Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa, Anakku


Wahai anakku,
Maafkan bapak.
Kerana bapak seorang yang gagal

Gagal memberikan kehidupan yang sempurna padamu
Gagal menyediakan segalanya untukmu
Gagal menjadi seorang pemimpin kepadamu
Gagal menjadi seorang bapa

Tatkala kawan-kawanmu bergembira di hari cuti,
Ayah bawa kau keluar mencari rezeki
Tatkala malam, waktu kau sepatutnya mengulangkaji
Kau tercongok-congok menahan lapar tak makan lagi.


Sungguh mulia hatimu
Tetap akui makhluk hina ini
Sebagai bapamu
Sungguh terharu hati ini
Tatkala kau menyuapkan air kosong 
Dan menyorongkan bantal
Tatkala dunia menyepak kewujudan bapamu ini

Wahai anakku,
Sebenarnya yang beruntung ialah ayah ini
Kerana dikurniakan penyejuk hati sepertimu
Di hari ini.
Selamat Hari bapa anakku,
Sesungguhnya, 
Hari ini, ialah Harimu

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails