Monday, November 8, 2010

Atan dan Abu (citer politik)


"Abu! Cuba kau citer politik sikit" kata Atan memecah kesunyian.
Kami ditegah dari menyentuh soal politik tapi semakin jauh kulari darinya, politik sentiasa ada cara untuk sampai padaku.

"Boring lah, Ngantuk la drive jejauh tapi senyaaaapp jer. Nak bukak radio kau kata maksiat" kata Atan.
Abu memandang kekejauhan....


Sebagai seorang budak Negeri Sembilan, dan sebagai seorang yang macam dah ada plan yang kukuh sekiranya aku dipilih memegang tender pemerintahan negeri dari parti politik yang memerintah sekarang, aku akan attack beberapa perkara kat negeri aku ni.

Pertama sekali aku akan betulkan sistem pengangkutan aliran trafik keluar masuk dalam negeri aku. Aku akan kenalpasti jalan mana yang lubuk duit atau yang digunakan oleh pelaburku dan aku akan bela. Takkan kau jumpa jalan yang sempit ala 80-an atau jalan yang tak rata. Bahagian ni penting sebab kemakmuran negara ialah kestabilan ekonomi. Kestabilan ekonomi ialah pergerakan wang. Dan wang bergerak mengikut tuan punya poket. Kalau pergerakan mereka susah, maka ekonomi negeri aku akan terganggu. Macam aliran darahlah. Maknanya sistem bas, keretapi, lori dan trafik hujung minggu kena lancar. Sapa taktau region PLUS highway antara exit Seremban hingga ke Peas-Linggi adalah yang paling sesak setiap musim perayaan? Dah berapa tahun dah, tapi lampu jalan pun takde. Puaslah budak kampung aku susup sasap dalam gelap balik dari kilang malam-malam. Pastu, jalan alternatif ikut Sungai Gadut pun cam sial. Tah bilabila nak amannya. Nak lalu ikut Rantau depan rumah orang tua MB pulak, jalan sempit. Sekali stuck dengan lori sawit, alamat menikmati pandangan lah jawabnya...

Kedua sekali aku akan eksploit budaya negeri aku. Negeri ni unik sebenarnya. Dia lebih kurang macam Melaka. Melaka dah maju dah. Kampung aku tah bila lagi. Orang takut nak kawin dengan awek negori adalah disebabkan mulut mereka dan adat perpateh. Maka aku kena ajar pompuan pompuan aku mengayat orang kaya dari negeri luar dan aku akan sensasikan isu adat perpateh. Bagi orang conscious dengan orang negori. Wagheeekh. Kenapa? Supaya orang negeri ada semangat clandestine macam orang kelantan, orang penang atau orang putih. Bila ada stigma, baru ada identiti. Bila ada identiti, maka namaku dah terpahat dalam sejarah samada ia berjaya atau tidak.

Lepas tu aku kenalpasti kawasan penempatan strategik (biasanya kawasan pembangkang) untuk aku bangunkan. Lagi ceruk tempat tu, lagi bagus. Aku buat satu IPTS kat situ. Lepas tu paksa kontraktor dan developer besar buat projek perumahan dna township kat situ. Aku luaskan jalan keluar masuknya. cam Putrajaya. Atau LAbu Sendayan. Atau tahapahapa lagi. Setiap kawasan ni aku taruk Pegawai daerah yang terbukti berpengalaman membangunkan kawasan. Kalau tempat tu agama, kita buat surau. Kalau tempat tu sukan, kita buat futsal. Kalau tempat tu dadah, kita buat snooker. Kita nak biakkan rakyat kita di lokaliti-lokaliti baru. Barulah pihak pembangkang tak dapat chong. Satu tempat tu naik bila ada taman perumahan yang easy access. Taman tu pulak stabil harganya bila ada market potensi yakni student IPTS ni tadi. Dan semua ni menjadi bila ada syarikat yang buat ofis kat situ cam TM atau TNB atau Syarikat Air ke. Kita chonglah jabatan jabatan kat Universiti buat station mereka di sini. Suruh kaji masyarakat atau pokok semak atau kes orang main dalam semak.

Sementara tu, aku kenalpasti anak anak muda yang berpotensi tapi masih dok kat celah ketiak mak (menganggur). Kita kenalpasti mereka dan kita kenali potensi mereka dan tools yang kita perlukan untuk membuat anjakan paradigma itu. Di satu sudut lagi, data tentang industri dan pasaran pekerjaan dikumpul. Profail penganggur dan trend industri sentiasa dipantau sebab inilah human capital aku. Diorang nilah yang bakal membiayai negara ini nantik. Golongan muda pula sentiasa dipantau secara subliminal agar daya saing dan fokus mereka tertumpu kepada memajukan diri dan keluarga (yakni negara). Ada hidden hand yang mengawal media dan apa saja bentuk yang berkaitan dengan pemuda.

Dan aku juga galakkan pembiakan. Bagi jumlah rakyat aku bertambah ramai. Secara otomatiknya aku akan memaksa diri untuk memajukan sektor oertanian untuk makanan dan perniagaan yang berapa kali terbantut. Ishhh...ni dah dalam sangat ni...Kita kembali ke payabesarpedas.


Dan kalau aku jadi MB atau tidak lepas PRU13 nantik, aku nak adakan majlis kesyukuran dan aku wajibkan kehadiran semua tak kira parti apa pun. Aku nak kumpulkan mereka waktu nak Maghrib. Kami akan bersolat Maghrib bersama dan terus beriktikaf hingga Isyak. Lepas tu ada makan-makan. Yang non muslim, ikuti ceramah kat luar yang disertai oleh golongan wanita yang takleh masuk masjid. Semua ni aku media kan kat RTM3. Dan aku akan jadikan ia macam satu majlis wajib dikalangan pengikutku. Dan setiap orang kena bawak seorang atau satu keluarga orang susah yang mereka mahu raikan. Aiseh...ni pun berat jugaklahhh...Ahh malaslah aku sambung lagi cerita politik ni...

"Betulla apa abang karkun cakap: citer politik ni takde kesudahannya. Baik jangan mula..." kata Atan.
"Hei-hei-hei...KAU yang mula tadi, kan?" kata Abu.

Asan dan aku diam jer mendengarkan bebelan Abu. Kami baru balik 3 hari. Perghhh penat gilerrrrrr...Tapi puas hati beb...

Bahaya perut (peringatan agar menjaga makan 1)


Satu masa dulu, Harut dan Marut yang telah mengomen tentang kemungkaran yang dilakukan oleh manusia, telah diturunkan ke bumi sebagai manusia. Mereka berdua dikatakan masih disiksa hingga ke hari ini. Kita anggaplah bahawa mereka benarbenar disiksa hingga ke hari ini. Kemudian kita pikirkan balik, sebab apa Harut dan Marut, dua MALAIKAT itu telah disiksa.

Aku akan cerita ikut sedap aku mengikut apa yang aku rasakan perlu. Aku bukan perawi atau nak memetik sanad mana-mana. Bahkan, mungkin cerita aku ni berbaur Israeliat namun, aku harap, takyahlah kita pikirkan sangat teknikal kelojikan cerita ini melainkan mengambil iktibar dari mesej yang jelas...


Selepas mereka diturunkan ke bumi, mereka berdua merayau-rayau. Setelah sekian lamanya, salah seorang dari mereka berkata, ada seuatu yang funny berlaku di kawasan ini; sambil menunjukkan perutnya. Dia rasa macam kosong dan tak bermaya dan macam jumpy-jumpy sikit. Yang sorang lagi menjawab bahawa itulah kelaparan. Mereka ni malaikat, mana pernah terpikir pasal nak makan ke apa. Tapi setelah mereka masuk ke dalam jasad, mereka juga terbendung dalam hukum duniawi.

Maka mereka berdua berjalan-jalan mundar mandir ke serata town. Sampailah mereka ke sebuah keramaian. Kelihatan hidangan disajikan dan ramai orang sedang memilih makanan macam buffet tu. Tah kenapa, Harut dan Marut tertarik pada apa yang disajikan itu berdasarkan bau dan perlakuan manusia lain yang memasukkan benda itu ke dalam mulut mereka. Mereka tak tau yang nak masuk kena masuk ikut pintu depan, di mana tuan punya majlis dok ushar tindak tanduk dua orang ini. Masakan tidak. Mereka ni ex malaikat. Dosa takde. Muka berseri-seri dan menarik la. Maka tuan punya ni dapat budget yang dua mamat ni kelaparan. Dia rasa nak buat amal jariah. Lalu dia mengajak Harut dan Marut join majlis sekali.

Harutwalmarut dibawa dan didudukkan di meja special, sekali dengan tuan rumah. Tuan rumah mempelawa mereka makan. Pada mulanya mereka tak berapa pasti jugak camner nak makan atau mengunyah makanan, walhal nak kena bilas dengan air tapi dalam beberapa minit, mereka mula get the hang of it. Hidang-hidang lesap. Hidang-hidang, lesap. Sampailah tahap Harutwalmarut dah takleh nak sumbat lagi dah. Mereka duduk tersandar.

Masa tengah menunggu makanan enap, tuan rumah meng offer mereka berdua arak. Katanya nak kasi lega sikit perut yang tegang tu. Harutwalmarut terkejut dengan hidangan arak itu, maka mereka teringat kembali kepada Allah dan misi mereka (maklumlah, bila dah kenyang, baru darah jalan lancar). Mereka tersedar dan mahu bla dari majlis. Dalam perjalanan ke pintu depan, mereka terserempak dengan seorang wanita yang menggoda. Keayuannya telah meniupkan satu perasaan berdebar-debar dalam hati kedua-dua malaikat kita ni. Tapi sebab mereka dalam on the way nak bertaubat, mereka pecahkan bubble bayangan awek tadi yang sedang melambai-lambai kepada mereka. Mereka beristighfar dan rasa malu dengan Allah. Setelah sampai di satu tempat yang sunyi, Harut ke Marut yang kepoh pasal kemungkaran yang baru mereka lakukan. Mereka risau dan takut dengan Allah. Kemudian yang sorang lagi menganjurkan mereka kembali bertaubat dan mengasingkan diri demi menjaga keimanan mereka. Lantas mereka berdua pun mengasingkan diri di satu tempat yang terpencil. Mereka terus sujud dan bertaubat dan meraung meminta ampun dari Allah. Bila dah penat, mereka bertasbih dan memujimuji keluasan rahmat Allah. Pastu taubat. Pastu tasbih. Sampai lah mereka tertidur...

Bangun bangun jer diorang bersyukur kerana diberi peluang bertaubat lagi. Kemudian mereka di ulit penyesalan lalu mereka bertaubat dan beristighfar sampai tengahari. Camtu lah rutin diorang. Maklumlah, malaikat...

bersambung esok...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails