Showing posts with label melayu islam. Show all posts
Showing posts with label melayu islam. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433H


Alhamdulillah!
Sampai juga kita ke Ramadhan untuk tahun ini.
Semoga peluang kali ini,
Tidak kita sia-siakan,
lagi...

Tuesday, April 24, 2012

Berakhir dengan keseorangan...

Adakah anda merancang mati sensorang?
Seorang pakcik tua termenung kosong di katil. Memerhatikan teman di katil sebelah, yang dikunjungi oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Baru dua hari mamat tu di sini. Di wardkan kerana kemalangan jalan raya. Orang tua tu berkalih menghadap dinding. Cuba melelapkan hati yang tersentuh dek keseorangan. Sungguhpun dia redha dengan ketentuan, namun hati sebagai manusia yang menghampiri masa tamat, tetap tersentuh tatkala realiti menghabiskan masa dengan keseorangan, lebih perit dari apa yang dijangkakan.

Hatinya tak tenteram. Dia bangun dan cuba membawa diri ke arah tandas. Beberapa kali dia terhenti mengelakkan orang-orang muda dan misi yang bukan saja takmau mengalah dengan orang tua, malah tak perasan agaknya yang dia seorang pesakit di hospital ini. Si tua merungut dalam hatinya. Jika di hospital swasta, tentu dia akan disorong naik kereta ke mana saja mahunya. Tapi ini hospital kerajaan. Kalau nak tunggu misi tu datang tolong atau tanya nak kencing ke pakcik, alamat berkubang dalam urine la dia kat katil. Pakcik tua tu menggeleng kepala keseorangan. Itu jerlah yang mampu warga tua buat zaman sekarang lakukan tatkala melihat kekurang asaman golongan muda yang langsung tak sensitip dengan budaya atau etika. Belum habis gelengan ketiga, Pakcik menggeleng lagi sebab kena tunggu turn nak masuk tandas.

Kat tandas, tah sapa-sapa entah semua masuk. Tandas hospital dah jadi macam tandas awam yang takyah bayar. Semua pakat nak terberak terkencing kat tandas ward ni agaknya. Ataupun, bila dah sampai ke tingkat orang tua ni, pundi dan buah pinggang semua orang tetiba gagal menahan aliran urin yang nak keluar. Pakcik tua kita berdiri di sebelah mamat muda yang leka memicit butang-butang di hemponnya. Pakcik pandang mamat, mamat pandang pakcik. Pakcik senyum, mamat kalih muka buat cam takde perasaan. Sungguh tinggi budibahasa budak muda zaman sekarang. Kedengaran bunyi flush ditarik. Pintu tandas yang bukan ditunggu oleh pakcik tua atau mamat terbuka. Seorang brader ber sideburn pulis, keluar dengan muka puas hati. Pakcik tua yang dah macam nak terkucil, memandang muka mamat muda dengan harapan mamat tu akan membenarkan orang tua yang tak berdaya macam dia guna tandas dulu. Taaaak. Mamat tu terus meluru pantas bagaikan ke dalam tandas yang baru dikosongkan. Keterkejutan pakcik tua kita dek kepantasan mamat muda tadi nyaris saja membuatkan beliau terkucil. Puas dia mengemut. Terkucil jugak sedikit..Hadusss...

Setelah selesai diperbantingan, pakcik tua mengemudi dirinya perlahan-lahan kembali ke perbaringan. Dari jauh kelihatan keluarga teman sebelah katil tadi masih ada. Siap ada anak-anak sedaranya sedang bergonjeng terlompat-lompat di atas katil pakcik kita. Pakcik tua semakin menghampiri. Beliau tersenyum ke arah temannya yang sedang leka main-main dengan anak sedara. Tak perasan agaknya. Pakcik nak kembali ke katil tapi ada dua budak kecik mengushar beliau dengan ketat. Pakcik tu tersenyum, membeli sedikit masa. Nampaknya, makbapak budak ni mungkin tak sedar fakta bahawa anak mereka sedang berada di atas katil yang dia amat perlukan setelah bersusah payah pergi dan balik dari menandas tadi. Masih takde sapa yang nak alihkan bebudak tu. Pakcik pandang kiri dan kanan. Ahli keluarga temannya buat tak tau ajer. Nak tak nak, terpaksalah pakcik membawa diri ke katil kubikel sebelah, dan duduk di kerusi pelawat.

...sampai terlelap-lelap orang tua tu kat situ...

Wednesday, December 7, 2011

Atan Dan Abu : Pilihanraya dan Politik


Atan sedang leka main Angry Bird di henfonnya. Abu sedang leka menguis-nguis permukaan Tab Abang Karkun. Brader bus stand sedang lepak termenung (berzikir) kat depan tu. Aku dengan Abang Karkun sedang menusan kat belakang.


"Pilihanraya cam dah dekaat, jer?" kataku memecah keheningan yang setakat ini dipenuhi oleh asap-asap berbau cengkih. Abang karkun langsung tak menunjukkan apa-apa reaksi dari komen sekerat aku. Aku menyedut dalam puntungku. Dan cuba buat O.


"Pilihanraya kat Malaysia ni hanyalah wayang. Sekadar nak tunjuk kat orang luar yang Malaysia ni adalah negara demokrasi" jawab Abang karkun pendek. Beliau memang tak berapa minat dengan cerita-cerita politik. Tambah lagi yang takde kena mengena dengan hal-hal dakwah.


"Apa pendapat abang tentang politik Malaysia? OK ke?" tanyaku cuba mencungkil. Abang karkun menyedut puntungnya. Jauh pandangannya. Tak pasti pulak sama ada dia sedang pikir nak jawab apa atau dia dok pikir masalah ummat.


"Apa lagi pasal politik Malaysia? Ok lah ni" jawabnya pendek.

OK? Apasal Abang karkun kata OK? Bukan ke kedudukan Melayu semakin goyah kat negara ni sekarang? Melayu dah berpecah belah kepada pelbagai pecahan politik dan setiap satunya bagaikan dah tiada jalan nak bercantum lagi? Dan para pemuka dari bangsa lain nampaknya tak segan silu lagi nak mencabar kedudukan agama Islam? Duit zakat dipersoal di Penang. Isu murtad dah diekspolitasi bagaikan spekulasi saham dikalangan oportunis? Jurang antara orang kaya dengan miskin semakin terasa? Bahang inflasi mula mengetuk pintu negara kita? Melayu dah sama ramai bergelendangan di kota-kota?


"Semua tu adalah masalah kita. Kita yang tak buat kerja, maka semua tu terkeluarlah" jawab abang karkun yang bagaikan tusukan pedang tepat ke pangkal hati aku. Ye. Aku dah lama tak turut serta keluar tabligh dengan mereka. Maklumlah, aku baru mula kat tempat kerja baru...


" Abang rasa BN akan majoriti tak kalini?" tanyaku mengalih topik.
"Allah akan berikan tampuk pemerintahan kepada yang layak dan bersedia. Apa saja yang berlaku, pasti ada pengajarannya" jawab Abang karkun.

"Politik kat Malaysia ni OK lagi. Pihak kerajaan semakin mendengar apa yang dikatakan oleh rakyat dan pembangkang. Cuma pembangkanglah kena lebih bijak dalam mengutarakan isu-isu. Mereka kena ubah dari menggunakan serangan personal kepada membincangkan isu-isu sistemik. Isu birokrasi, isu kegagalan SME, isu masalah muda-mudi..." Abang karkun mengeronyohkan puntungnya yang semakin pendek. Aku turut melakukan perkara yang sama. Tetiba Abu datang menyertai jemaah bayan jin kami kat belakang ni.


"Wan, ada nusan lagi tak?" tanya Abu sambil menghulurkan Tab Abang karkun pada abang. Aku menghulurkan kotak nusantara kepad Abu.


"Lu sapot kerajaan, kan Wan? Apasal lu isap rokok tak bayar cukai?" tanya Abu. Aku tersentak dengan soalan Abu. Terkapai-kapai aku mencari jawapan.


"Aku dah takleh masuklah rokok lain" jawabku menyelamatkan diri.
"Oh, OK" jawab Abu.

"Kalau nak ikut, BN dah lama kalah teruk. Mereka cuma bergantung kepada akar-akar mereka yang telah menyelinap masuk jauh ke dalam sistem negara ini. Kalau tidak, awal-awal lagi mereka dah kalah dan awal-awal lagi negara ni dah hancur. Tapi itu masalah mereka. Masalah kita ialah keadaan akhlak, moral dan tauhid bangsa kita yang semakin parah. Kefakiran menghampirkan manusia kepada kekufuran. Tapi kemewahan pula menghampirkan kita pada keangkuhan..." kata Abang karkun tiba-tiba. Aku tersentak.


"Eleh bang, kita yang komplen dok risau-risau ni pun, sekadar lepak belakang masjid menusan. Masa buat kerja, buat memain pulak" kata Abu dengan pedasnya. Dia semakin tak cover sekarang.


"Betul kau cakap tu Bu. Mulai sekarang, aku akan lebih Jaws lagi dengan korang. Dah! Jom masuk, taklim!" kata Abang karkun. Aku menjeling pada Abu. Abu tersengih tak mengaku.

Dari jauh aku perasan Atan yang on the way nak join kami, buat U turn dan menyelamatkan diri...


Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya, Tuanku

Nilah bend ayang boleh harap kat diornag ni; posing


"Adakah jurisdiksi Majlis Raja Raja masih lagi setakat hal hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu?
Takkan pakai mamat ni jer sebagai wakil tiap tiap tahun?

Kalau macam tu, patutnya dengan terumumnya media sosial, cetak dan elektronik, patutnya, at least ada lah satu perutusan mewakili Majlis tu yang ucap selamat Hari Raya kepada rakyat.
Jangan sampai begini...

Sekali sekala, buat la keja tu. Dahla kedudukan institusi keagamaan dalam negara semakin dipersoal dan dicabar, budaya, adat dan akhlak Melayu semakin takde siapa yang pedulik, wakil wakil mereka dalam pemerintahan pulak lebih leka berpolitik dan berwayang dari bekerja, jangan sampai satu hari nantik anak cucu kerabat kau sendiri yang tanya apa kejadahnya kewujudan korang.
Jaga kawasan jurisdiksi masing-masing sudayh

Tak ambik iktibar lagi dari tertumbangnya monarki monarki di Arab? Tak ambik pelajaran lagi dari kehuruharaan masyarakat dunia? Tak ambik endah lagi dengan tahap kekeringan hati hati rakyat anda?
Kalau mak dah bunuh anak, apalagi yang kau nak tengok?

Huh! Kau pedulik haper, ye tak? Raya ni pun, anak cucu kau semua kat luar negara. Kau yang kat sini pun, kena buli dek nyonya mana ntah, kena kibar bendera.
Makrifatku. Maaflah kelemahan ilmu edit gambar aku


Oh, siapakah lagi yang peduli?"


Turun padang pastu balik buat apa? Tido la sekali
Ni musim hujan dah ni...

~Rizal, brader homeless kat area Kotaraya, KL

Monday, April 4, 2011

Qiamullail botol susu



Sekadar berkongsi pengalaman menarik.

Kadangkadang, bila malam-malam, anak kecik kita merengek beria-ria nak susu. Kita yang tengah mamai cubalah menenangkan tangannya yang macam berenang-renang tu dan menepuk-nepuk manja punggungnya, untung-untung dia akan diam dan tidur. Tak. Jadi parents bukan semudah itu. Anak tu nak jugak susu. Takper. Sebab kita dah berpengalaman, susu dah ada buat tadi, kat sebelah jer. Bukak tudung, basah puting, sumbat.

Memegang botol susu masa menyusukan anak kecil memerlukan ketelitian. Tapi bila kita dah buat dua tiga kali, kita akan ada muscle memory. Samalah macam mulut anak kita ni yang otomatik terkeronyok dalam posisi menyunyut bila bibirnya tersentuh benda benda macam puting ni contohnya. Namun, semua itu (memegang botol susu) amatlah sukar dilaksanakan bila ia perlu dilakukan pada pukul 330 pagi. Dapatlak kita baru nak mula tido setelah perform tadi.

Jadi kita pun tunggu, lah, menahan sengguk dan mengantuk, mengushar level air susu dalam botol yang disedut anak tersayang. Kat sebelah Umi dah terbungkang. Takper, biarkan Umi rehat. Dari Subuh beliau bergerak takreti penat. Untung korang dapat Umi cam Umi korang ni.
Tarik puting keluar dari mulutnya sekali sekala, kasi pressure dalam botol tu neutral semula. Dah jadi vakumlak dok dihisap ajer. Kasi masuk angin semula. Bila bubbles dah reda, sumbat semula ke mulut si manja. Tunggu ja, sementara dia kasi clear.

Jumlah susu yang dihisap perlu dipantau. Memudahkan budget dan mengelakkan pembaziran. Sebab susu formula, takleh disimpan. Lepas dua jam dibancuh, kalau tak dihabiskan, terpaksa di sinki kan. Mahal, tu!

Bila dah habis, kesatkan mulutnya. Kasi hilang sisa susu. Nanti comot berkudis pula muka anak aku. Kalau boleh, kasi dukung, tegakkan, kasi sendawa. Kalau dia badmood lagi, mengiringkan dia mengadap kiblat di atas sisi kirinya (jantung di atas).


Masa tunggu sendawa, gosok belakangnya dari pinggang ke leher perlahan-lahan. Buat dengan kasih sayang. Tunggu dia sendawa. Biasanya ada dua. Sendawa besar yang pertama, diikuti oleh sendawa kecil seterusnya. Bila dah habis sendawa, barulah baby di tidurkan semula.
Dan inilah part yang paling penting dalam hal memberikan susu pada waktu sepertiga malam sebegini: mengambil ganjarannya.

Ganjarannya ialah baby yang dah kenyang tadi, bila dia dah selesa, dia akan senyum tanpa membuka mata. Bila dah nampak tanda terima kasih ni, kucup dahinya dan doa agar dia taat kepada Allah. Melihat senyuman tadi, semua penat lelah perit jerih menjaganya dari siang tadi hinggalah terjaga dari tidur ni,

 

...berbaloi.

Thursday, March 3, 2011

Ikhlas


Satu masa dulu, seorang Ustaz mengongsikan pengalamannya di serang heart attack. Klimaks cerita beliau adalah masa beliau terfikir bahawa ajalnya sudah sampai. Beliau mengira-ngira, apakah amalan ikhlas yang nak dibawanya berjumpa TUHAN kita.

Adakah solat-solatnya yang compang camping?
Adakah puasanya yang berlubang-lubang?
Atau adakah sedekahnya setiap Jumaat?

Beliau, sebagai seorang tokoh pembimbing yang dipandang tinggi, sebagai ketua dalam majlis zikir tarekat mingguan kami, sebagai seorang yang berserban dan berjubah ke sana ke mari, TIDAK DAPAT PIKIRKAN SATU AMALAN IKHLAS pun yang layak nak dibawa ke sana nanti. Dan kata-katanya memberikan kesan kepada saya.

......

Sejak dari hari itu, saya dah tak ikut lagi Ustaz tu. Saya lebih sibuk dalam memastikan bahawa dalam seminggu, saya mesti buat sesuatu yang IKHLAS.

Ada ikhlas saya tu masih lagi di tahap mengharapkan faedah duniawi (sedekah memurahkan rezeki)
Ada yang di tahap mengharapkan faedah di akhirat (bacaan Al-Quran, solat sunat, zikir)
Masih belum sampai lagi di tahap tak harapkan apa-apa. Tapi masih belajar lagi nak amalkannya.

Dah dekat 2 tahun dah. Dan selama itu, belum lagi saya jumpa amalan saya yang betul-betul ikhlas:
Kalau niat dah ikhlas, perlaksanaan pulak ada unsur riak.
Kalau niat dan pelaksanaan dah OK, bila dah buat pulak ada ujub.
Dan ada jugak sekali-sekala (setelah sekian lamanya) tercakap amalan tu kat orang (terus habis semua).


.................

Dan semalam, semasa saya sedang menunggu ahliya tercinta pulang dari tempat kerjanya, saya terdengar satu pertelingkahan antara seorang anak dan ibunya. Yang menjadi persoalan kepada saya ialah kenyataan dari ibunya:


"Mak dah jaga kau dari kecik, camni kau balas budi mak?"

...................

(nak kena pergi tanya Ustaz itu kembali, nampaknya...)

Sunday, February 27, 2011

Haiya 'alal Falah!


Untuk BERJAYA manusia kena ada dua:


Habblum minallah (hubungan baik dengan Allah)
Habblum minnan nas (hubungan baik dengan manusia)

Kejayaan RASMI ialah endup dalam SYURGA. Nak masuk syurga, manusia kena SEBUT PASSWORD DI BAWAH NI SEMASA HIDUPNYA dan MATI DENGAN PASSWORD.


ASYHA DUALLAA EELA HA ILLALLAH,
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR ROSULULLAH


(Aku bersaksi bahwa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH)

Setelah itu, selain kita kena mengetahui siapa ALLAH dan Muhammad SAW itu, dan apa makna bila dah masuk ISLAM ni, kita kena ingat:


ALLAH ITU MAHA AGUNG DAN TAK TERIKAT DEK MANA_MANA-MANA HUKUM

Dan Allah telah menetapkan rezeki setiap ciptaanNya.
Dan dalam hal rezeki dan cara mendapatkannya, Allah juga telah menetapkan jalan asbab bagi memudahkan manusia mendapatkannya. Kerana jika bukan jalan asbab yang Allah ambik, tentu manusia atas dunia tak jadi macam sekarang ni (kemajuan teknologi, ekonomi, pemikiran, etc). Tentu diorang jadi cam cerita majik macam The Matrix atau sebagainya. Tentulah orang kapir kebulur tak makan dan Iblis hidup sengsara dari saat dia taknak sujud, sampailah ke selama-lamanya. Tapi tak. Allah Maha HEBAT dan Maha Bijaksana.

Dan dalam menempuh keasbaban mencari rezeki yang telah dijanjikan itu, manusia kena ikut jalan yang ditunjukkan oleh BAGINDA SAW. Ikut jalan lain, dapat gak. Tapi tak dapat pahala la. Abis kat dunia jela. Dapat kenyang, berak dan kencing je. Takde faedah disudut akhirat (ni yang kita cakap takde pekdah-takde pekdah tu). Hidup kat dunia ni ialah mengumpul bekal untuk kehidupan akhirat. Jangan bila dah mati nantik kita mula dengan dompet yang kosong. Kat mahsyar memang pasti kena pau punya. Maklumlah, hutang banyak. MARA, PTPN, keta, umah, kawan, sedara....Memang alamat tak cium bau syurga lah gamaknya.

Jadi dalam memastikan segala rezeki (dan rahmat), hasil kebaikan yang dah kita lakukan, atau dari doa orang kepada kita, atau dari RAHMAT ALLAH kepada kita, dalam memastikan segala kebaikan yang macam air hujan yang terkumpul di atas kanopi kemah ni, turun mencurah dan sampai dan melencunkan kita, kita kena ada penyodok atau galahnya. Nak cucuk itu kemah yang mengembung. Kasi bocor satu lubang.

Dan penyodok itu ialah hablum minan nas. Menjaga hubungan sesama manusia. Muamalat, munakahat, bermasyarakat.

Ia dimulakan dengan menyebarkan salam dan senyuman, menggalakkan kata-kata yang baik daripada remark yang negatif dan pesimis, menggalakkan persatuan dan kemajuan daripada perpecahan dan kemusnahan (follow twitter aku..hehehe)


Itulah orang Islam. Dan ORANG ISLAM SEBENAR TIDAK MODERATE.  MEREKA TAKKAN TOLAK ANSUR. Orang ISLAM sebenar takkan mau semua ini dipermain-mainkan. Mereka takkan mau apa yang telah susah payah dibina dan dikekalkan oleh orang terdahulu (sampai mati-mati weyyhhh!), hanyut begitu sahaja dek kemaruk masyarakat dengan gaya hidup sensasi atau FB.


ISLAM BUKANLAH TERORIS KEGANASAN!
ISLAM ADALAH PEJUANG KEAMANAN!

Kami balas peluru dengan batu
Kami balas kartun mengejek dengan pemboikotan
Kami balas genocide dengan bantahan seluruh dunia secara aman
Apa lagi bukti yang kau mahukan?
Camana BACUL lagi yang kau nak?

Sekarang kau tuduh kami promote keganasan?
Kau tuduh kami mudah dipengaruhi dek internet dan spekulasi?
Kau tahu tak apa yang kami dah alami?


"Kau rasa hudud tu ganas sebab yang kena sodomi semalam bukan kau"








Baiklah. Kalau kau nak tau apa itu keganasan,

.
.
.

Kami biarkan Allah saja yang tunjukkan...

Saturday, February 26, 2011

Kebersihan Hati, Golongan Pembersih hati, Jawatankuasa masjid dan solat Jumaat


Tahukah anda bahawa hati, walaupun dah hitam berkarat, tidak bermakna ia tidak boleh dibersihkan? Kepada mereka yang bersifat kesendirian, mereka lebih ujub dengan kebersihan hati mereka sendiri. Ramai juga suka mempersoalkan kebersihan hati orang lain. Harini pakcik akan cerita, eh? Pakcik?


Ye.

Pakcik akan KONGSI cerita pasal soal MEMBERSIHKAN HATI. Sebagaimana yang sedia maklum, KEBERSIHAN HATI amatlah mustahak dalam persediaan dalam menempuh jalan kesufian. Eh?


Sejak bila pulak kita nak ke sufi, ni pakcik?

Sejak 'aku' bertukar menjadi 'pakcik'. Sejak rambut 'beckham' bertukar kaler jadi nampak macam otromen. Sejak main tweet-tweet dan blogging itu dikatakan hanya untuk orang yang berpikiran cam budakbudak. Sejak itulah kita akan apa yang aku dah mengarut ni? Sekali lagi.

tahukah anda bahawa hati, walaupun dah hitam berkarat, tidak bermakna ia tidak boleh dibersihkan? Kepada mereka yang bersifat kesendirian, mereka lebih ujub dengan kebersihan hati mereka sendiri. Ramai juga suka mempersoalkan kebersihan hati orang lain. Harini pakcik akan cerita pasal satu golongan yang bertanggungjawab membersihkan hati orang lain.

diorang ni terbahagi kepada beberapa level, mengikut pengalaman dan taqwa yang Allah beri kepada mereka. paling ramai adalah beginners dimana mereka terdiri dari orang baru dan orang lama yang sejuk dan dah berapa kali dah dok start dari mula dan dok di takuk tuuu jer.

paling cool golongan intermediate yang buat semua kerja. diorang ni biasanya golongan yang sedang nak naik. Gila respek dengan semangat dan kekobaran mereka ni bila dibandingkan dengan diri pakcik yang hinerdiner ni. pakcik suka lepak dengan diorang sebab diorang ni turun padang (kalau bukan memang diorang dok melepak dalam padang tu) dan masak dengan trend dan kancah dunia di luar sana. Merekalah yang paling layak nak memberikan usul bila mesyuarat nak buat apa lepas ni. Coollah diorang ni. Semangat dia, tu.

Kat atas golongan ni adalah think thankers. Mereka ni biasanya terdiri dari golongan intermediate tadi yang DIPILIH oleh think tankers yang lain melalui mesyuarat dan analisa yang ketat. Diorang ni yang selalu merujuk AQnS setiap pendapat dan pegangan pergerakan mereka ini dalam memastikan bahawa ia dilaksanakan melalui cara yang ditunjukkan oleh Baginda SAW.

Dan kat atas dia pulak adalah decision makers. Shot callers. Aku tak paham part ni. Kita biarkan dulu.


Kembali kepada topik, hati yang dah kotor masih boleh dibersihkan. Jika kita umpamakan hati itu ialah seketul besi, dosa dan kemungkaran itu digambarkan dengan karat yang melekat pada permukaan besi tersebut.

Cara cepat nak bersihkan ialah pakai grinder. Tukar pakai mata berus dawai tu dan lanyak sampai berkilat. Tapi bila dah grind style camni, besi tu kenalah salut dengan minyak. Sebab grinding process tadi melukakan permukaannya. kita taruk minyak sama itu luka. Nak manja pakai minyak Singer. Nak safe cost, pakai minyak 2T atau minyak hitam pun buleh juger.

Cara manja sikit pakai kertas pasir. Kasi gosok itu karat. Karat yang kasar kita kikis pakai screwdriver atau penyodok burger. Kasi clear. Lepas tu kita gosok pakai kertas kasar. Dah nampak besi, kita gosok pakai halooossss. Kasi nampak macam cermin. Kalau pakai kertas haluus giler, silap-silap takyah nak cover dengan minyak lepas habis. Kilat tahan pun lebih lama. Pastu taruk itu besi dalam kertas sokkabar ke apa dan taruk dalam kotak. Kalau nak display, jangan lupa taruk secawan thirstyhyppo liquid kat sebelah.


Itu kalau besi tu dok diam-diam.

Cabarannya kepada golongan yang pakcik sebutkan masa termengarut tadi ialah bila besi yang nak dibersihkan tu, taknak dok diam-diam. Bila kita bang, dia datang, dia semayang. Bila kita nak pegang, dia terbang. Liat sungguh. Bukan apa. Dia ni nampaknya bergelumang tah kat mana ntah sebelum datang semayang ni tadi. Dan dia datang dalam kekotoran. Takperlah. Besok dia datang nak semayang dalam kekotoran semalam, ditambah dengan kekotoran dek gelumangannya pada hari itu pula. Maka terganggulah kesucian persembahan kita semua kepada Nya. Dan ini tak boleh pakcik biarkan.

Bukanlah bermakna kalau camtu yang mungkar-mungkar tu takyah datang ke masjid. Datanglah. Kami galakkan datang. Bahkan untuk golongan kamulah pakcik di sini. Tapi bila dah datang, ambil bahagian dalam program-program pembersihan. Support la. Paling kurang pun turut sama menyertai atau mempromosikan program pembersihan. Barulah proses pembersihan itu berjalan. Barulah tiap kali kita datang buat persembahan bila Dia memanggil, kita ada peningkatan. Bukannya makin kotor dan makin kotor.

Dan pakcik juga nak mintak maaf. Sebab kengkadang, bila dah jadi jawatankuasa atau 'jemaah' ni, kita ada rasa perasaan laa sikit. Ownership. Kengkadang tu memang tersasul tersalah perkataan, termendada melangkah di saf atau terasa macam masjid ni ana yang punya. Biasalah. Orang buat kerja akan rasa macam bagus. Itu lebih baik pada pakcik daripada orang yang diberi amanah tapi senyap dan tak buat apa-apa.

Akhir sekali pakcik doakan semoga kita semua dapat berjumpa lagi di Jumaat yang depan dan Jumaat-Jumaat yang seterusnya. Amin, warabbul alamin.

Monday, December 27, 2010

PAS for all

Aku baru balik. Dan banyak benda yang aku tak suka dah berlaku kat negara dan bangsa aku ni. Masa aku kat sana aku tak ambik tau sangat walaupun ada orang dok bukak RTM3 pakai henpon. Aku cuba lari dari semua ni sebab aku dalam latihan. Sekarang aku dah balik dan aku rasa menyampah dan rasa macam nak sambung latihan lagi. Tapi tak guna sebab niat dah lari.

Di satu sudut, keadaan politik bangsaku semakin kelakar. Dunia semakin diambang inflasi dengan kenaikan kadar dan magnitud jenayah, serta pelbagai bencana alam yang perlu diuruskan. Tetapi para penguasa dalam negaraku sibuk gaduh pasal adab mesyuarat, pasal tak puas hati sampai berpecah belah, dan tak kurang juga yang sibuk buat tahapa-hapa demi menyelamatkan keadaan spiritual masyarakat Malaysia yang semakin membimbangkan. Yang rakyat pulak semakin suka mempersoalkan dari kekal dalam barisan (bukan barisan nasional), lebih suka mengkritik daripada turut serta, dan ditengah-tengah semua kehuru-haraan, masih ada yang sempat menangguk diair keruh dengan mengambil untung. Maka makin kuatlah pendapatku mengatakan bahawa semua Melayu kena masuk PAS, dan yang dalam PAS, berperangai macam orang Islam.

PAS ajer yang padaku yang memperjuangkan tertegaknya hukum Islam di Malaysia. Dan padaku hukum Islam itu indah. Kita semua tak indah sebab kita belum Islam lagi. Kita mungkin muslim. Tapi belum mukmin. Islam itu ialah agama. Kita ni hanyalah bangsa manusia. Tapi mengatakan kita bukan Islam itu pula salah. Maka sapa yang tahu dia belum Islam, dan mahukan Islam, maka masuklah PAS. Dan bila dah PAS, belajarlah apa itu Islam. Maknanya, yang masuk PAS tak semestinya orang Islam atau Melayu saja.

Dan orang PAS pula sepatutnya sedar, bila awak mengaku PAS dan mahu dikenali sebagai PAS, awak kena bercakap, berperangai dan berpakaian macam orang Islam. Jaga mulut dan jaga akhlak. Tugasnya lagi berat dari jadi mamat tabligh yang sekadar belajar cakap-cakap. Jadi pejuang politik hanyalah untuk orang yang dah sampai tahap ikhlas saja. Sebab mereka berkhidmat untuk negara. Aku tak sanggup. Aku sekadar mengundi ajer.

Orang akan kata aku berpikiran sempit. Aku jumud. Aku ekstrimis. Aku cuma aku. Seorang Melayu yang tak guna. Tapi aku mahukan perubahan.

Perubahan dari aku yang muslim kepada mukmin.

Perubahan daripada perpecahan kesekularan kepada perpaduan akan ketauhidan.

Dan menurut pandanganku yang terbatas ini, yang ada cuma PAS.

Aku suka apa yang PAS buat kat Kelantan kerana maju padaku bukanlah kebendaan. Aku tahu dunia ini sementara dan akhirat itu abadan abada, tapi dalam peperangan di dunia demokrasi, undi aku itu adalah senjata. Dan aku menyeru kepada golongan majoriti Malaysia, bersatulah di bawah PAS.

Cukuplah dengan main-main setakat hari ini.

Wednesday, December 22, 2010

Motivasi Pagi di Radio IKIM

Gambar ni ada nasihat yang bagus. Tapi camana nak melaksanakannya?

Pagi tadi semasa menghantar ahliyaku ke tempat kerja, kami mendengar radio IKIM, rancangan Motivasi Pagi, macam biasa. Dan kepada yang tak biasa, rancangan ini menjemput para motivator untuk memberikan ransangan selama 15 minit agar para pendengar termotivasi untuk meneruskan hidup atau bekerja untuk hari ini.

Radio IKIM ni semakin popular kerana banyak rancangan yang dipaparkan dalam slotnya yang ilmiah dan bagus untuk rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Disamping itu juga IKIM.FM merupakan escapisme daripada stesen radio yang lain yang lebih menumpukan kepada konsep hiburan. Aku sokong radio ni dan setiap bulan Ramadhan, semua channel radio dalam kereta aku akan aku tune ke arah IKIM.

Tapi motivator pagi tadi betul-betul buatkan aku termotivasi nak mengomen.

Hari ini beliau menceritakan pasal jangan jadi malas dengan kaedah meletakkan 'harapan' dan 'tahap penerimaan' dalam berusaha. Cuma contoh-contoh yang dia paparkan, ikon yang dia jadikan sandaran dalam hujahnya, takde sorang pun yang Islam. Donald Trump, Bill Gates dan Barack Obama. Pada aku, Donald Trump hanyalah seorang yang got lucky. Bill Gates pulak padaku ialah seorang manipulator yang telah menyedut segala kelebihan Steve Jobs. Barack Obama pulak dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi sebab dari kecik lagi dia dah bercita-cita nak jadi Presiden Amerika. Pada aku, mamat motivator tu lebih menumpukan konsep 'berjaya' nya kepada kejayaan dalam dunia. Takde sorang pun Sahabat atau Ulama lama atau pejuang Islam yang di promonya.

Ini pula pandangan aku.

Sebagai seorang Islam, kita diajar untuk beriman. Percaya kepada konsep kehidupan selepas mati. Percaya bahaya perjalanan kita setelah kita diciptakan, tidak terhad kepada kehidupan di atas muka bumi saja. Baginda SAW diutuskan untuk membawa fikir risau manusia dari dunia yang sempit kepada akhirat yang luas. Kenapa?

Ingat lagi tak zaman kita ambik UPSR? PAda masa tu, exam UPSR itulah masalah paling besar dalam hidup kita. Kemudian, masa kita nak kena ambik PMR/SRP pulak, exam itulah masalah yang paling besar dalam hidup kita. Samalah juga masa nak ambik SPM. Dan masa kita ambik SPM, PMR tu dah rasa cam cikai jer. Dah rasa macam senang dan takde hal ajer. Kat sini kita lihat, masalah duniawi kita yang satu masa dulu kita rasa paling besar, sebenarnya taklah sebesar mana pun setelah kita melihatnya dari luar.

Bila tujuan hidup berkisar hanya dengan kehidupan dunia, maka kita rasa itulah masalah kita yang paling besar. Nak cari rezeki, nak bina keluarga. Nak buat retirement plan. Maka fikir risau dan masa kita akan banyak tertumpu kepada 'masalah besar' itu. Tapi bila masalah besar itu kita sandarkan kepada kehidupan akhirat, maka masalah duniawi ini tak akan memberi kesan kepada kita. Barulah betul konsep 'dunia ini hanyalah gurauan' yang selalu kita dengar dari budak-budak tabligh. Dengan cara ini, bila kita berdepan dengan masalah dalam hidup kita, kita tak kalut. Kita tak panik. Dan otak yang berfikir mencari solusi akan menghasilkan solusi yang lebih baik jika otak itu berada dalam keadaan tenang.

Dan aku rasa, ramai orang Islam tahu bahawa meletakkan harapan kepada makhluk atau kejayaan di dunia, hanya akan membawa kepada kekecewaan dan kekosongan. Berada di tempat kekuasaan bukan berjaya. Kaya bukan berjaya. Tetapi mendapat keredhaan Allah itulah kejayaan. Mendapat kata-kata yang baik setelah mati itulah tanda berjaya. Donalad Trump yang terrer dalam deal itu pun kena fired kat bini dia. Berjaya kebendanya?

Aku taktaulah sama ada mamat motivator tu tersalah pilih ikon atau apa. Tapi kita di sebelah sini, yang susah payah nak larikan anak-anak kita dari mengidolakan otromen atau Bill Gates kepada mengidolakan para Nabi dan Sahabat, amatlah terasa dengan hujah yang diketengahkannya. Kerana anak-anak akan mepersoalkan keadaan hidup para sahabat yang serba kekurangan dari sudut duniawinya. Macam Abu Bakar r.a dan Khadijah yang wafat dalam keadaan miskin sedangkan mereka sebelum Islam adalah kaya raya. Macam Ali dan Umar yang mati dibunuh sedangkan semua tahu dua sahabat ini adalah pejuang yang bengis dalam mempertahankan agama Islam.

Aku tak suka dengan motivator pagi tadi. Dan aku risaukan apa dah jadi kepada budak-budak yang telah dimotivasikannya selama ini. Mungkin aku yang salah faham. Mungkin sambal nasi lemak pagi tadi pedas sangat. Tapi yang pasti, Radio Institut Kefahaman ISLAM Malaysia kena check sapa yang mereka jemput sebagai penceramah agar KEFAHAMAN orang Islam tak lari. Jangan main sebat ajer.

Tuesday, October 26, 2010

Dunia dah nak kiamat


Siapa yang taktau, kita ini ummat akhir zaman? Siapa yang tak tahu, semua tanda kiamat kecik sampailah sederhana dah berlaku, bukan takat kat dalam dunia, bahkan kita ada tanda-tanda kiamat versi Malaysia. Siapa yang berani mengaku dia dapat rasakan kekusyukan dalam solatnya? Siapa berani mengaku dia ada ilmu ke-15 (ilmu laduni) dan layak menafsirkan penyelesaian (Al Quran) kepada semua masalah dunia? Bahkan ada guru-guru tarekat yang dah putus asa, melarikan diri dari gunung ke gunung menyelamatkan iman dan keluarga mereka. Ramai juga yang melarikan diri dari realiti kehidupan kerana kononnya menyahut seruan agama...


Maka tinggallah kita, si jahil yang takde mata, terkapai-kapai mencari makna. Ramai yang dah menjualkan diri dan jiwa mereka demi sesuap nasi. Ada yang suka-suka menjualkan anak, isteri bahkan harta benda jiran mereka. Ada yang menyelesaikan masalah dengan menamatkan riwayat orang yang banyak komplen. Dunia dah huru-hara. Kiamat is around the corner. Dan takde sapa yang pedulik mana kita nak pergi melainkan sibuk dengan tempat kita berdiri. Cuma kadangkala, aku tetap cuba menipu diri sendiri dengan mengatakan: harapan masih ada.




Aku tahu jalan yang perlu aku lalui. Jalan kesepian, penyisihan, kesalah-fahaman, kekeliruan. Setiap tapak yang ku langkahi, semakin bergoyang keimananku yang tahada tidaknya ini. Awal pagi aku sungguh bersemangat dengan tasbih Fatimah dan Surah Yassinku. Baru sampai dhuha, aku sendiri dah komfius dengan perjuanganku. Tapi inilah dia jalan yang berbahaya itu. Jalan yang telah dipilih oleh ketuaku. Bukannya jalan segunung Uhud emas. Bukannya jalan populariti. Tapi jalan lapar dan kenyang berganti-ganti. Jalan keluar dengan wangi, balik rumah dengan hitam berdaki.


Aku tau, imanku bukannya kuat sangat. Malah kepercayaanku lebih rendah jika dibandingkan dengan kepercayaan ibu dan isteriku kepada Nya. Namun aku tak boleh tunjukkan kelemahanku. Takut-takut nantik ada lubang untuk si musuh memporak perandakanku.

Cuma kadang-kadang, sebagai manusia, aku perlukan tempat mengadu.
Dan sesuatu yang mengatakan: "Ya, engkau benar. Teruskan perjuanganmu".




Dan untuk itu, Ya Samik, Kaulah yang Lebih Tahu.

Monday, October 25, 2010


Tahapa-hapa punya perhimpunan
Buang masa, air liur dan karan
Setakat berpantun, tuding-tuding atau bersajakan,
Baik berhimpun di pantai Port Dickson

Dari si misai hai si songkok tinggi
Hingga ke pemudi bertudung sengkuap
Orang undi kau agar kau atur strategi
Bukannya pergi melopong atau tahan menguap

Ada juga yang bermuka series
Kerut di kening nampak meyakinkan
Bila disuruh komen, dia speechless
Tapi bila kat belakang, dialah yang paling lantang

Balik-balik cerita transformasi
Optimus Prime dan si Bumblebee
kalau takat main gerak-gerak jari
Samalah korang dengan kitorang di kedai kopini

Buai tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
UMNO bersidang lagi
Tapi semuanya sekadar cakap

Tiap tahun camtulah adanya
Persidangan dewa yang memperjuangkan bangsanya
Takde sorang pun yang ada agenda
Semuanya dok pikir lepas ni, hidangan ringan pukul berapa?

Orang berhimpun berbincang dasar
Apa yang kekal, apa yang kena tukar
Kalau setakat nak buat kelakar
Baik iklankan ajer di Buletin Utama

Lepas habis perhimpunan Agung
Pulanglah si makan tanggung dan si berak cangkung
Kembalilah ia semula ke kampung
Sambung lepak kat kedai kopi,
Sambil mulut melopong.

Thursday, October 7, 2010

Wali dari bangi (ketayap karkun, songkok dan melihat si dia)

Ketayap karkun


Aku membuka ketayapku. Terasa gatal di dahiku yang berbekas dengan ketayap. Aku masih terbawa-bawa dengan style aku pakai baseball cap zaman aku kat U dulu. Suka pakai kulup. Abang karkun yang sedang memandu, mencuri pandang kepadaku. Dia tersenyum.
Kulup Jawa

"Kau pakai ketayap tu ketat sangat" katanya. Aku memandang ketayap karkunku. Sejak aku berkawan dengan abang karkun, aku memang tak tinggal pakai ketayap. Tapi adakalanya aku pun pakai songkok (songkok kahwin, tak pakai lebih 40 hari kang, takut kena hisab). Kadangkadang pakai kupiah. Adakalanya aku biarkan saja kepalaku terdedah. Aku masih sekadar mengikut-ikut ajer dalam hal berketayap ni. Cuma atas dasar 'appropriate-ness' ajer.

"Apsal kita pakai ketayap ni?" tanyaku. Aku semakin banyak bertanya soalan spontan sekarang. Aku memang tak bagi chan kat diorang (abang karkun dan brader bus stand) nak baca pikiran aku. Tapi style macamni, soalan-soalan yang keluar biasanya yang ikhlas-ikhlas...Direct dari lubuk hati...
Jangan cari pasal dengan dia ni..

"Ikut Nabi Muhammad SAW" jawab abang karkun pendek. Jawapan pendek ni, mesti ada falsafah panjang. Mesti abang karkun nak sambung lagi.......................
Senyap jer? OK.
 Aku mula...Aaaaa...

"Kita pakai ketayap karkun sebab merendah diri kepada awwalin. Ni kira adab bergurulaa. Takkan kau nak lebih dari guru kau" katanya tiba-tiba. Dia buat balik daahhh. Tak sempat aku nak tanya. Abang karkun ushar padaku.

"Kita boleh pakai ketayap tajam. Kang orang kata kita tarekat. Padahal kita ni bukannya istiqomah atau jaga akhlak sangat. Kalau kita pakat bersongkok kehulu-ke hilir, orang kata kita ni ultra Malay pulak" abang karkun tersengih padaku sambil mengenyit matanya (kepada kamera). Nampaknya dia juga boleh baca level kedua hati aku yakni merekodkan segala perbualan ini. Tu sebab dia sempat mengenyit kepada pembaca semua (sebagai que bahawa dia buat lawak makan dalam). Dan nampaknya dia tak kisah. Yang dia tak tau ialah rekoding ini akanku postkan dalam blog...Kihkihkih.

"Tauuu.." kata abang karkun sambil memuncungkan bibirnya. Kereta kami meluncur laju di highway. Dah hilang thrill hidup ini rasanya...
"Naada ber, sendirian"...Aku tak hafal laa (kata brader kat belakang)

"Lagipun, senang nak identify sapa karkun sapa tidak. Sapa yang tahu pasal usaha atau tidak. Senang kita nak pilih approach kita bila kita bersua" sambung abang karkun. Aku mengerutkan keningku sambil menunjukkan kerutan itu padanya, tanda aku tak paham. Aku taknak dia main silent treatment cam perenggan keempat tadi. Aku taknak melepas. Aku nak abang karkun explain.

"Kita karkun kan bekerja menyebarkan salam? Dan berkenal-kenalan sesama lain? Jadi, takkan lepas bagi salam kita tanya 'dah makan ke belom' atau 'ada lighter ke idak' atau 'watperkatsini', jer?" abang karkun cuba membuatkan perbincangan jadi menarik.

"Bila kita tengok dia pakai ketayap karkun, kita boleh guna approach karkun dan terus buat 2jam setengah atau gunakan diri masing-masing sebagai asbab hidayah dari buang masa berborak pasal ijtimak atau kesejukan jazbah diri"

"Bila kita jumpa ketayap tajam atau yang berserban 7 hasta, kita senyum dan merendah diri. Kita mintak mereka doakan kita dan ummat Nabi Muhammad SAW agar kita semua senang dalam perjalanan seterusnya nantik"

"Bila kita jumpa geng songkok pulak..........kita tanya apa projek?"
kami ketawa. Abang karkun tujal bahu kananku. Adoiilaaa. Suka betulla dia tujal-tujal bahu aku. Lepas ni mesti seluruh tangan aku kena semut-semut karen.

"Tapi, makin ramai pakai ketayap karkun, tapi bukan karkun" jolokku. Tangan kananku rasa berkaren. Abang karkun slowkan kereta sebab dah masuk kawasan tol Sg. Besi. Dia mengangkat punggung kanannya dan menyeluk kurtanya. Sepuluh ringgit dihulurkan kepada kerajaan. Kemudian kerajaan bagi belen duahinggitlapan.
Ni bukan aleem. Ni tahap 'areefeen...KAHKAHKAH

"Takper. Asalkan sunnah diamalkan dan disyiarkan. Itu pun dah cukup sebagai pengubat hati para dae'i" kata abang karkun. Terpancar kesedihan di wajahnya.

"Kita ummat akhir zaman. Struggle nak kekalkan iman dan jazbah dalam jalan ini. Usahkan jumpa, MIMPI pun tak penah. Kita cuma peminat fanatik yang baru nak mula. Mogamoga Allah izinkan melihat si dia, walaupun dari jauh..." kata abang karkun seolah-olah merintih dalam keletihan.

Dan kami meneruskan perjalanan kami untuk malam markas minggu ini...

Atan dan Abu (Apsal korang berketayap?)



"Apsal korang berketayap?"

Atan:
Abang karkun belikan aku ketayap ni. Dan dia wasiat supaya aku sentiasa pakai ketayap ni atau apa saja dengan niat ikut Baginda SAW. Aku nak tanam rasa minat dan fanatik pada Baginda SAW macam abang karkun. Dan aku nak istiqomahkan pakai ketayap ni.

Abu:
Elleh. Kau ikut abang karkun sebab dia ada magik, kan? Kangrambut kau ikut bentuk ketayap kang, sibuk tak dapat aweklah, saham jatuhlah.

"Kenapa kau pakai ketayap, Bu?"

Abu:
Aku nak cover rambut masa sujud. Lagipun, takyah nak cover rambut kalau berketayap ni.

"Tapi rambut kau nombor 1. Haloooooosssss"

Abu:
Cibai, kau Wan. Kau? Mana ketayap kau?

"Ketayap aku sumernya basuh. Tak kering lagi"

Atan:
Halooooossssss punya alasan.

Abu:
Nah! Ambik ketayap aku ni.

"Ketayap busuk ni?"

Abu:
A'ah. Alang-alang kau basuh ketayap tu, ikram aku sikit. Kasi basuh halooooooosssss, ok?

"?..."

Tuesday, October 5, 2010

Aku anak Malaysia


Aku cumalah rakyat yang hina. Salah satu dari jutaan mereka. Suaraku takkan kedengaran. Ditenggelamkan oleh jiranku yang nampaknya lebih memerlukan. Namun aku terus juga berada dalam barisan. Mengharapkan satu hari nanti, masa untuk suaraku didengari, akan kesampaian.
Mintak sedekah lagi senang dari hantar borang cukai
Ketika di jabatan kerajaan, aku diperlakukan umpama aku ni peminta sedekah. Giliranku diletakkan paling bawah, di bawah anak pengarah, sedara datuk, orang berduit dan yang berkabel besar. Dan apabila tiba masaku, aku kena isi borang semula. Semata-mata kerana lokalitiku, bukan dalam jurisdiksi mereka.
Dari pembangkang..
Namun ku sahut seruan kerajaan. Belilah barangan buatan tempatan. Ketika di jalan raya, aku memandu di lorong kiri. Keretaku perlahan, takut menghalang kereta import para menteri. Tak sampai setahun, keretaku mula meragam. Tingkap yang macam sial, enjin pulak yang macam minum minyak hitam. Baru jer lepas warenti, keta pun masuk wokshop. Genuine part yang dibuat di Rawang, lagi mahal dari barang import. 

..sampailah ke kerejaan..
Dengan sabar, tinggal beberapa bulan saja lagi, langsailah harga keretaku. Tapi 6 tahun itu tiada maknanya, seandainya terlewat bayar sebulan dua.

Semakin hari, kurasa semakin sial. Malaysia adalah negara bangsawan dan mereka yang berkapital. Orang kebanyakan sepertiku dibiarkan terkial-kial. Sebab makbapakku bukan jutawan kosmetik, atau orang politik atau artis terkenal.



Bukankah ini negaraku? Bukankah aku ini Melayu? Kenapa pula hakku yang perlu dicatu? Bukankah sudah separuh abad negara ini merdeka? Mengapakah keadaan kita masih di takuk lama?


Malaysia ialah negara orang kaya dan bangsawan. Sekali lagi aku tekankan. Orang kebanyakan sepertiku takkan dipedulikan. Apa yang terdaya olehku hanyalah terus beratur dalam barisan. Sedangkan si mereka, selamba potong que sebab ada kenalan. Kami tak dipedulikan seandainya membayar cukai pada masanya. Tapi kamilah pengkhianat negara, seandainya terlewat sebulan dua.






dititipkan oleh Abu
Pembayar cukai tegar

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails