Tuesday, March 22, 2011

Atan dan abu (supernatural nights- Media Prima Bastard)



Aktiviti mingguan kami selama ini ialah bertandang kat rumah Brader bus stand untuk tengok cerita Supernatural. Walaupun RTM3 dah ganti slot itu dengan cerita Fuhh!, kami tetap juga meneruskan aktiviti memekak kat serambi rumah brader ni. Cuma agendanya dah jadi lain. Agenda Supernatural akan disambung minggu depan di mana si Atan akan bawak semua siri SuperNatural season 6 yang akan habis di download. Malam ni, agenda kami ialah borak kosong.


"Amender, la RTM3 gi tukar citer Supernatural dengan Fuh! Aku dari takde paper dengan Awal Ashaari, sekarang dah naik meluat pulak tengok dia, hisshhhh" kata Abu menghangatkan keadaan.


"Nakwatcamner? Dah RTM3 tu stesen TV free. Dia buat apa saja yang dia suka, la. Lainlah itu stesen TV bapak..." katakata Atan terhenti sebab abang karkun dengan Bang Ali baru sampai. Sejak kehadiran Bang Ali dalam jemaah kami ni, abang karkun biasa keluar buat misi dengan beliau ajer. Kami macam semakin terpinggir. Well, sebenarnya aku jer yang rasa macam tu. Atan dan Abu cam tu jugak menyetannya. Brader bus stand dalam saliknya. Aku jer yang tahapahapa. Padan muka aku.


"Assalamualaikummm" salam trademark dari abang karkun dengan 'kummm' tu panjang sikit. Dah dekat 2 bulan aku tak jumpa dia. Abang karkun nampak cengkung. Bang Ali pulak yang nampak makin berisik. Masa kami first time bertemu dengan Bang Ali dulu, beliau kurus. Lagi kurus dari aku. Atan menyambut plastik buah tangan dari Bang Ali. Kami semua bersalaman. Bang Ali dan abang karkun (aku dok berabang-abang ni, dah macam orang Brunei la pulak) buat pusingan nak salam semua orang sebab kami semua dok nyandar kat dinding. Masa abang karkun salam aku, mata kami bertentangan. Tibatiba aku rasa macam nak nangis, sayu umpama seorang anak kecil yang bertemu dengan bapanya yang baru pulang dari kerja. Aku terasa macam air mata mula nak berlinang. Pang!

Hinggap satu pelempang lembut dari abang karkun. Aku tersedar dari kebanganganku dan cuba mengcover air mata yang terpercik di pipi. Bila aku dah settle, baru aku perasan kat mata abang karkun pun berlinang jugak.

Haritu abang karkun dengan Bang Ali sambut takazah dan kena ke Mesir dengan tergesa-gesa. Baru dua hari balik dari ijtimak Tongi, dia terus ke sana. Senyap. Pastu brader pulak ke sana. Dua hari lepas tu, brader balik. Ben Ali tumbang. Tapi brader muka sayu. Abang karkun tak balik-balik. Sampailah malam ni aku baru jumpa dia dan Bang Ali. Haaa. Bang Ali? Bang Ali, aper cer?


"Bang Ali, aper cer?" kataku pada Bang Ali setelah kami semua settle down di tempat duduk masing-masing. Kedengaran soalanku umpama dijawab oleh bunyi plastik buah tangan yang sedang diselongkar oleh Atan dan Abu. Mereka terhenti setelah menyedari kami semua sedang memerhatikan gelagat mereka. Mereka meneruskan keselongkaran dengan slow sedikit.


"Abang Alhamdulillah. Korang camner?" jawab dan tanya Bang Ali. Kelihatan abang karkun bangun menuju ke TV.


"Makin lemah, la bang. Sedang kritikal pun ada" jawabku sambil tarik muka series sayu. Abang karkun menge-on kan suiz TV dan mengambil remote. Dia melambai-lambaikan remote kepada Atan dan Abu. ATan dan Abu buat muka tak heran sambil membahagi-bahagikan penemuan mereka dalam plastik tadi.

Brader bus stand pun keluar dari dapur membawa dulang dan jag berisi air nescafe O panas. Ada juga semangkuk air basuh tangan. Aku menyambut dulang itu. Brader bersalaman dan berpelukan dengan abang karkun. Brader salam dengan Bang Ali. Brader duduk di antara ATan dan Abu dan merampas plastik.


"Itulah. Aku pun tak paham apa yang sedang berlaku, ni" kata Bang Ali lagi. Bang Ali ni peramah jugak orangnya. Aku ingatkan orang-orang terpilih ni semuanya kena pendiam belaka.


Abang karkun kelihatan menge on-kan TV prepare nak tengok cerita SuperNatural. Oh ye! Abang karkun tak tau lagi yang SuperNatural dah takder agaknya. Aku nak usik dia...


"Bang, abang asyik keluar sambut takazah ni, mesti iman meningkat gila babeng, punyer, ye tak?" kataku memulakan.


"Patutnya. Tapi tak tau lagi. Kenapa?" jawab abang karkun sambil menukar-nukar channel kat TV. Lepas tu dia turun naikkan volume. Lepas tu tukar-tukar kaler dan brightness. Naik sawan aku dibuatnya.


"Sebab SuperNatural dah takder. Dah ganti dengan cerita pasal artis" kataku dalam nada mengusik. Abang karkun tersengih, tak percaya dengan kata-kataku. Dia tekan info, nak tengok intisari rancangan selepas ini. TV brader ada Astru. Astru boleh tengok info.


"Ishhh, biar benar.." kata abang karkun tak percaya. Dia letakkan remote dan menyelongkar mencari buku guide bulanan rancangan TV di Astru. Senyap sekejap. Brader bus stand dan Bang Ali dok geleng kepala melihat gelegat abang karkun macam tak percaya dengan ketiadaan rancangan TV kegemarannya.


"Tidak! Tidak! Tidaaaaakkkkk!!!!!" jerit abang karkun macam orang histeria, tak percaya cerita SuperNatural kegemarannya dah takder. Kami ketawa berdekah-dekah.


"Jaga iman-jaga imannnn" kataku sambil tunjuk kat jantung abang karkun. Abang karkun mencekak bajuku macam orang gila.


"Media Primaaaaaaaaaaaa Bastaaaaaaaaarrrrrdddddddd!!!!!"

Sebelum aku Mula,




Ya Allah, Tuhan yang Satu,
As Somad tempat mengadu,
Al Wahab tempat berharap.

Dengarlah permintaanku
Yang meminta-minta tanpa malu
Kerna siapa lagi yang mahu mendengar?
Selain Mu?

Ya Allah, aku tak pandai nak memuji Mu,
Laksana pencinta, sesuci cahaya,
Ku cuma tahu meminta-minta
Dan yang tak menyabar-nyabar pula.

Aku pemalas, aku perungut,
Aku juga tahu takde gunanya
Andai tiada selari dengan kehendak Mu.

Maka sebelum aku mulai hariku ini,
Aku bermohon padaMU ya Allah,
Ampunilah dan terimalah kami.
Mudahkanlah urusan kami
Dan kurniakanlah kami jalan keluar dari semua ini...

Melihat bayangan di Cermin.



Semua orang sedar apa yang berlaku di dunia Arab. Asap orang yang terbakar dulu, dah merebak ke Mesir, Libya, Bahrain, Yaman, Syria dan tak keterlaluan jika dikatakan banyak lagi kebakaran yang sedang dirangka masa aku tengah bercakap ni. Masyarakat mahukan perubahan, itu cerita asalnya. Kini, semuanya bagaikan satu cerita lawak ulangan macam zaman Iraq, zaman Afghan, zaman Iran. Lastlast yang huru-hara ialah dunia Islam. Yang kebuluran, yang perlukan bantuan, ialah orang aku. Yang tak semayang, lupa tuhan, ialah ummat akhir zaman yang 'beriman'.

Jumlah orang Islam yang ramai berbanding penganut agama lain tak beri impak yang baik kepada dunia. Bahkan, dunia ini semakin jahanam pun terima kasih kepada orang Islam. Jangan salah sangka. Kami bersolat. Kami juga berzakat. Tapi pada waktu di antaranya, kami bagaikan terlupa bahwa kami juga perlu taat.

Perintah Allah itu, sampai kepada kita pada setiap masa. Ada yang 5 kali sehari. Ada yang seminggu sekali. Ada setahun sekali. Ada yang seumur hidup, sekali. Ini semua perintah khusus. Yang ini kalau tak perasan, maknanya masih banyak perkara yang perlu dilempangkan. Tapi kepada yang yang dah tahu, jangan sangka diri tu dah bagus sebab terselamat. Sebab bila dah tahu dan buat-buat tak tahu pulak lepas tu, lempang yang hinggap nantik lebih istimewa dan menyeluruh.

Ada juga perintah yang datang secara tidak langsung. Mak kita kirim balik kang beli susu dua tin, contohnya. Atau bos yang mahukan report customer return ini disiapkan dalam masa yang tak lojik, umpamanya. Ramai perasan dan semakin cemerlang dalam ujian berupa orang mintak sedekah dan derma.

Tapi perasan tak kita ni, orang Islam ni, menjadi agak sensitif dan terlalu defensif bila kita menerima peringatan? Perasan tak kita ni jadi kritikal semacam bila halhal seperti kebersihan hati atau mati atau solat dibincangkan oleh seorang Islam yang lain? Dapat lak yang menegur tu lagi muda atau lagi Noob dari kita. Dah tu, apa yang ditegurnya betul, lak tu!

Dan antara semua 'ke-perasan-perasan-tak-an' itu, kita kena tanya diri sendiri, apakah perubahan dari sudut rohani yang telah kita lakukan sejak dari akil baligh? Adakah jumlah surah hafazan yang kita ingat semakin berkurangan? Balik-balik baca Surah Al-Ikhlas dan Wal-Asr, ajer?

Adakah jumlah sunnah dalam hidup kita semakin bertambah? Atau adakah sekarang ni kita dah kembali ke mandi telanjang? Atau tak pakai seliper dalam jamban? Cuba tengok muka kat cermin. Bila tengok muka tu, ada nampak macam orang Islam tak? Kalau tak nampak dengan muka, cuba ke belakang sikit. Tengok bayangan satu badan. Ada rupa cam orang Islam tak? Orang Islam dok umah pakai seluar bermuda, tak pakai baju ke? Isap rokok, ke? Pegang tasbih ke hulu ke hilir, ke? Ye ke?

Bukan yang menimbulkan persoalan itu yang dipersoalkan bagai nak rak. Atau persoalan yang yang ditimbulkan disoalkan benar ke idak. Patutnya kita terima kasih dengan mereka kerana bersuara. Kerana mereka bagitau mereka bernyawa dan ambik tahu.

hehe.

Adakah anda nak duduk main tengok-tengok? Atau anda nak pecahkan cermin serta frame-frame gambar yang bergantungan dalam hati tu dan buat sesuatu ntuk perubahan itu?

Ayuh! Mulakan dengan berwuduk!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails