Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

20.12.2012


Harini ialah 19 Disember 2012. Besok ialah 20. Lepas tu ialah 21 Disember 2012, tarikh keramat yang diwar-warkan oleh media alternatif sebagai 'Hari Takut Sedunia'. Pelbagai lawak telah dirancang untuk menyambut hari tersebut dan sesetengahnya telah dirancang sejak zaman Nabi Idris a.s lagi oleh musuh sukaramai: Cik Iblis.

Bukan rahsia lagi, makhluk bernama 'MASA' itu (seperti makhluk-makhluk lain juga) ada musimnya. Melalui musim-musim ini, makhluk akan melalui proses pembersihan dan pembaharuan, bergantung kepada dimensi mana dia duduk. Lagi tinggi dimensinya, lagi kurang jumlah pembersihan yang diperlukan, maka lagi panjang kitaran setiap musimnya, maka kuranglah juga jumlah kitaran. Makhluk yang dah bersih, takyah nak kitar-kitar dah.

Bumi juga melalui proses kitaran. Melalui ilmu yang Allah kurniakan pada zaman Nabi Idris a.s, beliau dah buat jam yang berpandukan kepada musim bumi. Melalui rahmat Allah juga, manusia pada zaman beliau telah didedahkan dengan ilmu tentang kitaran astroloji, kitaran matahari dan bulan, malah kitaran 'masa' itu sendiri (yang berakhir dengan kiamat). Pengetahuan ini telah menggempar semua makhluk di dimensi ketiga pada masa itu, lebih-lebih lagi si Iblis laknatullah. Semua orang tahu yang dia ni takde apa-apa power selain boleh bisik-bisik jer kat kita. Plaing kuat dia *puff* menjelma depan kita. Last time dia buat camtu dpena manusia (Idris a.s), dia hilang sebelah mata. Punyalah bengang dia. Masakan tidak? Kenapa spend eternity without depth perception.

So, ye. Jumaat ni, bumi akan melalui satu lagi kitaran. Dan ia akan efek keadaan fizikal bumi ni, yang sudah tentu akan efek semua makhluk yang ada dalamnya. Tapi, bukan rahsia lagi yang keturunan manusia akan survive semua ni (walau akan ada period huru-hara, sengsara dan derita) tapi hei, kalau semua orang rasa benda yang sama, ia taklah jadi seteruk mana, betul? Rilek laaa. Maka, kalau manusia tak hilang ingatan pun (ada teori yang mengatakan otak manusia akan di reset akibat fenomena alam itu), manusia takkan sempat nak fokus sebab kejap dengar gempa bumi kat Amerika Selatan, kejap dengar Tsunami kat New York, kejap taufan kat mana ntah. Kejap Rosmah umum nak guna juta-juta untuk pegi ushar orang susah kat Afrika. Kejap video some whoever dalam parti whatever tersebar. Last-last kita buang masa ambik tau nak catchup dengan apa yang sedang berlaku daripada pikir apa yang kita nak buat lepas ni. Lagipun, hilang ingatan bukan sesuatu yang baru dalam hidup manusia sejati. Kita mulakan pagi dengan segala rancangan dan semangat disiplin tapi lepas makan tengahari jer, semua plan tadi kita sambung dalam dunia metafizik jer (membuta). So, apa nak takut hilang ingatan? OK apa? Aku sapa? Mana ada? Tu bukan hutang PTPTN saya, contohnya.

Kami tahu apa yang bakal berlaku dan kami juga ada risau yang timbul dek rasa kasih yang Allah kurniakan dalam hati kami. Dan kami gunakan fikir risau ini untuk menjana doa-doa kami untuk sekalian ummat Muhammad SAW serta semua manusia dan alam, serta motivasi untuk bertindak mengingatkan semua tentang perkara-perkara yang penting.

Kita semua makhluk. Malaikat, manusia, jin. Dan semua ini semata-mata nak menunjukkan akan kebijaksanaan Allah dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmah perbuatanNya. Ok kan ajer dan enjoy the ride. Takyah sabar-sabar. Buat jer dengan bersungguh-sungguh. Selagi kita sedar dan bergantung harap pada Nya, Allah Yang Maha Pengasih, tidak akan mensia-sia...

Wallahu alam.

-Abang karkun






Friday, November 25, 2011

Selamat Tinggal 1432. Selamat Datang 1433

Aku terlihat sekujur tubuh kecil terbaring di sisi ibunya yang menadah tangan meminta belas simpati dari orang yang lalu lalang. Aku bersangka baik si ayah sedang berusaha di satu tempat yang lain mencari rezeki. Aku memerhatikan dari jauh. Seketika si anak merengek-rengek tantrum. Si ibu menepuk-nepuk punggung anaknya memujuk. Rengekan si anak semakin nyaring. Si ibu cuba menyuapkan botol susu berisi air jernih kepada si anak.

Aku baru selesai makan tengahari dengan teman sekerja. Dalam ramai-ramai ada dua orang yang makan tak habes. Bila ditanya kenapa makan tak habis, sorang kata ayamnya tak masak betul, ada kesan darah lagi kat tulang. Yang sorang lagi kata dia takde selera. Kami stay lama sikit sambil order air batch kedua. Pinggan tadi diambil dan dari kejauhan aku melihat lebihan makanan tadi dibuang ke dalam tong sampah.

Semalam masa lepak di kedai kopi, terpampang di TV viral video kerajaan pasal GTP. Dalam video kelihatan macam ekonomi negara ni dalam keadaan stabil, pertumbuhan pun masih OK dan semunya nampak macam menuju ke arah yang betul. Lepas lepak di kedai kopi, kami melaksanakan tugas kami sebagai RELA. Dan malam tu kami berjaya menangkap dua orang budak yang cuba nak merompak rumah jiran kami. Dan bila kami selidiki, kami dapati, diorang ni adik beradik dan mereka merompak sebab takde duit nak kirim kat emak kat kampung di timur yang sedang sakit.

Aku menyelak halaman suratkabar dan melihat macam-macam isu jenayah, akhlak dan masalah masyarakat yang aku rasa patut ditangani segera dan dengan lebih berkesan. Tapi at the same time, aku lihat para pemimpin yang mewakiliku asyik sibuk membongkar pekung masing-masing. Malah dalam dewan tempat mereka melaksana amanah pun mereka masih leka membuang masa.

Aku termenung di muka pintu melihat anak kecilku yang baru pandai berjalan bermain-main dengan kakaknya. Aku mencongak-congak rancangan untuk masa depan mereka. Tiba-tiba, kedengaran suara seorang ibu memanggil anaknya yang degil yang taknak balik rumah makan tengahari tadi. Aku tersenyum. Tapi si ibu terus membebel dengan mengatakan benda-benda yang tak sepatutnya yang kalau aku sendiri jadi anak pun, dah tentu aku akan lari dari rumah on the spot.

Cukuplah kebodohan ini. Marilah kembali bersatu. Bencana sedang mengetuk pintu kita. Musuh sedang bersedia nak menarik tali-tali pancing mereka. Umpan sudah jauh di dalam kerongkongan.
Kita memang sudah terjerut. Sekurang-kurangnya, jadikanlah Malaysia ini elok untuk anak-anak kita. Please!

Saturday, April 2, 2011

Kami berjaya dengan isipai


Untuk bergerak kita kena ada kemahuan. Gerakan juga boleh disebabkan oleh tekanan. Untuk berjaya kita kena ada kemahuan. Tapi gerakan akibat tekanan pula sekadar berjaya untuk menyelamatkan diri saja. Jangan mimpilah nak berjaya jaya macam orang-orang yang ada kemahuan.


Mungkin ini sebabnya kenapa murid yang bersedia menelaah pelajarannya awal-awal, adalah lebih berjaya daripada mereka yang menelaah pelajaran mereka di waktu suntuk. Berjaya dalam perenggan ini merujuk kepada mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kita kembali...


Ini kita cerita cerita kita. Cerita orang kebanyakan. Taklah pandai atau bijak sangat. Cukupcukup makan. Orang cam kita, kalau nak berjaya, kena usaha. Nak usaha, kena bergerak. Nak bergerak kena ada kemahuan.


Ada yang tahap genius, menyalahgunakan konsep tekanan itu untuk menggalakkan kemahuan. Macam ada yang buat jadual dan merasa tertekan dengan jadualnya sendiri. Atau yang ngengada gi cerita plan dia kat orang dan merungut bila orang tu dok tanya-tanya dia bila nak plan dia nak siap.


Tapi kalau dah ditekan pun masih jugak tak bergerak, takde jugak kemahuan, maka ada sesuatu yang tak kena. Atau nak kena.



Tapi, kita selalu mempersoalkan soal kejayaan. Jarang sekali kita analisa kembali apakah yang kita takrifkan sebagai kejayaan. Kebanyakan menafsirkan berharta dan beraset itu sebagai kejayaan. Ada yang kata pangkat. Ada yang kata keluarga.


Ada yang berjaya dengan isipai.
Ada yang berjaya kerana mati dalam usaha.

Kita bukan wali. Kita bukan istimewa. Kita hanyalah manusia biasa yang kena berusaha untuk mengejar kejayaan.


Adakah kita menghampiri kejayaan?

Wednesday, March 30, 2011

Apa sumbangan anda?





Dua bulan lepas, aku sedang menunggu giliranku untuk diambil keterangan sebab ada roadblock. Di depanku ada seorang pakcik yang sedang merayu-rayu kepada abang polis tu. Ceritanya pakcik tu, lampu keretanya tak menyala. Dan akibat dari itu, dia perlu didenda. Pakcik tu mintak jasa baik polis agar lepaskan dia sebab dia bukan taknak tukar lampu, tapi duit pun takde. Kalau ada duit, tentu dah dia tukarkan sekali tayar spare yang dia dok guna sejak setahun lalu. Dah botak dah bunganya. Aku tak sampai hati, lepas habis roadblock, aku dekati beliau dan kosongkan walletku untuk membantu pakcik tu. Beliau berhenti menangis sebelum memelukku macam anaknya sendiri.


Sebulan lepas, aku sedang melawat sebuah hospital. Saja nak tarbiah akhlak. Aku bawak hamper hasil keuntungan projek terbaruku. Aku niat nak kasi kat budak-budak kecik. Kebetulan aku terjumpa dengan kawanku yang baru menyambut kelahiran anak baru. Kami melawat isterinya. Dari tempat isterinya, aku terdengar kisah-kisah sedih yang sedang dibualkan di katil sebelah. Rupanya, akak kat sebelah tu, beranak anak pertama dan suaminya tak dapat datang sebab bekerja. Bila aku selidiki, rupanya akak tu dah kena cerai dan sekarang dia sebatang kara. Mak bapak dia dah takde. Masalahnya takde sapa yang percayakan dia nak tolong dia. Semua orang pikir dia ni beranakkan anak haram. Kawan aku dan aku mengambil keputusan untuk mengambil tahu. Alhamdulillah, sekarang akak tu dah kembali semula dengan suaminya.


Dua minggu lepas, aku sedang menunggu budak-budakku kembali dari kedai harware. Kami sedang memasang sengkuap di kawasan kediaman yang macam tempat orang kaya-kaya. Sedang aku melepak tu, aku terdengar orang dari rumah sebelah bergaduh. Aku tak tau apa titik butir pergaduhan tapi aku pasti ia berkenaan dengan duit. Aku terpikir; jika orang kaya macam ni pun boleh gaduh pasal duit, apatah lagi orang-orang kampungku atau orang-orang yang dok bergelendangan di bandar-bandar besar?


Dan pada hari Isnin lepas, akhbar-akhbar menunjukkan betapa berkesannya program transformasi yang telah dijalankan. Yang aku lihat, indeks magnitud jenayah, pilihanraya kecil dan harga barang saja yang semakin meningkat. Ruang beza antara kaya dan miskin semakin terasa, mengakibatkan ketidakpuas-hatian dikalangan rakyat. Ahli politik sibuk berkempen walau parlimen belum dibubar. Ahli agama pula sibuk dengan hal furuk walhal hal tauhid terang-terang diambang bahaya. Dan semua ini, bukannya aku risaukan untuk kita yang dah tua ni.



Berubahlah! Atau mengubahlah! Hidup ini sementara untuk kita habiskan semuanya untuk diri kita sahaja. Jika kita tidak membantu sekarang, jangan marahkan dunia bila kita tidak dibantu bila memerlukan nantik. 
Ingat! Dunia bukan semakin baik. Maka sebagai persediaan, tanamlah modal sebanyak-banyaknya dalam saham Allah.

Friday, March 25, 2011

Gila



Semuanya bermula dengan kejahilan. punyalah jahil sampaikan dia tak tau pun yang dia tu wujud. Sampailah ada yang tanya dia, nama dia sapa. Sejak dari itu, semuanya bercambah. Kejahilannya bertukar menjadi kekaguman.

Dalam kekaguman, dia mengekori gerak hatinya. dia ke kiri mengikut nada naluri, atau ke kanan menuruti lembah lojika. Setiap penemuan menambahkan lagi akan kekaguman. Petunjuk di sepanjang jalan, seolah-olah mengarahkan dia ke satu sudut yang belum dapat dikomprominya. Dalam ketertanyaan, dia meneruskan pengembaraan kekagumannya. Semakin lama semakin kagum. Semakin lama semakin dalam.

Apabila ditanya apa yang dikagumkannya, dia tak dapat menggambarkan. Maka dia pun mula belajar untuk cuba menggambarkan kekagumannya. Dia mula mendalami keterujaan dalam pengetahuan dan kefahaman. Maka semakin terbukalah hijab, semakin terasalah kehampiran, semakin bebaslah...

Namun, semakin dia rasa dia faham, setiap kali, pasti kefahaman itu mencambahkan kejahilan-kejahilan baru. sehinggakan ada kalanya penemuan barunya mendedahkan bahwa apa yang dia lakukan selama ini walaupun bukan salah, namun masih belum TEPAT. Tapi kesalahan itu juga adalah satu kekagumannya tersendiri. Dan ia berputar-putar begitu. Maka ini menambahkan lagi akan keka-kekaguman. Begitulah sedikit sebanyaknya...

Dalam kekaguman timbul keasyikan. Kepesonaan. Kelarutan. Dia hilang dalam keasyikannya. Tatkala dia kagum, dia lupa segala-galanya. Mana boleh begitu, kerna dia masih dibaluti dunia. Masanya masih belum tiba. Dan bukanlah si hamba yang taat andai meminta-minta dicepatkan, bahkan pula apa yang tak pasti lagi terbaik untuknya.

Maka ada masanya dia pasti kembali ke sarung duniawinya. Perlu makan, perlu rehat, perlu pengurusan. Tetapi ketagihannya dalam candu sufisma bukanlah sesuatu yang boleh diperbaiki secara klinikal atau psikolojikal. Sufisma ialah soal dia dengan Dia. Biarkan mereka. Kita uruskan saja, mana yang terdaya...

Kerna sampai masa, Dia pasti kembalikan dia kepada kita.
Untuk berkhidmat untuk Nya.

Bukankah ITULAH semua ini?
Mahu menjadi HAMBA?
Mahu kerja?

Thursday, March 3, 2011

Ikhlas


Satu masa dulu, seorang Ustaz mengongsikan pengalamannya di serang heart attack. Klimaks cerita beliau adalah masa beliau terfikir bahawa ajalnya sudah sampai. Beliau mengira-ngira, apakah amalan ikhlas yang nak dibawanya berjumpa TUHAN kita.

Adakah solat-solatnya yang compang camping?
Adakah puasanya yang berlubang-lubang?
Atau adakah sedekahnya setiap Jumaat?

