Thursday, July 29, 2010

Kisah Para Wali (Dzun Nun dengan sosej)

Telah 10 tahun lamanya Zun Nun ingin memakan sosej, tetapi keinginan itu tidak pernah dipenuhi. Kebetulan esok adalah Hari Raya dan hatinya berkata:
"Bagaimana jika esok engkau memberi kami sesuap sosej sekadar untuk menyambut Hari Raya?"
"Wahai hatiku, jika demikian yang engkau kehendaki, maka biarkanlah aku membaca seluruh ayat Al-Quran di dalam solat sunat dua rakaat malam nanti."

Hatinya mengizinkan. Keesokan harinya Zun Nun meletakkan sosej di depannya. Ia telah membasuh tangan tetapi sosej itu tidak jadi dimakannya; ia segera menunaikan solat.
"Apa yang telah terjadi?" seseorang yang menyaksikan hal itu bertanya kepada Zun Nun.

"Baru sebentar tadi, hatiku berkata kepadaku," jawab Zun Nun.
"..akhirnya setelah sepuluh tahun lamanya kau beribadah barulah tercapai keinginanku!" Tetapi segara ku menjawab:"Demi Allah, keinginanmu tidak akan tercapai"

Yang meriwayatkan kisah ini mengatakan ketika Zun Nun mengucapkan kata-kata itu, masuklah seorang yang membawa semangkuk sosej ke hadapannya dan berkata:

"Guru, aku datang ke mari bukan kehendakku sendiri, tetapi sebenarnya sebagai utusan. Baiklah kujelaskan perkara sebenarnya kepadamu. Aku mencari nafkah sebagai seorang buruh untuk menanggung beberapa orang anakku. Mereka telah lama meminta sosej kepadaku, oleh itu kerana aku menyimpan wang. Malam semalam kubuatkan sosej ini untuk menyambut Hari Raya. Tadi aku bermimpi melihat wajah Rasulullah SAW yang bercahaya menerangi bumi. Rasulullah berkata kepadaku:

"Jika engkau ingin melihatku di hari akhirat nanti, berilah sosej itu kepada Zun Nun dan katakan kepadanya bahawa Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib telah memohon ampun untuknya agar ia dapat menenangkan hatinya dan memakan sosej ini hanya sekadarnya"

"Aku taati" kata Zun Nun sambil menangis.

Kisah Para Wali (Dzun Nun dengan pemuda)

Ada seorang pemuda yang selalu berkata tidak elok terhadap kaum sufi. Suatu hari Zun Nun menanggalkan cincin di jarinya kemudian memberikan cincin itu kepada pemuda itu sambil berkata:

"Bawalah cincin ini ke pasar dan gadaikanlah dengan harga satu dinar". Pemuda itu membawa cincin itu ke pasar tetapi tidak seorang pun mahu menerimanya dengan harga satu dinar. Pemuda itu kembali dan menyampaikan hal itu kepada Zun Nun.

"Bawalah cincin ini kepada pedagang permata dan tanyakan harganya," Zun Nun berkata kepada si pemuda. Ternyata pedagang pedagang permata menganggar cincin itu seribu dinar. Ketika pemuda itu kembali, Zun Nun berkata kepadanya:
"Engkau hanya mengetahui mengenai sufi seperti pemilik-pemilik kedai di pekan tadi mengetahui harga cincin ini"

Pemuda itu lalu bertaubat dan ia tidak lagi mencemuh para sufi.

Kisah Para Wali (Dzun Nun dengan seorang murid yang soleh)

Zun Nun mempunyai seorang murid yang telah bersuluk selama 40 kali dan setiap kali suluk selama 40 hari. 40 kali dia telah berdiri di Padang Arafah dan selama 40 tahun dia telah mengekang hawa nafsunya. Suatu hari, muridnya datang menemui Zun Nun dan berkata:
"Semua telah kulakukan. Tetapi semua susah payahku tidak dipandang oleh-Nya sedikitpun. Dia tidak mempedulikan dan tidak mahu menunjukkan keghaiban-keghaiban Nya kepada ku. Semua itu kukatakan bukan untuk memuji diriku sendiri, tetapi semata-mata menyatakan hal yang sebenarnya. Aku telah melakukan segala yang dapat dilakukan oleh diriku yang malang ini. Aku tidak mengeluh kepada Allah.

Aku hanya menyatakan hal yang sebenarnya bahawa aku telah mengabdikan jiwa ragaku untuk berbakti kepada Nya. Aku hanya menyampaikan kisah sedih dari nasibku yang malang ini. Semua itu kuceritakan bukan kerana hatiku telah jemu untuk beribadah kepada Allah. Aku khuatir jika masamasa yang akan datang aku mengalami hal yang sama. Seumur hidupku sentiasa berharap, namun tidak ada jawapan. Sangat berat bagiku untuk lebih lama menanggungnya. Kerana engkau adalah penasihat bagi orang-orang yang sedang berduka dan penasihat tertinggi bagi orang-orang soleh, sembuhkanlah dukacitaku ini"

"Malam ini makanlah sepuas hatimu," kata Zun Nun.
"Tinggalkanlah solat Isya' dan tidurlah dengan nyenyak sepanjang malam. Dengan demikian jika Allah yang selama ini tidak memperlihatkan diri Nya dengan kebajikan, maka setidak-tidaknya Dia akan memperlihatkan diri Nya dengan penyesalan terhadapmu. Jika selama ini Dia tidak mahu memandangmu dengan kasih sayang maka Dia kan memandangmu dengan kemurkaan"

Murid itupun pergi dan pada malam itu dia makan dengan sepuas-puasnya. Tetapi untuk meninggalkan solat Isya' terasa berat di hatinya. Dia tetap melakukan solat dan setelah itu dia pun tidur. Malam itu dia bermimpi bertemu dengan Nabi SAW dan berkata kepadanya:

"Allah telah mengucapkan salam kepadamu. Dia berkata:"Hanya seorang yang malang yang lemah serta bukan manusia sejatilah yang datang kepada-Ku dan cepat merasa jemu. Punca permasalahan adalah hidup lurus tanpa keluhan" Allah Yang Maha Besar menyatakan:"Telah Kuberikan kepadamu 40 tahun keinginan beribadah kepada Ku dan Aku jamin engkau akan mendapat segala yang engkau harapkan dan memenuhi segala keinginanmu itu. Tetapi sampaikan salam Ku kepada Zun Nun, manusia yang buruk akhlaknya dan suka berpura-pura. Katakanlah kepadanya, wahai manusia pendusta, yang suka berpura-pura, jika tidak Aku bukakan keaibanmu kepada seluruh penduduk kota, maka Aku bukanlah Tuhanmu. Ingat, janganlah engkau sesatkan kekasih-kekasih yang malang dan janganlah engkau jauhkan mereka dari Ku"

Murid itu terjaga dari tidurnya lalu menangis. Kemudian dia pergi kepada Zun Nun dan menceritakan segala yang dilihat dan didengarnya dalam mimpi itu. Ketika Zun Nun mendengar kata-kata Tuhan memberi salam dan menyatakan dia adalah pendusta yang suka berpura-pura, ia pun berguling-guling kegirangan dan menangis kebahagiaan.

Interview dengan Wali (Bila free buat apa?)

Aku dok menyandar kat dinding serambi mengadap luar. Angin nyaman meniup halus ke muka ku. Pening kepala aku hisap tembakau madu brader bus stand. Dia tersenyum jer memandang aku. Abang karkun kat mana ntah. Aku memandang ke arah pucuk pokok mangga di hujung laman.

"Abih tu, kenapa abang-abang sumer tak buat apa-apa?" tanya aku sambil menghirup udara segar. Angin malam membuatkan aku segar kembali. Brader melontarkan pandangannya kepadaku.
"Sebab belum datang perintah" jawab brader.
"Sementara tunggu perintah, tu, buat apa?" tanya aku lagi macam yahudi. Aku mula senyum-senyum.
"Kita lepaklepak camni lah, ingat kat Dia in our own silly ways. Tengok tanda-tanda. Tunggu si karkun" jawab brader bus stand. Aku setuju. Senyum. Bang karkun dah sampai.

"Kau pernah pergi Amerikaaa, tak?" tanya abang karkun. Dia pegang tiga tiket kapal terbang. Aik? Kalini tak naik piring terbang ke?

"Kau dah dedahkan rahsia hari tu, so kelebihan tu ditarik balik, kot?" jawab abang karkun. Brader tersengih kat dia. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Eh? Apahal plak ada bintat ni? Dah berbenjul dah tengkorak aku. Bila masa pulak aku dapat benjul, ni?

Dulu aku ingat wali-wali ni adalah golongan yang dalam kepala dan jiwanya hanya ada Allah saja, kuat beramal, zikir dan tahadjud tak tinggal, ada magic dan perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah hikmah. Aku ingat wali-wali ni berserban besar, berjanggut lebat dan berjubah siang malam. Betapa sempitnya kefahamanku tentang semua ini. Aku baru sedar aku tak tau apa-apa. Dan sejak dari itu, aku taknak tau apa-apa, selain apa yang diberitahukan kepadaku oleh Nya.

Semua yang baik datang dari Allah. Dan peraturan di dunia ini ialah sesuatu berlaku dengan asbab. Allah boleh buat semua main magic jer, tapi kang ada pulak tak puas hati lahir-lahir terus masuk neraka. Atau sawan berbuih bila ada tangan emas yang menyuapkan nasi berlauk yang dah terhidang di depan mata. Dia buat jalan cerita bagaimana sesuatu itu disampaikan kepada kita dari Nya, agar mata kita yang tak nampak benda ghaib dan hati yang tak terbukak kepada akhirat ini menjadi tenang, sebab ada alasan nak bagi kepada akal. Tapi kebanyakan kita hanya memandang setakat siku kepada tangan yang menghulurkan wang, atau amoi yang jaga kaunter yang menghulurkan buku bank kepada kita setelah dikemaskinikan. Kita jarang nak pikir lebih-lebih setelah kita dapat apa yang kita perlukan. Takdelah nak pikir yang siku tadi tu dapat duit dari mana atau gaji amoi dan bos amoi dan bos kepada bos amoi tadi, mana datangnya? Dan apa yang ternampak kat kita hanyalah jalan cerita camana nikmat tu boleh sampai kat kita. Dan ramai beranggapan ia habis takat apa yang kita nampak ni ajer. Takbley nak salahkan jugak sebab itulah ujiannya hidup di dunia: nak tengok kita percaya atau tidak kepada yang ghaib...

Dan bagi mereka yang mengetahui, hidayah untuk mula mempercayai itu milik mutlak Allah. Hidayah ialah semangat untuk maju dan terus berada dalam keimanan (percaya lantas taat). Ini sangat penting di dalam dunia globalisasi di mana individu yang takde integriti akan hanyut dan hilang tanpa tujuan. Hidayah mengekalkan identiti dan set moral seseorang dalam dunia yang serba berubah ini, mengakibatkan beliau sentiasa ingat kepada objektif dan belajar sesuatu dari apa yang dilaluinya dan menjadi semakin baik. Dan hidayah hanyalah milik Allah. Serupa macam rezeki atau ajal. Dan macam biasa, sebab kita berada di dunia, kita memerlukan asbab supaya hidayah terus kekal dan terus mencurah kepada kita. Dan sebagai ummat Muhammad SAW, kita juga bertanggungjawab memastikan orang lain juga mendapat hidayah.

Kadangkadang orang dapat hidayah dalam masjid. Kadangkadang orang dapat hidayah kat hospital. Hidayah dan rahmat boleh turun bilabila masa dan di mana saja (dalam tandas aku tak pasti). Kalau manusia sekadar menunggu, hidayah akan sampai juga, tapi biasanya dalam bentuk bala. Dah terhantuk baru nak terngadah.

Bagi mereka yang memahami, mereka akan terhegeh-hegeh nak jadi asbab turunnya hidayah kepada orang lain. Sebab kerja ni dapat pahala. Pahala bukanlah tujuan kita melakukan sesuatu amalan. Ia hanyalah ukuran supaya kita tau amalan yang paling afdal dan besar pahalanya kepada Dia supaya Dia lebih suka. Memang benar pahala paling besar ialah menyampaikan pesanan agama dan kelebihan amalan agama, tetapi tugas sebegini memerlukan kelayakan. Si penyampai kena beramal (atau sekurang-kurangnya ada pengetahuan) mengenai apa yang disampaikan, melainkan apa yang disampaikan itu adalah perkara hak yang umum. Jika tidak, si penyampai akan dipersoal atau diuji atas apa yang disampaikan. Ujian ini berlaku demi menjamin kesucian orang yang menyampaikan ajaran yang suci. Dan hukuman pula boleh berlaku di atas bumi atau ditangguhkan untuk masa yang akan datang. Walhal ujian itu bertujuan mengasingkan golongan pendakwah sebenar dari yang hangat-hangat taik ayam supaya mudah pemimpin dakwah nak buat keputusan dalam urusan dakwah mereka. Dan supaya yang hangat-hangat taik ayam buat keputusan yang tepat dan perbetulkan kelemahannya. Dan kedua-dua golongan ini menjadi peringatan bila diperhatikan oleh golongan yang perlu sentiasa diperingatkan: diri sendiri.

Jadi, bagi mereka yang dah faham, mereka akan utamakan penyebaran suruhan berbuat KEBAIKAN. Menyuruh orang buat baik, bersabar dan berpegang teguh kepada kebenaran dan harmoni. Akibatnya, mereka terpaksalah jadi baik jugak sebab kang orang cas dia cakap tak serupa bikin. Kena sopan santun, civilized dan profesional. Dan cam alim-alim sikit.

Tapi yang lebih faham, mereka bukan sekadar menyebarkan, malah mereka menjadikan diri mereka sebagai contoh pula kepada orang lain supaya mudah orang melihat dan mencontohi sifat-sifat baik yang cuba ditonjolkan. Mereka kurang bercakap tapi banyak bekerja dan tersenyum. Macam ada bunga dalam itu hati. Kurang cerita agama tapi banyak amal agama. Tapi bila mengarut, memang tak terlayan.

Namun bagi yang dipilih, mereka hanya berdiam diri dan melepaklepak menikmati kesempatan yang diberi untuk menambahkan lagi apa yang dah ada dalam diri mereka: ketaatan dan keadaban. Mereka juga bijak mengumpul bekalan dengan harapan dapat guna untuk bantu Baginda SAW tebus saudara kat mizan nantik. Tapi, bila dapat arahan jer, diorang terus meluru (dengan beradab) dan melakukan tugasan dengan sungguh-sungguh tanpa banyak soal. Kenapa mereka begini? Kerana mereka mau jadi asbab pemerintahan tuhan di dunia ini. Bukan kerana mereka mahukan dunia. Tapi kerana itulah tugas mereka, pada saat ini. Lain saat, lain tugasnya. Dan sudah tentulah bukan kerana Allah itu MEMERLUKAN diorang kat dunia ni untuk menggerakkan batu di laut itu. DIORANG yang terlumba-lumba nak TOLONG gerakkan batu tu untuk Nya (setelah dapat tau itu yang di MAHU Nya). Biasanya kita makin rosakkan batu itu atau menggerakkan batu itu tidak mengikut sepatutnya, tapi Allah tetap terima sebab Dia tau kita ni memang takkan dapat buat apa-apa pun dengan betul dalam hal-hal pemerintahan ni, tanpa izin dari Nya. Tapi Dia suka tengok kita beria-ia nak tolong selamatkan orang lain. Diri sendiri pun tak tentu lagi...

Dan jangan salah faham dengan blog ini dengan mengaitkan aku dengan arwah Ashaari atau ayah pin atau guru yahya atau sebagainya. Semua orang nak jadi wali, tapi malas nak beramal atau bersabar. Termasuklah aku. Orang sumer sekadar nak bertaubat, tapi aku nak jadi wali. Supaya kalau tak dapat pun, tercicir ke golongan 'orang-orang soleh' pun OK gak. Aim kena tinggi maaaa...Dapat tak dapat belakang cerita..

"Amender yang ko mengarut ni?" tanya abang karkun. Aku mengangkat kepalaku memandangnya. Brader dah berdengkur tido.
"Takde mender, bang. Habiskan blog pasal wali, ni..." jawab ku.
"Jangan habiskan masa banyak sangat dengan benda tu. Tak jadi kerja kang. Zikir petang dah buat dah?" tanya abang karkun. Baru aku perasan aku belum buat zikir rutin petang aku untuk hari itu. Aisehhhh...Orang dah lentok ni..
"Takde lentok-lentok der" tegas abang karkun. Brader bus stand terjaga. Matanya barai. Letih benar brader. Maklumlah, petang tadi dia yang drive...Aku pun tutup laptop dan nyanyi "dimulakan dengan Bismillah..." (macam lagu Raihan)

Pekkk!! Bunyi belakangku disebat dengan majalah yang digulung oleh abang karkun.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails