Monday, July 19, 2010

Birds of Parliament

Ada seekor burung. Dia sebenarnya salah seekor dari sekawan burung dalam sebuah taman yang sungguh indah. Dan setiap ekor burung dari kawanan ini pun indah-indah pula. Ada yang hijau kebiru-biruan. Ada yang kuning keoren-orenan. Macam-macamlah. Lawa-lawa. Dan burung kita ni yang paling mengancam. Dengan paruhnya yang tajam tersusun rapi, alis matanya yang series dan macho, sideburnnya. Eh...Kepaknya pula lebar dan bila dia menebarkan sayapnya, terlihatlah bahagian dalam sayapnya yang putih umpama bercahaya itu.

Bila kawanan burung ini lapar, mereka akan terbang ke satu kawasan kebun di mana pohonnya rendang dan mengeluarkan buah-buahan yang berbau harum dan manis pula. Bila haus atau rasa dah boring dok mentekedarah buah, kawanan ini akan terbang pula ke anak-anak sungai yang airnya mengalir halus, bersilau dek disinari cahaya mentari yang tah kat mana, rasanya pula manis dan menyegarkan. Kadang-kadang ada juga anak-anak udang yang boleh dijadikan munchies sambil berborak pasal kelazatan melepak di taman tu bersama burung-burung yang lain. Dan tiba-tiba angin sayup bertiup lembut, melalui kawanan beburung. Burung kita ini akan mengembangkan sayapnya, membiarkan angin taman yang segar itu menjalari setiap helaian pelepahnya yang sememangnya cantik. Dan rakan-rakannya akan bertasbih dan memuji Pencipta yang menciptakan burung hero kita sebegitu indah.

Satu hari burung kita ni dipakaikan baju kulit. Ini kerana bulu yang cantik tadi perlulah dilindungi sebagai tanda kesyukuran burung tu terhadap nikmat yang diberikan kepadanya. Satu kali, nampak segak dan bergaya juga. Sekali imbas lagi, nampak cam hero Harley Davidson pun ada. Dan burung kita ni diletakkan dalam sangkar, sebab dia special. Dia diberi makanan yang istimewa, yang terpilih saja, menurut masa yang tetap atau bila-bila masa dia naklah. Takpayah nak terbang ke sana, terbang ke sini. Lepak tengok Astro dalam sangkar jer. Channel Discovery ada. MTV ada. AF aritu sapa menang? Sungguhpun begitu, pada mulanya burung kita ni kekok jugalah. Meronta-ronta jugaklah masa nak masukkan dalam sangkar. Masa baru masuk tu, kepala dia julur ke luar jer. Dua-tiga hari gak dia termenung tengok luar...

Rakan-rakannya seperti biasa, memuji dan bertasbih Pencipta yang menjadikan burung kita ni, sangkar, seluruh idea pasal freeflow of food, sofa, Astro. Burung kita pun macam terkembang pulak sebab dia menikmati nikmat yang sekadar diperkatakan dan dilihat saja oleh rakan-rakan burungnya di luar. Dia rilek. Dia OK. Dia bersyukur pada Si Pencipta sebab dia dipilih untuk menikmati segala itu.

Masa berlalu. Kawanan burung yang cantik ini meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, terbang ke sana ke mari, menikmati keindahan taman. Kadangkala mereka terbang jauh sikit nak try makan padi pulak. Kadang-kadang diorang turun selatan pegi makan ikan.

Sementara tu, burung kita ni, lepak sangkar tengok HBO. Terasa nak makan, reheat dengan microwave. Terasa nak jajan, bukak setiub Pringles. Terasa haus, tapi taknak minum ais. Kopi Radix, satuu!!
Kadangkala, angin taman akan bertiup melalui sangkar burung kita ni. Dan si burung ni tiba-tiba akan terasa sayu. Rindu. Kadang-kadang tu rindu datang dan dia akan menjengukkan kepalanya keluar berhari-hari. Kadang-kadang tu berjam-jam. Seperti sekarang. Angin yang bertiup tadi mengingatkan dia untuk menjengukkan kepalanya keluar. Dia bangkit dari sofa. Dia pandang keluar. Dia terpandang kawanan rakan-rakannya sedang terbang menuju ke tepian sungai di belah kanan untuk minum. Dia terasa rindu. Rindu tu baru nak mencengkam, masa tuu lah movie yang dia tunggu kat HBO dah start. Dua kali repeat dia miss kat Astro. Kali ni mesti tonton. Dia menarik kepalanya, lepak kat atas sofa dan memegang remote, upkan volume. Pastu ambik tiub Pringles dan mula mentekedarah...Dan sangkar tak pernah dikunci tapi burung kita ni tak pernah perasan pun. Tah tau tah tidak kat mana pintu, tu.

Angin bertiup lagi. Burung kita tak terasa. Angin bertiup deras sikit. Dia buat dek jer..Angin bertiup lagi deraas hingga sangkar pun macam nak tumbang. Burung kita sekadar memegang mugnya dari tertumpah sambil mata terus melekat di TV tengok apa ntah.

Dan masa terus berlalu. Burung kita diserang penyakit obesiti. Teruk. Dah tak dapat bangun dah. Macam nak mati dah. Maka rakan-rakannya pun dibenarkan masuk untuk menziarahi burung kita ni. Semuanya berjalan lancar sampailah salah seekor dari rakannya memicit butang remote Astro dan terus ke Channel V yang tengah tunjuk video clip baek punya. Layan pulak lagu ni. Kawanan burung yang tak pernah menikmati nikmat yang tepu sebegitu, terus terlupa pulak pasal burung kita ni. Last-last, semua dok melepak karaoke dalam sangkar tu ramai-ramai. Cerita apa, ni? Aku tangkap sekor-sekor dan taruk kat luar sangkar balik. Diorang tak pakai jaket kulit, takkan tahan seminit pun dalam sangkar tu.

Dipendekkan cerita, burung kita ni pun dah nazak. Maka baju kulitnya dibukakan. Dan ketika dia diusung keluar dari sangkar tu, terdetiklah dalam hatinya betapa rugi masanya digunakan dalam sangkar itu sedang sangkar itu tak pernah berkunci pun sebenarnya. Dan dia berada dalam penyesalan yang teramat sangat kerana tibatiba rasa rugi tak dapat turut serta menyertai rakan-rakannya makan padi atau ikan. Dan dia mula membenci. Dia mula tak redha. Padahal kita tengah hangkat dia ni. Nak bagi proper burial, ni. Dia marah-marah lagi. Eh, mencarut-carut pulak. Last-last dah mati, aku humban dalam longkang belakang rumah.


Inspired by "Birds of Parliament" by Rumi in some writings I found about sufism.
Bukan nak memperolok-olokkan karya beliau, tapi copy n paste, boringla.
Bukannya hadis ke apa...hehehe.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails