Monday, January 31, 2011

payabesarpedas



Sekiranya anda ke melalui PLUS highway dari Senawang ke Pedas-Linggi pada musim cuti ini, apa kata saya cadangkan agar mengambil detour dengan melalui jalan yang berliku dan mencemaskan demi mengelakkan kesesakan di dalam lebuhraya sempena perjalanan pada musim cuti kali ini.

Jalan ini ialah satu alternatif kepada mereka yang menjangkakan kesesakan sepanjang lebuhraya PLUS samada dari Pedas-Linggi ke Senawang (jika anda dari Melaka atau selatan) atau dari Senawang ke pedas-Linggi (jika anda dari PD atau utara ke KL). Stretch lebuhraya yang ni adalah dua lane dan lately semakin banyak kemalangan berlaku di sekitar sepanjang lebuhraya ini. Kes duit syiling berterabur hari tu pun kat area ni jugak. Jadi kalau anda dari arah selatan ke utara, anda boleh masuk kawasan ni dari exit Pedas Linggi. Jika anda dari KL nak ke Johor contohnya, and boleh masuk melalui exit Senawang/Kuala Pilah. Ini untuk Lebuhraya PLUS.

Jika anda dari exit Senawang, anda akan keluar dan bertemu dengan trafik light. Ada yang boleh jalan terus hingga ke depan ada trafik light satu lagi. Tapi anda nak masuk kanan, jadi anda di nasihatkan untuk apit kanan sebaik selepas keluar dari tol Senawang tadi. Anda apit kanan dan masuk ke arah Seremban Jaya/Seremban Selatan. Anda ikut je jalan tu (bebaik, jangan bawak lalaju sebab banyak orang melintas superman ajer) sampailah jumpa T junction. Belah kiri nak ke pedas/seremban. Belah kanan nak ke Rantau/PD. Anda ambik belah kanan. Hehe.

Anda ikut jalan ke pekan Rantau. Jalan dia berliku sikit pada mula tapi pemandangannya worth it. Mulanya anda akan melalui kawasan Estet Kobok yang penuh dengan lembu melintas sesuka hati dan machaa tak pakai helmet. Anda kena bijak dan hikmah angkat tangan semasa melalui mereka ini. Kemudian anda akan melalui kawaan kampung Kuala Sawah sehingga Kg. Solok Rantau. Pemandangan memang best kalau anda melalui kawasan ini time pukul 8-9pagi. Anda layan jer jalan ni dan bersedia nak ambik belok ke kiri nak ke arah pekan Rantau. Sampai jer junction, jangan lupa bagi signal, masuk ke kiri.

Anda teruskan perjalanan. Jalan akan terbelah bagi tapi anda maintain di main road jalan terus. Anda masuk ke dalam pekan Rantau. Belah kanan adalah kawasan macam pasar. Belah kiri adalah deretan rumah kedai. Anda bagi signal nak ke kiri. Pergi ke arah Ulu Kanchong/Pedas.

Sebaik masuk jer simpang kiri tadi, anda akan melalui kawasan kampung lagi. Ni pun kawasan Kuala Sawah jugak. Ia dimulakan dengan  rumah mak MB yang terletak di belah kanan jalan. Rumah kampung di tenah padang rumput menghijau. Lepas tu jalan agak berliku dan berbukit kecil. Anda kena layan bawak pempelahan sebab kengkadang ada kambing melintas. Layan jer jalan sampai anda keluar dari kawasan kampung.
Bila lalu area Rantau, hatihati sebab MB suka merempit tak pakai helmet

Keluar dari kampung, anda perasan anda dah masuk ke kawasan macam ladang kelapa sawit. Ia adalah kawasan berbukit bukau dan ada satu tempat tu boleh nampak seluruh pekan Rantau. Memang cun. Tapi kalau anda lalu kawasan ni drive sensorang, jangan nak gatal nak layan scenery pulak sebab ia memang mengasyikkan. Takut anda terbabas ke dalam gaung sebab jalan kat area ni berbukit bukau berlurah dan bergaung yang mencemaskan. Bawak ekstrim careful.
Selepas pengalaman yang mendebarkan di kawasan Kanchong tadi, anda akan keluar ke roundabout ILP Pedas. Anda akan tau roundabout tu sebab ILP PEdas ada kat belah kanan anda. Anda nak ambik arah Kundur/Linggi, yak ni belah kanan. Roundoabout tu kalau terus pergi Rembau. Kalau Kiri pergi Pedas keluar Seremban.

Masuk jer jam 3 nak ke Kundur Linggi, anda akan mula mendaki. Selepas satu belok kecil menurun ke kanan, anda akan perasan ada tamadun kecil di kawasan itu dimulai dengan sebuah taman di belah kiri dan masjid berkubah stainless steel di belah kanan. Jlaan kemudian melengkung ke kiri dan anda melalui satu jambatan sempit. Kelihatan deretan kedai makan di belah kanan dan orang jual lemang dan dodol time-time nak raya di belah kiri. Jalan lagi terus sampai menuju ke kawasan lapang berjalan straight. Kat depan belah kanan ada sebuah Taman (Taman Pinggiran Pedas). Kat atas bukit belah kanan ada Kolej Komuniti Pedas. Belah kiri cam ader kedai menjahit. Ada jugak orang jual ikan keli salai ikut suka hati dia. pAYABESARPEDAS ADA DALAM PERENGGAN NI.

Anda teruskan sehingga anda perasan ada exit ke tol PLUS. Sepatutnya exit itu di sebelah kanan anda. Masuk exit tu kalau nak sambung journey anda ke selatan semula. Maknanya anda dah keluar semula dari Pedas Linggi menuju ke Simpang Ampat ke apa. Saya pun kurang check.

Sebab kalau anda terlepas korner kat belah kanan ke arah tol tadi, maknanya anda dah masuk ke kawasan Kundur. Ia dimulai dengan melalui Kawasan Penyembelihan Halal Miel, kemudian Taman Pedas Perdana, kemudian kawasan kampung. Jika ini yang berlaku kepada anda, maknanya anda dah terlangsung. Anda kena U turn. Bukan sebab Kundur kampung yang tak best.

Tapi sebab Kg. Kundur ialah satu cerita yang lain lagi...

Wali dari Bangi (operasi karkun sejuk)


Ada satu masa kami (Atan, Abu dan aku) diberikan tugas khususi. Pada aku, tugas khususi ni adalah macam misi rahsia. Dan dalam kerja dakwah ni, orang yang buat khususi ni maknanya dia ni dah macam specialist la. Pergh. Masalahnya, sapa antara Atan Abu dan aku ni yang specialistnya? Takkan aku?

Nampak? Betapa hitamnya hati aku? Kengkadang aku nak tanya soalan yang sama pada Atan atau Abu. Tapi aku taknak mengambil risiko menjerumuskan mereka ke dalam lembah yang sama seperti aku. Maka aku diamkan saja kejahilanku.

Anyway, misi kami pada kali itu adalah untuk menyampaikan seru kepada sorang karkun sejuk ni. Menurut karkuzari (laporan) dari jemaah tempatan, mamat ni memang dah beli rumah kat taman ni dan dia memang josh masa dia kat kampung dulu. Cuma sejak dia dapat anak pertama dia dulu, batang hidung malah kelibatnya juga dah seolah-olah ghaib dari radar jemaah taman tempat di menetap tu. Kami pun nak juga ilmu ghaib sebegini sebab ada banyak utang keliling pinggang. Maka team abang karkun dipanggil untuk 'see what we can do' untuk hal tersebut.

Tapi sebab abang karkun dan brader bus stand buat misi mereka sendiri kat ijima Tongi (sampai sekarang tak balik-balik, ni?),maka misi urgent tersebut diserahkan kepada kami masa kami dapat sms dari abang karkun tadi. Atan punyalah excited sampai dia tido awal tadi sebab nak cepat bangun esok nak start the mission. Abu ngan aku dok leka berborak sampai lewat pagi tentang apap plan nak buat esok dalam menangkap mamat ni.


Dalam usaha dakwah, setiap benda kena jaga adab. Dari seawal-awal pembentangan masalah, sehinggalah sekecik-kecik problem solving moments masa menghadapi masalah tersebut. Sebab nak jaga ikhlas. Agar tak lari fikir risau. Atau usaha ini terfitnah dek kegopohan kita.

Kami bermula dengan menerjah tempat kerja mamat tu. Terpaksa macam ni sebab kami nak kejar masa. Tempat kerja ialah satu tempat yang target tak dapat lari. Tapi kita kena jaga air muka target sebab ni first time dan ini tempat dia cari makan. Maka memang lojik orang-orang set macam Atan Abu dan aku ni yang mulakan langkah. Kalau tetiba orang berserban dan mata lebam jumpa mamat tu tak ke haru tauke cinanya?

Tah camana, dua tiga kali kami pergi ke pejabatnya, mamat ni mesti samada keluar, meeting customer return atau mampos (bak kata Abu). Asyik takde jodoh, nya. Bila dah sampai tiga kali approach pejabat tak berjaya, kami guna taktik lain.

Berdasarkan alamatnya, kami mula dengan memberi salam sambil Atan mengetuk pintu rumahnya. Anak-anaknya memanggil beliau tapi dengan spontan dijawab oleh isteri bahawa beliau di dalam bilik mandi. Terpaksalah iklan saja.

Ada sekali kami terserempak dengan beliau masa nak solat Maghrib pada hari kedua di tempat itu, tapi beliau cukup licik dalam memboloskan dirinya selepas bagi salam. Assalamualaikum kanan. Assalamualaikum kiri...Zuup! Hilang.

Dua tiga kali kami terserempak kat warung tempat dia minum petang dengan member lepas dia main futsal, tapi baru nak mula tasykil jer, mesti masa mencemburui atau henfon berbunyi atau UFO terhempas ke bumi. Mesti ada jer perkara yang menghalang dari sampainya mesej kepada beliau. Tapi yang baiknya, mamat tu dah macam dah biasa pulak dengan kelibat kami yang tibatiba kerap hadir dalam hidupnya lately.

Sampaikan terpancut jugaklah, dari mulut Atan sekali tu kata mungkin mamat tu dah ditakdirkan begitu agaknya...

Masa due date mesyuarat dah nak sampai, kami semakin terdesak. Kami bertiga dah mati akal taktau camana nak buat. Kejap lagi conference dengan abang karkun pasal progres. Tak pernah kami dapat item dan tak selesai macamni. Abu dah start gaduhgaduh dengan Atan sebab tertekan dengan tekanan.


bersambung petang nantik....

Saturday, January 29, 2011

Akau dan Kua

Kau tahu
Aku pun tahu
Bahawa antara kita
Dua-dua sekadar menggaru kepala


Sapa yang betul?
Sapa yang benar?
Bila masa depan yang diperbincangkan
Kita hanya dapat mengagak
Kita hanya dapat meneka
Kita hanya dapat merancang.

Jadi tak jadi,
Salah ke betul
Hidup kena teruskan jugak
Sebab kalau tak
Kau dan aku akan dipijak

Friday, January 28, 2011

Meningkatkan jumlah Pengundi.



Jika baik buruk sesuatu parti politik itu boleh dinilai melalui perlakuan para pengikutnya semasa berkempen, atau fakta-fakta yang disajikan melalui medium-medium propagandanya, maka tak salahlah jika kita menilai kebutuhan bangsa-bangsa utama di negara ini dalam usaha meningkatkan jumlah pengundi yang memihak kepada mereka, melalui perkara yang berikut:

Kita pernah mempersoalkan di sini bagaimana GRO berpaha gebu dan berambut super straight banyak betul mencari rezeki melalui aktiviti pen-GRO-an mereka di negara ini. Setiap minggu ada saja berita tentang serbuan ke pusat hiburan, rumah urut atau restoran-restoran sulit yang menawarkan khidmat seks daripada mereka. Sampaikan Buletin Utama tu tak berseri kalau takde segmen yang menunjukkan kru 999 membuli lengloi-lengloi ni. Kita mempersoalkan bagaimana mudahnya amoi-amoi yang tak laku kat industri pelacuran HK dan Taiwan tu boleh sampai ke sini dan bagaimana pusat hiburan yang telah diserbu beratus kali pun masih berani nak beroperasi. Dari luaran nampak macam isu pelacuran. Tapi dari sudut yang halusnya, baby-baby yang berjaya dilahirkan dari mereka ini bakal menjadi pengundi satu hari nantik. Mereka sedang dibesarkan di pusat jagaan NGO seluruh bandaraya. Inilah plan 20 tahun namanya. Untuk plan jangka pendek, mereka mewarganegarakan setiap warga emas yang tak pernah membayar cukai atau ambik pedulik pasal ada ke idak kad pengenalan itu sebagai ahli. Bila orang tua ni dah mati, IC mereka akan di recycle untuk GRO-GRO yang bakal datang nantik.

Kita tak pernah lagi memperkatakan tentang populasi sebenar kaum yang satu lagi ni sebab kebanyakan mereka bila dah kaya sama ada akan migrate ke Australia, Canada atau ke Ireland. Yang tinggal hanyalah mereka yang sampai dah nak mampos pun tak pernah pedulik pasal IC. Serta anak-anak mereka yang mengemut cam kambing bebiri. Ni kalau sekali kita kira setiap makhluk yang ada dalam setiap estet dan ladang tu, maunya terperanjat akak pendaftaran dan kasi blow JPN punya KPI. Korang tak perasan ke jumlah doktor dan peguam dari kaum ini amatlah signifikan berbanding dari 2 kaum yang lain? Korang kira yang ada dalam Malaysia jer, memanglah tak perasan. Cuba kau panggil balik semua tenaga pakar yang dok luhala kat luar tu, kau akan terkejut dengan data depan mata kau nantik. Kau check jumlah kaum ni yang bekerja sebagai GM ladang pertanian kat Indonesia pun kau boleh terbeliak nantik. Diorang ni balik maa Deepavali. Cuba check.

Akhir sekali; yang Melayu. Nilah yang paling berjaya dalam menaikkan jumlah pengundi. Kaum ni memang membiak macam ayam. Bangun pagi nak menelur. Tengahari buta menelur lagi. Minum petang dan makan malam toksah citer la. Tu sumer sessi menelurkan ibu ayam di reban orang pulak. Tak cukup dengan ibu, si anak ayam pun ditelurkan jugak. Punyalah berjaya hinggakan melambak-lambak baby yang lahir hinggakan terpaksa dibuang-buang atau di eksport ke negara yang memerlukan macam Singapura atau Jepun. Semua ni akan diberi kad pengenalan dan semuanya layak mengundi satu hari nantik.

Dari ketiga-tiga trend ini, dilihat bahawa kaum yang pertama melakukannya dengan lebih sistematik. Mereka yang dah ada kuasa ekonomi, akan lebih mudah nak membesarkan generasi mereka berbanding dua kaum yang lain yang kebanyakannya adalah di kelas sederhana (yang sedang huruhara sekarang). Tambahan pula dua kaum ni lemah part berpersatuan untuk common goal dan tidak hairanlah bagaimana China lebih menarik pelabur berbanding India dan Indonesia WALAUPUN kat negara mereka banyak bencana alam. Kita nampak bahwa dalam 10 atau 20 tahun lagi Malaysia akan sama ada jadi macam HongKong atau Singapura. Takpun sekurang-kurangnya macam Pulau Pinang...

Perlumbaan meraih undi ini semakin menjadi-jadi, dapatlak PM masih lagi merahsiakan tarikh keramat pemilihan seterusnya. Maka pelan tindakan dalam menaikkan jumlah pengundi ini akan diteruskan sehinggalah ada pihak yang menang. Senang cerita, PRU13 akan diadakan setahun selepas tarikh akhir pilihanraya kecil diadakan. Kita tengok lepas Merlimau ni, cukup tak majoriti 2/3 untuk menang tanpa soal jawab?

Kalau tak cukup, maka akan ada lagilah yang akan mati. Dan tidak. Kita bukan tuhan. Tapi kalau kita baling bola tennis ke langit, ke mana lagi ia akan jatuh jika bukan ke bumi? Camtulah kita buat kongklusi mudah di tengahari Jumaat ini. Sekian.

Thursday, January 27, 2011

Tertanya-tanya:




Adakah esok se-mujahadah hari ini?
Adakah aku akan sebegini lagi dalam perjuangan ini?
Dah terngadah berkali-kali tapi masih menghantukkan diri

Tapi, kenapa tunggu esok?
Kan kita boleh mulakan hari ini?


Ayuh, kita mulakan berlari...

Dunia semakin huruhara!



Ahh. Sapa nak tau. Semasing tengah sibuk dengan urusan ini dan itu. Sibuk memikirkan sesuatu hingga terlupa segalanya. Mengkomen sana, berpendapat sini. Bincang petang, hingga bawak ke pagi. Kelemahan pengurusan disalahkan pada kekemelesetan ekonomi. Akibatnya rakyat dah malas nak kerja lagi dah, sibuk dalam bermemorandum dan update FB.

Di satu sudut kelihatan manusia menyelamatkan diri dari gempa bumi. Di lingkaran yang sama, kelihatan manusia lain dilanda gunung berapi. Dan di antara kesemuanya manusia juga dibanjiri air dan lumpur dan hujan asid. Untuk membersihkan semuanya, manusia dilanda juga dengan angin dan taufan.

Namun manusia tetap manusia. Dan manusia akhir zaman adalah yang paling menarik. Kapitalisma menunjukkan taring. Ia dimangkinkan oleh globalisasi dunia. Semua kelemahan manusia yang pernah berlaku di zaman sebelumnya, diulang tayang di akhir zaman. Dimainkan dengan butang fast forward juga ditekan.

Bagi yang kaya ada yang beringat ada yang tak sedar diri. Dari kengkawan pejabat, sampailah ke bini Ben Ali. Eh? Muslim ke ni? Gayahidup mewah, reputasi dan blackberry. Populariti, keta ada gps, spekmatalalat dan sticker McD. Semua pun tak pasti, kenapa sikat rambut macam Beckham ni.

Makan sehari lima kali dan setiap kali kat kedai yang boleh swipe ajer. Jamah main cubit-cubit, habis makan, paha ayam hutan dari amazon di tong sampahkan ajer. Takde bezanya dengan seperiuk besar nasi yang dilambakkan ke dalam longkang setelah kenduri. Atau semangkuk nata de coco lebihan mainan anak-anak yang tersekat di lubang sinki.

Sedangkan di sebelah sini dunia, ada manusia yang bernama budak, dok terjerit-jerit bukan sebab kelaparan, bukan sebab kaki kanannya baru saja kudung dek letupan dari pengebom berani mati ni tadi, tapi dek kerisauan akan keadaan keselamatan adiknya yang berada dengannya sebelum letupan berlaku tadi. Atau sebuah keluarga yang trauma nak tidur malam setelah rumah tempat mereka plan nak bersara itu diceroboh penjenayah.

Dan di mana-mana pula kelihatan dunia umpama dilanda huru hara di mana semuanya dah malas nak cari atau buat kerja sebab semuanya cam cilaka dan lebih rela memilih pintu hampa sebelum membakar diri dan kononnya nak mencetuskan revolusi?

Aku kata pada diriku:

Snap back to Reality!
Susu baby ni,
Nak BELI dengan APA, ni?

Wednesday, January 26, 2011

Atan Dan Abu (HighBeam)

"Ek Ellehhh..." kata Atan yang sedang memandu. Abu memusingkan kepalanya memandang Atan. Cahaya highbeam keta yang bertentangan memancari lubang hidung Atan yang luas. Maha Hebat Allah dalam penciptaan Nya.

"Amender?"
tanya Abu.
"Keta tadi tuuu" muncung Atan.

"Orang dah bagi haibim-haibim pun dia tak turunkan haibim dia"
rungut Atan lagi. Atan bagi signal nak membelok ke kiri. Kena masuk ikut sini, cepat sikit.

"Biaser ar tu"
mula Abu kembali.

"Den nyirap boto ngan orang tak turun haibim bila kita dah haibim-haibim dia"
mula Atan pula. Dia dah masuk gear empat. Jalan lurus. Ada lagi 20km. Dari gaya duduk dan dialek negorinya, Atan mahu Abu bercerita. Abu pun mula...Cam biaser.

"Rilek la. Kau takleh nak harap orang nak ikut cakap kauuu, jer"
"Kau cuma boleh sound dia ajer. Ikut tak ikut, terpulang kat dia"
luku dari Abu.

"Abis, dah haibim dia sampai menyakitkan mata kita? Sampai mata kita rabun lak sekejap sampai lari bearing terkeluar dari tebing?"
mesin gan dari Atan.

 

"Mungkin lampu lowbim dia dah blow. Mungkin kalau dia tak pakai haibim tu demi kau, anak bini dia yang dalam kereta tu jugak berisiko tinggi sebab pemandunya seorang yang rabun-rabun sikit..." tingtong dari Abu.

"Kalau dah tau benda tu penting, naper tak tukar jer mentol tu siapsiap?"
Atan menembak sambil melirik tanda muka kemenangan.

"Sebab sen takder. Lampu petrol tambahan pun dah nyala. Anak bini kebulur giler. Bawak balik kampung untung untung ada lebihan dinner. Dapatlah tidur nyenyak anakanak sementara menantikan pagi tiba..."

sajak dari Abu.

Atan terdiam cuba mencari klu.





nota:
Mereka sampai di rumah mak mereka pada pukul satu pagi. Lebihan kenduri bulanan masjid abah bawak dari masjid masih ada. Mereka (Atan dan Abu) makan dengan kelahapnya. Maklumlah, dry season...

Fana Cerita SuperNatural Malam Tadi.

Malam tadi RTM3 siarkan SuperNatural macam biasa. Episod pasal sorang budak guna sihir dalam kitab satanic untuk kegunaan mereka sendiri. Sam dan Dean jadi mangsa bebudak ni. Dapatlak si Dean memang dikehendaki oleh para setan sejak dia selamat dari neraka.

Isu pasal satanic dan sihir macam style yang diketengahkan dalam cerita SuperNatural ni tak dikira tahyul, pulak kan? Cerita Melayu yang ada lelaki bogel dan pakai kemenyan pulak yang dipotong-potong dan digam-gam.

Apapun, penerimaan masyarakat terhadap benda-benda camni semakin dah meningkat. Aku rasa aku sempat juga menyaksikan proses indoktrinasi mistik ni berlaku di Malaysia ni. Ia bermula dengan tahyul lembut yang di isingkan dengan kelawa-an tiga witch muda dalam Charms. Lepas tu yang aku ingat sangat masa meletupnya movie-movie vampire dan werewolf. Naik gaklah jualan gigi taring palsu tu sekejap. Bila dah mula nak meluat dengan vampire, klip 3gp hantu pulak naik. Sampaikan ultimate kehantuan itu membolehkan penerimaan cerita hantu keluar di siang hari macam Ju_On. Dan industri masih tersekat di situ walaupun kat Malaysia kita dah evolve dari main pontianak atau santau kepada sucker-gents-are-you.


Walaupun kita mengetawakan fanatik The Arrivals yang obses dengan kemunculan Dajjal nantik, atau menepuk bahu jiggers yang memberikan hujah bahawa cicak yang terjatuh kat lantai porch tadi tu adalah angkara zionis illuminati, kita tetap menyetujui satu perkara:

Kita berada di akhir zaman.

Dan kita yang berada di akhir zaman ni, kenalah bersatu dan bersama dalam menghadapi cabaran-cabaran spiritual yang semakin hebat ini. Lihatlah saja pembunuhan, jenayah, pecah amanah, rasuah, orang gila, peperangan di sekeliling kita. Congaklah sendiri harga, gaji, cukai, masa, hutang dan anak yang kita ada.

Dan kita renunglah esok atau masa depan yang kita sedang corakkan untuk anak-anak dan tanahair kita. Inikah dia, rumah yang kita nak wariskan pada mereka? Ini ke rupa keretanya, yang abang nak tinggalkan kat anak sulung abang?

Camtu ke, bacaan Patehah bakal imam dalam keluarga abang?


Kadangkala kawan kita yang bad mood.
Kadangkala KITA yang bad mood.
Itu bukanlah alasan untuk kita saling bad mood me-bad moody

Marilah sebarkan salam dan lebarkan senyuman.
Dan jangan membazir makanan yang telah dihidangkan.

Jemputlah makan.


Aku mahu jadi orang baikbaik by tukang komen

Semua orang ada perspektif. 
Perspektif yang baik ada titik puncanya



intro:

Pada Mak,
Aku ni seorang anak yang hidup susah.
Dari kecik takdapat hidup sebumbung dengan mak dia,
Dan bapakbapak dia tak berapa pedulikkan dia.

Pada adikadik,
Aku ni seorang yang hampeh.
Belajar tinggi tapi tahapahapa.
A big screw-up yang mengecewakan.
Tapi kena hormat jugak sebab blood is thicker than water.

ok. kita mula;


"Aku mahu jadi orang baikbaik"


Pada mereka,
Akulah mamat tahapahapa.
Yang kejap ada kejap takde.
Sukasuka hilang, sukasuka josh.
Tapi bercakap cam karkun otai gila.

Pada mereka yang lain,
Aku nilah simbolik kemunafikan.
Datang sembayang sensorang bukak kipas buang karan.
Ada masa cam orang Islam ada masa lagi hollywood dari orang kristian
Menjawab bila ditegur, bila mati nak orang tanamkan.

Aku tau

'Yang penting ialah pada: Dia'
Tapi, bukankah SEMUA ini tentang DIA, juga?

Yang bestnya,

Pada mereka mereka pulak,
Aku ni lah simbolik umat akhir zaman
Yang mahu keliru dalam mencari erti kehidupan dan pengertian dalam kehuru-haraan,
Yang mahu mengaku salah bukan kerana kalah,
Yang perlukan sokongan dan teguran hikmah.





Aku mahu mati sebagai orang yang baikbaik
tapi, bukankah realiti aku tadi agak pelik?



hmm?

:o




promo:
perhatikan perangai bloggers-bloggers Malaysia di blog saya yang satu lagi. Sila klik di sini

Tuesday, January 25, 2011

Malam ni jangan lupa!

Apakah nasib Sam dan Dean malam ni?

Apakah nasib AKU  malam ni?

Atan dan Abu (memain bawak UFO)


Ada satu kali tu, kami nak pergi melawat tok guru member brader bus stand. Saja ikut diorang. Menurut brader bus stand, member dia tu dengan brader dah kawan lama. Member dia ikut ada satu aliran tarekat tu, dan dah ada sikitsikit karomah kecik. Member dia suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang Allah pinjamkan padanya kepada aku, Atan dan Abu sebab kitorang budak baru. Sembayang atas angin la. Jalan atas air la. Jalan tembus dinding la. Tambahan pula masa dah nak time untuk menggila, katanya. Dah takyah nak cover-cover...

Masalahnya ialah kami cuma ada masa setakat hujung minggu tu ajer nak menghabiskan masa bersama kerana kabarnya member brader bus stand ni dah nak gerak lepas menyertai ijtimak Tongi yang sedang diadakan di Tongi sekarang. Lagipun dia kena cukupkan nisab tahunan dia cepatcepat. Nantik senang nak ambik apa-apa mission dari Allah...

Dan masalah kedua ialah tempat tok guru member brader bus stand tu pulak somewhere kat Indonesia. Part ni aku rasa kecik sebab brader ada ilmu lipat bumi. Kami pernah mengalaminya pertama kali ada satu kali tu dulu. Dan kalini, aku rasa kami akan melihat brader bus stand 'tunjuk' sikit karomah dia kat member dia ni.

Tapi tak.

Kami pergi naik UFO abang karkun. Nak dijadikan cerita, si Atan dan Abu diberikan tugas memandunya. Brader, member dia, dan aku lepak kat belakang. Kami akan ke Indonesia.

Perjalanan agak smooth walaupun Atan dan ABu bawak slow tak macam abang karkun bawak. Tapi nampak sangat tak kekok menandakan diorang pernah bawak bendani sebelum ni. Kami melintasi Selat Melaka dengan tenang.

Sesampainya di satu kawasan terpencil, kami me landing dan menurunkan brader dan member dia. Diorang turun dan bergerak ke arah sebuah rumah di hujung sawah bendang. Kami takleh turun kat sana sebab nantik orang kampung nampak. Nantik gempak pulak rumah Tok sheikh ni.

Sementara menunggu, muncullah idea dalam kepala hotak si Abu. Dia mula main-main dengan stereng UFO dan menerbangkan kami ke satu kawasan lapang berumput Israel yang kami lalui tadi. Abu kata dia nak buat crop circle. Aku dan Atan rasa it was a great idea. Mesti lawak giler punya bila cerita kat abang karkun. Si Atan dan Abu ni memang gila...

Kami buat bulat dan ada sikitsikit garis jer kat dalam dia. Lepas tu kami bla dan kembali menunggu di tempat yang sepatutnya. Stengah jam kemudian, setelah pelbagai cahaya kesaktian dan haiwan-haiwan keramat keluar masuk dari rumah di tengah bendang tu tamat, keluarlah brader bus stand dan member dia tadi. Mereka berjalan melintasi bendang menuju tempat UFO kami bersembunyi. Member brader nampak bercahaya-cahaya warna hijau dari jauh. Mungkin dah recaj power dari guru dia agaknya. Ni memang biaser dalam hal-hal tarekat ni. Cahaya tu bukan sebab benda yang diberi. Ia sebab karat dalam cermin diri itu yang telah dibersihkan, mengembalikan kejernihan pantulan si cermin akan cahaya dari Ilahi yang sememangnya sentiasa mencurah-curah memancar mancar setiap hari...Pergh


Lepas kami sampai di tanahair, kami lepak jap kat rumah member brader tu layan citer Smallville kat rumah dia.



Semalam kami terbaca keratan akhbar yang mengatakan ada crop circle di Indonesia. Hehe. Memang kami yang buat. Tapi kami buat bulat dan satu garis jer. Yang lainlain tu mesti ada orang yang tambahtambah tu. Kreatif betul orang Indon. Melayu kat sana lagi google dari Melayu Malaysia. gggg

Persidangan Parlimen ROH?

Hahaha. Aku sebagai orang REMBAU mengaku SEKARANG MEMANG ADA PERSIDANGAN ROH.
Lebih kurang 2.5 juta ROH dah ke sana dan jumlahnya semakin meningkat...

Bahkan dunia menjoloknya sebagai persidangan ummat Islam kedua terbesar selepas Haji.

Nak tau kat mana?

Tongi, Dhaka, Bangladesh.

Semoga Allah memakbulkan doa KITA SEMUA!

Monday, January 24, 2011

Wali Dari Bangi (Kena dengan Abang Karkun)

"Wan, aku rasa kau kena kurangkan cerita-cerita pasal tabligh dalam blog kau" kata abang karkun pada malam tu. Aku tertunduk memandang seliparku. Aku cuba menguis-nguis kesan cat wrought iron yang melekat. Cuba mengcover akan kecemasan yang membuak-buak dalam dadaku.

"Kenapa?"
tanyaku.

"Sebab cerita-cerita kau boleh sebabkan banyak ketidakfahaman daripada kefahaman"
kata abang karkun.

"Kan ada ruangan komen. Pembaca boleh tanya kalau dia tak paham"
jawabku.

"Camana dia nak tanya kalau dia sendiri tak pasti apa yang dia paham? Dahla kau buat artikel kau dalam bentuk umum dan lawak-lawak. Cam tak series jer. Kerja dakwah ni benda series. Dia ada adab dan tertibnya. Bukan melalui blogging-blogging sumer ni"
kata abang karkun. Aku hanya terdiam. Aku kasi chan kat dia menaburkan peluru-pelurunya.

"Dakwah memberikan kesan yang baik kepada pendakwah dan yang didakwah. Kau pun tau hal ini, kan?"


"Ramai yang kata cara saya ni berkesan, apa?"


"Berkesan untuk terus mendekati blog kau dan kau, bukan berkesan dalam mendekatkan orang tu kepada Allah melalui perantaraan amal"
jawab abang karkun. Aku terasa dengan kebenaran kata-katanya. Aku memang suka dengan popular. Padaku, kata-kata orang yang popular yang bangang lebih didengari dari kata-kata seorang abid yang rigid.


"Tapi bang, saya bukanlah berblogging ni untuk berdakwah. Saya cuma berkongsi"
pusing aku ke arah lain pula.

"Tapi kau sendiri sedar yang pikir-risau kau dah berubah sejak kau mula berblogging, kan? Dari seorang yang suka mengkaji kepada seorang yang suka mengkeji. Daripada seorang yang merendah diri kepada seorang yang rasa dialah yang terkini"
hujah abang karkun pula.

Aku terdiam lagi. Tak cilah camni. Dia boleh baca pikiran aku dan aku pulak kengkadang tak paham pun apa yang bermain dalam kepala aku sendiri. Dan memang aku akui, sejak berblogging ni, kengkadang termasuk jugaklah pemikiran tentang dunia blog ni dalam solatku. Nampak sangat pikir risauku dah mula berubah...

"Perjuangan kita bukanlah setakat habis kat dunia ni sajer. Kita sedang mengumpulkan dana untuk perhitungan terakhir di mahsyar nantik. Sanggupkah kau mengambil risiko jika cara yang kau ambil ini menyebabkan orang semakin jauh dari Nya? Kau kan tahu jalan kau ni takde jaminan?"
tanya abang karkun series. Dia memandang tepat ke mataku. Terasa tusukan matanya itu menerjah jauh ke dalam peparuku. Aku mengetapkan bibirku. Aku jawab:

"Ye. Tapi dunia sekarang ialah dunia cyber. Saya sedang meletakkan lukah saya di sana. Dan kepada yang tertangkap, saya akan hilirkan kepada abang dan kengkawan abang. Dan bila air sungai dah surut nantik, saya sendiri yang akan masuk ke dalam lukah itu"


Abang karkun menepuk bahuku.
"Kau bercakap macam anak murid Abu Yazid...Adoihhh!!!"


Aku tujal bahu abang karkun.

"Baik abang sembelih jer saya dari abang acu-acukan pedang kat leher ni"
kataku sambil ketawa.

Interview dengan Wali (kena dengan brader)



"Islam bertapak di tanah ini kerana hikmah para pendakwahnya, bukan kekuatan hujah-hujah ilmuwannya"
kata brader bus stand cuba menenangkan perasaanku. Dia boleh rasa aura kegelisahan dalam hatiku agaknya. Masakan tidak, sebentar tadi abang karkun sound aku pasal blog ni.

"Kengkadang, benda yang tak lojik pada akal kita, memberikan hasil yang lebih daripada segala kelojikan yang kita rancangkan"
katanya lagi. Aku memandang kepadanya. Tah camana, aku tak suka dengan ke mana arahnya ayat-ayat brader kali ni. Dahlah kena ngan abang karkun tadi, ni nak kena dengan dia pulak.

"Jangan pandang remeh dengan usaha yang dilakukan oleh para karkun. Kau nampak diorang sekadar menyampaikan dalam lingkungan kawasan yang berdekatan dengan kawasan masjid ajer. Tapi efeknya lebih dari itu. Sebab hidayah milik Allah"
brader menjelaskan.

"Niat kau baik nak tarik orang yang dah ditarik oleh kemenarikan dunia cyber. Aku tak sangkal part tu. Tapi bila ia telah diputuskan oleh elders, maka kita kena taat. Mereka bukan sekadar membuat keputusan berdasarkan musyawarah. Diorang siap backup dengan zikir dan istikharah yang istiqomah"
kata brader lagi. Aku terasa aku semakin tertusuk jauh ke dalam lubuk sesalanku.


"Jadi, saya kena tinggalkan blog-blog ni sumer?"
tanyaku dalam nada hampa dan kecewa.

Brader bus stand tidak menjawab. Dia cuma menepukkan tangannya di bahuku. Aku tertunduk. Tapi hati kecilka tetap tak mahu akur.

Besok aku nak jumpa guru.

Friday, January 21, 2011

Keeping (spir)IT(ually) clean



Bagi yang mengetahui, cukuplah kita ingatkan di sini sekali lagi bahawa dalam realiti ini ada Pentadbirnya dan nama si Dia ialah Allah. Dan sistem pentadbiran yang diredhai-Nya untuk umat akhir zaman ialah cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Syarat pertama nak memeluk Islam ialah melisankan kalimah syahadah 'Laaaeelaahaa illal lah'. Kita tak masuk Islam. Itu dah larut namanya. Kita baru peluk jer.

Arakian, maka tiadalah cara yang paling amali dalam hal mendalami ilmu tentang Allah selain cara yang telah ditunjukkan oleh Allah sendiri melalui perantaran Nabi Muhammad SAW.

Masalah dalam hal ini, segala apa yang kita ketahui mengenai Baginda SAW hanyalah sekadar rujukan kepada kitab serta orang-orang tertentu yang dikatakan ramai sebagai OK untuk dirujuk.

Dalam hal dunia akhir zaman pula, nak mencari kitab atau bahan bacaan tu memang senang. Kat hujung jari jer. Nak cari orang yang mampu menerangkan pemerhatian itu pun senang. Dari sekecik-kecik budak, sampailah ke otai-otai Tok Sheikh. Anak kucing pun boleh beri explaination kepada apa yang sedang berlaku kepada kita ini.

Ramai pula yang beramal dengan konsep 'mengenal diri maka kenal tuhan' dalam hal hubungan dengan Allah. Melakukan muhasabah diri dalam usaha memahami siapakah pencipta alam ini serta cuba mendapatkan sekilas kefahaman tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya sehari-hari. Ada pula yang memandang seraya belajar dari alam sekeliling. Lebih ramai lagi yang sekadar mengkaji teori teologi dari kitab dan kajian2 sunnah dan sirah. Yang bukan Islam pulak lagi dahsyat. Sampai tahap siksa-siksa diri cucuk badan dan jalan atas api, dalam usaha cuba mendapatkan sedikit kefahaman tentang realiti.

Ustaz saya masa darjah 4 dan 5 pernah mengajarkan bahawa untuk jadi orang Islam, kita kena berkelakuan macam orang Islam dan berpikir macam orang Islam.

Menurutnya, untuk berkelakuan macam orang Islam, orang itu kena buat Rukun Islam. Aku baru tahu bahawa kita boleh dapatkan fadhilat setiap perbuatan dalam rukun tersebut setiap hari. Bukan setakat haji sekali seumur hidup atau bersyahadah 10 kali sehari jer.

Bila badan disibukkan dengan menjaga hal rukun ini, maka barulah sedikit kefahaman tentang rukun iman akan dibukakan. Barulah orang itu akan berpikiran macam orang Islam.

Ramai yang berkelakuan macam orang Islam, tapi pemikirannya tak Islam. Aku mungkin tergolong dalam ni.
Ramai yang berpemikiran Islam tapi perangainya tak macam orang Islam. Aku memang dalam golongan ni.

Sejak terkeluarnya blog ini, aku baru jumpa cara shortcut nak terapkan kedua-duanya sekali iaitu melalui jalan karkunisasi.

Macam-macam cara dan ikutan. Kita sebagai manusia memang suka melekakan diri dengan perjalanan sedangkan kita pun tak berapa nak pasti, apakah rancangan kita setelah sampai di destinasi nanti. Selagi hidup, selagi itu lah iman dalam keadaan bahaya.

Manusia dilahirkan dengan segala macam kelebihan dan kekurangan dari segi mental dan fizikal. Itu bukan bermakna Allah itu tidak adil. Sebab Allah tidak adili kita dalam semua benda tu. 

Semua manusia dijadikan sesuai dengan tahap pemahamannya tentang Allah. Dan dari situ, semuanya diberikan kemampuan yang sama untuk mendapatkan pemahaman tersebut dalam hal memperkasakan ketaatan dan hubungan dengan Allah.

Kerana yang susah pada aku ialah nak redha dengan sebuah kenyataan itu setelah ia diserlahkan.

Yang susah ialah untuk mengaku bahawa semua bullshit yang berlaku ke atas diri dan dunia aku pada hari ini ialah disebabkan oleh tindakan AKU sendiri.


Dan yang paling susah ialah nak mengekalkan kebersihan itu, setelah susah payah aku mendapatkannya tadi.



Selamat Hari Jumaat dan semoga taubat kita kali ini tahan lebih lama...

Bertuahnya umat akhir zaman


Kau tahu aku sedang cakap dengan kau.

Kau tanya jika Allah itu ada, kenapa Dia pilih untuk ghaib? Kau cakap berdakwah itu hanya untuk orang yang layak saja?

Pernahkah kau terfikir betapa bertuahnya kau sebagai umat akhir zaman kau tak nampak benda-benda ni semua secara direct? Semua nak main tersirat. Nak main ghaib-ghaib. Tak tunjuk direct jer kat langit dalam tulisan besar yang disusun dari awan setiap kali kau sudah melampaui batas. Kau ingat, setelah diberi warning kau akan ikut, ke? Kau mana pernah nak ikut peraturan...Kau kan rebel? Anti-matter? Dan sebab kesian kat kau lah Allah kasi ghaib itu semua. Ada jugaklah alasan yang kau ni jahil walmangkuk.

Dan kalau kau ni tak layak berdakwah, takkanlah Allah lahirkan kau dalam zaman Muhammad SAW? Dan sebagai ummat Baginda, bukankah berdakwah itu perkara yang diutamakan dalam perjuangan Baginda SAW? Bahkan Baginda SAW suruh ikut para sahabatnya umpama para pelayar ikut bintang tatkala matahari sudah tiada lagi. Dan para sahabat pulak, senang cerita, ingat balik kata-kata Abu Bakar r.a satu masa dulu:


"Aku lebih rela melihat keluarga Baginda SAW dijinjing oleh serigala dan anjing daripada membiarkan Islam turun walau sedikit pun..."

Kalau kau layak untuk jadi sekadar 'umat yang didakwah', tentu kau ni dah lahir kat zaman Nabi Luth a.s atau Nabi Nuh a.s.

Tapi sebab aku rasa kau ni Melayu, maka kau ni elok lahir zaman Nabi Musa a.s jer. Untung untung dapat sepenampar dua.

Wednesday, January 19, 2011

Interview dengan Wali (kenapa nak cari Wali?)



"Hahaha" gelak brader bus stand mendengar ceritaku. Aku menggaru kepalaku cuba menangkap tang mana dalam cerita aku ni yang kelakarnya. Brader dah tahap guling-guling kat serambi rumah dia. Kitorang stay lama sikit sementara tunggu Atan dan Abu habis update FB diorang kat line internet brader. Tahapahapantah. Abang karkun dah gerak dulu sebab dia kena hantar Bang Ali. Tadi kitorang tengok citer Supernatural episod wraith kat hospital gila, tu.


"Kau ingat abang karkun dan aku ni wali? Kau series ke ni?" ulang tanya brader bus stand dalam kegelakan. Aku mula berangin dengan perkembangan pendedahan hati ke hati aku ni. Lain kali aku taknak share a secret lah.


"OK-OK. Jangan merajuk" kata brader mendamaikan aku setelah dia membetulkan kedudukan serta kopiahnya yang terjatuh sebab berguling guling tadi. Aku pun mula sangsi dengan kongklusiku sendiri yang mengatakan dia ni seorang wali.


"Kenapa kau beria-ria benar nak cari waliullah, ni?" tanya brader bus stand.


"Saya nak tengok majik" jawabku ikhlas. Brader bus stand berhenti tersengih. Dia terasa aura seriesku menguasai suasana serambi rumahnya umpama asap hitam yang berkepul keluar dari purun lembab yang dibakar.


"Majik?" tanya bus stand.
"Majik. Miracle" kataku sambil tertunduk.


"Kenapa majik?" tanya brader lagi.

Sebab kita perlukan majik untuk selamatkan rohani kita. Spesis manusia sudah hilang erti moral atau keharmonian. Apa yang tinggal hanyalah tag tandaharga dan agenda kapitalisme. Manusia hanyalah komoditi dan peperangan ialah sarapan pagi.

Dan bagaikan sudah buntu segala jalan nak mengembalikan manusia ke keadaan yang lebih baik, melainkan para pejuang turut serta dalam kancah perlumbaan yang kemenangan itu ialah jangan berada di bawah. Terpaksalah mengorbankan prinsip dan falsafah jiwa demi sebuah kehidupan sedangkan akhirnya yang dimenangi tak lebih dari sebuah kekecewaan.

Sebab lepas ni dah takde lagi utusan dari tuhan kepada manusia yang turun nak memperbetulkan kita semua. Yang turun pun nantik sekadar nak bagitau masa dah tiba untuk tutup buku cerita.

Dan kita hanya ada kita sementara menunggu keluarnya hewan yang melata atau dajal mula berkelana. dan menyaksikan keadaan dunia yang huru hara dan kacau bilau sini sana, bagaikan dah takde lagi esok yang ceria untuk anak-anak aku yang baru pandai berjalan ni.

Kita perlukan majik untuk keluar dari semua ini.

Dan untuk dapatkan majik, kita kena mintak kat Dia.

Wali kan ada cara nak kontek Dia? Dia pakai apa? kosongsatutujuh ke, kosongsatutigerr?

Aku nak tau tuuu jer.


Brader bus stand menujal kedua-dua bahuku. Skil menujalnya semakin padu, nampaknya...

Adoiiii...

Karkun Gila


Ada satu cerita sensasi yang aku pernah dengar masa aku keluar-keluar dengan otai-otai tabligh ni. Dan yang paling mendalam ialah pasal karkun yang jadi gila. Aku tak ingat detail cerita tu, tapi aku akan cuba jugak kongsikan sebab kita ialah tabligh-leak. Hehehe.

Kisah bermula dengan seorang karkun yang istiqomah. Namanya tak penting. Memang sejak dari bujang lagi dia ni memang takde keje lain. Memang korban tahap tinggi punya. Pantang ada takazah atau khidmat kat markas. Mesti dia yang angkat tangan. Tiap minggu malam markas, muka dia memang tetap kat tempat basuh pinggan dan talam. Dan kalau time ijtimak, kenderaan dia tu macam keta prebet sapu dilenjan ke hulu hilir mengangkut jemaah.

Dia takde keje tetap. Keja dia; keluar tabligh. Balik tabligh, carik keja kumpul duit sikit, keluar tabligh lagi. Lagi dan lagi. Dari dia lepas SPM, sampailah dia habis U. IPB jer dah macam nisab tahunan. Berapa ramai bai dan maulana kat India tu nak jadi bapak angkat dia. Tapi akhirnya dia kawin dengan orang tempatan jugak. Binti karkun jugak. Dengar cerita, lawa budaknya. Maka bertuahlah si karkun ni.

Tapi itu langsung tak melalaikan semangat kekarkunan mamat kita ni tadi. Baru sebulan kawin, diorang dah keluar masthurat. Tak cukup dengan tu, anak pertama cukup umur 3 tahun jer, diorang dah keluar masthurat sebulan. Giler hardcore lah mamat kiter ni.

Sungguhpun dia takde kerja tetap, keyakinan dia pada usaha murni ini amatlah tinggi. Bila ditanya apa rahsia rezeki dia yang sentiasa ada, dia selalu jawab dengan solat selesai masalah.
Kata-kata dia menjadi falsafah sehinggakan ada sebilangan jemaah student yang mengidolakan mamat ni sebab ketekunan dan semangat istiqomah beliau dalam usaha. Syura pun segan dengan dia.

Satu malam, 2 hari lepas mamat ni dapat seorang lagi cahaya mata, ahliya karkun ni mengadu sakit perut. Karkun ni pulak pergi melayan baby barunya yang kebetulan melalak masa tu jugak.
Ahliya karkun kita ni ke tandas.

Karkun kita ni tadi cuba memujuk baby barunya yang sedang menangis. Beria-ia benar budak tu meraung. cam lapar benar nampaknya. Si mamat kita ni melayanlah dengan sabar. Tapi ahliyanya masih tak keluar-keluar jugak dari bilik air. Dia yang sedang mendukung baby nya tadi meletakkan baby itu di atas katil.

Ya Allah. Rupa-rupanya ahliya karkun tadi telah meninggal dunia dalam toilet. Mungkin sebab pendarahan sebab ada kesan darah yang banyak kat lantai toilet. Mamat kita ni cam panik sekejap. Dapat pulak si baby meraung-raung kat luar.

Dia berlari ke ruang tamu dan cuba mendail di henfon. Kredit plak habis. Nak menjerit mintak tolong, cam hapa la pulak. Nak taknak dia terpaksalah memujuk babynya yang sedang menangis tu dulu.

Dia ambik babynya dan mendukungnya. Baby tu menaikkan pitch raungannya. Bingit telinga mamat karkun kita. Dia menyumbatkan jari kelingking kanannya ke mulut baby. baby tu menyedut dengan rakus jari tersebut menyangkakannya nenen.

Sementara melayan anak kecil yang didukungnya, dia meninjau arwah ahliyanya yang terkujur di depan pintu bilik air. Camana boleh jadi camni? Mamat tu mula sedih dan lalai. Jarinya terlepas dari mulut baby. baby pun sambung meraung balik.

Dalam kebuntuan itu, dia menarik nafas dan meletakkan anaknya yang sedang menangis di atas katil. Kemudian dia menarik tubuh mayat isterinya ke bahagian tepi bilik dan mengemaskan sedikit bilik air. Kemudian dia berwudhuk.

dalam keadaan di belakangnya mayat isterinya, di belah kanannya baby yang sedang menangis, dia telah berdiri nak bersolat. Dia buat solat dua rakaat dan berdoa.

Baby masih menangis. Dia menoleh ke belakang melihat tubuh ahliyanya. Kemudian dia bangun bersolat lagi. Selesai salam dia berdoa. Anaknya sudah diam dari menangis.

Kelihatan mamat tu bangun mencium baby yang sedang tidur. Kemudian melapikkan kain dan mencium dahi mayat ahliyanya. Kemudian dia bangun bersolat lagi.

Selesai solat, dia berdiri dan berdoa.

Sejak dari itu, dia jadi gila. Mamat tu boleh dilihat mundar-mandir di sekitar Masjid india, KL.




p/s: Cerita ini disampaikan oleh anak pertama mamat karkun tersebut yang datang ke sini dengan ibunya. Aku tak sempat pulak jumpa dengan ibunya tu nak mengesahkan cerita budak ni tadi...

Tuesday, January 18, 2011

Apakah kedudukan KPI Malaysia terkini?


Diorang kata ekonomi semakin baik, pasaran saham semakin kukuh, tapi aku tengok harga semakin naik sedangkan gaji aku masih macam tu jugak.

Diorang cakap Polis dah capai KPI tapi aku tengok jenayah dah semakin hardcore. Dari orang tua sampailah ke baby. Apa jadi dengan Sosilawati? Duit kerajaan yang lesap, sapa punya accountability?

Ni; balikbalik bongkar cerita kat Selangor. Balikbalik jawab isu yang ditimbulkan oleh blogger. Apa? Takde kerja lain ke diorang ni sumer? Asyik dok update FB dan tweeter ajer?

Dan jiranjiran sedarmaraku pulak, dikirikanankan oleh media yang mensensasikan hiburan dan cerita tak berpaedah dari berperanan dalam pengukuhan nilai ke Malaysia-an, yakni adab susila dan ketinggian akhlak.

Bukankah ketinggian akhlak itulah tahap moderasi yang paling baik? Bukankah moderasilah apa yang kita di Malaysia yang semakin huru hara dek isu perkauman dan keagamaan ini perlukan?

Banyak peruntukan ditujukan ke arah pembangunan materialistik. Projek itu menjanakan ini bilion. Usahasama ini menjanjikan itu trillion setahun.

Takde sesen yang bermanfaat pun disumbang ke arah peningkatan kerohanian, terutama yang menjurus kepada akhlak kepada anak-anak generasi akan datang. TV pun macam tak terkawal. Apatah lagi bahan bacaan. Ni nak sibuksibuk kecoh pasal Interlok pulak.

Akibatnya di rumah sendiri, anak bini ditujah orang like nobody's business, siap ada kenangan dalam bentuk 3gp atau mp4, lagi.

Kita masih lagi hidup dalam kepura-puraan?

Masih lagi mengatakan Malaysia is well-equipped for the future?

Atan dan Abu (Series sangat)



"Tan, aku rasa kita dah series sangat, la" kata Abu kepada Atan tibatiba masa diorang on the way nak pergi beli breakfast pagi itu.


"Ye, ke?" tanya Atan balik.
"Apa yang menyebabkan kau berkata begitu?" tanya Atan lagi.


"Dunia ini gurauan. Yang pahit hari ini, akan manis pada esok hari. Kita jangan ketat sangat. Kita kena banyak senyum" kata Abu.


"Camana nak senyum kalau terang-terang kecibaian dunia berlaku di depan mata?" tanya Atan. Dia bersilat kat depan stereng keta, nak buat U-turn. Keta brader bus stand ni takde power steering, jadi nak kena pusing bersungguh-sungguh sikit. Cam bawak lori.


"Abih tu, takkan nak tunggu dunia ni OK baru nak senyum? Alamat takkan senyum-senyum, laa" kata Abu.


"Hmmm...Betul tu..Cibai-cibai jugak, kan? Tapi hidup kena teruskan juga. Macam cakap Bang Ali aritu" kata Atan. Mereka dah sampai. Ramai gila orang kat gerai mee kari Jalan Rasah. Diorang ni tak keja ke? Ni dah pukul 830, pasal diorang dok berkumpul kat gerai mee kari, lagi? Sejak bila pulak gomen masuk pukul 10 pagi?


Atan dan Abu beratur menunggu giliran mereka nak buat order. Atan makan roti canai jer. Abu makan mee. Kat meja sebelah, anak makcik tu ushar jer mereka berdua.



"Susah betul nak cari kedai Melayu yang OK masa breakfast. Aku dah tak lalu mamak-mamak ni" kata Abu.


"Elleh, tak lalu konon. Bila dah kering, sebat jugakkk" usik Atan.


"Biaser arr...Pendirian berubah-ubah mengikut keadaan kewangan " jawab Abu berseloroh.

Monday, January 17, 2011

Kemana kita hari ini?


Macam macam dah berlaku, tapi masih tetap macam tu
Kerajaan dah tumbang, orang dah hilang,
tapi masih tetap macam tu.


Pegi keja balik keja
Rutin harian, mundane dan takde makna. 
Bawak keta lelaju, beli makanan. 
Makan free, belanja kawan. 
Kecohnya gempita, dapatnya tak seberapa. 
Sampai tengah bulan; mulalah terhungaphungap semula.

Hei, sedara! Sedarlah..

Takkan hidup,
Takat camniii jer?

Selamat Hari Isnin



Hapuskan kesangapan.
Hentikan kuapan.
Ayuh kita fokuskan,
Pada baki lagi setengah bulan








Semoga azam tahun baru masih bertahan lagi
Semoga semangat baru masih berkobar lagi
Dan semoga



Kita semua lebih cuba
Untuk memahami




Masa dah tinggal tak banyak lagi
Takkan nak dibuang dengan membenci?

Saturday, January 15, 2011

Aku tahu

Aku bersyukur kerana aku tidak dibuang dulu...

Ya Tuhan
Kau Maha Mendengar
Kau Maha Melihat
Kau Maha Tahu

Aku bermohon keampunan MU
Ampunilah aku:
Anak yang tak berguna

Tak cukup duitku ini
Tak guna budiku itu

Yang berguna ialah
Kesejahteraan yang datangnya dari,
Engkau Yang Maha Satu

Kasihanilah ibubapaku,
Selesaikanlah semua masalah mereka
Dan berkatilah mereka dengan rahmat MU yang tak terhingga

Friday, January 14, 2011

Thursday, January 13, 2011

Selamat Hari Lahir, Tuanku


Esok ialah hari lahir tuanku
Esok semua orang kena cuti
Tapi aku kena kerja jugak.
Perasankah tuanku
Esok juga ialah hari Jumaat?


Jumaat lepas aku telah ditemukan dengan rakyatmu yang macam aku jugak;
Miskin, takde kabel, anak bini sakit dan terdesak.
Namun,  bila ditanya, katanya pada raja kita kena taat.

Jumaat sebelumnya aku sedang memandu di jalan raya,
Terpaksa bawak slow sebab minyak keta kering giler.
Sampai di stesen minyak, duit spare terpaksa aku guna. 
Yang dapatnya tak sampai separuh tangki sebab petrol dah naik harga.

Jumaat sebelum-sebelumnya, aku sedang berpanas di atas bumbung rumah orang sebab nak pasang awning. Setelah susah payah, siaplah sudah dan dapatlah baki bayaran dari pelanggan. Tak sampai 3 jam, duit itu habis kugunakan nak beli barang keperluan yang kekontangan.

Pernah beberapa kali aku nak bersalam dengan tuanku lepas solat Jumaat,
Tapi sebab pakaianku tak kemas agaknya, aku tenggelam oleh deretan jawatankuasa masjid, datukdatuk dan mangkuk-mangkuk yang nak menyium tangan tuanku.

Pernah beberapa kali aku cuba nak berkomunikasi denganmu sebelum aku berputu asaan. Tapi tak sapa yang tahu alamat, email atau akaun FB kau. Rumah tuanku pun jauh dari pintu gate. Pasti tuanku takkan dengar laungan salamku pada petang itu.

Setiap Jumaat kami doakan kesejahteraanmu
Khatib tu akan ditukarkan kalau dia tak buat begitu.
Takkanlah takde seorang dari 40 orang ini yang doanya makbul?
Selalu aku tertanya dalam hatiku,
Sedang tanganku yang hina ini menadahkan amin untukmu:

Pernahkah tuanku berdoa untuk kami?
Pernahkah tuanku FIKIRKAN tentang kami?


Esok ialah hari lahir tuanku
Aku akan doakan kesejahteraanmu buat kali terakhir
Kerana selepas itu,
Semua ini tiada erti lagi padaku.


Daulat Tuanku
Aku sudah putus asa denganmu

Atan dan Abu (kisah depan Wisma Persekutuan Seremban)

Baitulmal tak cover tunggakan pinjaman kenderaan

"Assalamualaikum, brader. Sedih jer? Boleh join nyangkung?"
salam Atan kepada seorang lelaki yang duduk menyangkung termenung di tepi jalan. Orang itu memandang Atan. Atan tersenyum. Orang itu cuba untuk tersenyum.

"Wa'alaikumusalam. Sedih-sedih gak, tapi hidup kena teruskan juga"
jawabnya. Atan pun join orang tu duduk menyangkung. Mereka berdua tersenyap sekejap memerhatikan sebuah bas sekolah yang lalu di depan mereka.

"Buat apa kat sini?"
tanya orang itu.
"Saya sedang tunggu orang. Dari tadi saya tak nampak pun dia, atau kengkawan saya"
jawab Atan.

"Janji nak jumpa kat mana?"
tanya orang itu macam berminat.
"Kat sini lah. Depan sekolah Tamil" jawab Atan.
"Abang buat apa kat sini?" Atan bertanya pula.

"Tengah menyangkung. Baru sebentar tadi kereta abang kena tarik"
jawab orang itu rilek.
"Series ke ni?" tanya Atan. Mungkinkah ini orangnya?

"Ye"
kata orang itu. Dia merenung jauh ke seberang bukit yang menuju ke arah Jabatan Pendidikan.

"Abang rilekkk jer?"
tanya Atan yang masih tak percaya.

"Abis, takkan nak menggelabah pulak?"
seloroh orang itu. Hebat orang ini. Kereta baru kena tarik pun dia boleh melawak lagi. Atan pulak yang saiko dibuatnya.

"Abang dok mana?"
tanya Atan.
"Pinggiran Senawang" jawab orang itu.

"Abang ada dua orang anak lelaki dan isteri abang seorang suri rumah, kan?"
tanya Atan. Orang itu berpaling dan memandang Atan dengan muka series-series pelik. Dari jauh kelihatan Abu dan abang karkun mendekati mereka setelah mereka keluar dari bangunan Wisma Persekutuan.

"Camana kau tau?"
tanya orang itu.
"Saya rasa, abanglah orang yang saya tunggu itu"
kata Atan. Abang karkun dan Abu sudah menghampiri. Setelah bertukar-tukar salam, abang karkun bersuara:

"Nampaknya kau dah jumpa dengan orang itu. Korang hantar dia dulu, aku nak ke MAINS sekejap. Malam kang jumpa kat tempat biasa" kata abang karkun sambil memandang Atan. Orang itu masih terpinga-pinga.

"Jom, bang" ajak Abu. Orang itu macam blank-blank.
"Pergi mana?" tanya orang tu.

keta camni pun nak tarik ke? (gambar hiasan)

"Hantar abang balik rumahlah"
jawab Atan pula.
"Kan keta abang baru kena tarik? Camana abang nak balik?"
tanya Abu. Abang karkun dah jauh meninggalkan mereka. Abang karkun kalau jalan sensorang, memang laju cam lipas kudung. Berkelip jer mata, zup dia dah seratus meter.

Orang itu masih terpinga-pinga. Atan jalan dulu untuk mendapatkan kenderaannya yang diletakkan berhampiran. Abu berjalan dengan orang itu.

"Korang memang datang nak jemput aku, ke?"
tanya orang tu.

"A'ah"
jawab Abu.
"Camana korang..."
orang tu tak sempat nak habiskan ayatnya.

"Tau? Haha. Kami pun sekadar menurut perintah. Tapi ini tak penting. Yang penting sekarang ialah sekarang dah masuk waktu makan tengahari. Kita singgah Restoran Negeri, dulu, OK tak bang? Saya belanja"
kata Abu panjang lebar, cuba melonggarkan keketatan yang sedang bermisteri dikepala orang itu. Orang itu tertunduk.

"Takpelah dik. Abang patutnya kena beli makanan untuk orang rumah abang. Lepas tu, abang kena tebus balik keta abang tu. Kalau tak kang, susah abang nak pergi kerja besok" kata orang tu.

"Takper. Kami tau. Abang ikut jer kami"
kata Abu lagi. Atan dah u turn dan menghampiri mereka. Orang itu dipersilakan masuk dan mereka semua menuju ke Restoran Negeri.

Orang tu hanya terdiam sepanjang perjalanan

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails