Friday, August 13, 2010
Interview dengan Wali (Lailatul Qadar Hunters)
Semua ni idea dari abang karkun. Dia cakap benda ni dah jadi rutin dia tiap kali bulan Ramadhan. Tapi tahun ni, dia tak terpilih untuk keluar 40hari. Jadi dia ajak kitorang buat apa yang dia buat setiap kali bulan Ramadhan tiba: memburu malam LailatulQadar.
Abang karkun telah menyalahgunakan aku untuk memujuk brader bus stand, Atan dan Abu untuk turut serta. Aku rasa, brader bus stand tu senang je nak ajak. Silap-silap dia yang ajak aku dulu. Trut-Trut! Trut-Trut! Bunyi handphone aku. Tengok sapa call. Kan dah cakap...Brader bus stand kata on. Yang susah ialah si Atan dan si Abu. Due ekor jin Islam ni memang susah sikit. Kalau aku lalai, silap-silap aku yang pergi join aktiviti diorang...
Plannya simple: Kami ada 5 orang. Pada sepuluh malam yang terakhir, kami akan berpecah dan join dengan jemaah tabligh yang sedang keluar pada masa itu. Abang karkun dan brader bus stand dalam dua jemaah yang berasingan; satu yang ke utara Malaysia, satu yang ke selatan. Aku, Atan dan Abu akan menyertai satu jemaah lagi yang bergerak area central Malaysia. Kenapa jemaah tabligh? Sebab jemaah tabligh biasanya akan menempatkan ahli jemaahnya dalam rotasi untuk meninjau keadaan pada malam itu untuk tanda-tanda Lailatul Qadar. Ada test-test yang kita kena buat untuk double confirmkan bahawa malam tu betul ke idak. Aku tak boleh share dalam blog ni. Korang kena keluar dengan budak-budak tabligh untuk tahu...
Bila ada jer tanda-tanda tu, orang yang berjaga akan mengejutkan semua jemaah untuk bangun dan solat tahadjud dan bermunajat kepada Allah. Kalau takde tanda pun, semua orang tetap kena bangun tahadjud jugak tapi bila bangun dek kena kejut pasal ada tanda, "lain macam feel dia" kata abang karkun. Dan semua orang kena inform semua ahli jemaah dan sesiapa saja yang berkenaan, di seluruh dunia untuk ingatkan mereka untuk bangun dan bermunajat kepada Allah sekarang.
"Kenapa kita beria-ia nak cari lailatulqadar tu?" tanya Atan tiba-tiba. Abu pun bermuka pelik macam memburu lailatulqadar tu benda yang baru baginya. Orang Islam ke idak, diorang ni?
Brader bus stand rilek jer jawab: " Sebab sepanjang tahun, kita lalai dari mensyukuri nikmat dari Allah. Bahkan, kita berbuat mungkar dan dosa pulak lagi bila diberi nikmatNya. Dan untuk mencari keampunan dan rahmat kasih sayang dari Allah itu, biasanya kita kena buat asbab agar Allah ampuni dan rahmati kita semula. Kita bertaubat, bersedekah, berpuasa, berzikir, macam-macam lagi, ikut kemampuan. Dan dalam setahun, ada satu bulan di mana rahmat dan keampunan Allah itu mencurah-curah dan unconditional. Itulah Bulan Ramadhan. Dan dalam bulan Ramadhan itu pula, ada satu malam yang kalau kau beribadat pada malam itu, kau seolah-olah telah beribadat sepanjang hidup kau. Ni cakap pasal ibadah yang DITERIMA ni. Malam itu ialah malam Lailatul Qadar. Dan sebagai manusia yang mungkar, tak mahukah kau mengambil peluang ini, mengorbankan sepuluh hari dalam setahun dari hidup kau yang sia-sia ni, untuk memburu rahmat yang Allah sembunyikan itu? Untuk meninggalkan kemungkaran kau sebentar dan berusaha untuk mencari keampunan yang kau dok angan-angankan? Pedulikanlah soal teknikal dalam hal bertaubat, atau macamana cara solat tahadjud atau apa saja yang penting, mari kita gunakan masa ni sebaik-baiknya. Orang meraung-raung nak mintak sampai ke bulan Ramadhan. Ni kita dah sampai, kita sia-siakan pulak dengan pergi shopping baju raya"
Pergh..Semangat nampak brader bus stand. Makan sambal ke, berbuka tadi? Hehehe. Aku masih baru dalam hal memburu LailatulQadar ni, tapi bunyinya macam fun. Tapi, kalau aku jumpa malam yang istimewa tu, apa yang aku nak mintak kat Allah? Aku dah lama impikan nak jadi kaya raya. Atau mempunyai kelebihan macam superman atau Mr. Manhattan. Agak-agak Allah kisah tak kalau aku mintak Dia settlekan hutang-piutang aku? Bisik aku dalam hati. Ni memang bisikan aku ni, ikhlas ni. Nurkan takde bulan-bulan poser ni...
Pek!! Segulung majalah dipukul dibelakang kepalaku. Brader bus stand membuka majalah tersebut dan terus ke mukasurat solusi isu#22.66.
"Kau baca doa ni: " Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan, maka ampunilah daku!" kata brader bus stand tibatiba dari belakang.
p/s: dan korang jangan lupa doakan untuk aku dan ummat Nabi Muhammad SAW yang lain agar kita semua mendapat bantuan Allah di saat kita semua sangat-sangat memerlukan bantuan nantik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
amin brader amin doakan aku juga ye
itulah Minnn...jom kita semua bersemangat nak mengajak seramai orang lagi menjadi lailatu qadar hunters tahun ni..siap buat team FB lagi...
semoga azam ni, memaksa diri kita sendiri untuk memburu malam tersebut...
dan semoga kejahilan kita ni ditimbang balik dek effort kita tu..
amenda ni?
Post a Comment