Malam tu, masa aku tengah lepak layan gitar, aku dapat satu call. Private number. Aku jawab.
"Assalamualaikummm" Cam pernah dengar, jer?
"Wa'alaikumussalam. Sapa ni?"
"Brader bus stand. Aku nak pulangkan beg kau ni. Kau katne?"
"Saya kat area Kg. Kerinchi."
"Kita jumpa kat KLCC boleh?" Setelah menge-setkan appointment dengan brader tu, aku sambung main gitar balik.
Besoknya, aku ke KLCC seperti yang dirancang. Sabtu. Ramai orang. Putra penuh dengan PATI. Ku rasakan bagai di yogyakarta. Kat Bangla pun ader jugaa. Aku sampai dan terus ke kedai kopi yang dipersetujui. Aku duduk. Tunggu. Ishhh. Mana ni? Kang kena order air pulak. Aku toleh kiri. Aku baru nak toleh kanan...
"Assalamualaikumm" kelihatan brader bus stand datang menghampiri.
"Kau ngumpat aku ke?" tanya brader tu
"Wa'alaikumussalam. Maner aderrr." Aku tersengih. Dia menghulurkan beg aku kepadaku. Muka dia series. Kening dia macam bercantum. Gerun pulak aku tengok muka dia harini. Tak macam haritu. Haritu reduppp jer.
"Aku takleh lama. Ada hal la." kata brader tu. Dia mengangkat tangannya memanggil machaa order air. Nescafe ais dengan kopi ais satu. Kasi cepat aaa, machaa. Selepas machaa tu bla, dia bertanya kabar dan benda-benda formal yang lain tu cam beser arrr..
"Abang nampak cemas jer ni? Nak kemana ni?" Aku menyelak begku. Brader menghulurkan nescafe ais kepadaku yang datang tibatiba.
"Kasi kira teruslah machaaa" kata brader kepada machaa. Machaa terkumatkamit cam beser dan buat tiga jari. Brader terus membayar.
"Aku ada hal sikitla" jawab brader lagi. Dia membetulkan tuck-in tshirt merahnya.
"Kau kalau pakai tshirt, sebelum solat, kena tuck-in. Nantik sujud, nampak mencirit. Kahkahkah. Ngan panau. Kahkahkah" Lawak brader tu lagi. Tersembor air nescafe aku, tergelak dengan lawak tibatiba orang tua ni. Dia menyedut minumannya sikit-sikit. Sampai level tengah,dia stop. Dia pandang aku.
"Kau tengok blu, ke semalam?" Amender ni brader? Maner ader. Gua takmain blu-blu ni. Gua main terusss jer.
"Ohhh...Nak kena sebat ni! Kau kena tobat cepat. Sementara stok masih ada, ni" kata brader tu series. Aku terdiam. Betul cakap dia. Tak elok aku rosakkan anak dara orang macam ni. Bukannya selalu. Kadang-kadang jer. Kadangkadang terperangkap di tengah pulau yang menakutkan, lah. Kadang-kadang awek tu tibatiba ada di pintu bilik aku, lah. Camacam fantasi aku ni. Eh? Camana lak brader ni...?
"Aku boleh baca pikiran kau. Senang benar. Macam baca teleteks kat dahi tu. Kahkahkah" Kata brader tu pula. Series! Saiko ni...Brader ni memang boleh baca fikiranlaaa. Macam wali, laaa.
"Wali sumer camni" Brader tu menyedut minumannya. dia series lagi.
"Abang wali, ke" aku memancing. Umpanku cacing. Hajatku, ikan marlin.
"Wali autaaa..Kahkahkah. dahlah. Aku kena pegi ni. Assalamualaikumm" brader tu bingkas bangun dan berlalu. AKu blank. Aku hanya memerhatikan kelibatnya menghilang di tengah amoi-amoi seksi di KLCC ni. Camana aku nak contact dia? Trut-trut. Trut-trut. Mesej laa. Aku slidekan handphone. Unlock. Mesej dari sapa, ni? Tertulis:..
"Don't call me. I'll call you. Kahkahkah."
Aku menggaru kepalaku. Barang-barang dalam beg semua ada. Baju kotor pun dah siap berbasuh. Perghhh..?
No comments:
Post a Comment