Telah 10 tahun lamanya Zun Nun ingin memakan sosej, tetapi keinginan itu tidak pernah dipenuhi. Kebetulan esok adalah Hari Raya dan hatinya berkata:
"Bagaimana jika esok engkau memberi kami sesuap sosej sekadar untuk menyambut Hari Raya?"
"Wahai hatiku, jika demikian yang engkau kehendaki, maka biarkanlah aku membaca seluruh ayat Al-Quran di dalam solat sunat dua rakaat malam nanti."
Hatinya mengizinkan. Keesokan harinya Zun Nun meletakkan sosej di depannya. Ia telah membasuh tangan tetapi sosej itu tidak jadi dimakannya; ia segera menunaikan solat.
"Apa yang telah terjadi?" seseorang yang menyaksikan hal itu bertanya kepada Zun Nun.
"Baru sebentar tadi, hatiku berkata kepadaku," jawab Zun Nun.
"..akhirnya setelah sepuluh tahun lamanya kau beribadah barulah tercapai keinginanku!" Tetapi segara ku menjawab:"Demi Allah, keinginanmu tidak akan tercapai"
Yang meriwayatkan kisah ini mengatakan ketika Zun Nun mengucapkan kata-kata itu, masuklah seorang yang membawa semangkuk sosej ke hadapannya dan berkata:
"Guru, aku datang ke mari bukan kehendakku sendiri, tetapi sebenarnya sebagai utusan. Baiklah kujelaskan perkara sebenarnya kepadamu. Aku mencari nafkah sebagai seorang buruh untuk menanggung beberapa orang anakku. Mereka telah lama meminta sosej kepadaku, oleh itu kerana aku menyimpan wang. Malam semalam kubuatkan sosej ini untuk menyambut Hari Raya. Tadi aku bermimpi melihat wajah Rasulullah SAW yang bercahaya menerangi bumi. Rasulullah berkata kepadaku:
"Jika engkau ingin melihatku di hari akhirat nanti, berilah sosej itu kepada Zun Nun dan katakan kepadanya bahawa Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib telah memohon ampun untuknya agar ia dapat menenangkan hatinya dan memakan sosej ini hanya sekadarnya"
"Aku taati" kata Zun Nun sambil menangis.
No comments:
Post a Comment