Monday, July 26, 2010

Kelikatu of Parliaments 4

Atan cuba nak terbang. Tapi bahunya yang terlanggar dinding tadi sakit. Jadi ATan cuma larat berjalan menghampiri sumber cahaya itu. BArulah dia perasan bahawa cahaya itu umpama sebiji mata yang bersinar, menari-nari di atas sebuah menara putih yang semakin gelap di dasarnya. Atan rasa dah OK. Dia mula mengeliat dan zruppp...krrrrr dia terbang kembali..

Dari atas dia ushaa lagi cahaya tu. Barulah dia perasan ada banyak lagi kalikatu sedang mengerumuni cahaya itu dan semuanya berasak-asak ingin menghampiri cahaya yang sedang menari dengan mengasyikkan itu. Kelihatan ada juga yang memberanikan diri menghampiri, menyentuh cahaya itu dan mereka akan jatuh dan menari-nari dalam keasyikkan dan pengsan. Inikah nirwana yang kalikatu tua tu cuba sampaikan?

Atan cuba meng-interview beberapa kalikatu yang sedang fana keasyikan memuja cahaya yang sedang menari di atas menara putih.

"Kenapa abang suka sangat dengan cahaya tu?" tanya Atan sambil menyorong maikrofon angin ke arah seorang brader kalikatu yang sedang meracau-racau.
"Itulah sumber keabadian. Aku mahu pergi ke sana. Tapi apakan daya. Nak kudaki menara, kaki tak kuat, batangnya licin, panas. Nak ku terbang, sayapku patah..."

Atan menyorong maikrofon ke arah seekor lagi kalikatu yang sawan kat sebelah dia.
"Sungguh indahh, sungguh indahhh" ulang-ulang mamat tu. Kelihatan sayapnya patah dan dia meracau-racau melanggar kawanan kalikatu lain yang juga histeria memuji cahaya. Atan memandang ke atas. Kelihatan cahaya itu menari-nari, seolah-olah memanggilnya. Dia membuang maikrofon dan terbang ke atas. Matanya tertumpu ke cahaya. Dia menghampiri cahaya. Semakin panas rasanya. Cahaya itu semakin dekat dan kelihatan sumber cahaya itu bersinar-sinar keajaiban kat dalam satu bola api yang menari-nari di atas batang hitam yang terletak atas menara tu. Atan terpegun, Tapi bahang kepanasan terasa olehnya dan dia rasa macam nak bla. Tapi flashback kalikatu tua terbatuk, mamat-mamat patah sayap dan orang yang meracau pasal tak dapat terbang dan menghampiri "keabadian ini" tibatiba terlintas dihadapannya dan menguatkan lagi dorongan untuk Atan mendekati cahaya itu. Dia pikir what the heck dan terus menuju ke arah cahaya itu dan zuuup!

Atan sedar dia terjatuh dari menara dan menggeletek kepanasan dek terbakar. Lepas tu dia mati dan maikrofon kita kat dada dia terpadam...


Atan bersemadi. The end.

inspired by cerita sufism pasal perumpamaan orang sufi ketika fana di hadapan tuhannya dengan kalikatu yang tertarik kepada cahaya lilin. Ia ditaip dalam keadaan tertekan, jadi ayat-ayatnya agak kasar dan straightforward. OK la tu..Korang pun nak cepat, kan? Semoga semua dapat inspirasi dan bersemangat dalam menempuh perjalanan kerohanian itu.

Wallahua'lam

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails