Thursday, July 8, 2010

Aku dan agensi kerajaan-cerita 2 dan kan ku cari kongkluusiii

cerita 2:

Lepas PMR, aku masuk MRSM. Lepas MRSM, aku masuk KYPM Kuantan. Lepas tu aku masuk Uniten. Sepanjang pengajian aku di luar PayaBesarPedas ni, kerajaan membantu aku melalui MARA. Cek MARA tu umpama surat cinta yang aku nantikan setiap bulan. Aku rasa terhutang budi dengan MARA dan kerajaan.Aku pernah berazam untuk bekerja dengan MARA. Tapi aku takde kroni, kabel atau tali benang, so aku kenalah cari kerja lain sementara tunggu otai-otai dalam gomen tu meninggal.
Tapi Allah Maha Hebat. Selepas aku grad, ekonomi merudum dan banyak graduan menganggur. Aku pun sekali la. Aku join Skim Sangkutan Lanjutan dan ditempatkan di OISCA, BAngunan Mara, Jalan TAR. Aku bekerja sebagai juruteknik. Dan selama aku bekerja di situ (2 bulan), aku telah didedahkan dengan kebenaran.
Salah satu tugas aku masa tu ialah untuk menghubungkan Pejabat OISCA tu dengan Bangunan Mara melalui sistem LAN. Jadi aku memang selalu kena jumpa Makcik Pengarah bahagian OISCA, nak mintak tandatangan itu, ini. Nak cari dia ni petang-petang, jangan harap. Abis solat Zuhur je pukul 2.30 petang. Pukul 3.15ptg dah turun minum petang. Pagi? Pukul 8 sampai 10 pagi dia pegi beli sayur kat mini pasar tani kat tepi Bangunan MARA. Pukul 10pagi pulak, biasanya dia akan "sibuk" buat kerja dia dan aku takbley kacau. Kadang-kadang dia ada mesyuarat. Ok. Sibbaik aku ada ilmu National Geographic Channel. Setelah mengkaji pola pergerakan Makcik Pengarah tu, mengenal pasti raut muka ceria atau badmood dia, dan ayat-ayat baek pujian terhadap tudung atau baju kurung atau anak-anak dia yang belajar tinggi tu, barulah aku berjaya mendapatkan autograf untuk meneruskan tugasan aku.
Kemudian, setelah kedua-dua bangunan tu di LAN kan, aku pun nak buat database asas untuk budak-budak tajaan MARA yang ke Jepun melalui OISCA. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke belakang tabir Bangunan MARA dan melihat dengan makrifat yang hakiki bagaimana diorang ni buat kerja. Fail bertimbun sampai ke siling lah. Condong-condong nak tumbang lak tu. Yang fail sesat la, isik fail tercicir dan hilanglah, dan toksah cerita pasal borang permohonan pinjaman MARA yang aku pun tak tau camana nak cover kat Pakcik Khalil dari Felda Rokan Barat yang tanya aku status permohonan pinjaman MARA anaknya yang baru lepas SPM masa tu.
Yang menyayat hati ialah bila aku tertengok ada seorang pakcik dari Pahang yang terpaksa balik ke Temerloh balik sebab salinan SPM anaknya tak disahkan oleh ketua kampung. Yang membuatkan AKUSKIZO masa tu ialah masa aku dapati rupa-rupanya salah satu sebab kenapa cek MARA untuk student lambat keluar ialah sebab Pengarah (macam makcik Pengarah OISCA tadi), lambat tandatangan sebagai pengesahan. Punya menyirap aku. Siap aku terdengar lagi dia ajar budak ofisboy nak bagi alasan apa sebab nak cover dia yang lambat.
Terlintas balik kenangan masa aku kat Kuantan; terpaksa menghambakan diri untuk pinjam duit dari member. Ada masa tu terpaksa temankan akak senior balik naik bas dari Kuantan ke Johor demi nak dapatkan RM200. Kat uniten lagila maksiat. Yang paling aku bangga: 3 hari berturut-turut, hidup dengan 2 bungkus maggi jer. Suku makan pagi, suku makan petang, balance makan malam. Semuanya demi mendiamkan desakan dari perut aku ni yang kosong (supaya aku dapat tidur sebab besok nak exam), sebab cek MARA masuk lambat. Dahla lambat, nak kena tunggu 3 hari lagi nak cash kan. Kalau nak on the spot cash-out, kena pergi kat CIMB Pertama Kompleks, KL masa tu. Nak kena pinjam motor lagi. Duit berapa sen benar. Masa tu aku tak tau kenapa budak JPA boleh dapat duit on time tapi kitorang ada-ada aje masalah. Aku tak pikir apa-apa sebab mak aku selalu pesan; kita ni orang susah. Diorang nak bagi bantuan pada kita pun dah kira syukur. Tapi setelah melihat camana mangkuk-mangkuk ni bekerja dan setelah mengetahui apa tugas sebenar dan maksud akronim MARA tu sendiri, aku mengaku; aku kalah pada setan dalam hati aku ni.
Sejak dari tu, aku jadi anti-kerajaan. Lebih-lebih lagi MARA. Sungguhpun begitu, bila ada orang yang mempersoalkan tugas MARA, aku tetap melenting sebab secibai-cibai MARA tu, aku tak lupakan kulit. Malah kalau diberi peluang nak jadi Pengarah apa-apa dalam MARA, aku akan sanggup berenti kerja dan berkhidmat.
Dan benda pertama yang aku akan buat ialah pencen-awalkan Makcik-makcik dan pakcikpakcik yang bikin malu MARA ni. Lepas tu keluarkan budak-budak yang anak orang kaya dari senarai budak-budak MARA. Lepas tu buat JOM Heboh MARA. Hahahaha


Pemerhatian:

1) Suasana kerja dalam pejabat kerajaan tidak menggalakkan kreativiti. Tidak hairanlah jika kita menemui sistem yang lapuk, lembab dan tidak berguna dalam sistem sesuatu jabatan kerajaan sebab suasana pejabat tidak menggalakkan evolusi sistem tersebut. Salah satu cara mengatasi ialah dengan meletakkan seorang Pengarah/pengerusi yang objektif semasa berbincang dan punyai interpersonal skil yang tinggi dalam mengawal topik yang sedang dibincangkan dan motivasi ahli yang sedang membincangkannya. Bukan yang hebat dalam melaga-lagakan orang. Dia mesti sentiasa melihat bagaimana nak buat jabatannya lebih rakyat-friendly. Senang jer nak cari Pengarah macam ni. Cari yang jaga waktu solat dan solat berjemaah setiap waktu. Dialah orangnya. Sebab orang macam ni taat kepada bos yang tidak kelihatan, tak macam Pengarah sekarang yang bermuka-muka dan sibuk peluk periuk nasi dia jer.

2) Penjawat awam membawa imej kerajaan di hadapan rakyat. Mutu kaunter perkhidmatan yang buruk membayangkan pentadbiran yang buruk. Macam kedai makan jugak. Tapi hairannya, mutu ini boleh pulak dijaga bila pelanggan itu ialah orang luar (macam kaunter imigresen kat KLIA, dsb), tapi kaunter untuk rakyat (macam di GH atau klinik), layan orang macam kita tak bayar cukai pulak. Dan takde sapa pantau dan kalau komplen pun, Komunikasi Korporat dari jabatan tu akan cover balik. Tu sebablah kita mengadu kat TV3. Tapi TV3 pun dah condong macam fail-fail di pejabat MARA. Penyelesaiannya dah ada sebab ada setengah jabatan yang mutu servis kaunternya bagus macam yang dimulakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

3) Bukan semua student IPT yang menjual diri kerana nak bergaya atau terikut-ikut dengan budaya barat. Sapa yang nak jadi villain? Sapa yang taktau apa itu maksiat? Sapa yang tau bila kami menangis sorang-sorang depan tuhan sebab malu dengan apa yang kami lakukan demi untuk teruskan harapan ibubapa kami. Kitorang cuma mahu teruskan kehidupan sebab kos nak belajar untuk membantu negara kat Malaysia ni mahal sangat. Dulu korang yang cakap nak taja kitorang. Dahla mintak tajaan macam mintak sedekah. Bila dah jadi budak korang, kena mintak sedekah pulak setiap bulan sebab cek masuk lambat. Kos budak Arab nak belajar kat Malaysia, sama macam kos rakyat Malaysia nak belajar kat sini. Baik aku pegi Arab. Boleh aku bukak kompeni aku kat sana sebab takde saingan. Cukup tahun, bila kompeni dah maju, aku balik. Dapat Datuk. Penyelesaian untuk ini bukanlah buat survey. Tapi hantar agen perisikan untuk menyiasat sendiri apa sebabnya. Kata budak U ni penting untuk negara. Laburlah untuk buat risikan. Ni tidak, duit risikan tu habis hantar SB ke luar negara check hotel, check limo supaya line clear supaya diorang boleh lepak bogel dalam bilik hotel. Mangkuk betul. Penyelesaian? Contohi dan pertingkatkan lagi tugas JPA.


Konklusi:

Ada jumlah yang signifikan dari golongan rebel, budak-budak yang taknak balik Malaysia atau yang bermindset penentang kerajaan ni, dicetuskan oleh sikap orang yang bekerja untuk kerajaan sendiri. "Raja" dan "Kera" dalam "kerajaan" tu berubah-ubah. Tapi mamat-mamat ni tetap di sini. Dan ekor mereka semakin panjang, lemak mereka semakin tebal. Kalau nak ubah Malaysia, ubah veteran-veteran tua (yang tak berguna dan berfikiran sempit) dalam organisasi kerajaan kita ni. Sapa yang takbley terima (dan taknak belajar) FB, blog, email, atau taknak cuba idea baru, kita bagi kata dua: berubah atau sila tandatangan di sini (pencen awal).
Kita perlukan breakthrough dalam mutu civil servant kita supaya rakyat percaya kepada sistem (bantuan) yang ditawarkan kerajaan. Barulah mereka bergantung kepada kerajaan. Ni tidak. Last-last diorang pergi ke along. Atau orang luar. kenapa? SEBAB ORANG TEMPAT KITA BERNAUNG ITU TIDAK ENDAHKAN KITA (DAN PAKSA KITA ISI BORANG ITU INI MASA MINTAK TOLONG MEREKA) SETELAH KITA ANGKAT MEREKA JADI RAJA. Cuba cina takde IC kang, takyah isik borang, tau-tau dapat dah myKAD. Tak tanya pun apa itu rukunegara. Cakap Melayu pun tak reti. Lawak ke apa?

Baru-baru ni, kerajaan nak buatkan Melayu kurang bergantung kepada kerajaan. Amenda ni? Bila kami dah tak perlukan kerajaan, buat apa nak undi kamu? Itulah yang berlaku kepada non malays. Kita biarkan mereka berdikari dan sekarang mereka nak mula tunjuk taring. Padan muka kita. Nak ikut cara demokrasi, tapi tak paham selok-beloknya (sebab taknak belajar dengan pelopornya: Yahudi). Kera di hutan disusukan, biasa arr. Dah mak kera, dia jaga anak kera laa.

Jadi, kepada semua, marilah kita sama-sama bersatu dan sokong kerajaan balik dan lepas tu baru kita gaduh (dalam kelambu) pasal apa yang kita nak buat kat Malaysia ni untuk 20 tahun lagi (Cina dah buat dah, India dah mula nampak hasil dah). Kenapa 20 tahun? sebab setelah tahun ke 21, anak yang kami buat pada hari ini dah boleh mengundi dan mengubah kerajaan DEMOKRASI Malaysia ni. Hahahaha. Padan muka korang.

Berubahlah atau sila tandatangan di sini. Hahaha.


Pandangan sempit ini tidak ditaja oleh sapa-sapa sebab nak elakkan isu cek lambat. Sumer pakai duit dan masa sendiri.

Aku dan agensi kerajaan-cerita 1

cerita 1:

Nama aku tak penting. Yang penting, apa yang aku nak sampaikan. Aku ada Diploma. Lepas grad, aku plan nak mintak kerja kerajaan. Tapi takde kekosongan. Sementara menunggu kekosongan tu, aku kerja ngan swasta. Kerja kilang, kerja restoran, jadi salesgirl, jadi waitress, macamacam. Setiap tempat aku bekerja, aku belajar dan siapkan diri aku dengan pengetahuan macam disiplin, 5S, clean as I go dan macam-macam lagi istilah-istilah dalam dunia servis ni. Alhamdulillah, setelah hampir 7 tahun ke sana ke mari bekerja dengan swasta, aku dapat kerja gomen. Aku berazam nak gunakan segala apa yang aku ada ni, untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara yang tercinta ni. Aku konon-konon nak cuba ubah impresi masyarakat terhadap penjawat awam yang terkenal dengan poor service and kepala hangin.Naifnya aku.
Aku dapat kerja dengan jabatan yang agak mencabar juga. Dan aku rasa seronok. Walaupun aku mewarisi banyak taik yang ditinggalkan oleh budak-budak sebelum aku, aku tak mengeluh atau sebagainya. Aku kenalpasti apa yang aku perlu buat, dan attack ikut list "urgent-important". Benda yang besar dan lapuk sudah mula bergerak. Perkara harian (yang rumit dan memeningkan kepala) pun Alhamdulillah settle tanpa kecoh-kecoh. Setahun telah berlalu dan datanglah performance review. Aku dah biasa dengan practice ni dan aku dah jelas apa hasil kerja dan pencapaian aku selama setahun ni. Dan bos aku (Pengarah) impress dengan kerja aku dan telah beri markah yang aku rasa puas hati gakla. Aku happy. Aku tenang. Aku tak ambik tau atau ambik kisah apa markah orang sebab aku takmau terlibat dalam peperangan nafsu dengan setan dalam hati aku nantik.
Tapi sejak kebelakangan ini, 2-3 bulan selepas review tu, aku mula perasan sesuatu. Bila dalam mesyuarat, orang macam sindir-sindir aku. Bila Pengarah tanya secara umum kerja sapa yang masih tak siap, semua orang akan check aku dulu. Kalau aku dah siap, maka habislah yang lain (yang memang kompom tak pernah siap walaupun dah 5 tahun buat kerja yang sama). Dan semua orang akan tolong jawabkan soalan-soalan yang patutnya aku yang jawab. Aku jadi pelik. Tapi lama-kelamaan, aku mula syak. Aku pun buat beberapa ujikaji untuk mengesahkan paranoia aku. Dan memang terbukti ada orang yang tak puas hati pada aku. Dan aku dapat tahu, dia tak puas hati sebab review haritu dia dan geng-geng makan tengahari dia dapat review buruk. Dan aku pulak, budak baru yang takde sapa-sapa ajar apa tugas aku, atau nak menjelaskan betul-betul apa bidang kuasa aku, dan camana aku patut buat kerja, dapat markah yang boleh dikira paling tinggi dalam jabatan. Dan aku rasa dia makin terasa sebab Pengarah suruh dia mencontohi aku. Rakan-rakan dan suami menasihatkan aku agar jangan ambil peduli dengan perangai mereka dan teruskan buat kerja aku.
Tapi baru-baru ni, aku rasa macam tertekan sikit. Sebab semakin hari, kecibaian geng PHD ni makin menjadi-jadi. Hampir setiap hari mamat otai ketua diorang ni akan datang check kerja aku, apa yang aku tak siap lagi, suruh-suruh buat itu ini macam aku taktau apa yang aku patut buat. Kehadirannya tak membantu apa-apa selain menaikkan darah dan level prejudis aku terhadap dia ajer. Dan aku tau semua kelemahan aku yang dia nampak tadi, dia persembahkan kepada Pengarah dalam bentuk penyampaian yang sensasi.
Apa lagi yang aku nak buat? Kalau aku diam je kang, aku yang rimas. Tapi aku tetap pilih untuk diam saja sebab mamat ni dah lama dalam jabatan ni dan Pengarah selalu refer kat dia kalau ada apa-apa isu. Lagi aku layan kang, makin menjadi-jadilah kedengkian dia pada aku. Dan demi menjaga hati aku yang semakin sensitif ini, aku mula tak pedulik dengan kerja atau performance jabatan aku. Maksudnya, aku tak seagresif dulu. Aku takut kalau-kalau agresif aku ni disalahtafsirkan oleh otai-otai pemalas ni sebagai ancaman kepada mereka (sebab mereka slow dan bila ada orang laju, Pengarah akan compare diorang dengan orang laju tu dan buatkan mereka berimej buruk). Aku tertekan bila bekerja sebab aku telah dididik untuk settlekan semua kerja dengan cepat dan jangan bertangguh jika tiada sebab nak berbuat demikian. Lagipun, ni memang sifat pompuan. Tak suka bertangguh. Aku bengkek bila terang-terang dah ada cara yang lebih effisien dan simple dalam melakukan sesuatu itu, tapi idea tu aku diamkan sebab takmau nampak pandai depan otai-otai yang awal-awal lagi dah bentangkan idea mereka (aku tau itu semua idea budak pelatih yang memang tak pernah putus diperah). Last-last aku yang give-up dan mengambil keputusan untuk tukar ke jabatan lain kat tempat lain. Aku ingat masalah akan settle.
Sama gak. Lagi cibai ada. Kadang-kadang tu aku rasa macam nak kerja swasta balik. Aku doakan agar veteran-veteran tak berguna ni dapat taufik dan hidayah sebelum diorang mampus. Dan aku hanya akan maafkan mereka kalau tuhan aku suruh masa kat mahsyar nantik. Buat masa ni, aku memang tak puashati dengan veteran-veteran government servant. Dahlah kerja pemalas, ilmu taknak ajar, dahtu tak boleh terima pendapat atau teguran orang. Menyusahkan organisasi dan merugikan duit suami aku yang tak pernah lambat bayar cukai. Pencapaian diutamakan konon. Piirahhh!!!

*ditulis oleh suami aku, jadi bahasanya agak kasar sedikit sebab dia tengah badmood. Sambal tak cukup pedas tadi, katanya. Maaf.

RTM 1: Di luar ruang lingkup-Bakat kita, Kemana perginya mereka?

Semalam aku tertengok perbincangan pasal Malaysia yang semakin hari ketandusan bakat-bakat. Dan bakat yang dibincangkan ialah bakat macam dalam ekonomi, politik atau teknologi , bukan sekadar dalam musik atau seni saja.
Diorang dok bincang apa sebab dan macamana nak ubah. Aku tak sempat nak utarakan pendapat aku masa tu sebab rancangan tu singkat sangat dan moderator pun nampak macam terkial-kial je dengan info yang datang dari panel dan pemanggil-pemanggil sampai terlupa nak bagi konklusi perbincangan itu.

Orang nak keluar, kita tak boleh nak halang. Budak lepas SPM pun tau sebabnya ialah duit dan prospek. Lepas graduasi, takde perkara yang lebih penting dari membayar balik pinjaman pelajaran dan camana nak bayar dengan gaji yang saya dapat kalau kerja kat Malaysia? Masa untuk return of investment mak saya pun akan berlanjutan sampai berpuluh tahun. Tekanan kerja sama je kat mana-mana pun. Lagipun, ketika kat luar, saya akan lebih fokus pada kerja sebab saya takde apa-apa kat luar sana. Kat Malaysia ni, saya ada banyak alasan untuk menangguh-nangguhkan peningkatan kerjaya saya dengan alasan keluarga, traffic jam, banjir atau sebagainya. Ditambah lagi dengan nafsu saya sebagai seorang yang berumur 24-26 yang memang dalam fasa "mencuba semuanya" yang tak dapat saya "terokai" kalau di Malaysia.

Sebelum saya sibuk spekulet pasal topik ni, saya kena paham senario semasa. Apakah jenis bakat yang banyak ke luar negara itu? Adakah bakat ini kritikal dalam rangka rancangan pembangunan negara saya? Atau ni sumer hanyalah soalan yang akhirnya mengetuk pintu rumah pemimpin sendiri bila anak-anak mereka pun taknak dok kat Malaysia bila diorang dah grad. Pandai jer bagi alasan taknak dok kat Malaysia.

Kalau yang ramai keluar negara tu ialah bakal doktor pakar atau pakar kuantum fizik (yang takde demand lagi di Malaysia), kita ada ke keupayaan untuk mengembangkan kepakaran mereka dengan tahap teknologi yang ada dalam Malaysia jika kita tahan mereka di sini? Dan jika kita biarkan mereka di luar, apa pelan kita dalam memastikan Malaysia tetap di hati mereka? Macam orang Cina, walaupun mereka dah bertahun kat Malaysia, masih lagi cakap ini ialah chinese tea (padahal daun teh datang dari Cameron highland), itu ialah chinese chestnut (buah berangan). Orang India pulak dengan Hinduism yang berkiblatkan negara India. Melayu? Kat Malaysia pun dah tak macam orang Islam. Sibbaik ada buah rambutan, manggis dan durian, promo jugaklah jiwa bangsa aku di persada dunia.

Dan budaya industri di Malaysia yang lebih kepada konsep "show me what you can do" daripada mengenalpasti trait tertentu yang mereka perlukan dalam organisasi mereka, yang ada dalam graduan baru. Itulah sebab bahagian Pengurusan pening kepala nak mengimbangi antara akaun Sumber Manusia yang memang akan meningkat setiap tahun tetapi aliran masuk semakin sedikit kerana harga produk yang semakin murah. Saya tak salahkan mereka kerana saya sendiri pun akan bla dari kilang tu setelah dua tahun mereka melatih saya menjadi seorang pekerja yang baik. Kita di Malaysia tak peduli sangat knowledge retainment/management padahal benda ni wajib dalam agenda bangsa-bangsa berjaya dunia (Yahudi, Aryan, Jepun, etc). Sebab apa? top management pun pikir dia nak bla bila kontrak dah habis..Nak buat apa nak beria-ia membina syarikat yang bukan bapak saya punya ni? Last-last, pasal saya datang mesyuarat lambat sekali jer, saya kena buang.
Jika tuan-tuan mahukan think-tank, orang yang berguna dalam perancangan, dapatkan mereka yang berCGPA tinggi. Jika tuan-tuan mahukan orang yang akan execute pelan rancangan itu, yang kotorkan tangan, yang berani barai mesin dan pasang balik, dapatkan yang berCGPA sederhana. Ini tidak. Semua nak ambik budak-budak CGPA tinggi jer. Akibatnya organisasi di Malaysia ni ramai yang pandai cakap jer. Yang tukang buat biasanya adalah dua-tiga kerat dan adalah orang yang sama dan paling kurang dihargai dalam organisasi. Biasanya mereka ialah golongan operator atau juruteknik. Dan golongan graduan berCGPA sederhana yang tak bekerja ni, lama-kelamaan akan mengambil alih bisnes-bisnes yang telah dibina dengan susah payah oleh golongan vokasional (yang memang terkenal dengan sifat kepala angin). Satu lagi masalah. Dan golongan vokasional akan kalah sebab mereka ada sifat kepala angin dan mulalah terjadi kejadian dengki-mendengki, berpuak-puak, hingga ke tahap jenayah. Tekanan boleh buatkan sesiapa saja menggila, lebih-lebih lagi mereka yang ada trait malas berpikir dan suka ponteng masa sekolah dulu.

Orang yang buat sistem pendidikan, kena paham apa yang tersirat setiap kali keputusan UPSR, PMR dan SPM dah keluar. Kena paham dengan tahap patriotisme dalam budak-budak Malaysia. Jangan sibuk tengok berapa orang yang markah tinggi jer. Sibuk dengan upper percentile. Komposisi populasi dalam graf normal itu perlu juga diketahui, barulah kita boleh pikir camana nak alihkan purata populasi itu ke kiri atau ke kanan, ke arah masyarakat berpendapatan tinggi. Dan semua graf normal menunjukkan golongan average adalah paling ramai dan kita perlukan pelan tindakan untuk mengekploitasi potensi mereka ini daripada dibiarkan begitu saja atau mereka akan salahgunakan kebolehupayaan mereka untuk jalan pintas yang semakin menarik sejak kebelakangan ini: jenayah.

By the end of the day, bakat yang buat keputusan nak keluar tu, adalah budak-budak lagi. Diorang masih mencari-cari dan memang normal jika mereka tertarik kepada hujan emas. Tetapi selagi makbapak mereka, keluarga mereka atau jiwa mereka masih di Malaysia, aku rasa kita tak perlu risau ke mana perginya mereka ini. Dan inilah peranan kita semua sekarang: menanamkan semangat sayangi Malaysia. Bukan sekadar mengaku ini tempat kita tapi masih hidup dan buat keputusan macam parasit. Dah kenyang atau tak boleh nak gigit, lari. Time kasih pun takde.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails