Monday, September 6, 2010

Interview dengan Wali (Kesimpulan dari Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431)

Faveret kami ialah cerita setan kena bedal...
Kepada yang tak mengikuti siri ini selama bulan Ramadhan yang lalu, ini aku recap balik bagi korang tau ujung pangkal. Pemerhatian pertama ialah semakin meningkatnya bencana alam di Malaysia. Maksiat yang berleluasa telah mengundang bencana alam dan sekarang semua bencana alam itu sedang mengetuk pintu negara kita. Rakyat Malaysia dah semakin takde tempat nak melancong. Nak pegi laut, takut tsunami. Nak camping kat gunung, takut tibatiba hujan, sesat dan terus jadi orang asli. Nak pegi Indonesia pulak, kalau terselamat dari gempa bumi atau gunung berapi, kira nasib baik dah tu. Kat sana sekarang dah ada pengebom berani mati dan suka meletup tak kira tempat.


Pendaftaran para Wali
Pemerhatian kedua ialah kadar orang yang tak poser pada tahun ini dikalangan MELAYU semakin meningkat. Aku belum selidik dengan lebih mendalam lagi kenapa peningkatan ini berlaku, tapi trendnya cukup membimbangkan hingga membuatkan abang karkun dan brader bus stand menangis. Aku cuba nak menangis jugak tapi sebab tak tau untuk apa aku menangis, air mata tu tak keluarkeluar.

Pemerhatian ketiga ialah pembuktian tentang obsesi orang Melayu dengan cerita berbaur politik dan konspirasi. Dari data stats kat blog aku ni, entry itu mendapat hit tertinggi dalam masa yang singkat dan aku kengkadang menyalahgunakan info ini untuk mencari makan. Dari sini kita dapat tau orang kita semakin berpuak-puak. Sesuatu yang menyedihkan ialah bagaimana pejuang-pejuang kebenaran di dunia maya ini (blogger) terlalu asyik dalam meng copy dan paste kan cerita-cerita berkaitan politik (semuanya jadi politiklah sebab pakai kacamata politik-kita mug dan realiti) dalam menumpang populariti. Ada juga yang kreatif dengan berfikir dan mengubah fakta dan jpeg sampai jadi cam cerita mamat DAP sembelih lembu, dan ramai pulak yang ulang tayangkan tu. Aku pun taktau. Ada hikmah rupanya aku didedahkan dengan blogging pada bulan Julai yang lalu...

Dan kesemua ini, bila dinilai dari kacamata seorang Melayu Islam di MALAYSIA, memberikan pandangan kepadaku bahawa aku kena lakukan sesuatu. Aku kena lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan negara aku. Dahlah kes jenayah, buang bayi, bunuh makbapak semakin menjadi-jadi. Aku pun semakin pemalas dan amalan pun makin kureng. Dan setelah melalui Hari 31 Ogos dalam bulan Ramadhan yang lalu, aku telah sampai ke kongklusi ini: AKU NAK BANGUNKAN ISLAM DALAM NEGARA AKU!

Dan untuk itu, aku kena bangunkan Islam DALAM diriku.
Dan buat kerja lagi dan lagi.

Sampai GILAWALI

Malam Tadi aku khalwat dengan Laila

Kisah obsesiku dengan Laila bukanlah rahsia lagi. Aku, seperti juga lelaki-lelaki lain, amat menginginkan Laila. Bukan kerana paras rupanya yang dikatakan cantik menawan. Bukan sebab apa nikmatnya setelah mendapatkan dia. Takde sapa yang berani mengaku dia pernah tengok Laila, apatah dapat berkhalwat, atau bermesra dengannya. Takde sapa yang boleh mendabik dada mengatakan Laila itu dia punya. In fact, lagi beria-ia seseorang tu bercerita dia kenal Laila dan Laila kenal dia, lagi beginnerlah seseorang itu dalam percintaannya terhadap Laila. Dikatakan orang yang dah pernah mendapat Laila, hanya tersenyum sipu ke blank-blank an bila nama Laila disebut-sebut setiap kali tiba musim Ramadhan.


Dan dalam perjuangan mendapatkan perhatian Laila itu, setiap orang akan buat macam-macam nak tarik perhatian Si Pemberi. Ada yang ikut buku dengan menjaga rukun asas. Ada yang baru belajar-belajar dengan menambah lagi amalan malam di bulan Ramadhan. Ramai juga yang ikut jalan ke'wali'an dengan hanya berangan-angan sedangkan yang fardhu tak dibuat, yang makruh tu pulak yang istiqomah. Dan dalam mana-mana pihak kanan atau kiri dalam mengejar Laila, aku ni lebih di tengah dan condong ke kiri-kirian sikit. Dahlah pemalas, puasa pun setakat lapar dan dahaga. Solat ikut suka dan terawikhku tahun ni boleh dikira. Satu tangan pun cukup. Layak ke nak dapat Laila?


Dan semakin hampir saat untuk berjuang demi mendapatkan perhatian Laila yang dikatakan akan memilih pada malam-malam tertentu di bulan Ramadhan, semakin menyetan dan alpa hidup aku ni. Semakin sampai malam tujuh likur, semakin sibuk aku mencari pelita, mengelap kipas dan siling serta menidaknidurkan diri dengan membuat perancangan kewangan setiap kali aku memasukkan duit singgit-singgit dalam sampul raya ni.

Aku tersentak. Tak buleh jadi, ni. Aku tak kira. Tak kisahlah dari lubang taik mana aku datang, yang penting sekarang ialah ke mana arahku selepas ini. Dan pada malam ini, pada saat ini, si Pemberi akan membuat pilihan, siapakah antara kami yang layak menerima kedatangan Laila dalam hidup mereka di dunia ini. Dan aku masih kat sini, menulis entry yang tak sapa ntah yang baca.

Aku nak ambik peluang kalini. Mula-mula aku bersih kan diri dengan taubat dan bergelumang dalam api penyesalan. Kasi daging-daging haram ni masak dan halal untuk bertemu dengan Allah. Barulah doa diterima. Lepas tu aku buang diriku dan besarkan Dia. Dia suka dipuji. Dia suka dipuja. Dia suka puji dan puja yang ikhlas, yang datang dari perasaan aku sendiri. Yang aku sendiri paham. Dan kemudian Dia suka jika aku mengaku aku ni pengikut kekasihNya, Nabi Muhammad SAW. Kemudian aku ucap selamat kepada semua orang yang saleh yang mendahului aku (yang dok usha-usha aku dari satu sudut tu haaa).

Kemudian, bila Si Pemberi tanya aku nak apa sempena malam kelailaanku, aku takbley gagal dalam ujian ni. Apa yang aku nak? Nabi Muhammad SAW ajarkan agar kita petik sifat Maha Pengampun Allah dan minta agar Allah ampunkan kita. Aku rasa aku nak mintak yang ni jugaklah...Walaupun ada seribu benda lagi yang aku nak mintak, sebenarnya...


Aiseh, potong stim betul laa. Camana pulak cerita erotik buleh pergi ke arah kesufian pulak ni? Anyway,kepada siapa yang terlepas dengan kebarangkalian yang menarik ini pada malam 25 dan 27 yang lalu, jangan gusar. Masih ada malam 29 dan malam Raya...Rilek..Peluang masih terbuka...CEPAT!

Interview dengan Wali (Wali naik UFO? Biar betulll?)

Para Malaikat dah makin tak cover dah dua tiga menjak ni..

Aku mendapat banyak respon maya berkenaan dengan entry aku yang ini. Diorang tanya sama ada betul ke kitorang yang kidnap UFO Pentagon dan menyalahgunakannya untuk misi kami ke Palestin pada bulan Julai yang lepas. Aku taknak jawab soalan-soalan bodoh macam tu. Dan tiap kali ada New visitor yang tanya aku, betul ke cerita tu, aku akan teringat pasal cerita ni:

"Masa tawaf, mana boleh berpalin!. Apatah lagi ushar awek. Kau kena fokus pada bacaan!!" sound abang karkun padaku. Brader bus stand bermuka series. Tak sangka pulak kealpaanku masa tawaf tadi betulbetul membuatkan dua pengasuh aku ni bengang. Maklumlah, diorang memang pantang kalau tengok orang bawah diorang ni main-main masa ibadat. Tapi laksana para wali yang hikam-hikmah, paling kuat diorang boleh buat ialah sound direct kat aku dan doa nangis-nangis malam-malam.
Apa yang heboh sangat dengan isik Kaabah? Tuntutan yang kat laur pun tak setel lagi...

Yang lain bergantung kepada hidayah dari Allah. Dapatlak batu cam aku ni.
"Sori arr.." aku meminta maaf. Dan selanjutnya agak senyap dan muram selama dua jam, sehinggalah ada sorang pak Arab menjerit-jerit seperti nampak sesuatu dari arah Kaabah. Para jemaah yang ambik port di sekeliling masjidil haram ni berdiri dan cuba menenangkan pak arab ni tadi. Dia dok menuding-nuding ke arah Kaabah. Kami usha arah Kaabah. Kelihatan beberapa orang lagi lari bertempiaran dari Kaabah, seolah-olah ada serangan jet pejuang atau sebagainya. ada juga yang macam meracau-racau dalam fana dalam apa yang berlaku itu. Aku usha sekeliling ke arah abang karkun dan brader bus stand.

"Ana tertinggal kunci Lambo kat dalam..."
Brader bus stand terus memegang bahu aku, melarang aku dari berbuat apa-apa. Kelihatan para jemaah semakin ramai berkumpul melihat sesuatu yang menarik di atas Kaabah itu. Lebih kurang duaploh minit kemudian, semua orang bersurai. semua orang kembali ke tempat masing-masing dan bertasbih dengan lebih kusyuk lagi. Aku yang terlepas semua excitement tadi, hanya berpeluk tubuh keboringan mengushar brader bus stand yang menghalang aku.

"Apakah hikmahnya abang menghalang saya tadi?" aku bertanya boring kepada brader. Brader hanya senyum sambil angkat kening macam kartun jepun yang tak bersalah. Aku pandang ke arah abang karkun. Dia macam sedang menahan gelaknya. Apa kehalnya diorang ni? Mulalah tu. Komuniket sesama wali pakai telepati, tu. Tak aci betul.

"Tadi ada UFO berenti atas Kaabah" kata abang karkun. Aku melirik ke arah abang karkun. Hah? UFO sapa pulak?
"Tu bukan sebarang UFO, tu. Bentuk piring yang diorang nampak tu, sebenarnya adalah hasil gerakan para jin bertawaf di sekeliling garis ke sidratul muntaha. Macam kau pusingkan pembaris kayu pada satu fulkrum dengan laju, kan nampak cam piring, tu?" sambung abang karkun sambil memusing-musingkan jari telunjuknya.


"Diorang pun cam kita gak. Hanya yang Islam saja yang dapat masuk ke Tanah Haram" sampuk brader bus stand. Aku memandang ke arahnya. Dia bangun dari bersandar kat tiang masjid dan mengambil beg galasnya yang tergantung berhampiran
Pemandangan Mekah pada masa akan datang-lagi menyenangkan pendaratan
"Insyallah-Insyallah!" kata brader, menasykil kami agar bangun bersedia untuk misi kami pada masa tu: jadi bilal kat Masjidil Aqsa. Kami semua bingkas bangun dan melipat bumi hingga sampai ke bumi Baitul Maqdis...

...Hehehe ;-t

Sunday, September 5, 2010

Malam ni malam Last

Malam ni malam 27. Kepada sesapa yang terlepas malam 25 hari tu, korang memang rugi. Aku sarankan korang agar meminimakan kerugian korang dengan catch-up pada malam ni. Malam ni malam Last.

Apa yang korang patut buat? Hahaha. Patutnya korang mulakan dengan bersolat Isya secara berjemaah. Kemudian pastikan korang solat Subuh secara berjemaah jugak. Kepada yang berqiamul lail, aku respek kat korang dan harap2 agar korang selitkanlah doa untuk aku dan sedara mara kita yang lain.

Kalau terlepas jugak malam ni, mka tinggal lah satu lagi malam: Malam Hari Raya. Bila pemegang mohor besar Raja tu umum Raya jer, maka korang niatlah nak bangun malam dan doa kepada Allah sebab malam Raya ialah salah satu malam yang dimakbulkan doa. Hah...Apa lagi? Bagitau sumer orang.

Dan semoga Ramadhan tahun ini memberi sedikit makna kepada kita dalam penghambaan kita kepada Nya. Dan semoga Dia Mengampuni kita semua dan menyelamatkan kita dari fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman.

Sekali lagi: Aku benci Hari Raya...

Saturday, September 4, 2010

Doa si Munafik


Segala puji bagi Allah, Tuhan yang ADA
sama ada aku percaya atau tidak.
Tuan Punya realiti ini dan yang selepasnya
Hakim yang Teliti ketika Pengadilan dilaksana

Aku memohon ampun dan bersujud sembah
aku mengaku akan kesalahanku
Aku biarkan diri ditunggang nafsu
dan memilih untuk mati, dari terus hidup.
Dagingku pemberianMu ku campuri riba
Kelebihan yang kau pinjamkan
aku salahguna
Ampunilah daku, wahai Yang Maha Sempurna
Aku syukuri akan kelemahanku
kerna dengan Nya
Bakalku kenali Kepemurahan Mu.

Ya Azim, aku dan saudaramaraku pada Mu tentulah tiada apa
serta tiadalah apa yang tak terlaksana jika ia 'Kun' dari Mu
Aku bermohon, sampaikanlah salam kami yang kotor ini kepada Penghulu kami, serta bermohon ampun dan keberkatan untuk kedua ibu bapa kami
Ya Rahman. Kembalikanlah semula kuasa kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak
Buangkanlah penindasan dan kezaliman terhadap wanita dan kanak-kanak
Dan bimbinglah hati orang miskin dari kekufuran
Kau lebih Mengetahui kesulitan masa INI
Kami bermohon perlindungan dan bimbingan dari MU

Kerana tiada tuhan selain Allah dan Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Malam tadi Lailatul Qadar? Mungkin?

Keadaan pada malam ni senyap jer. Aku usha kat luar tadi, pokok-pokok sumer stand still, ajer. Takde goyang-goyang sikit pun. Hawa pun tak sejuk, tak panas. Aku pun taktau nak describe camana. Adakah ini masanya? Adakah ini malamnya? Abih yang aku dok mengadap laptop ni, buat apa?


Kerana aku percaya, malam Lailatul Qadar tetap datang dan pergi, sama ada kita perasan atau tidak. Kepada yang berkorban masa berusaha untuk dapat MERASAI kehadiran malam tersebut, mereka ni aku respek. Siap bawak anak bini pergi iktikaf kat masjid. Seronok aku tengok bila ada bapak-bapak yang marah-marah sebab anak-anak comelnya masih taknak tidur lagi. Suka aku tengok budakbudak remaja tersengguk-sengguk mengantuk cuba membetulkan safnya ketika berdiri melakukan solat sunat tasbih secara berjemaah dalam program qiamul lail. Dan aku amat bertuah dapat bersama-sama dengan mereka ini di saat ini, bersatu mengharapkan peluang kedua dari Nya. Harapan agar kelemahan dalam kualiti ibadah itu diimbal balik dengan effort dan pengorbanan dalam melaksanakan ibadah tersebut, pada masa Allah tak kisah sangat dengan sumer ni. Harapan agar ketika Allah sedang Memerhatikan siapakah yang inginkan rahmat Nya tu berlaku, kami dilihat sedang beribadat kepada Nya.


Begitu juga kepada yang mungkar-mungkar. Malam Lailatul Qadar tetap berlaku sama ada mereka perasan atau tidak. Ada yang dalam keasyikan nikmat dunia. Ramai juga yang sedang berada dalam CENGKAMAN dunia. Sedang mereka dalam asyik melayan kerenah dunia, catatan perjalanan hidup mereka untuk tahun depan sedang ditempa dan dikaji semula. Patutkah mamat ni dimatikan cepat sebelum dia melakukan kemungkaran yang lebih besar? Atau berapakah jumlah khazanah bumi dan langit yang diperuntukkan kepadanya untuk tahun hadapan. Patutkah jumlah itu dikurangkan? Ada juga segelintir dari golongan ini yang TERASA akan kehadiran malam Al-Qadar, namun sebab hati mereka hitam dan mereka sedang berada dalam keadaan yang tak berapa baik, kewujudan malam itu cumalah umpama hembusan angin lembut yang tetiba menyapa muka. Bila angin dah reda, diorang terus menyambung program kemaksiatan diorang.


Dan pada setiap Malam Lailatul Qadar, semua makhluk bertasbih dan memuji akan limpah kurnia kasih sayang dan rahmat Allah terhadap manusia, terutamanya ummat Nabi Muhammad SAW. Inilah dia makhluk yang Allah ciptakan untuk menjadi khalifah di bumi. Makhluk yang dikelilingi oleh lubang-lubang ke neraka, namun tetap gigih berusaha untuk memilih Dia. Makhluk yang cepat perasan dan tak makan saman. Makhluk yang akan keseorangan tanpa Nya.

Aku tak pedulik malam ni malam Lailatul Qadar ke apa. Aku nak layan rasa bersyukurku ini kerana diberi peluang MENGALAMI semua ini. Semoga aku akan lebih baik lagi di esok hari. Semoga malam esok ialah malam Lailatul Qadar lagi. Dan untuk semua itu, aku nak tidur dulu. Hehehe

Friday, September 3, 2010

Atan dan Abu (Lailatul Qadar hunters 2)


"Korang taknak join aku pegi iktikaf kat masjid ke?" tanyaku kepada Abu dan Atan yang leka main komputer kat bilik aku ni. Aku tengah sibuk packing nak bermalam di masjid bersama-sama dengan abang karkun dan brader bus stand. Seperti biasa, tugas tak rasmi aku ialah mengajak dua ekor ni join aktiviti kami sekali.

"Aku dah solat Isya secara berjemaah tadi" jawab Abu pendek sambil men scroll-kan tetikus laptopnya. Atan buat taktau jer layan video kat You Tube.
"Tinggal nak solat berjemaah Subuh nantik jer, pastu settle" sambung Abu lagi. Atan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya amcam paham apa yang disampaikan oleh Abu. Aku tak ambik port sangat apa alasan Abu sebab dia memang pandai menjawab. Dia kalau abang karkun ada jer baru dia samikna wa 'atakna. Kalau harap akulah yang tasykil, ader-ader ajer hujahnya.
"Atan dengan Abu tu pandai menjawab tu. Kau kena berilmu nak tasykil diorang"



Aku tak mempedulikan mereka sangat sebab dok fokus pada apa yang aku nka doa malam ni. Aku nak mintak agar selesai hutang secepat mungkin. Aku nak supaya Allah mudahkan urusan dunia dan akhirat ku. Aku nak mintak agar Allah lindungi aku, keluarga aku dan seluruh ummat Islam dari kemurkaan Nya di hari kebangkitan nantik. Dan yang lebih penting, aku harap Allah sampaikanlah selawat dan salam ku yang hina ini untuk baginda SAW. Dan aku benar-benar harap selawat dan salam aku yang ini sampai, walaupun sekali...

"Mana diorang?' tanya abang karkun setibanya aku ke dalam kereta. Aku terpinga-pinga.
"Diorang kata jalan dulu" jawabku. Abang karkun buat muka bengang. Dia keluar dari kereta dan masuk ke rumahku. Dari luar lagi kedengaran bunyi suara Atan dan Abu menjerit, tanda telinga mereka dipulas.

"Memanglah sapa yang solat berjemaah waktu Isya dan Subuh tu umpama dah beribadat sepanjang malam, tapi bila dah ada jemaah macam ni, join jer la qiamul lail..." kata brader bus stand tersenyum.

Tak lama kemudian kelihatan Atan dan Abu keluar dari rumah sambil abang karkun menarik telinga mereka...Baru cukup korum...
Katakata semangat dari pahlawan kebenaran sukaramai: Abang PAS bermata DAP

Malam ni Malam Second Last

Sepanjang aku jumpa Laila, tak pernah pulak aku tengok pokok sujud

Ramai yang bertanyakan padaku camana nak tau adakah malam ini malam Lailatul Qadar atau tidak. Manalah aku tau. Aku pun cari kat google dan copy paste apa-apa yang aku jumpa sebagai reply kepada korang. Yang korang pun tak tanya ustaz-ustaz yang berkaitan, apsal? Apsal nak tanya aku? Anyway, untuk tidak mengecewakan rakan-rakan baru, di bawah ni aku kongsikan beberapa tips biasa yang boleh korang kenalpasti kalau-kalau malam ni atau malam lusa ialah malam ITU.

1) Suasana pada malam itu tak panas dan tak sejuk. Suam-suam sakinah jer.Ada orang kata tak hujan atau tak mendung. Aku kata itu semua relatif. Kau tanyalah hati kau sendiri: malam ni panas tak? Kalau ye atau tidak jawapannya, bukanlah tu. Ataupun perut korang yang terlampau penuh...

2)  Mata kau memang cam nak cepat terlelap jer (bagi yang mungkar) atau hati kau syahdu-syahdu sentimental jer. Kau pun tak tahu kenapa. Kau pun tak tau untuk apa. Tapi kau macam takleh nak pikir benda lain. MAknanya masa tulah kau kena pikir Allah.

3) Tanda paling famous ialah tanda pada keesokan harinya. Matahari tak panas. Silap-silap sampai ke tengahari. Ini tanda yang paling jelas. Tapi sekali lagi, perkara ini adalah relatif.

4) Bagi mereka yang bernasib baik, mereka seoalh-olah terdengar suara macam orang bertasbih atau berzikir. Itu bunyi makhluk sekalian alam yang bertasbih melihat kelompok malaikat yang turun dari langit. Tapi, kalau terdengar, cuba pastikan sumbernya betul-betul. Mat pit pun ramai gak sekarang ni...

5) Tahapa sebabnya, kau menangis pulak malam ni. Ni tanda LailatulQadar individu.

Banyak lagi tanda-tandanya tapi semua yang itu perlukan si pencari itu ada kelayakan tertentu untuk melihatnya. Kalau setakat orang cam kita ni, dapat merasai suasana sakinah dan dapat bangun solat dua rakaat kerana mengharapkan dapat peluang ini pun dah seribu LailatulQadar...
Jangan lepaskan peluang ini. Tinggal 2 hari saja lagi!!!

Wallahu'alam

Ramadhan Pergi Kembali

Sungguhpun ketibaan Aidilfitri adalah hari yang tunggu-tunggu oleh semua orang Melayu, lain pulak halnya dengan aku. Aku lebih suka bulan Ramadhan dari bulan Syawal. Dan Hari Raya Puasa adalah hari yang tak berapa aku gemari. Mak bapak aku dah berpisah sejak aku dari kecik. Aku nilah satu-satunya anak hasil perkongsian hidup mereka yang singkat satu masa dulu. Dan seperti Raya pada tahun-tahun membesar, aku akan berbelah bagi kat mana nak sambut Hari Raya Pertama nantik. Sungguhpun rumah mak dan rumah bapak aku dekat area-area Rembau jer, dan tak susah sebenarnya untuk aku pagi di sini dan petang di sana, aku biasanya akan menghabiskan banyak masa pada awal bulan Syawal dengan keseorangan. Kalau tak dok termenung membatu, aku akan ternganga membuta. Kat depan TV.

Bukan kerana aku ni anti sosial. Bukan kerana aku ni sombong. Memang kerana aku ni seorang pemalas. Hari Raya padaku hanyalah hari di mana aku memenangkan tabiatku yang suka makan jajan. Sambil layan TV dan takde sapa nak marah aku sebab diorang sumer sibuk pergi jenjalan ke rumah orang. Dapatlak kalau aku ada stok duit raya yang mencukupi untuk merasuah anak setiap orang yang cuba nak mempersoalkan kegiatanku. Ritual Hari Raya padaku hanyalah mintak hampun kat mak bapak, semayang Raya, ziarah kubur dan rumah guru. Bila lapar, pegi rumah member. Itu ajer dan bila cuti dah habis, aku akan kembali bekerja. Cam beser.

Bila dah berumahtangga ni, barulah sambutan Raya aku ada sedikit makna. Dapatlak bila dah dikurniakan cahaya mata. Berkat desakan dan bebelan orang rumahku, barulah aku ni tergerak untuk berjalan Raya ke sana ke mari. Barulah kenal itu paklong, ini auntie Rini. Aku mula memahami kepentingan untuk saling kenal mengenali antara sesama manusia dan keluarga. Skil terbaru yang semakin aku perhalusi hasil dari semua ini ialah skil mengekalkan keadaan wajahku dalam keadaan senyum kerang busuk sepanjang hari walaupun badan dah berlengas rasa macam kena mandi. Bagus jugak tu. Aku ni pun tak pandai berpura-pura.

Apa pun tanggapan ku terhadap Hari Raya, ia akan tetap datang jua. Sama ada aku habiskan masa itu nanti dengan keboringan dan kesepian, atau nak gunakan kesempatan itu untuk catch-up dalam department 'keluarga', aku hanya boleh merancang. Dan aku taknak buat rancangan yang terlalu detail, atau letak expectation yang tinggi sangat dalam sambutanku untuk Raya kali ini. Walaupun aku tak pernah memahami nikmat berhari Raya dalam sebuah keluarga yang bahagia, aku berazam untuk melakukan yang terbaik, demi anak-anakku.

Untuk itu, air liur jer tak cukup. Aku perlukan persediaan mental dan fizikal. Dan lebih-lebih lagi kapital. Paling tidak pun, bekalan petrol yang mencukupi. Selamat Jalan, Ramadhan fourteenTHIRTY ONE. Ahlan wa sahlan, Hari Lebaran.

Aku nak kayakan Ananda Krishnan sebab TV3 dah jadi RTM3



TV3 oh! TV3
Bagaikan rokok, aku tak boleh nak berenti menonton berita

Senario:
Semalam secara tak sengaja, aku terlayan Buletin Utama yang dah sekian lama aku tak layan. Boikot la konon sejak kali terakhir aku bergurau dengan mereka. Dalam banyak-banyak berita senget yang dimuatkan dalam edisi semalam, aku tertarik segment yang Pang Chinn Fei interview PM masa majlis berbuka di pejabat NSTP di Bangsar. Wartawan tu tanya kenapa PM pada kalini TURUN KE PADANG untuk majlis iftar bersama pihak media kerana sebelum ni, beliau sekadar mengajak orang datang berbuka kat rumah atau pejabatnya sajer (soalan bodoh-bodoh riak). PM seperti biasa, buat muka cute-cute blank-blank untuk menghighlightkan bibirnya yang merah, sebelum menjawab soalan tersebut dan menggorenglah macam-macam bagi menghabiskan 3 minit slot untuk menjawab soalan pertama. Bila wartawan tanya apa pendapat dan tindakan PM berkenaan saluran media alternatif dan laman soshel yang mula menjadi ancaman signifikan kepada demokrasi di Malaya, sekali lagi PM buat muka blank-blank tak bersalah dengan memberikan jawapan yang menggambarkan dia takkan halang penggunaan internet kat Malaysia (almaklumlah, beliau kan pejuang jalur lebar...), cuma Akta yang berkaitan dan pendidikan yang berterusan akan terus diberi penekanan dalam memastikan transformasi Malaysia yang dijanakan oleh beliau ini menuju ke arah kemajuan dan bukan kehancuran Malaysia. OK. Jawapan yang baik. Cuma lakonan jer yang tak berkesan. Skrip pun boring. PM pun kena berlakon dengan bersemangat sikit. Asyik-asyik guna approach selamber dan takde perasaan jer...Boring laaa.
Reaksi SU sulit PM masa tu
Lepas majlis berbuka, PM bersolat Maghrib dan terus stay sampai Isya (nak tunjukkan waraknya beliau, tak keluar dari tempat ibadah antara Maghrib-Isya) dan terus bersolat terawikh sekali di tingkat dua bangunan tersebut (nak tunjuk yang beliau dan para wartawan yang orang dok kutuk-kutuk ni, pegi solat terawikh sebenarnya, tak macam korang yang dok sibuk update blog). Dan majlis bersurai pada pukul 10pm. Aku tak perasan pulak orang rumah PM kat mana masa interview tu, mungkin mingle dengan set-set blogger dari NSTP agaknya. Mungkin tak datang langsung. Tak penting.

pemerhatian 1:
TV1, TV2, dah memang milik kerajaan. Kalau diorang ni dok siar dakyah kerajaan 24 jam, aku paham. Dah memang kerja diorang. Tapi bila PM datang ke TV3, pastu wartawan pun tanya soalan-soalan yang macam tu, seolah-olah nak memberitahu kepada MEREKA di luar sana bahawa TV3 pun dah seiringan dengan kerajaan (kalau bukan dah jadi sebahagian dari mereka). Akibat dari ini, TV3 dah kehilangan hampir 50% dari jumlah traffic media yang aktif di Malaysia yang semua orang tahu terdiri di kalangan orang yang suka membangkang atau giler rating blog (macam aku). Memang TV3 tak perlukan orang-orang ni untuk survive. TV3 dah kaya dah. Walaupun politik dengan media itu tak boleh dipisahkan, TV3 sepatutnya menghalakan tumpuannya ke arah mendapatkan perhatian dan kepercayaan penonton, bukan dengan bersekongkol dengan benda yang dipertontonkan.

pemerhatian 2:
Dari sudut Sun Tze nya pulak, ini indirectly macam nak bagitau musuh dalaman yang PM dah datang check kelengkapan askar upahannya macam seorang jeneral memeriksa perbarisan sebelum berperang, ataupun selepas balik dari peperangan. Yang nyata di sini; PM buat hubungan dengan Media Prima. Sebab dia yang datang ke Media. Bukan the other way around. Setelah terkantoi, maka diorang mengumumkan percintaan mereka nampaknya. Dan semua ini dibuat sekarang, semasa lonjakan komunikasi di alam saiber, di samping dengan timbulnya kembali semangat berpuak-puak di kalangan rakyat Malaysia. Tak lupa juga faktor luaran yang menunjukkan manusia di dunia sedang tertekan dan semakin terdesak dan akan buat apa saja demi survival. Peperangan bakal bermula dan PM beritahu, aku dah check kelengkapan aku. How about you? Dan kita expect ada something akan berlaku tak lama lagi.

pemerhatian 3:
Dah dua hari aku tengok segment Pang Chinn Fei membuat laporan dari luar untuk Buletin Utama. Makin lawa dah dia ni. Bila tah nak pakai tudung. Dia ni kami (aku dan housemate Bangi aku) jadikan pemangkin semangat untuk menonton berita arus perdana yang pada masa aku menuntut dulu tak kan kami tonton macam siaran azan atau berita bisnes. Dulu, housemate aku; Faiz dan aku akan bersorak setiap kali laporan PCF keluar kat Buletin Utama. Macam layan artis pulak. Kemuncak fanatisme kami terhadap PCF adalah masa dia jadi pembaca berita dulu. Hari-hari tengok berita. Siap bawak jajan sekali, macam nak tengok movie. Lawak betul. Dan bila tengok PCF dengan maskaranya yang berat sebelah semalam tu, mengingatkan aku kembali ke zaman-zaman laungan Reformasi itu adalah lawak terpopular di kalangan student IPT. Sekarang ni; 'Transfor maaa si'. Hahaha. AKu harap PCF akan selalu keluar lagi dan cubalah gayakan fesyen bertudung pulak. Mesti isu ini akan dipolitikkan. Gempak giler punya. Kalau non muslim buleh masuk surau, apa sangatlah kalau amoi yang pandai cakap Melayu ni pakai tudung?

Akhir sekali...
Kemudian di Nightline, sebelum tamat berita, mesej ditujukan direct kepada blogger Malaysia. Aku suka teknik penyampaiannya tapi mesejnya ialah: janganlah sampai sesuatu yang kita buat untuk menghilangkan boring ini, menjadi sebab kebebasan kita sebagai rakyat Malaysia ini terhalang dan disekat. Sehingga terpaksa meneruskan hidup dalam buangan atau pelarian atau denial. Walhal korang bukannya membunuh atau menggelapkan wang berjuta-juta, pun. Semuanya kerana korang dah masuk ke dalam medan tempur yang bukan tempat korang.
Senjata di media elektronik
Senjata bertulis

Interview dengan Wali (Malam tadi Lailatul Qadar? Biar betulll)

Bersiap siaga, walau dalam tidurnya


Aku tersentak. Aku rasa ketinggalan. Aku rasa rugi. Aku dapat tau dari Abu baru ni tadi bahawa besar kemungkinannya malam tadi ialah malam yang di nanti-nantikan itu. Dalam ramai-ramai jemaah yang berada kat Masjid Pedas-Gaing yang beriktikaf malam tadi, cuma aku sorang jer yang tak bangun tahadjud. Dah puas Atan dan Abu kejutkan aku sampai last-last diorang sendiri tertidur. Kalau abang karkun ada, mesti dia simbah air kat aku punya. Aku tak kisah. Simbahlah. sebab aku rasa rugi gila ni. Aku rasa hina gila. Dah terlepas malam lailatul qadar untuk tahun ini.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails