Kisah pertembungan klasik antara baik dengan lebih baik, jahat dengan jahat beretika, atau PAS dengan UMNO. Duadua betul. Cerita pasal benda yang betul versus benda yang betul. Ideologi. Kan guideline dah ada? Ikut jerlaa. Senang cerita. Ni nak mandai-mandai lengkang-lengkok sana sini. Kalau budakbudak lagi, takpe. Ni sumer dah tua. Dah jadi pemimpin dah. Apa yang kecoh-kecoh ni?
Sumer orang melompat dengan penemuan terbaru bahawa lebih 60% pengundi muda bersikap atas pagar. Mereka bukan atas pagar sebenarnya. Mereka tak buat keputusan lagi. Diorang pun tak pasti sapa yang bertanding nantik kat kawasan diorang sebab diorang dok sibuk mencari duit nak balancekan income dengan load setiap bulan. Lagipun, yang bertanya tu BN, dah tentulah mereka takkan cakap diorang apa. Undi tu rahsia, maaa.
Tapi diorang memang akan mengundi. Kesedaran ini semakin menyemarak sekarang. Semua orang dah tau trick dalam game demokrasi: ramaikan pengikut. Dan untuk ramaikan pengikut, marketing kena berterusan, falsafah dan etika perjuangan perlu di branding kan setiap kali ada isu melanda negara. Bukannya susah. Bayar beberapa pompom boys pegang sepanduk dan banner dan berarak lepas solat jumaat. Tapi make sure ada permit. Takde permit pun, apply jer, at least dah bagitau diorang dan masa menjerit tu, pastikan ada sekuriti yang kontrol polis.
Nak lagi gempak, upah budakbudak mohawk edar flyers dalam PUTRA atau komuter ke. Malam ni gerenti keluar TV3 dan dapat free advertisement. Murah tak murahan. Yang penting exposure. Lepas tu, media dan paparazzi mesti follow punya. Sebab mass sukerkan cerita sensasi. Mereka tak suka membaca cerita series. Mereka suka baca cerita yang berkaitan dengan sex, survavility dan popularity. Dan bila tiba saat nak mengundi, mereka bangun lambat dan pergi macam naktaknak dan masa memegang pensil nak memangkah tu lah baru diorang spend some quality time berpikir tentang nasib anak bini mereka untuk lima tahun akan datang, bermula besok. Dan masa tu, apa yang terbayang cumalah movie malam semalam, atau dengungan bualan atau lagu yang bermain di radio dalam keta tadi.
Orang Malaysia dah naik lemak. Melayu dengan pemalasnya. Cina dengan paranoidnya. India dengan huruharanya. Dan antara kita ada jugak anasir-anasir asing yang mula nak bawak pahaman dan cara hidup tungganglanggang mereka ke negara kita. Yang laki pakai suar pendek, tapi awek berjubah zorro. Yang omputeh siksa tak ingat, yang balak comot macam tak mandi. Di celah-celah tu kelihatan anak-anak kecil bermain kejar-kejar sesama mereka. Ada yang berambut mullet, ekor sampai ke pinggang. Ada yang macam pari-pari di tengah shopping mall ni. Politician buang masa dengan politiking. Kisah penderitaan manusia semakin banyak. Manusia riot, bergaduh, bermasam muka di merata tempat. Kelaparan, pembunuhan. Tapi bila tanya sumer orang jawab macam OK jer? Tapi kadar kemalangan, penceraian, keluar masuk parti, mati, semakin bertambah.
Tu tak cerita pembangunan, ekonomi, sosial dan internet lagi tu. Semuanya berubah dan perubahan itu berlaku sekelip mata dan banyak benda berubah dalam satu hari. Tu sebab ramai tak pasti lagi, apa pilihan mereka. Sebab mereka nak tunggu mood. Last minute mood.
Sebab nak naikkan bilangan orang yang berdaftar sebagai pengundi tu, senang. Nak pastikan mereka datang mengundi, pun senang jugak. Lepas tu, nak pastikan mereka mengundi kita. Inipun senang. Susahnya bermula selepas kita menang.
No comments:
Post a Comment