Friday, October 29, 2010

The Arrivals?



Dark Half suggested aku tengok siri The Arrivals yang cerita pasal manusia dan Kiamat. Forumnya kat sini. Apa kata korang layan (baca) cerita pasal realiti pulak kat sini:  Siri ini bersambung sambung so jangan berenti bila dah habis. Susunannya pun disusun in such a way to make you all paham (dari tak tau hinggalah advanced). Dan korang boleh layan sampai ke entry yang terbaru. Selamat membaca dan mengerti! Seperti biasa, komen amatlah dihargai.
Ada yang melihat mug (realiti) itu dari depan

...ada yang dari tepi...

..ramai juga lihat dari belakang (ketinggalan)...
Kita akan lebih memahami jika kita berkongsi

Aku tak sihat

Kebersihan dan kesihatan Hati perlu di jaga

Maaflah kawan-kawan semua.
Aku tak sihat
Aku mungkin tersenyum
dan melawak here and there

Tapi dari bunyi batukkan ku
Dan pekatnya kahakku
Kau pun akan tau
Betapa seriesnya sakitku

Kadangkala kita terlalu beria-ia
dalam mengharungi hidup di dunia
hinggakan terlupa
akan kesihatan diri kita
Jagalah diri
sebab kalau tak sihat nantik
Camana kita nak hadapi
Hari Esok yang menanti...

Lawak Spontan

"Abang, lepas bulan Jamadil Awal, bulan aperr?" tanya anak sepupu aku yang baru pandai bercakap.

Aku rindukan masamasa dia tak reti bercakap dulu. Takdelah aku susahsusah nak jawab soalan camni.


"Errr...Jamadil Shadat" jawabku. 


Bukan anak aku

Atan dan Abu (Cerita dari Abu)




"Semua manusia itu TIADA, kecuali mereka yang ada kalimah.
Semua yang berkalimah itu TIADA, kecuali mereka yang mengamalkan kalimah tersebut.
Semua amalan atas kalimah itu TIADA, kecuali amalan yang disertai dengan ilmu.
Semua ilmu itu pula tiada nilainya, kecuali ia disertai dengan keikhlasan."


Abu tahu falsafah ini. Dia dengar dari satu ceramah tu. Abu juga sedang menganggur. Dia perlukan kerja dengan secepat mungkin. Dah merata dia mencuba. Berpuluh temuduga dah Abu hadiri. Tapi masih belum ada yang melekat. Dengan IKHLAS Abu bersabar.


Malah setiap hari, Abu akan pastikan dia memohon sekurang-kurangnya 10 jawatan kosong di internet. Dia dah ikuti seminar bagaimana nak berpakaian semasa menghadapi temuduga. Abu juga tahu bagaimana nak buat satu resume yang impressive. Tu sebab banyak kali Abu dapat panggilan untuk interview. Abu juga belajar pasal NLP, persuasive communication, hipnotisma ala payobosa dan macam-macam lagi bagi menangani penemuduga-penemuduganya. Dan biasanya proses temuduga berjalan dengan baik. Semua berikan respons yang menggalakkan. Tapi Abu masih macam tu jugak. Abu masih menganggur. Dengan IKHLAS Abu terus mencuba.

Mak Abu turut sama merasakan kerisauan Abu. Apa taknya, selagi Abu tak bekerja, maka duit PTPN yang dah start bayar setahun dulu tu, kenalah dibiayai oleh maknya. Mak Abu pula bekerja sebagai seorang kerani rendah di sebuah agensi kerajaan, jadi banyak mana naa lah duitnya. Dapat lak ada lagi 3 orang adiknya yang masih menuntut di kolej dan U dan mereka semua menciap-ciap bagaikan anak burung kelaparan yang menyambut kepulangan ibu burung dalam National Geo-Graphic, meminta duit setiap bulan. Itu semua membuatkan Abu rasa lebih tertekan.

Satu hari, mak Abu memanggil Abu ke dapur. Abu ke dapur dan terus duduk di meja makan. Mak Abu berikan Abu sekeping kertas yang berisi nama dan nombor telefon. Abu pahamlah itu maknanya Abu kena call orang tu. Ni mesti ada kena mengena dengan soal penganggurannya. Abu taat. Dia terus jer dial nombor tu depan maknya. Setelah dua tiga minit bercakap dalam talian, Abu meng update maknya bahawa besok dia kena pergi ke sebuah kilang perabot untuk mula kerja sebagai tukang pegang kayu.

Abu pada mulanya ada rasa macam kerek sikit sebab mak Abu suruh dia, yang berpelajaran tinggi dan muka Anugerah Dekan setiap sem itu bekerja sebagai tukang pegang kayu kat kilang perabot. Lama jugaklah Abu dengan maknya berdebat pasal kerja baru Abu itu. Habislah air nescafe seteko dikerjakan oleh dua beranak tu.

Abu percaya, dia, dengan segala ilmu di kepala itu akan dapat kerja sebagai jurutera tak lama lagi. Abu juga tak berapa setuju sebab dia ada degree dalam elektronik, takkan nak keja kat kilang kayu. Sebagai penghulur kayu, pulak tu.

Mak Abu pulak percaya bahawa Abu taklehlah dok membuang masa dengan sekadar menunggu ajer sebelum kerja yang sesuai tiba, sedangkan masa tu boleh diguna untuk menimba pengalaman dalam bidang pekerjaan.

Abu balas balik dengan hujah kalau dia sibuk bekerja di kilang kayu tu, fokusnya pada usaha mencari kerja akan terganggu, seraya melambatkan lagi tempoh dia mendapat kerja yang sesuai yang dimaksudkan oleh maknya tadi. Tambahan pula, bila kerja kat kilang kayu, jangan haraplah Abu larat nak ke CC untuk online mencari kerja pulak pada malam harinya.

Mak Abu tak menjawab lagi selepas tu. Mak hanya diam dan tarik muka sambil mengangkat teko dan cawan bekas minum nescafe tadi ke sink. Sesaat jer Abu rasa macam dah menang. Tapi berminit-minit lepas tu dia rasa menyesal sebab buatkan maknya tarik muka. Tangtang tuu lah Abu teringatkan falsafah itu. Jadi, Abu mengambil approach untuk diam dan layan dulu...

Dia terus menarik tangan maknya dan meminta maaf. Sambil tersenyum, Abu memujuk maknya dengan melawak dengan mengatakan besok lepas Subuh dia akan pegi kilang perabot kayu tu nak bukak pintu gate. Mak Abu mencium dahi Abu.

Besoknya, Abu mula bekerja. Pendek cerita, dia bekerja sebagai operator yang menghulurkan kayu-kayu ke dalam mesin yang kemudian memproseskannya. Terpalit jugak rasa kepalatan dunia dalam hati Abu tapi sebab dia berilmu, dia diamkan saja perasaannya. Hari pertama berlalu tanpa insiden.

Pagi hari kedua, Abu rasa badannya lenguh-lenguh. Dia paksakan jugak sebab maknya dah siap buat bekal makan tengahari untuk Abu. Pada hari kedua, Abu menghabiskan sehari suntuk memperkemaskan skill menghulurkan kayunya tanpa apa-apa insiden...

Pada pagi hari ketiga Abu rasa macam nak demam. APa taknya. Abu ni kan university graduate. Mana tahan kerja kerja keras di environment yang kasar macam sebuah kilang perabot kayu yang penuh dengan habuk kayu dan warga asing. Orang macam dia patut kerja kat tempat yang semiclean room dengan 0.1 PPM index debunya. Tapi sebab Abu TAHU, dia paksakan jugak pergi kerja dan main sorong papan tarik papan dengan mesin TGH33K-100.

Sehinggalah seminggu Abu bekerja kat kilang perabot itu sebagai seorang penghulur kayu. Sungguhpun kerja itu tak cool, dan abangla-abangla otai pun bukannya nak membantu, Abu tetap bekerja dengan bersungguh-sungguh. Bila dia bekerja kuat, maka timbullah pelbagai ilham dalam kepalahotaknya bagaimana nak mudahkan kerjanya (supaya dia sentiasa dapat balik kerja pukul 530ptg dan tak payah nak stay back dan tunjuk macam dia rajin). Dan sebagai seorang budak u yang pernah buat final year project dan thesis, Abu menghantar proposalnya itu kepada pihak atasan kilang.

Sehari berlalu. Dua hari berlalu. Senyap jer? Diorang baca tak, proposal Abu? Ke proposalnya dah terbang ditiup angin? Atau adakah proposal tu suck? Abu saiko. Tapi, apa lagi yang Abu boleh buat melainkan pergi kerja balik kerja dan online pada malam harinya mencari kerja yang layak dengan degreenya.

Pada minggu seterusnya, semasa ditempat kerja, Abu didatangi oleh  seorang lelaki yang semua orang panggil sebagai bos. Mamat bos tu pergi straight ke Abu dan bertanya pasal proposalnya. Abu pun menerangkan ideanya itu secara panjang lebar. Tapi secara ringkas, bos itu setuju untuk berikan peluang agar idea Abu menjadi dikenyataankan.

Dan dalam setahun, kilang kayu tu telah menjimatkan puluhan ribuan ringgit hasil idea yang dicetuskan oleh Abu kita tadi. Nama Abu jadi famous. Abu naik pangkat dan naik lagi dan naik lagi. Lastlast Abu kawin dengan anak kilang bos tu. Eh. Anak bos kilang tu. Dengan bos-bos tu sekali Abu Islamkan sebab bos Abu tu berbangsa Cina. Abu pun muka cam cina. Cuma kalau takde jerawat tu, mungkin index kecinaan Abu lebih tinggi kerana ada muka yang licin. Tapi tak kisahlah. Abu dah dapek, pun.

Dan semasa artikel ini ditulis, sambil sandar-sandar dinding kat atas tilam aku, Abu bersyukur sebab mengikut cakap ibunya untuk menelefon nombor di kilang kayu tersebut. Abu paling bersyukur sebab selepas dia sakiti hati ibunya sebab isu kerja kat kilang kayu tu, dia cepat-cepat mintak maaf. Walaupun pada masa tu Abu, dengan seluruh kelayakan, pengetahuan dan pengalamannya, membangkang idea maknya yang menyuruh Abu untuk bekerja dulu di kilang kayu sedangkan degree Abu dalam bidang kejuruteraan elektronik. Tapi Abu tahu. Apa yang Abu tahu? Tahu sumbat ke?

Abu tahu: ketaatan itu lebih tinggi nilainya dari kebaikan yang diamalkan dengan ilmu, walaupun ia  dilakukan oleh SEMUA manusia, Islam atau tidak, dari Adam hingga ke bayi yang terakhir.

Dan selepas taat kepada Allah dan Rasul, Abu tahu; kita kena TAAT kepada ibu.

Sila klik di sini untuk cerita yang hardcore pasal ibu


"Bunyi macam budak baik, tapi apsal kau selalu perangai camcibai?" tanyaku pada Abu.
"Ikhlas gak tu...."jawab Abu. Dia terdiam.
"...Ishhh. Dahhhh hilang pahalaku hasil semua yang di atas" kata Abu.

"Ni yang aku malas lepak dengan kau ni, Scuba" sambungnya lagi. Aku menge offkan recording kat henponku dan berlari menyelamatkan diri sebab Abu nak pukul aku dengan bantalku sendiri.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails