Saturday, July 17, 2010

Wali dari Bangi 6

Wali dari Bangi 6

Sejak aku dah keluar 3 hari first time tu, aku jadi ketagih. Dah jadi macam adrenalin junkie. Yelah. Takyah nak susah-susah tengok movie. Magic real depan mata. Tapi aku dapat tengok masa keluar dengan abang karkun jer. Kalau keluar dengan orang lain, cam beser jer. Kalau keluar dengan dia, nasik masak dua cupak tapi cukup untuk semasjid lah, lauk masak sendirilah, jalan atas air lah. Takat isik-isik minyak pakai air atas daun keladi tu dah basi. Eh biasa. Aku pulak yang kerek. Abang karkun rilek jer. Dia tak abis-abis: "Makhluk takde kose, Allah saja berkose"

Satu hari aku dok lepak dengan abang karkun isap rokok kat belakang tandas surau.

"Bang...Kalau abang dah sampai tahap tadah-tadah tangan jer, apsal abang taknak tukar motor abang? Cepat sikit nak pegi mesyuarat" suntik aku yang cuba nak mempengaruhi. Abang karkun ushar jer aku. Dia hisap rokok dia lagi.

"Ye lah. Abang susah-susah amik degree. Keja sambilan plak tu. Apsal abang taknak 'mintak sikit', kasi abang senang sikit buat keja?" Aku suntik lagi. Bagus jugak tahap kesetanan aku ni, hehehe.

"Aku dapat magic tu sumer, masa aku dalam jalan Dia ajer. Balik dari jalan Dia, aku manusia biasa jer. Nak makan kena usaha. Lepas berak kena istinjak" jawab abang karkun pendek. Aku blank. Perbincangan tu ditangguhkan sebab amersab jemaah dah panggil kitorang nak buat ghash...

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails