kita fokus pada nak kelaur jer dulu. Apa yang tak cukup, kita mesyuaratkan karang. Dah jom!" kata Abu yang tak terkesan sedikit pun dalam tanggungjawabnya menashkil Asan. Mereka semua turun ke bawah untuk bagi space kepada Asan untuk bersiap. Tak selesa pulak member nak pakai spender kang kalau ramai-ramai dalam bilik...

Kat bawah, Abu terus mengejutkan semua orang.

"Bongka-bongka! Hari dah tinggi! Ke lauk! Ke laukkk!!" lawak Abu. Housemate Asan yang lain, yang dah tau Abu ni jenis tak makan saman, terpisat-pisat baru bangun dari lena masing-masing. Takde yang marah. Sebab kalau marah dengan Abu, alamat kuyuplah kena ceramah dengan dia. Silap-silap satu rumah di bawaknya keluar 3 hari sekali kang....

Setelah Asan turun, mereka bertiga terus menuju ke masjid di mana para jemaah tempatan sedang menunggu untuk keluar 3 hari...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails