TV3 oh! TV3
|
Bagaikan rokok, aku tak boleh nak berenti menonton berita |
Senario:
Semalam secara tak sengaja, aku terlayan Buletin Utama yang dah sekian lama aku tak layan. Boikot la konon sejak kali terakhir aku
bergurau dengan mereka. Dalam banyak-banyak berita senget yang dimuatkan dalam edisi semalam, aku tertarik segment yang Pang Chinn Fei interview PM masa majlis berbuka di pejabat NSTP di Bangsar. Wartawan tu tanya kenapa PM pada kalini TURUN KE PADANG untuk majlis iftar bersama pihak media kerana sebelum ni, beliau sekadar mengajak orang datang berbuka kat rumah atau pejabatnya sajer (soalan bodoh-bodoh riak). PM seperti biasa, buat muka cute-cute blank-blank untuk menghighlightkan bibirnya yang merah, sebelum menjawab soalan tersebut dan menggorenglah macam-macam bagi menghabiskan 3 minit slot untuk menjawab soalan pertama. Bila wartawan tanya apa pendapat dan tindakan PM berkenaan saluran media alternatif dan laman soshel yang mula menjadi ancaman signifikan kepada
demokrasi di Malaya, sekali lagi PM buat muka blank-blank tak bersalah dengan memberikan jawapan yang menggambarkan dia takkan halang penggunaan internet kat Malaysia (almaklumlah, beliau kan pejuang jalur lebar...), cuma Akta yang berkaitan dan pendidikan yang berterusan akan terus diberi penekanan dalam memastikan transformasi Malaysia yang dijanakan oleh beliau ini menuju ke arah kemajuan dan bukan kehancuran Malaysia. OK. Jawapan yang baik. Cuma lakonan jer yang tak berkesan. Skrip pun boring. PM pun kena berlakon dengan bersemangat sikit. Asyik-asyik guna approach selamber dan takde perasaan jer...Boring laaa.
|
Reaksi SU sulit PM masa tu |
Lepas majlis berbuka, PM bersolat Maghrib dan terus stay sampai Isya (nak tunjukkan waraknya beliau, tak keluar dari tempat ibadah antara Maghrib-Isya) dan terus bersolat terawikh sekali di tingkat dua bangunan tersebut (nak tunjuk yang beliau dan para wartawan yang orang dok kutuk-kutuk ni, pegi solat terawikh sebenarnya, tak macam korang yang dok sibuk update blog). Dan majlis bersurai pada pukul 10pm. Aku tak perasan pulak orang rumah PM kat mana masa interview tu, mungkin mingle dengan set-set blogger dari NSTP agaknya. Mungkin tak datang langsung. Tak penting.
pemerhatian 1:
TV1, TV2, dah memang milik kerajaan. Kalau diorang ni dok siar dakyah kerajaan 24 jam, aku paham. Dah memang kerja diorang. Tapi bila PM datang ke TV3, pastu wartawan pun tanya soalan-soalan yang macam tu, seolah-olah nak memberitahu kepada MEREKA di luar sana bahawa TV3 pun dah seiringan dengan kerajaan (kalau bukan dah jadi sebahagian dari mereka). Akibat dari ini, TV3 dah kehilangan hampir 50% dari jumlah traffic media yang aktif di Malaysia yang semua orang tahu terdiri di kalangan orang yang suka membangkang atau giler rating blog (macam aku). Memang TV3 tak perlukan orang-orang ni untuk survive. TV3 dah kaya dah. Walaupun politik dengan media itu tak boleh dipisahkan, TV3 sepatutnya menghalakan tumpuannya ke arah mendapatkan perhatian dan kepercayaan penonton, bukan dengan bersekongkol dengan benda yang dipertontonkan.
pemerhatian 2:
Dari sudut Sun Tze nya pulak, ini indirectly macam nak bagitau musuh dalaman yang PM dah datang check kelengkapan askar upahannya macam seorang jeneral memeriksa perbarisan sebelum berperang, ataupun selepas balik dari peperangan. Yang nyata di sini; PM buat hubungan dengan Media Prima. Sebab dia yang datang ke Media. Bukan the other way around. Setelah terkantoi, maka diorang mengumumkan percintaan mereka nampaknya. Dan semua ini dibuat sekarang, semasa lonjakan komunikasi di alam saiber, di samping dengan timbulnya kembali semangat berpuak-puak di kalangan rakyat Malaysia. Tak lupa juga faktor luaran yang menunjukkan manusia di dunia sedang tertekan dan semakin terdesak dan akan buat apa saja demi survival. Peperangan bakal bermula dan PM beritahu, aku dah check kelengkapan aku. How about you? Dan kita expect ada something akan berlaku tak lama lagi.
pemerhatian 3:
Dah dua hari aku tengok segment Pang Chinn Fei membuat laporan dari luar untuk Buletin Utama. Makin lawa dah dia ni. Bila tah nak pakai tudung. Dia ni kami (aku dan housemate Bangi aku) jadikan pemangkin semangat untuk menonton berita arus perdana yang pada masa aku menuntut dulu tak kan kami tonton macam siaran azan atau berita bisnes. Dulu, housemate aku; Faiz dan aku akan bersorak setiap kali laporan PCF keluar kat Buletin Utama. Macam layan artis pulak. Kemuncak fanatisme kami terhadap PCF adalah masa dia jadi pembaca berita dulu. Hari-hari tengok berita. Siap bawak jajan sekali, macam nak tengok movie. Lawak betul. Dan bila tengok PCF dengan maskaranya yang berat sebelah semalam tu, mengingatkan aku kembali ke zaman-zaman laungan Reformasi itu adalah lawak terpopular di kalangan student IPT. Sekarang ni; 'Transfor maaa si'. Hahaha. AKu harap PCF akan selalu keluar lagi dan cubalah gayakan fesyen bertudung pulak. Mesti isu ini akan dipolitikkan. Gempak giler punya. Kalau non muslim buleh masuk surau, apa sangatlah kalau amoi yang pandai cakap Melayu ni pakai tudung?
Akhir sekali...
Kemudian di Nightline, sebelum tamat berita, mesej ditujukan direct kepada blogger Malaysia. Aku suka teknik penyampaiannya tapi mesejnya ialah: janganlah sampai sesuatu yang kita buat untuk menghilangkan boring ini, menjadi sebab kebebasan kita sebagai rakyat Malaysia ini terhalang dan disekat. Sehingga terpaksa meneruskan hidup dalam buangan atau pelarian atau denial. Walhal korang bukannya membunuh atau menggelapkan wang berjuta-juta, pun. Semuanya kerana korang dah masuk ke dalam medan tempur yang bukan tempat korang.
|
Senjata di media elektronik |
|
Senjata bertulis |