Aku tengah lepak kat kedai minyak wangi kat markas. Tengah borak dengan owner kedai, pasal industri minyak wangi yang booming sekarang ni. Sumer orang nak jual minyak wangi. Sumer orang nak franchise. Sumer orang nak MLM. Sumer orang nak kaya cepat. Takder sapa nak beli minyak wangi. Ke, orang memang tengah takder? Ohhh? Kan orang tengah mesyuarat kat dalam? Maulana apa ntah baru turun dari kapal terbang, beri bayan peringatan terbaru...Yang aku dok buat kat sini, apa hal? Hehehe.
Owner minyak wangi menerangkan produk terbarunya. Minyak wangi dia samerr tinggi mutu dan kualitinya cam beserr, tapi kalini packaging dia canggih sikit. Tekan button, pati minyak wangi bercampur dengan penipis dan disembur keluar. Bau semerbak mengisi ruang. Kalau nak roll on, tarik tombol kecik ni, dan roll kat wrist. Pergh. Pure PATI. Bau baekk punyarr..Kompom tak kusyu solat. So packaging dia berbentuk canggih, ada button-button, diperbuat dari kaca dan plastik. Ada melamin, tak bang? Owner tu, ketawa...
Tibatiba, datang seorang angry customer. Di tangannya kelihatan memicit-micit button spray produk yang owner sedang terangkan pada ku. Aku memandang produk kat tangan aku. Aku memandang owner. Dia tersengih dan bingkas menyambut angry customer tadi.
Mamat tu agaknya dah beli produk owner ni dan mungkin ada faulty pada button spray-nya. Si owner pun dengan senang hati dan senyuman mesra tanya mamat tu nak refund ke nak ganti? Mamat tu kata nak ganti. Owner bawak mamat tu ke dalam kedai dan suruh mamat tu pilih mana yang dia suka. Mamat tu bukak satusatu kotak dan test button spray dan roll-on pada produk yang di testnya. Bila dia dah jumpa yang puas hati, dia mendengus dan blah. Member dia yang dok bercekak pinggang kat luar dari tadi dengan ketayap kulupnya pun menyambut dan meng-inspect produk yang baru ditukar tadi. Cam iya-iya, jer bebudak ni. Consumerism laaa konon. Aku menoleh ke arah owner yang kat sebelah aku. Dia tak hentihenti bertasbih dan memuji Allah. Dia tersenyum girang.
Punyalah girang sampai dia bagi produk yang kat tangan aku ni pada ku dan menutup kedainya dan bungkus dan balik rumah dengan suka hati. Dia start keta dia dan bla sambil bukak lagu Raihan kuat-kuat. Aku tempeleng pulak brader ni, kang? Apahal ni? Aku terpinga-pinga cuba memahami apa yang sedang berlaku. Dalam kekalutan, aku dikejutkan oleh salam sorang karkun yang memegang tanganku dan membawaku turut serta dalam mesyuarat yang dah tinggal part doa jer, ni...
No comments:
Post a Comment