Malam tu Atan nekad. Dia dah tau nak fokus macamana, nak kasi extra kusyu' masa berzikir. Setiap malam Atan berzikir. Dia mengamalkan zikir yang ditauliahkan kepadanya oleh gurunya. Taktau lah apa niat dia rajin-rajin. Setiap orang ada niat yang macam-macam dalam beramal ni. Ada yang riak. Ada yang nakkan dunia. Ada yang nakkan keselamatan akhirat. While ada segolongan yang berzikir semata-mata kerana kick yang dirasai ketika berzikir tu.
Atan dah pernah rasa sedikit lempias dari nikmat tu. Kelazatan berzikir. Dia rasa hidupnya semakin tenang, semakin fokus dan semakin bersinar-sinar. Dia mudah nak fokus masa solat dan dia lebih tenang ketika berdepan dengan perangai cibai customer dan client yang ditemuinya ketika waktu bekerja. Tapi dia nak naik lagi makam. Dia dengar macamacam cerita pasal kelazatan berzikir. Ada yang rasa terawang-awangan lah. Ramai juga yang nampak cahaya yang berbagai-bagai dan bermacam-macam lagi
So malam tu, selepas settle semua kerja, dia bewudhu', menukar pakaian kepada jersey untuk berzikirnya dan memulakan aktiviti malam itu dengan solat taubat dan beberapa solat sunat yang dah menjadi wajib kepada Atan. Dia rilek jer. Semangat atau jazbah keasyikan tu mula terasa. Ia bermula dengan rasa penyesalan dan kehinaan bila kesedaran tentang Allah itu dibukakan. Atan akan menangis teresak-esak, air matanya berjurai hingga membasahai janggut machonya. Tapi dia akan teruskan fokus kepada zikir dan nafasnya..
Kemudian datanglah perasaan tenang. Umpama ada angin sejuk meniup air matanya yang dah semakin kering di pipi, menyebabkan hawa sejuk yang menyegarkan menyeliputi Atan. Atan tak leka. Dia terus memejamkan matanya dan berzikir dan fokus kepada ayat zikirnya. Semakin dalam penghayatan Atan, semakin kuat angin itu rasanya. Atan menambahkan lagi fokus kepada zikirnya.
Dalam pejam-pejam mata tu, Atan boleh rasa bahawa suasana suram di biliknya umpama diterangi oleh cahaya. Rasa nak bukak mata tu datang. Atan nak lihat amenda yang bercahaya tu. Atan tak lalai. Dia fokus lagi kepada zikir dan nafasnya. Lagi dalam dia menyedut udara, lagi bercantum keningnya cuba nak fokus. Kelakar pun ader gak aku tengok budak ni...Lagi Atan fokus, lagi dia rasa macam cahaya di biliknya semakin terang. Dia boleh rasa seolah-olah dia dilingkungi oleh cahaya itu. Hawa sejuk nyaman yang menyegarkan Atan tadi secara perlahan-lahan bertukar menjadi hangat keselesaan. Atan rasa selesa sangat, umpama berselimut di atas katil ketika waktu hujan di pagi Ahad. Dia masih memejamkan matanya. Tapi kali ni dah macam longgar sikit. Detik-detik cahaya mula menembusi retina mata Atan. Terlihatlah sudah olehnya bahawa Atan sedang berdiri di satu kawasan yang bercahaya putih terang. Mulut Atan masih terkumat-kamit menyebut zikir, hatinya tenang (walaupun ada kagum sikitla setelah melihat keadaan dirinya) tapi terus dalam tanda tanya; apa maknanya semua ini?
Kemudian Atan rasa macam dia semakin terapung. Dia rasa macam semakin tinggi. Dia pandang ke atas. Semuanya putih. dia tak dapat nak mengagak jarak atau lokasi. Cuma dia tahu dia semakin tinggi. Dia fokus jer pada zikirnya. Lagi laju dia terbang ke atas. Tibatiba semua keterangan cahaya tadi lesap dan baru Atan perasan dia sudah terapung di atas rumahnya. Dia terpandang sekeliling kawasan kejiranannya. Atan dok menyewa kat rumah teres. Jadi dia nampak deretan rumah teres tamannya, lahh
Atan semakin tinggi dan bergerak semakin laju ke atas. Bila dia pandang ke atas, dia cuma nampak awan-awan semakin mengecil dan jadi macam kabus bila dekat dengannya dan menjadi hawa yang sejuk bila berlanggar dengannya. Atan pandang ke bawah. Dia nampak atap rumahnya bercahaya-cahaya. Selang dua tiga rumah dari rumah dia pun bercahaya jugak, tapi warna hijau. Dari jauh pun ada jugak cahaya putih cam cahaya Atan. Lagi tinggi dia terapung, cahaya ni semakin kecil dan berubah menjadi umpama tompokan-tompokan dipermukaan peta semenanjung Malaysia.
Atan semakin laju terbang dan rasanya dia dah nak keluar dari graviti dunia. Dia terlihat dunia ni bulat jer tapi bukan macam yang ditunjukkan dalam TV tu. Dia nampak dunia ni gelap (sebab dia di sebelah yang dilindungi matahari time ni), tapi kat sesetengah kawasan, dia nampak bercahaya. Macam rumah dia tadi. Dan kat area semenanjung tu ada banyak tompokan kecil cahaya tu. Kat Indonesia pun banyak jugak tapi tak sekata macam Malaysia. Tapi kat Indonesia ada yang cahaya duatiga warna bertumpu satu tempat dan ia berkelip-kelip umpama bernadi. Ada juga cahaya yang kelihatan bergerak kesana ke mari. Ada juga kawasan banyak cahaya seolah-olah bergabung dan menghilang. Atan taktau apa maknanya. Dia bergerak ke satu arah di angkasa yang luas. Kawasan sekitarnya adalah bintang-bintang yang berkelipan seperti tompokan cahaya yang terdapat di dunia. Atan rasa kagum. Dia menoleh ke atas. Apa yang terlihat cumalah kegelapan angkasa dan cahaya bintang-bintang yang berjuta-juta yang tahapamaknanya tu. Atan rasa dia kerdil. Dia rasa dia hina. Tapi dia rasa terharu sebab Dia masih sabar dengan Atan. Masih memanggil Atan kembali untuk menyaksikan semua ini, sedangkan Atan cuma ingat kat Dia masa susah jer. Atan rasa sebak. Tapi dia rasa syukur. Tahlah..Part perasaan-perasaan ni payah nak diterangkan so aku skip jer laaa..
Besoknya, Atan dengan kekaguman itu telah pergi menghubungi gurunya untuk mendapat penjelasan tentang apa yang telah dialaminya semalam. Setelah buat semua formaliti adab seorang murid dengan seorang guru, si ATan pun bercerita tentang pengalamannya. Gurunya rilek jer sambil mengerling kepada ibu ayam yang sedang mengontrol anak-anaknya di laman sana. Macam tak minaat jer dia dengar cerita Atan. Padahal ATan rasa dia dah mencapai satu makam yang baru dan gurunya kenalah bagi dorongan sikit dengan buat muka excited setelah mendengar cerita dia ke, apa ke. Tapi ni, gurunya siap pergi bagi anak-anak ayam tu makan lagi masa Atan tengah bercerita. Bila dahabis climax cerita Atan, gurunya dengan selamber, memberitahu bahawa apa yang dialaminya malam tadi bukanlah pencapaian makam, tapi permainan syaitan. Gurunya nasihatkan Atan jangan perasan dan berenti zikir bila benda tu berlaku dan solat sunat taubat. Pastu tido.
La? Musnah harapan Atan. Dia ngikut jerrr..Guru dia lebih berpengalaman dalam perjalanan menghampiri tuhan ni. Atan mula balik aktiviti zikirnya macam biasa. Lepas tu dah takde magic-magic lagi dah dan Atan pun cam boring sikit tapi dia teruskan jugak...
Last time aku jumpa Atan masa dia minum kat mamak kat markas. Mata sembab jer, barai. Tapi aku memang takut nak bertentang mata dengannya. Rasa ditelanjangkan pun ada gak tibatiba. Hisshh..
remark:
"Atan" bukanlah nama sebenar. Guru tu pun bukan guru sebenar. Beliau tak pernah pun ngaku guru, cuma orang jer saiko lebih dengar kata-kata beliau yang macam inspirational quote tu. Dan seluruh cerita ni pun bukan cerita sebenar. Apa yang sebenarnya berlaku ni, takde sapa yang tau betul idaknya hinggalah kita benar-benar berada dalam kebenaran. Amenda aku mengarut ni?
No comments:
Post a Comment