Beliau, sebagai seorang tokoh pembimbing yang dipandang tinggi, sebagai ketua dalam majlis zikir tarekat mingguan kami, sebagai seorang yang berserban dan berjubah ke sana ke mari, TIDAK DAPAT PIKIRKAN SATU AMALAN IKHLAS pun yang layak nak dibawa ke sana nanti. Dan kata-katanya memberikan kesan kepada saya.

......

Sejak dari hari itu, saya dah tak ikut lagi Ustaz tu. Saya lebih sibuk dalam memastikan bahawa dalam seminggu, saya mesti buat sesuatu yang IKHLAS.

Ada ikhlas saya tu masih lagi di tahap mengharapkan faedah duniawi (sedekah memurahkan rezeki)
Ada yang di tahap mengharapkan faedah di akhirat (bacaan Al-Quran, solat sunat, zikir)
Masih belum sampai lagi di tahap tak harapkan apa-apa. Tapi masih belajar lagi nak amalkannya.

Dah dekat 2 tahun dah. Dan selama itu, belum lagi saya jumpa amalan saya yang betul-betul ikhlas:
Kalau niat dah ikhlas, perlaksanaan pulak ada unsur riak.
Kalau niat dan pelaksanaan dah OK, bila dah buat pulak ada ujub.
Dan ada jugak sekali-sekala (setelah sekian lamanya) tercakap amalan tu kat orang (terus habis semua).


.................

Dan semalam, semasa saya sedang menunggu ahliya tercinta pulang dari tempat kerjanya, saya terdengar satu pertelingkahan antara seorang anak dan ibunya. Yang menjadi persoalan kepada saya ialah kenyataan dari ibunya:


"Mak dah jaga kau dari kecik, camni kau balas budi mak?"

...................

(nak kena pergi tanya Ustaz itu kembali, nampaknya...)

Wednesday, February 9, 2011

Supernatural malam tadi...


Kali terakhir satu video berjaya buatkan air mata aku mengalir adalah masa cerita The Pursuit of Happyness lakonan Will Smith. Cerita Supernatural malam tadi sekali lagi. Aku mula terasa sebaknya masa Famine baca isi hati Dean. Dan aku nyaris kantoi masa part akhir yang Dean mintak bantuan dari tuhan.

Dalam hati Dean ada kekecewaan yang teramat sangat. Dia telah diberitahu bahawa tuhan dah tak pedulikan keadaan dunia yang dah semakin huru-hara malahan membiarkan lagi puak malaikat mempercepatkan kiamat sebab dunia dah dipenuhi oleh kejahatan manusia. Dean juga telah diberitahu bahawa dia ditakdirkan akan membunuh Sam satu hari nantik masa Iblis menguasai tubuh Sam. Samlah satu-satunya keluarga yang dia ada selepas kematian bapanya dan kemurungan Bobby (mentornya). Bahkan, Dean dan Sam terus menjadi buruan pihak malaikat dan setan dan ini menyulitkan keadaan di mana mereka ni kerjanya adalah pemburu setan.

Semua keadaan menunjukkan seolah-olah Dean memang takde chan akan selamat. Kalau dia selamat pun, keselamatannya hanya dapat diperolehi setelah dia membunuh Sam. Dan dia tak setuju dengan takdirnya itu. Sebab tulah seboleh-bolehnya Dean taknak Sam gunakan power hitamnya walaupun power itu membantu juga, macam dalam kes malam tadi. Dia taknak Iblis mudah masuk jika Sam selalu gunakan powernya itu.

Namun itu tak menghalang Dean dari terus berusaha. Dan itulah kekuatan cerita ni yang aku suka. Ia mengagungkan ciri 'harapan' yang menjadi tunjang kepada segala apa yang memotivasikan manusia untuk terus berjuang dalam kepalatan hidup ini. Dean takde majik macam Sam.

Cuma katakata Famine, serta apa yang dah Sam lakukan malam tadi telah buatkan Dean goyah. Sungguhpun Dean bukanlah seorang yang beriman kepada tuhan (dalam cerita ni, tuhan dah fedap dan pergi bercuti setelah menetapkan takdir dunia ke arah kiamat), Dean akhirnya kalah juga dan berdoa agar tuhan membantunya. Sebab dalam kes Supernatural season kalini, memang dah takkan ada sapa lagi yang boleh bantu mereka selain tuhan. Castiel pun nampak makin hari makin lawak (Castiel ingatkan aku kepada cerita Harut Marut).

Perjuangan Dean yang nampak seolah-olah semuanya menunjukkan kekalahan itu aku simbolikkan kepada keadaan para pejuang Islam di akhir zaman ini. Pejuang Islam yang sebenar takkan memerangi orang yang jahil. Masalahnya, mereka yang jahil inilah yang banyak direkrut oleh Iblis dan menjadi satu kesedihan untuk melihat mereka yang jahil itu mati tanpa iman dan mendapat kesengsaraan selama-lamanya di neraka. Pejuang sebenar Islam ialah menyelamatkan manusia dari murka Allah (yakni neraka). Bukan dari genggaman pemerintah yang zalim. Atau dari genggaman missionaries yang sebenarnya juga jahil. Tapi macamana nak membalas balingan batu penduduk Thaif dengan doa yang baik? Macamana nak berdiam diri bila masa sujud depan Kaabah, kita dilambakkan dengan perut unta? Semua ini memerlukan kesabaran dan kesabaran itu sebenarnya boleh dicapai melalui latihan yang istiqomah.

Setakat hari ini, aku sering kantoi dengan ujian kesabaran. Tang sabar menahan nafsu satu hal. Part yang aku selalu kantoi adalah part sabar menahan ujian. Aku kantoi dengan bala. Dapat lak jika ia melibatkan orang yang aku sayang (nilai Sam kepada Dean). Cuma bezanya ialah, Dean masih kuat dan aku;






...aku betul-betul perlukan bantuan...


Ya Allah, Ampunilah daku dan terimalah daku kembali...


Aku mahu 'bekerja' semula...

"Mintalah, Nescaya akan Ku Perkenankan..."




Aku teringat satu kisah di mana seorang lelaki kurus berpakaian compang-camping laksana pengemis dengan taat melakukan tawaf disekeliling Kaabah. Bila dah lengkap 7 pusingan, beliau akan berhenti di sekitar Hajarul Aswad dan memandang kepada secebis kertas di tangannya. Kemudian beliau berdoa dan melakukan tawaf lagi. Pada round yang keberapa ntah, beliau tersembam dan terus menemui ajalnya. Orang mengangkat mayatnya keluar dari kawasan masjid tapi seseorang telah terbaca cebisan kertas itu dan di dalamnya tertulis:

"Mintalah, nescaya Allah akan memakbulkannya"

Rupa-rupanya pengemis itu berdoa meminta sedikit makanan untuk keluarganya dan berharap agar tawaf yang dilakukannya akan disukai oleh Allah justeru memakbulkan doanya. Namun beliau pergi dulu sebelum sempat membawa apa-apa makanan untuk keluarganya....


Allah Memang Maha Kuasa, tuan-tuan dan puan-puan. Tapi dunia ini adalah Darul Asbab. Takde orang dalam dunia ni yang dapat Manna Wasalwa atau tumbuhan hidup tanpa matahari. Yang sedihnya, kita yang dah tahu semua ini, langsung tak teringin nak jadi asbab kepada turunnya rahmat Allah ke seluruh alam. Takdelah yang berazam nak jadikan maksud hidupnya untuk berkhidmat dan mengongsikan segala kebaikan yang Allah dah berikan pada mereka (yakni iman) kepada yang memerlukan.

Apatah lagi nak mendermakan harta atau masa. Balik-balik geleng kepala pada budak mintak sedekah. Balik-balik hantar spy Jakim follow budakbudak Tahfiz yang 'berlatih skil keusahawanan' tu balik ke madrasah.

Maka, marilah kita menjadikan diri kita ini sebagai asbab agar lebih ramai lagi manusia dalam dunia ini yang ingat kembali bahawa Allah Maha Mendengar dan Allah perkenankan doa mereka yang meminta-minta pada Nya...

Tuesday, December 28, 2010

Cerita Akhir Tahun


Di satu sudut, kelihatan seorang lelaki menyembah-nyembah seorang kaki tarik kereta daripada menunda kereta buruknya kerana dah 3 bulan tak bayar. Dia merayu agar diberi tangguh setengah hari lagi untuk mendapatkan wang kerana dua tiga menjak ini keadaan terdesak dan anak bininya jatuh sakit. Tanpa kereta, susahlah dia nak bawa anak isterinya ke rumah mak mentua setiap kali dia nak pergi kerja.

Di bawah sebatang pohon di tengah padang di sebuah kawasan perumahan, kelihatan tiga beradik sedang berehat dari pancaran matahari tengahari yang terik. Masing-masing mengandang beg galas mereka, cuba menjual barang-barang cenderamata yang dibeli dari Maideen kepada penduduk setempat. Mereka tak ke sekolah hari ini kerana membantu bapa mereka mencari wang nak beli susu untuk adik mereka yang sakit di rumah nenek mereka di kampung.

Di dalam sebuah rumah, kedengaran tangis esak seorang ibu tua yang setia mendoakan kesejahteraan anak-anaknya. Dalam fikirannya, anak-anaknya sedang sibuk menguruskan hal rumahtangga mereka di dalam dunia duit itu, duit ini. Bahkan si ibu tak pernah pun memberitahu bahawa hayatnya sudah hampir dek penyakit kronik yang tidak diubati atau diberitahu kepada sesiapa kerana dia tak mahu menyusahkan anak-anaknya (yang sentiasa tak berduit). Dia tak mahu mengadu kerana nak jaga air muka anak-anaknya yang belajar tinggi-tinggi belaka. Mereka semua bekerja di syarikat besar tapi tak seorang pun yang punyai masa untuk diri mereka sendiri, walhal untuk ibu 'yang dikasihi'...

Di satu sudut yang lain, kelihatan seorang pelajar universiti lelaki sedang sugul termenung dalam dilema. Dia sedang mengira-ngira untuk melakukan sesuatu yang tak pernah terpikir olehnya selama ini demi keterusan dia dan adik-adiknya yang memerlukan wang untuk pelajaran mereka. Ibu bapanya tak berduit. Hutangnya dengan kengkawan juga dah bertimbun. Kemudian datang sebuah kereta mewah dan pelajar itu masuk ke dalam sambil disambut dengan peluk cium si Datin Horny.

Di tengah-tengah kegelapan malam, kelihatan seorang perempuan Melayu berkemas-kemas sesudah memuaskan nafsu seorang lelaki tua. Dia mengambil upahnya dan kembali ke rumahnya. Di rumah, kelihatan beberapa orang anak kecil yang tidur bergelimpangan di ruang tamu. Si perempuan mengejut mereka dan mereka semua bangun dan makan juadah yang di bawa pulang oleh si perempuan. Si perempuan tak makan. Dia hanya melihat dengan linangan air mata.

Di dalam sebuah pejabat setiap kali akhir tahun, tuan Pengarah sedang mengadakan mesyuarat tergempar tentang cara nak habiskan duit peruntukan yang ada lebih lagi 50ribu. Tahun lepas dia dibambu oleh SetiaUsaha kerana tak habiskan duit maka tahun ini dia tak nak dibambu lagi. Mereka sepejabat sepakat nak mengadakan seminar kat Genting selama 3 hari dua malam tapi tak boleh bawak keluarga sebab takmau bocor rahsia.


Siapa yang mahu tahu? Di saat hati semakin membatu.
Kerana semuanya sibuk dengan lazer dan celah dada Jupe.
Dan sekumpulan lelaki tak tutup aurat mengejar bola yang sebiji.

Monday, December 27, 2010

PAS for all

Aku baru balik. Dan banyak benda yang aku tak suka dah berlaku kat negara dan bangsa aku ni. Masa aku kat sana aku tak ambik tau sangat walaupun ada orang dok bukak RTM3 pakai henpon. Aku cuba lari dari semua ni sebab aku dalam latihan. Sekarang aku dah balik dan aku rasa menyampah dan rasa macam nak sambung latihan lagi. Tapi tak guna sebab niat dah lari.

Di satu sudut, keadaan politik bangsaku semakin kelakar. Dunia semakin diambang inflasi dengan kenaikan kadar dan magnitud jenayah, serta pelbagai bencana alam yang perlu diuruskan. Tetapi para penguasa dalam negaraku sibuk gaduh pasal adab mesyuarat, pasal tak puas hati sampai berpecah belah, dan tak kurang juga yang sibuk buat tahapa-hapa demi menyelamatkan keadaan spiritual masyarakat Malaysia yang semakin membimbangkan. Yang rakyat pulak semakin suka mempersoalkan dari kekal dalam barisan (bukan barisan nasional), lebih suka mengkritik daripada turut serta, dan ditengah-tengah semua kehuru-haraan, masih ada yang sempat menangguk diair keruh dengan mengambil untung. Maka makin kuatlah pendapatku mengatakan bahawa semua Melayu kena masuk PAS, dan yang dalam PAS, berperangai macam orang Islam.

PAS ajer yang padaku yang memperjuangkan tertegaknya hukum Islam di Malaysia. Dan padaku hukum Islam itu indah. Kita semua tak indah sebab kita belum Islam lagi. Kita mungkin muslim. Tapi belum mukmin. Islam itu ialah agama. Kita ni hanyalah bangsa manusia. Tapi mengatakan kita bukan Islam itu pula salah. Maka sapa yang tahu dia belum Islam, dan mahukan Islam, maka masuklah PAS. Dan bila dah PAS, belajarlah apa itu Islam. Maknanya, yang masuk PAS tak semestinya orang Islam atau Melayu saja.

Dan orang PAS pula sepatutnya sedar, bila awak mengaku PAS dan mahu dikenali sebagai PAS, awak kena bercakap, berperangai dan berpakaian macam orang Islam. Jaga mulut dan jaga akhlak. Tugasnya lagi berat dari jadi mamat tabligh yang sekadar belajar cakap-cakap. Jadi pejuang politik hanyalah untuk orang yang dah sampai tahap ikhlas saja. Sebab mereka berkhidmat untuk negara. Aku tak sanggup. Aku sekadar mengundi ajer.

Orang akan kata aku berpikiran sempit. Aku jumud. Aku ekstrimis. Aku cuma aku. Seorang Melayu yang tak guna. Tapi aku mahukan perubahan.

Perubahan dari aku yang muslim kepada mukmin.

Perubahan daripada perpecahan kesekularan kepada perpaduan akan ketauhidan.

Dan menurut pandanganku yang terbatas ini, yang ada cuma PAS.

Aku suka apa yang PAS buat kat Kelantan kerana maju padaku bukanlah kebendaan. Aku tahu dunia ini sementara dan akhirat itu abadan abada, tapi dalam peperangan di dunia demokrasi, undi aku itu adalah senjata. Dan aku menyeru kepada golongan majoriti Malaysia, bersatulah di bawah PAS.

Cukuplah dengan main-main setakat hari ini.

Wednesday, December 22, 2010

Motivasi Pagi di Radio IKIM

Gambar ni ada nasihat yang bagus. Tapi camana nak melaksanakannya?

Pagi tadi semasa menghantar ahliyaku ke tempat kerja, kami mendengar radio IKIM, rancangan Motivasi Pagi, macam biasa. Dan kepada yang tak biasa, rancangan ini menjemput para motivator untuk memberikan ransangan selama 15 minit agar para pendengar termotivasi untuk meneruskan hidup atau bekerja untuk hari ini.

Radio IKIM ni semakin popular kerana banyak rancangan yang dipaparkan dalam slotnya yang ilmiah dan bagus untuk rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Disamping itu juga IKIM.FM merupakan escapisme daripada stesen radio yang lain yang lebih menumpukan kepada konsep hiburan. Aku sokong radio ni dan setiap bulan Ramadhan, semua channel radio dalam kereta aku akan aku tune ke arah IKIM.

Tapi motivator pagi tadi betul-betul buatkan aku termotivasi nak mengomen.

Hari ini beliau menceritakan pasal jangan jadi malas dengan kaedah meletakkan 'harapan' dan 'tahap penerimaan' dalam berusaha. Cuma contoh-contoh yang dia paparkan, ikon yang dia jadikan sandaran dalam hujahnya, takde sorang pun yang Islam. Donald Trump, Bill Gates dan Barack Obama. Pada aku, Donald Trump hanyalah seorang yang got lucky. Bill Gates pulak padaku ialah seorang manipulator yang telah menyedut segala kelebihan Steve Jobs. Barack Obama pulak dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi sebab dari kecik lagi dia dah bercita-cita nak jadi Presiden Amerika. Pada aku, mamat motivator tu lebih menumpukan konsep 'berjaya' nya kepada kejayaan dalam dunia. Takde sorang pun Sahabat atau Ulama lama atau pejuang Islam yang di promonya.

Ini pula pandangan aku.

Sebagai seorang Islam, kita diajar untuk beriman. Percaya kepada konsep kehidupan selepas mati. Percaya bahaya perjalanan kita setelah kita diciptakan, tidak terhad kepada kehidupan di atas muka bumi saja. Baginda SAW diutuskan untuk membawa fikir risau manusia dari dunia yang sempit kepada akhirat yang luas. Kenapa?

Ingat lagi tak zaman kita ambik UPSR? PAda masa tu, exam UPSR itulah masalah paling besar dalam hidup kita. Kemudian, masa kita nak kena ambik PMR/SRP pulak, exam itulah masalah yang paling besar dalam hidup kita. Samalah juga masa nak ambik SPM. Dan masa kita ambik SPM, PMR tu dah rasa cam cikai jer. Dah rasa macam senang dan takde hal ajer. Kat sini kita lihat, masalah duniawi kita yang satu masa dulu kita rasa paling besar, sebenarnya taklah sebesar mana pun setelah kita melihatnya dari luar.

Bila tujuan hidup berkisar hanya dengan kehidupan dunia, maka kita rasa itulah masalah kita yang paling besar. Nak cari rezeki, nak bina keluarga. Nak buat retirement plan. Maka fikir risau dan masa kita akan banyak tertumpu kepada 'masalah besar' itu. Tapi bila masalah besar itu kita sandarkan kepada kehidupan akhirat, maka masalah duniawi ini tak akan memberi kesan kepada kita. Barulah betul konsep 'dunia ini hanyalah gurauan' yang selalu kita dengar dari budak-budak tabligh. Dengan cara ini, bila kita berdepan dengan masalah dalam hidup kita, kita tak kalut. Kita tak panik. Dan otak yang berfikir mencari solusi akan menghasilkan solusi yang lebih baik jika otak itu berada dalam keadaan tenang.

Dan aku rasa, ramai orang Islam tahu bahawa meletakkan harapan kepada makhluk atau kejayaan di dunia, hanya akan membawa kepada kekecewaan dan kekosongan. Berada di tempat kekuasaan bukan berjaya. Kaya bukan berjaya. Tetapi mendapat keredhaan Allah itulah kejayaan. Mendapat kata-kata yang baik setelah mati itulah tanda berjaya. Donalad Trump yang terrer dalam deal itu pun kena fired kat bini dia. Berjaya kebendanya?

Aku taktaulah sama ada mamat motivator tu tersalah pilih ikon atau apa. Tapi kita di sebelah sini, yang susah payah nak larikan anak-anak kita dari mengidolakan otromen atau Bill Gates kepada mengidolakan para Nabi dan Sahabat, amatlah terasa dengan hujah yang diketengahkannya. Kerana anak-anak akan mepersoalkan keadaan hidup para sahabat yang serba kekurangan dari sudut duniawinya. Macam Abu Bakar r.a dan Khadijah yang wafat dalam keadaan miskin sedangkan mereka sebelum Islam adalah kaya raya. Macam Ali dan Umar yang mati dibunuh sedangkan semua tahu dua sahabat ini adalah pejuang yang bengis dalam mempertahankan agama Islam.

Aku tak suka dengan motivator pagi tadi. Dan aku risaukan apa dah jadi kepada budak-budak yang telah dimotivasikannya selama ini. Mungkin aku yang salah faham. Mungkin sambal nasi lemak pagi tadi pedas sangat. Tapi yang pasti, Radio Institut Kefahaman ISLAM Malaysia kena check sapa yang mereka jemput sebagai penceramah agar KEFAHAMAN orang Islam tak lari. Jangan main sebat ajer.

Monday, December 20, 2010

Tabligh-Leak#103: Jemaah Tabligh di Malaysia




Walaupun aktivi tabligh telah lama bertapak di Malaysia, salah faham tentang apa sebenarnya 'jemaah tabligh' itu masih lagi wujud. Walaupun jemaah berduyun-duyun dikeluarkan dari Malaysia ke serata alam, orang MELAYU sendiri masih ramai yang melabelkan jemaah tabligh sekadar sebagai tin kosong. Ada yang mempersoalkan kesahihan sanad tarekat tabligh ini. Ramai juga yang melabelkan mereka sebagai wannabe.

Semua orang tahu jemaah tabligh menggunakan konsep dakwah dalam usaha mereka. Namun, menurut pemerhatian penulis, NIAT dalam melakukan dakwah dalam tabligh bukanlah untuk mengajar. Ia lebih kepada menyampaikan dengan harapan orang yang menyampaikan mendapat faedah dari apa yang disampaikannya. Serupa juga dengan jemaah tarekat lain yang menggunakan konsep zikir dalam amalan mereka. Zikir mereka itu, walaupun sama iaitu kalimah laa eelaa ha illallah, namun khasiatnya berlainan, bergantung kepada apa niat si penzikir. Ada yang zikir untuk bersihkan hati. Ada yang zikir untuk naikkan darjat. samalah dengan konsep dakwah yang digunakan dalam jemaah tabligh. Dan sesiapa ahli jemaah yang tak jaga niat, pasti dan pasti akan kena uji. Kalau tak on the spot, mesti kena jugak on the later spot. Betul tak?

Dan semua orang juga tahu, jemaah tabligh terdiri dari pelbagai jenis manusia dari pelbagai lapisan masyarakat. Ada student, ada tok sheikh. Malah di Malaysia, tak kurang ajar jika dikatakan, kebanyakan mereka yang Josh dalam usaha adalah mereka yang ada sejarah hitam. Ada yang matpet, kaki pukul, walhal orang yang terang-terang anti dengan tabligh itu sendiri. Dan akibat dari ini, jemaah ini dipandang hina ketika mereka berkata-kata dengan golongan jawatankuasa masjid tempat mereka diputuskan. Kredibiliti mereka akan dipersoal dan pengetahuan mereka diuji-uji. Dapat pulak mamat tabligh pun kengkadang tersalah cakap (maklumlah, masih baru belajar) dan kesalahcakapan itulah yang akan menjadi point yang diulang-ulang selama bertahun-tahun oleh si pembenci.
Ahli jemaah takboleh menyalak dengan pandangan atau kritikan orang terhadap mereka kerana INIlah MUJAHADAH yang dok disebut-sebut oleh para maulana dan awwalin. Ahli jemaah kena melihat ke dalam dan mencari kelemahan diri setelah mendengar komen orang tadi. Ahli jemaah kena ingat semula mujahadah Baginda SAW dan para sahabat ketika berdakwah di Makkah. Dan serangan mental ini, tak terhad untuk yang datang dari luar saja. Lebih dahsyat lagi serangan yang datang dari anak bini, keluarga serta jiran-jiran. Dan untuk ini, ahli jemaah dinasihatkan agar membuat persediaan yang secukupnya, dunia dan akhirat setelah mengambil keputusan untuk terlibat dalam tarekat ini.

Jangan campakkan dirimu dalam kebinasaan. Kalau dah tau awak tu tak tahan kalau takde duit, jangan sedekah SEMUA ke jalan Allah (dah tu bila sesak, nak claim balik. Tadi kata ikhlas untuk Allah?) Kalau dah tahu awak nak keluar 40 hari, siapkan keperluan untuk anakbini secukupnya sebelum keluar. Jangan tertipu dengan setan. Jangan tertipu dengan api fanak yang meng Joshkan diri ketika ditasykil. Allah memang Maha Kuasa, tapi kita ni makam asbab maka kenalah BUAT asbab untuk dapatkan keizinan Nya. Ketahuilah TAHAP imanmu. Dan untuk mengetahuinya, carilah guru. Bermesyuaratlah dengan orang yang berpengalaman.

Dan kepada mereka yang diluar sana, yang masih skeptik dengan jemaah ini, jangan cepat menghukum. Jemaah tabligh YANG DIMESYUARATKAN adalah OK. Diorang bukanlah digerakkan untuk menghukum sesapa murtad atau kapir atau munafik. Mereka hanyalah penyampai. Jika nak tunggu korang semua datang masjid dan dengar ceramah, alamat cepatlah kiamat. Mereka ni semua melalui jalan yang ketat ini, meletakkan diri mereka di ambang neraka kerana nak menyampaikan sesuatu yang berharga kepada tuan-tuan semua:


Apa dia?


Kalau nak tau, joinlah mereka.



Sunday, December 19, 2010

Tabligh-leak: Artikel yang dicensoredkan: Liberalisasi Islam di Malaysia


Satu masa dulu, berborak pasal agama di kedai kopi atau di tempat-tempat yang selain masjid atau surau menunjukkan kecetekan adab seseorang terhadap sesuatu yang dikatakan suci. Namun semua itu telah berubah sejak terletusnya era teknologi maklumat di mana tahap pemahaman dan keluasan pemandangan orang Islam Malaysia terhadap penghayatan Islam semakin berkembang. Perbincangan tentang hukum-hakam Islam tidak lagi terbatas kepada golongan ustaz dan penceramah agama, dan ini secara tidak langsung mempengaruhi corak lanskap agama Islam itu sendiri di negara ini.

Ini melembutkan hati masyarakat Islam Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan ketegasan mereka dalam mempertahankan pengamalan kesufian, untuk lebih menerima konsep kesederhanaan dalam penghayatan Islam. Kalau dulu, main gitar sambil menyebut-nyebut nama Allah dalam sebuah LAGU adalah satu penghinaan terhadap Islam, orang yang tak salam lepas solat itu adalah sombong, atau solat tak pakai kain sarung atau baju melayu itu kurang sempurna. Kini, seorang ustaz yang kelakar lebih benar dari ustaz yang takwa, lelaki pakai seluar paras kepala lutut itu adalah takper, dan tauhid itu hanyalah a state of mind.

Era 'Age of Reason' yang sepatutnya membuatkan manusia lebih teknikal terhadap kehidupan seharian serta realiti alam ini, hanya membuatkan orang Islam Malaysia semakin terkebelakang dalam pemahamannya.

Peningkatan golongan akademik serta theorist juga ada sumbangan signifikannya dalam hal ini. Ini kerana dalam dunia kapitalisme, bahan bukti itu lebih sah dalam mahkamah dari katakata seorang yang memang terkenal akan kewarakannya. Bahkan budak yang ada degree lagi laku hujahnya dari seorang pakcik yang dah buat benda ni sejak tak pass SRP. Segala benda dipikir dan dianalisa secara lojik, sehinggakan mamat tabligh terpaksa beri penjelasan saintifik akan kelebihan sesuatu sunnah itu untuk meyakinkan sipendengar untuk sama-sama menghidupkan suasana sunnah.

Akibat buruk dari semua yang diatas ialah perpecahan ummat Islam Malaysia kepada 'yang betul' (syarak) di satu pihak dan 'yang lebih betul' (warak) di satu pihak yang lain. Semua ada pandangan masing-masing, dan masing-masing mempertahankan kebenaran pendapat sendiri. Peliknya, orang yang paling mahu pandangannya itu diterima, tak boleh pula berbuat perkara yang sama bila orang lain memberi pandangan terhadap pemandangannya tadi. Dan perpecahan ini memecahbelahkan lagi bangsa Melayu (yang merupakan majoriti dan majoritinya Islam) kepada pelbagai kepingan umpama sekeping cermin yang pecah. Dan semakin kecil kepingan itu, maka semakin kuranglah power pantulannya memancarkan keindahan cahaya Islam kerana orang Islam memang tak lekang dijadikan ukuran akan keindahan agama Islam.

"Angah nak mulakan trend baru berjilbab"
Akibat yang ingin ditekankan ialah kesan berantai dari pemahaman liberal ini terhadap penghayatan agama dan spiritualiti anak-anak yang bakal mewarisi dunia. Mereka akan memandang rendah akan ketinggian dan kesucian akhlak dan bersifat narsisistik dalam pendapat mereka. Mereka kononnya bersifat terbuka kepada anak-anak mereka pula kerana percaya anak-anak itu adalah manusia yang punyai hak yang sama seperti mereka. Mereka akan tunduk kepada konsep 'bebas selepas berumur 18' dan tak berhak menghalang sesiapa dalam bersuara, hidup atau beragama. Bahkan, mereka yang mungkin berpengalaman buruk akibat pertembungan dengan orang lain, dengan SENGAJA menyebelahi pihak yang SALAH, sedangkan dalam dirinya tahu, mana yang baik dan mana yang tidak baik. Dan hasilnya, kejujuran dan kebaikan itu hanyalah teori dan mereka yang bangga dengan dosa dan kejahilannya pula dianggap sebagai seorang yang jujur dan tidak hipokrit. Bila generasi muda telah rosak, maka keluarga serta negara itu sedang menuju ke arah kehancuran. Tambahan pula yang tua semakin dah tak berdaya.

Oleh itu, diharapkan agar semua pihak tampil ke saf hadapan untuk turut serta dalam perjuangan menyelamatkan negara ini. Dan semua boleh lakukannya dengan kembali menerapkan unsur-unsur agama dalam kehiduapan sendiri, masyarakat serta keluarga.

Wednesday, December 8, 2010

Politik Oh Politik

PRU semakin hampir. Semua pihak dah mula memperkemaskan barisan. Tapi aku dan rakyat yang lain, masih main kejar-kejar. Masih tenggelam dalam kemarahan sebab orang lain dapat lebih. Masih keliru dalam peperangan yang bukan perjuanganku.

Boleh ke aku tak peduli? Boleh ke aku melarikan diri? Sebab apa jua alasanku, Pilihanraya TETAP akan berlaku. Dan andainya MEREKA yang menang, dan anak keturunanku semakin jauh dari Nya akibat kekalahan itu, maka bagaimana nak aku bagi alasan nantik? Dahlah berdakwah pun malas. Nak beramal apatah lagi. Bila diajak mengundi pulak, aku mencarut-carut dan buat gambar smiley di atas kertas undi. Matangkah aku? BETUL ke tindakan ku?

Sekiranya pun aku membenci pada mereka yang berada di atas, apa pilihan yang aku ada? Puak yang satu lagi terdiri dari pihak yang NYATA-NYATA pengamal kronisme. Kalau orang yang mengatakan TIDAK KEPADA KRONISME pun melakukannya, apa harapanku kepada mereka yang ahli parti tertinggi terdiri dari anak bininya? Adakah aku memilih mereka kerana keBENCIanku kepada yang sekarang? Adakah aku memilih sebab aku terikut-ikut dengan PERASAAN? Atau, adakah aku memilih kerana aku mahukan perubahan? Bagaimana jika perubahan itu hanya mengundang pembaziran? Mampukah aku menanggung risikonya, kerana dalam keadaan sekarang pun, aku takde apa?

Sapa yang menang pun, aku tau, nasib rakyat hina macam aku takkan berubah. Takde sapa yang peduli jika keluarga kecilku dihalau kerana takde duit nak bayar sewa. Takde sapa yang nak percaya jika aku katakan aku tak dapat bayar cukai kerana nak rolling bayar duit pinjaman pendidikanku dan makan anak biniku. Takde sapa yang nak bantu pun kiranya aku mengadu pada Baitulmal. Aku hanya akan disorongkan dengan borang demi borang demi borang sampai staminaku tenggelam dek kelaparan.

Negaraku semakin menjadi hutan kapitalis. Inflasi memaksa mereka yang keliru menjadi semakin trajis. Tak siapa yang pedulikan suara si ibu yang menangis. Tak siapa yang nak memujuk anak kecil yang mengemis. Semua orang sibuk terkais-kais. Dan sejemput kerak yang kami dapat, ditagih pula oleh si buncit nak buat rolling main najis.

Jalan ikhtiar manakah yang patut aku lalui? Bagaimanakah lagi nak ku banting tulang reputku ini? Bahkan, pada saat doa paling mustajab setiap minggu itupun, kami dipaksa mendoakan mereka yang tak pernah ambil peduli...

Seandainya ini semua bukan satu kezaliman, sesungguhnya aku terasa aku sedang dianiaya. Dan dengan kemakbulan ini, aku doakan agar Tuhan, mengampunkan aku, keluargaku, dan mereka semua...

Monday, December 6, 2010

Kasih Sayang


Dah pukul tiga setengah pagi. Mata mengantuk. Nak kena bangun awal, esok. Tapi hatiku tak tenteram kerana anak sulungku dijangkiti batuk. Dan selsema. Akibat batukannya, anak keduaku juga terjaga. Dan mereka berganti-ganti merengek, sampaikan ahliyaku dan aku naik lembik.

Setelah mereka reda, sambil menggosokgosok belakang anak-anakku, aku termenung.
Agaknya beginilah keadaan aku.

Masa sihat, aku main tak ingat dunia. Panjat sini. Lompat sana. Bila time makan, aku nak makan dan minum cam orang dewasa. Nak makan yang pedas pedas. Bila lidah dah terbakar, nak minum air sejuk pula. Aku teguk sampai habis. Kemudian, belum sempat cuci mulut, aku terus keluar rumah sambung bermain.

Bila time makan ubat, aku liat. Ubat yang dipaksa masuk, aku luahkan semula sehingga menyusahkan ummiku mengelap lantai yang baru dimopnya. Mengotorkan baju yang baru disarungkan padaku. Dan bila tukar baju baru, aku takmau baju lengan panjang. Aku nak pakai yang lengan pendek sebab aku tak suka panas-panas masa tidor. Kalau boleh, aku nak tidor tak berbaju cam Abi.

Dan bila time tidorku terganggu dek ketidaksedapan badanku, aku merengek-rengek. Pernafasanku tersekat sebab hidungku tersumbat. Tapi jemari dan tangan yang nak menyapu hingusku ku tepis dan aku bergolek ke hujung katil melarikan diri. Dan bila bahagian ini hilang sejuknya, aku merengek dan bergolek lagi ke bahagian yang lain pula.

Kesian Abi dan Ummi yang menjagaku. Begitu sabar dan gigih mereka memastikan aku dapat tidur lena, sedangkan selsema dan batuk itu, berpunca dari kedegilanku mematuhi larangan.

.
.
.


Aku berharap si Dia, Yang Menjagaku selama ini, mengampunkan ku. Kerana aku tahu. Dia lebih sayangkanku. Lebih dari kasih sayangku terhadap anak-anakku...


Selamat Tahun Baru.

Wednesday, December 1, 2010

Penderaan






Aku suka dengan iklan kempen penderaan kanak-kanak yang ditayangkan kat satu channel TV tu. Alaaa..yang katun tu..Aku dah tengok yang penderaan seksual dan yang budak kena sebat ngan tali pinggang tu. Presentation nya sangat bagus dan direct. Aku harap mesejnya sampai kepada semua..

Sebelum aku mengarut, aku nak nyatakan bahawa aku SOKONG kempen ini. Punyalah sokong sampaikan akak operator teledera tu dah naik skizo sebab melayan panggilan dari aku setiap kali aku saiko tengok bebudak kecik kena marah atau kena rotan kat mana-mana...

Tapi kat sini, aku nak stress kan satu lagi bentuk penderaan yang kurang diambil perhatian, terutamanya dalam Malaysia ni. Deraan yang aku maksudkan ialah deraan mental.
Dan bukan. Deraan mental yang aku maksudkan bukanlah tindakan seorang parents yang memalukan anak lelakinya dengan memarahinya di depan kengkawannya. Atau kisah bebudak bunuh diri sebab makbapak diorang push diorang agar dapat markah yang baik dalam peksa. Deraan camni semua orang dah tau. Deraan yang aku maksudkan ialah kes penceraian.

Sapa tak tahu bahawa mangsa utama dalam sebuah penceraian ialah anak-anak?  Sapa yang tak tahu bahawa kasih sayang yang dicurahkan pada ANAK TIRI tak sama dengan yang dicurahkan kepada anak sendiri? Bahkan, semua orang tak heran kalau penjenayah seksual atau perompak brutal yang ditangkap saban hari di dalam dunia ini datangnya dari keluarga yang bercerai berai..
Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang hancur, besar kemungkinanya untuk terdedah kepada masalah sahsiah, akhlak atau psikologi. Tapi mereka tak menampakkan ciri-ciri permasalahan ini semasa mereka kecil sebab mereka kena pergi sekolah dan memang sifat budak-budak suka main-main. Tapi semakin mereka membesar, impact penceraian itu akan mula terasa. Dapatlak dalam dunia kapitalisme dan inflasi sekarang ni yang menggalakkan sifat individualistik dalam diri masyarakat. Orang yang datang dari keluarga bahagia pun boleh skizo

Sebab penderaan fizikal, kita boleh nampak lebam atau parutnya. Maka kita boleh gunakan laporan doktor untuk mendakwa si penderanya. Tapi dalam kes deraan mental yang diakibatkan oleh penceraian, amat susah kita nak cari buktinya. Dapatlak effect buruk penceraian itu, bukanlah nampak direct macam yang kita terangkan di atas tadi. Ia akan memakan psikologi anak-anak secara perlahan macam anai-anai yang hidup dalam dinding atau lantai rumah kita. Sedar, sedar, dinding berlubang atau lantai dah runtuh jer...

Oleh itu, aku sarankan agar kempen penderaan ini mengambil kira juga bab kes penceraian. Sebab aku amat risau sebab kes penceraian itu amatlah tinggi dalam bangsa aku. Aku risaukan nasib anak-anak yang menjadi mangsa, ni. Aku tak mahu generasi Malaysia ini pada satu hari nanti terdiri daripada pendendam atau golongan yang bencikan institusi rumahtangga. Atau anak-anak yang bencikan mak bapak. Sebab kes penderaan sebegini punyai chain reaction yang berlanjutan. Dan akibatnya, bukan kepada anak itu sendiri saja, bahkan kepada cucu, cicit ataupun jiran budak yang bermasalah itu.

Kat Malaysia ada beribu-ribu TIME BOMB akibat deraan mental yang sebegini. Dan tak hairanlah magnitud jenayah yang dilakukan dalam negara ini (dan di dunia) semakin besar dan brutal. Sebabnya semakin ramai yang tak tahu apa itu KASIH SAYANG. Sebab mereka tak pernah di kasihi atau disayangi.

Tuesday, November 30, 2010

Hipnotisma ala payobosa2

sambungan dari sini

Pendek kata, blog ini menganjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka MENGUBAH PEPATAH itu kepada 'Teguk yang jernih, tinggalkan yang keruh'. Pendekatan ini diharapkan agar mengubah masyarakat Malaysia agar lebih memandang kebaikan daripada bersifat over-critical terhadap perbuatan orang lain. Pernyataan ini secara subliminalnya mengatakan bahawa kami menyokong dengan katakata kerajaan ke arah kesederhanaan dan toleransi (dalam hal keharmonian kaum, yakni interaksi antara manusia seperti yang kita katakan dimula artikel)

Secara lojikanya juga, kita akan hanya fokus pada air teh yang nak diteguk, sambil memaintain dan mengimbangi jemari akibat gelas yang panas, serta memastikan mendak teh kekal di bawah permukaan hirupan kita. Ini ialah hujah dari sudut jika kita samakan pepatah itu dalam perihal meminum minuman teh yang panas.

Kerana di waktu huru hara di akhir zaman ini, kita kaum manusia tak usah membuang masa dengan bercakaran dan menuding jari akibat tahi ayam  di lantai rumah jiran, daripada memfokuskan kepada menjaga pintu rumah atau memastikan ayam kita tak masuk rumah orang dan berak sesuka hati. Kita kena tak kisah sangat dengan kelemahan saudara kita, dan menumpukan kepada eksploitasi akan kelebihannya. Kerana kita hanya ada kita. Kita tak dapat nak berada di Padang Besar, Perlis dan di Tambak Johor, Johor pada masa yang sama. Kita kena BERSEDIA. Oleh yang demikian, lebih baik kita rakyat Malaysia TEGUK AJER YANG JERNIH, TINGGALKAN YANG KERUH duludulu tu dan berpadu tenaga demi menghalang tsunami, gempa bumi, banjir, inflasi, dan EVIL yang semakin menunjukkan taringnya...

"Haduiii...Poning kopalo den..." kata brader bus stand.

Sunday, November 28, 2010

Hipnotisma ala payobosa:

Ambil yang jernih, sebelah-matakan yang keruh.

Kita mula dengan mem-project kan pepatah ini ke arah hal-hal berkaitan hubungan antara manusia. Dan tidak. Pepatah yang menjadi tajuk itu tidak salah. Memang sengaja point positif dan negatif itu diterbalikkan, serta yang negatif di lembutkan. Sebab bukan semua salah ejer otu typo. Bukan semua kelemahan menamsil itu merupakan ISIK yang minta dikomen. Atau, bukan semua 'salah cakap' itu adalah tak disengajakan.

Bila kita mula dengan 'membuang yang keruh';, secara subliminalnya, kita menganggap 'semua yang masuk' itu bercampurbaur antara yang bermanfaat dengan yang tidak. Maka kita kena bijak menilai segala pemerhatian kita terhadap apa yang berlaku dalam alam ini; sama ada yang berlaku terhadap kita atau yang takde kena mengena dengan kita, dan berupaya mengenalpasti teladan yang buruk dengan teladan yang baik. Bila dah kenal, pepatah asal menganjurkan kita fokus dulu pada 'jangan ikut yang tak baik' daripada mengambil manfaat dari yang 'baik-baik' saja. Akibatnya, kita membuang masa mencari kesalahan. Atau menjadi kritikal serta terlebih sensitif pada masa yang tak perlu. Dahlah susah payah nak melihat 'hikmah' dalam lempang yang hinggap di pipi, ni nak berupaya untuk berazam-untuk-tidak-menggunakan-kekerasan-sebagai-'solution'-dalam-kehidupan-kita-pada-masa-akan-datang, pulak. Dapatlak lanskap kehidupan akhir zaman; kejadian melempang atau dilempang itu berlaku kepada kita atau orang lain, hampir setiap jam dalam setiap hari. Macamanalah kita tak asyik melihat SEMUANYA dengan mata skeptikkkkkkkkkkkkkkkkkk ajer?

Hahaha. Cukup la tu. Aku pun dah pening.

bersambung ke SINI

Thursday, November 25, 2010

RTM tetap TOONGGOOOLLL


Adakah duit cukai yang aku bayar itu digunakan untuk membiayai RTM? Aku anggap jawapannya 'ya'. Maka aku menuntut hakku agar rancangan di RTM di hapahapa kan sebab sekarang ni, RTM tu tahapahapa.

Aku paham, sebuah negara yang majmuk memerlukan agen penyebar maklumat seperti suratkabar, radio dan televisyen. Ini penting untuk align expectation antara pemimpin kepada para rakyat yang berbilang kaum dan tahap pendidikan. Ia juga penting dalam menyampaikan pengumuman rasmi kerajaan dan berita terkini dalam dan luar negara, dari sudut pandangan kerajaan. Jadi kita faham kenapa Utusan dan RTM itu wujud. Aku malas nak ulang sejarah penubuhannya sebab aku malas nak cari.

Dan laksana jabatan lain dalam sebuah kerajaan Najib, mereka juga perlu ada KPI. Selain meletakkan Key Performance Indicator mereka sebagai penyampai, patutnya Jabatan Prestasi Negara (ada, ke?) perlu juga menyukat kepuasan penonton dan peratus penembusan maklumat ke dalam lapisan masyarakat. Tak guna kita buat sebuah channel TV kalau ia hanya ditonton oleh satu kelompok usia atau takde sapa yang komen sama ada penyampaian mesej kerajaan tadi meng indoktrinasi atau tidak. Atau asyik menyiarkan cerita yang tahapahapa. Pendek kata, aku kena tahu, pelaburan aku dalam RTM ada buy back atau tidak

Dalam bahasa pasarnya, aku mahu RTM menyediakan rancangan yang lebih bermutu. RTM2 pernah boom dengan siri Dexter, Eli Stone, atau cerita kungfu cina, satu masa dulu. RTM1 pulak pernah boom masa dia siarkan National Geographic waktu maghrib, dulu. Tapi prestasi ini seolah-olah tidak dijaga. Inikah contoh sebuah badan yang mewakili kerajaan dalam hal media dan hiburan rakyat?

Satusatu benda yang boleh harap ialah siri Forum Perdana. Aku sampai naik saiko dengan suara Farid Ismeth Emir dan rambut mulletnya dalam Dunia Jam 10. Hindustan dan cerita Tamil hujung minggu pun dah tak bermutu.

Dan kini, akhirnya kerajaan telah buat hubungan dengan TV3. Sebab RTM tak berguna. Baik pindahkan ajer Sri Pentas tu ke Angkasapuri. Selama ni pun, orang yang dah nak tua kat TV3, memang akan ke RTM sebab nakkan pencen.


Kalau aku jadi Pengarah RTM lah, aku jamin; mat rempit, nyamuk denggi, samseng jalanan, walhal blogger pun melekat kat TV. Aku akan turut serta dalam membentuk generasi baru Malaysia yang lebih bersatu dan ada identiti macam Korean atau Japanese.
Aku akan salah gunakan siaran RTM yang mudah didapati di sekitar Malaysia ini untuk menguasai pemikiran rakyat. Bagi mereka satu hati semula. Bagi mereka sopan santun dan hormat menghormati pula.

Aku cakap RTM GAGAL dalam tugasnya sebagai media perdana. Samalah macam sokkabar Utusan. Atau Radio RTM yang menghabiskan belanja jutaan ringgit setiap tahun.

p/s: Artikel ini ditulis sambil menyangkung, jadi ayatnya macam tak tersusun dan berbelitbelit. Jangan kisah sangat linguistiknya. Jangan buang masa. Terus pikirkan ajer pointnya dan komen kat bawah ni.

Tuesday, November 23, 2010

Apa nak jadi, ni?


Apa ntah nak jadi
Semalam beria-ia berjanji
Harini
Pagipagi lagi aku dah mungkiri

Kadangkadang aku fedap dengan dia
Ye dia
Dia ialah aku
Aku yang tah hapahapa
Sekejap kata nak berubah
Tapi
Dah semakin teruk pulak, dah
Pernah juga aku kata nak lari
Dan aku pun berlari
Tapi aku tetap kembali ke sini

Dan kepulanganku semakin teruk
Jasadku semakin busuk
Hatiku semakin terkutuk

Aku risau
Aku takut

Kalaukalau inilah kali terakhir
Aku sedar akan kesalahanku

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails