Wednesday, December 22, 2010

Motivasi Pagi di Radio IKIM

Gambar ni ada nasihat yang bagus. Tapi camana nak melaksanakannya?

Pagi tadi semasa menghantar ahliyaku ke tempat kerja, kami mendengar radio IKIM, rancangan Motivasi Pagi, macam biasa. Dan kepada yang tak biasa, rancangan ini menjemput para motivator untuk memberikan ransangan selama 15 minit agar para pendengar termotivasi untuk meneruskan hidup atau bekerja untuk hari ini.

Radio IKIM ni semakin popular kerana banyak rancangan yang dipaparkan dalam slotnya yang ilmiah dan bagus untuk rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Disamping itu juga IKIM.FM merupakan escapisme daripada stesen radio yang lain yang lebih menumpukan kepada konsep hiburan. Aku sokong radio ni dan setiap bulan Ramadhan, semua channel radio dalam kereta aku akan aku tune ke arah IKIM.

Tapi motivator pagi tadi betul-betul buatkan aku termotivasi nak mengomen.

Hari ini beliau menceritakan pasal jangan jadi malas dengan kaedah meletakkan 'harapan' dan 'tahap penerimaan' dalam berusaha. Cuma contoh-contoh yang dia paparkan, ikon yang dia jadikan sandaran dalam hujahnya, takde sorang pun yang Islam. Donald Trump, Bill Gates dan Barack Obama. Pada aku, Donald Trump hanyalah seorang yang got lucky. Bill Gates pulak padaku ialah seorang manipulator yang telah menyedut segala kelebihan Steve Jobs. Barack Obama pulak dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi sebab dari kecik lagi dia dah bercita-cita nak jadi Presiden Amerika. Pada aku, mamat motivator tu lebih menumpukan konsep 'berjaya' nya kepada kejayaan dalam dunia. Takde sorang pun Sahabat atau Ulama lama atau pejuang Islam yang di promonya.

Ini pula pandangan aku.

Sebagai seorang Islam, kita diajar untuk beriman. Percaya kepada konsep kehidupan selepas mati. Percaya bahaya perjalanan kita setelah kita diciptakan, tidak terhad kepada kehidupan di atas muka bumi saja. Baginda SAW diutuskan untuk membawa fikir risau manusia dari dunia yang sempit kepada akhirat yang luas. Kenapa?

Ingat lagi tak zaman kita ambik UPSR? PAda masa tu, exam UPSR itulah masalah paling besar dalam hidup kita. Kemudian, masa kita nak kena ambik PMR/SRP pulak, exam itulah masalah yang paling besar dalam hidup kita. Samalah juga masa nak ambik SPM. Dan masa kita ambik SPM, PMR tu dah rasa cam cikai jer. Dah rasa macam senang dan takde hal ajer. Kat sini kita lihat, masalah duniawi kita yang satu masa dulu kita rasa paling besar, sebenarnya taklah sebesar mana pun setelah kita melihatnya dari luar.

Bila tujuan hidup berkisar hanya dengan kehidupan dunia, maka kita rasa itulah masalah kita yang paling besar. Nak cari rezeki, nak bina keluarga. Nak buat retirement plan. Maka fikir risau dan masa kita akan banyak tertumpu kepada 'masalah besar' itu. Tapi bila masalah besar itu kita sandarkan kepada kehidupan akhirat, maka masalah duniawi ini tak akan memberi kesan kepada kita. Barulah betul konsep 'dunia ini hanyalah gurauan' yang selalu kita dengar dari budak-budak tabligh. Dengan cara ini, bila kita berdepan dengan masalah dalam hidup kita, kita tak kalut. Kita tak panik. Dan otak yang berfikir mencari solusi akan menghasilkan solusi yang lebih baik jika otak itu berada dalam keadaan tenang.

Dan aku rasa, ramai orang Islam tahu bahawa meletakkan harapan kepada makhluk atau kejayaan di dunia, hanya akan membawa kepada kekecewaan dan kekosongan. Berada di tempat kekuasaan bukan berjaya. Kaya bukan berjaya. Tetapi mendapat keredhaan Allah itulah kejayaan. Mendapat kata-kata yang baik setelah mati itulah tanda berjaya. Donalad Trump yang terrer dalam deal itu pun kena fired kat bini dia. Berjaya kebendanya?

Aku taktaulah sama ada mamat motivator tu tersalah pilih ikon atau apa. Tapi kita di sebelah sini, yang susah payah nak larikan anak-anak kita dari mengidolakan otromen atau Bill Gates kepada mengidolakan para Nabi dan Sahabat, amatlah terasa dengan hujah yang diketengahkannya. Kerana anak-anak akan mepersoalkan keadaan hidup para sahabat yang serba kekurangan dari sudut duniawinya. Macam Abu Bakar r.a dan Khadijah yang wafat dalam keadaan miskin sedangkan mereka sebelum Islam adalah kaya raya. Macam Ali dan Umar yang mati dibunuh sedangkan semua tahu dua sahabat ini adalah pejuang yang bengis dalam mempertahankan agama Islam.

Aku tak suka dengan motivator pagi tadi. Dan aku risaukan apa dah jadi kepada budak-budak yang telah dimotivasikannya selama ini. Mungkin aku yang salah faham. Mungkin sambal nasi lemak pagi tadi pedas sangat. Tapi yang pasti, Radio Institut Kefahaman ISLAM Malaysia kena check sapa yang mereka jemput sebagai penceramah agar KEFAHAMAN orang Islam tak lari. Jangan main sebat ajer.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails