Masa tengah round-round tu, tersampailah kelikatu kita ni..Panjang benar la nama dia. Kita bagi nama Atan laa. Tibatiba Atan tersampai ke sekumpulan kelikatu yang lain (yang nampak sebaya dengannya), tengah macam training-training terbang kat satu kawasan lapang bercahaya terang. Ada yang nampak macam dah otai terbang ke sana ke mari dengan gengnya. Ada yang nampak cool dengan gaya sayap serabainya. Melepak dengan geng-gengnya pulak. Ada sekumpulan chick yang kelihatan bersinar-sinar dengan aura feromon. Atan terus ke sana. Dia terus aim kat sekor kelikatu yang kelihatan manja dan bersedia jer tiap kali ATan bertentang mata dengannya. Kabus kabur romantik banyak berkumpul di sekelilingnya tiap kali ATan mengerling ke arah kelikatu muda ni. Atan faham. Inilah dia. Flashback pesanan kelikatu tua terbatuk di perenggan pertama tadi terlintas di kepala Atan. Atan komfiden. Dia rasa dia berada di landasan yang betul.
Dia pikatpikat, dapat, main, jalanjalan, main kejarkejar, main lagi, jalanjalan kejap, gaduh, separate. Pendek jer ceritanya. So Atan kembali keseorangan.
Tibatiba Atan mula perasan cahaya yang menerangi alamnya selama ini. Atan memandang ke atas. Terlihatlah olehnya lampu kalimantang yang kebetulan berada di belakangnya ketika itu. Atan mula berpikir. Cahaya ini telah menerangi dan menemani dia setiap malam dan tak pernah curang atau merungut atau bosan dengan perangai Atan seekor kalikatu. Atan mula menyintai cahaya itu dan menganggap cahaya itu adalah sumber kehidupannya. Tibatiba flashback orang tua terbatuk itu kembali. Kelikatu tua itu berpesan dan menambah lagi:" kalau kau sudah faham dan mahu meneruskan perjalanan yang sementara ini, kau pergi lah ke cahaya itu. Diceritakan cahaya itu berwarna kuning dan menari-nari dan terletak di atas puncak menara putih yang indah. Kadang-kadang cahaya menari itu ada banyak. Tapi ketika ia ada satu, masa itulah kau kena berpusu-pusu menghampiri cahaya itu, sebelum ia terpadam. Kerana cahaya itulah; sumber kebahagiaan abadiii...uhuk-uhuk" pesan kalikatu tua tu. Atan faham.
No comments:
Post a Comment