Thursday, October 14, 2010

Kita, Mug dan Realiti (solat)





Aku takberapa pasti kronologi peristiwa dalam artikel ni betul ke idak, tapi semuanya memang PERNAH berlaku.

Semuanya bermula selepas kesedaran bahawa Baginda SAW itu adalah Nabi Akhir Zaman yang ditunggu-tunggu. Bila kata akhir zaman, maknayanya kiamat dah dekat. Dan bila dia seorang yang menyeru kepada kebaikan, hukumnya ialah orang itu akan kena uji. Sebab nak masuk syurga itu bukanlah semudah yang disangka.

"Wahai Allah, Kau kepungi syurga dengan kesulitan, Kau hisai neraka dengan nikmat, aku khuatir, manusia akan binasa"

"Allah Maha Mengetahui akan hikmah segala ketetapan Nya"


Dan Nabi Muhammad SAW, seorang yang lemah lembut, tak reti membaca, anak yatim yang di payung oleh datuk nya si Abu Talib dan di sokong oleh isterinya, Khadijah; telah dipilih untuk melalui jalan ini. Jalan kehidupan seorang utusan Allah, yang sebelum ini menunjukkan bahawa mereka teruk menghadapi ujian seperti anak yang derhaka (nabi Nuh a.s), menjadi wakil kepada kaum yang diprogramkan untuk mungkar (Nabi Musa a.s), atau kaum yang bijak (Nabi Isa a.s).  Tak citer lagi kisah Nabi Sulaiman, Yusuf, Zakaria dan lain-lain. Sumernya teruk dibantai oleh kaumnya sendiri. Takder yang mati senonoh.

Tetapi Baginda SAW tetap memilih berlapar selang sehari, jalan susah payah dari segunung Uhud emas, atau ada majik-majik menakjubkan macam zaman Nabi Musa a.s

Kemudian datanglah ujiannya. Sokongan moral dari luaran dihapuskan. Abu Talib meninggal dunia. Payung Baginda SAW menghadapi dunia luar sudah tiada. Baginda SAW rilek lagi.

Kemudian sokongan dalaman pulak dihapuskan. Khadijah, seorang isteri yang Masha-Allah, beruntungnya Baginda SAW. Khadijah sentiasa menyokong Baginda SAW, sentiasa membasuh pakaian Baginda SAW yang kotor, sentiasa menenangkan Baginda SAW bila Baginda balik rumah dengan cerita majik macam dipeluk malaikat atau sebagainya. 'Hasilnya takde. Dok lepak Hira' jer kejernya' bisik setan dalam hati Khadijah kengkadang.
Khadijah diangkat ke syurga. Tinggalah Baginda SAW meneruskan perjalanan menyampaikan risalah keselamatan untuk manusia sebab dunia dah nak kiamat dah ni.

Semakin hari, semakin messed up pulak jadinya. Baginda SAW meneruskan perjuangan dakwah, menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Alhamdulillah ada orang cam Abu Bakar r.a. Beliau seorang yang memang tak suka kepada kebodohan dan kepura-puraan dan SUDAH TAHU bahawa ADA TUHAN dalam alam ini. Golongan hamba yang menganut Islam semakin ditindas, ada yang disakiti. Yang mati pun ada. Kisah Bilal lah yang paling menyayat. Ingat tak cerita Bilal dijemur di tengah panas? Bayangkan korang ialah Baginda SAW dalam perjalanan pergi nak check sebab ada orang cakap Bilal kena siksa. Sesampainya korang di tempat tu, kelihatan Bilal dibaringkan di atas plat besi di tengah panas, ditimpa pula di atas dadanya seketul batu yang kasar dan besar. Apa yang korang akan buat?
Aku terbayang Baginda SAW mendekati Bilal dan mendengar Bilal mengatakan 'Ahad-Ahad' perlahan-lahan, berulang-ulang kali. 
Apa yang terdaya dibantu oleh Baginda SAW pada masa tu, (maklumlah baginda seorang yang lurus dan tak berpelajaran), hanyalah menenangkan Bilal dengan katakata:
"Bersabar lahhh"


Semakin hari semakin fucked up. Siap Orang kafir Quraisy buat satu plak dan digantung di Kaabah menandakan bahawa sesiapa pun dilarang melakukan sebarang urusan dengan pengikut Muhammad. Akibatnya pengikut Baginda SAW dipulaukan. Semuanya berada di Lembah Abi Talib, selama lebih kurang TIGA TAHUN. Dalam sekatan ekonomi, semuanya jadi susah. Diorang disekat di sebuah LEMBAH. Literally. Ramai kanak-kanak dan orang tua mati akibat kebuluran. Kanak-kanak kecil hanya ditenangkan dengan mendengar cerita-cerita tentang kesukaran ujian Nabi Yusuf a.s oleh Baginda SAW sendiri. Well, ramai jugak orang dewasa mengikuti cerita penaik semangat tu. Maklumlah, apa lagi nak buat? Bukannya ada keropok ke. Boleh gak goreng keropok.

Dan dalam kekusutan itu, Baginda SAW berfikir lagi. Baginda decided nak pergi ke Thaif, manalah tau ada better luck. dan korang semua ingat apa yang berlaku selepas itu. Baginda SAW ditentang di Taif, siap dikejar dan dibaling dengan batu sehingga berdarah. Dikejar di sini bermakna berada dlam keadaan berlari sambil mengelakkan rejaman batu dari budak-budak kecik yang taktau apa-apa. 
Dan setelah berjaya menyelamatkan diri, Baginda SAW disebalik batu besar yang panas diuji lagi. Dua MALAIKAT mendatangi Baginda SAW menghulurkan bantuan IKHLAS dari mereka sendiri sebagai malaikat (of course dengan izin Allah) kepada  Baginda nak avenge balik perbuatan biadap manusia di Thaif. dan pasti korang ingat macamna Baginda SAW hanya menyuruh kedua-dua malaikat mengaminkan doa kesejahteraan Baginda SAW kepada penduduk Thaif. Kalau bukan diorang yang terima kebaikan, Baginda SAW menaruhkan harapan anak cucu mereka pasti akan ada yang beriman. Maknanya Baginda SAW tetap berada dalam mission nya sebagai utusan Allah. Tak pastilah samada Baginda SAW terpikir ke idak untuk menerbalikkan bumi Thaif atau melagakan dua gunung ke atas Thaif, tapi yang pentingnya Baginda SAW telah buat KEPUTUSAN yang BETUL.

Dan lepas tu semuanya rilek jap. Allah dalam diam menghantarkan anai-anai memakan plak yang tergantung di Kaabah. Maka piagam pun musnah. Pengikut Muhammad menarik nafas lega. Namun penentangan masih berlaku. Yang hamba tetap disiksa setiap malam sebagai hiburan masyarakat jahiliah yang menjadikan ibu mengandung sebagai judi. Bukannya ada RTM3 ke apa.


Baginda SAW berada dalam kekusutan. Adakah dia yang bersalah? Adakah dia gagal dalam ujian-ujian yang menimpa sejak dia memilih jalan ini? Adakah ia tersalah cakap ke apa-apa siang tadi? Kengkadang tu ada rasa kesunyian jugak.

Dan sebagai memujuk (Maha Suci Allah dari segala yang kuperkatakan), Allah telah meng Israk Mikrajkan Baginda SAW. Ni lagi syok. Ikuti lagi kisah ini esok...hehehehe ;p

Atan dan Abu (solat sunat)












"Laaaa ila  haaaa illal laaahhhh" seru muazzin sebagai laungan penutup azan Asar. Semua orang mengambil kesempatan waktu mustajab doa untuk mendoakan tempat yang tinggi bagi ketua kita: Nabi Muhammad SAW. Maqam mahmudah. Hanya seorang yang akan dapat.

Yang sedang duduk terus bangun, yang sedang berdiri terus angkat takbir, semuanya mengambil kesempatan nak bersolat qobliyah Asar. Lepas solat Asar kang, takde solat sunat. Jadi, solat qobliyah Asar dan Subuh ada kelebihannya tersendiri. Sungguhpun menyedari hal ini, Atan dan Abu masih berpandangan antara satu sama lain, contemplating nak solat sunat ke idak.

Atan mengisyaratkan dengan matanya pada Abu, mengajak Abu bangun bersolat sunat. Kelihatan pula, semua orang solat sunat, kecuali Atan, Abu, sorang mamat yang dok berdoa dari tadi tak habis-habis dan para budak tabligh tempatan yang dok berborak kat belakang pasal program mereka selepas solat Asar ni kang.

Abu membalas balik dengan memberikan pandangan selamba pada Atan, menandakan 'kalau kau nak solat, solat lah. Selalu tak solat pun. Kau solat nak sembah tuhan, atau sebab kau takmau dipandang kurang asam kalau tak solat sekali?'... Atan taksuka dengan pandangan Abu itu.

Atan terus ajer bangun dan angkat takbir. Abu tersenyum sorang. Dia meneruskan perjalanan fana nya...

Sehinggalah orang sumer dahabis solat qobliyah. Sumer orang ambil kesempatan berdoa pendek pula. Tok Bilal pun dah nak resah jer pandang kirikanan, tengok ada tak orang masih tak habis solat sunat lagi. Maklumlah, paling molek kita semua sekali berjemaah takbiratul ula sekali. Yang kat luar sedang ambik wuduk, takyahlah kita tunggu sekali. Atan baru jer habis bagi salam. Lepas doa dia hulur tangan nak salam Abu.

Abu memberikan pandangan sinikal seolah-olah menyatakan: 'amender nak salam-salam ni? Yang kau kena pegi salam ialah orang yang paling kau tak kenal, bukan tuan punya kereta yang kau tumpang nak datang surau ni tadi'. Abu tahan rasa nak tergelaknya dengan lawak Atan. Atan pun nak tergelak jugak. Mereka terkikih-kikih dengan lawak salam sebentar tadi.

Pang! Pang! Belakang tengkuk Atan dan Abu dirembat oleh abang karkun yang muncul ntah dari mana. Atan dan Abu memandang ke belakang untuk melihat siapa yang merembat mereka sambil menggosok-gosok belakang tengkuk masing-masing. Abang karkun mencegilkan matanya dengan mesej yang jelas:

'Bila dah iqomah tu patutnya mula risau takut-takut kita kantoi masa solat fardhu ni kang. Ni dibantainya dok tergelak kat saf belakang. Bangun! Pergi merebut rahmat Allah! Saf depan tu muat lagi sorang lagi tu'

Atan dan Abu terus bergerak dengan cemas ke dalam saf yang sedang dibentuk kerana solat Asar hendak dimulakan...

Marilah Berjaya


.
.
.
Allah Maha Besar!
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segalapuji bagi Allah, rab sekalian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Akan dikau kami sembah dan akan dikau kami pohonkan pertolongan
Kurniakanlah jalan yang lurus
Yakni jalan orang yang kau berikan nikmat
Bukan jalan orang yang kau murkai
Atau jalan orang yang sesat...
Semoga Allah makbulkan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Katakanlah Allah itu satu
Allah lah tempat pergantungan segala makhluk
Dia tidak beranak atau diperanakkan
Dan tiada sesuatu yang setaraf dengan Nya

Allah Maha Besar
Maha Suci Rob Yang Maha Agung lagi Maha Terpuji


Allah Mendengar siapa yang memujinya
(kepada Roblah segala pujian)

Allah Maha Besar
Maha suci Rob yang Maha Tinggi lagi Maha Terpuji

Allah Maha Besar
Wahai Rob, ampunilah dan rahmatilah daku

Allah Maha Besar
Maha suci Rob yang Maha Tinggi lagi Maha Terpuji

Allah Maha Besar...
.
.
.

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"
.
.
.

Assalamualaikum...
Assalamualaikum.
Ya Allah, ampunilahhhh daku
Selamatkanlah kami, ummat Muhammad SAW

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails