Saturday, February 16, 2013

Seremban Selatan

Kalau orang kat area Seremban tanya, saya tinggal di mana, dan jawapannya ialah Seremban Selatan, pasti saya akan mendapat reaksi satu macam dari mereka, tak kiralah macamana pun orang tu cuba nak kaver.
Sebab kalau saya jawab saya tinggal di Taman Tuanku Jaafar, takpe lagi, sebab itu kawasan Melayu. Kalau saya jawab Seremban Jaya atau Pinggiran Senawang pun, orang masih terima lagi sebab dua kawasan ni pun jumlah orang Melayu berbanding Cina dan India, dah mula bertambah. Tapi sebab saya jawab saya datang dari Seremban Selatan, saya pasti akan dibalas dengan rupa satu macam, tu.

Mungkin saya jer yang perasan. Atau mungkin stigma yang menyelubungi tempat ini, sebenarnya lebih menyelubungi saya jer sebenarnya tapi tiap kali saya sebut nama area tempat saya tinggal sejak 2010 ini pada orang, orang samada akan 'Oh? Ok' atau, 'Itu bukan tempat gangster, ke?'

Ye. SEREMBAN SELATAN memang dikenali sebab kepanasan garisannya. Bukan sebab pendatang yang memilih untuk tinggal di sini sebelum mereka beramai-ramai migrasi ke Taman Jasmin. Bukan sebab ada banyak bangunan dan deretan rumah tinggal separuh siap yang terapung-apung ditengah-tengah birokrasi. Bukan juga sebab macha-macha berwajah saspen yang sering kelihatan menebeng melayan todi murah bersama rakan-rakan di setiap simpang di taman ini. Tak. Seremban Selatan PANAS bukan sebab semua di atas.

Seremban Selatan terbahagu kepada 3 Fasa. Fasa satu tah mana mula dan hujungnya. Fasa 2 pula terkenal sebab Surau Haji Musa yang pernah berkhatibkan Ustaz Kusyairi yang berkhutbah tanpa teks. Fasa 3 terbahagi kepada 2. 3A, yang belah tangki air, dan 3B yang dekat dengan stesen komuter. Melayu lebih majoriti di 3B sementara 3A dikuasai oleh kaum India.
Selama tinggal di sini, belum pulak saya atau jiran-jiran di fasa 3A atau B mengalami apa-apa gangguan selain gangguan air. Rukuntetangga dan surau dua fasa ini juga aktif. Bahkan Menteri Besar sendiri pernah datang dan merasmikan, padang permainan yang dikenali sebagai Dataran Seremban Selatan. Cuma mungkin yang agak disesali ialah kedai runcit dan kedai makan yang cuma lebih meriah di Seremban Jaya daripada kawasan ini.
Apapun, tempat ini punyai reputasinya sendiri dan dirasakan yang ia semakin popular sekitar masyarakat setempat, melebihi dari apa yang mampu ditawarkannya.
Tempat ini akan lebih baik jika ada sistem pengangkutannya sendiri. Kena ada pangkalan teksi di sini memandangkan peratus penduduk kelas sederhana dan rendah di sini dan Seremban Jaya adalah tinggi.

Kena ada gerakan yang menyatukan persatuan kaum India dan Melayu di sini agar integrasi dua kaum utama di sini berjalan dengan harmoni. Ini penting memandangkan komposisi kaum di sini yang pelbagai dan peningkatan pendatang asing yang memang tiada kawalannya, akan membuatkan tempat ini macam tak bertuan yang akhirnya membuatkan kawasan Seremban Jaya-Selatan jadi macam kebanyakan bandar besar tiap kali tiba musim perayaan.
Pihak berkuasa juga perlu menangani segera masalah bangunan dan rumah kosong yang banyak di kawasan kami ni. Tempat-tempat sebegini menyakitkan mata memandang, serta menggalakkan pertumbuhan komuniti jin yang gemar dengan rumah kosong.
Seremban Selatan, seperti juga banyak kawasan di negara ini, membazirkan potensi yang telah dirancang untuknya oleh pemimpin terdahulu. Pemimpin sili berganti, namun kita sebagai penduduk akan tetap di sini. Kita tak boleh harapkan orang yang sekadar 8ke5 tu nak jaga tempat kita. Kita tak boleh harapkan menteri atau ADUN yang memandang kita sekadar route dalam tour pilihanrayanya. Kita hanya ada kita dan kitalah harapan kita.

Ayuh bangkit dan jaga semula tempat kita! Demi anak-anak kita!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, February 14, 2013

#PuisiSkizo

Langit yg cerah, bintang berserakan.
Angin yang bertiup, menggerakkan pepohonan.
Kutanya dedaunan mengapa berguguran, tatkala anak burung, baru diajar berterbangan.
Tiada jawapan mengisi kekosongan.
Cuma bayangan mengilusioptikkan keadaan.
Kuteruskan jua hayunan parang, hariku pendek lalangku panjang.
Bukan kebunku nak berlenggang-lenggang.
Terkais-kais, makan tak kenyang.

Siangku diisi keringat,
malamku diisi tangis.
Tak hairanlah aku,
kekurangan cecair...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails