Monday, February 14, 2011

Siri Mari Kenal Rasul Kita

Sebagai seorang pahlawan dunia cyber (cheh!) aku nak buat satu siri yang akan dipostkan setiap satu jam mulai 6 pagi esok. Setiap Entry itu akan emnceritakan serba sedikit tentang Nabi Muhammad SAW (yang aku curik dari sini).

Tujuannya ialah untuk menyelaraskan pembacaaan orang dalam blogosphere ni agar jangan pikir benda lain selain ingat kat Baginda SAW pada hari besday Baginda. Disamping itu, ada juga selingan video impak dari Habib Ali yang aku suka sangat (tak kisah lah apa background Habib Ali ni)

Di kesempatan ini, saya menggalakkan tuan-tuan dan puan-puan semua agar buat benda yang sama (autopostkan cerita pasal Baginda SAW) dalam blog anda sempena hari esok dan blogwalk-kan entry-entry anda di blog-blog yang anda tahu perlukan peringatan....

Moga-moga ada yang terbuka pintu hatinya untuk kembali...
Dan semoga pintu hati kita juga sentiasa terbuak untuk menerima RAHMATNYA...


Amin...


Atan Dan Abu (Besok Cuti?)




Atan: Besok kau cuti?
Aku:  Besok? Besok cuti ke?
Atan: Besok Maulid nabi la kawan...
Aku:  Oh ye, ker? Patut lah mak aku tanya aku free tak Selasa ni...
Atan: Kau ni kerja kuat sangat laaa...
Aku:  Nak wat camner, Tan..Aku ni machai. Tak kerja, takde duit...
Atan: ...

Bila Maulidur Rasul, elok kita tonton video ini

Video ni ditunjukkan oleh adik aku kepadaku 2 tahun dulu.
Dan ia menjadi video wajibku setiap kali Maulidur Rasul.


Selamat Hari Lahir, Ya Rasulullah!




Ya Nabi salam, 'alaika
Ya Rosul salam, 'alaika,
Ya Habibi salam, 'alaika,
Solawatullah 'alaika

Kepada yang menyambut Hari Kekasih harini, kami ucapkan: MENGUCAP LAH!
Kepada yang marah dengan orang yang menyambut Hari Kekasih kami ucapkan: TEGURLAH!
Kepada yang tak peduli hapa selain kerjakerjakerja, kami ucapkan:
ESOK ialah Maulidur Rasul!!
Sekurang-kurangnya, marilah kita berselawat mengingatkannya!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails