Monday, July 5, 2010

Kajian Sejarah dan geografi tempatan-"apa gunanya buat folio ni?"

Ada masa-masanya aku terdengar adik-adik aku mengeluh pasal kena buat folio dalam subjek Sejarah dan Geografi masa tingkatan 3. Sebab sungguhpun diorang ni superb dalam exam, part buat kerja kraftangan macam skrap book atau kertas kerja ni, diorang ada sedikit lemah. Dan ini akan effect pada markah dan akan effect pada PMR dan akan effect pada SPM dan masa depan ke menara gading mereka. Dan mereka takmau membuatkan mak kitorang risau pasal semua ni sebab mak pun tak tahu what the hell is going on. CGPA tu apa pun tak tau.

Ada sorang tu pernah tanya aku apa kejadahnya buat folio untuk subjek Sejarah dan Geografi masa nak ambik PMR. Aku senyum. Soalan yang bagus. Sebagai anak sulung, aku sendiri pun pernah tanya diri aku soalan yang sama. Dan juga soalan macam "Apsal nak libatkan kerja kraftangan folio ni dalam markah PMR aku?" atau "Tak adilla kepada Muthusamy yang dok kat dalam estet Chembong yang takde komputer tu" atau "Apsal time aku nak ambik peksalah kau nak ubah UPSR la, PMRla, SPM la?". Ini membuktikan genetik fikiran kritikal yang ada pada aku ni bukan datang dari bapak aku, tapi dari mak kami. Dan aku bersyukur sebab adik aku pun kritikal cam aku gak. Kembali ke topik asal...
Aku membesar di Paya Besar Pedas, N9. Kawasan kampung ni terletak di Semenanjung Malaysia, di garisan Khatulistiwa yang beriklim tropika yang hanya ada dua musim ajer: panas atau hujan. Peralihan musim; ada musim angin. Bila panas, panas dan lembap. Bila hujan, silap-silap ada banjir dan air Sungai Pedas akan melimpah dan sistem pengangkutan ke dalam atau keluar kampung aku akan terputus.Sebab kampung aku terletak di sebelah timur sungai dan jalan besar di sebelah barat. Di utara ada pekan Rembau dan di selatan ada Johor. Dan aku tau nama ketua kampung aku, apa tugas dia dan kat jawatankuasa mana aku nak hubungi kalau aku nak mintak bantuan buat kenduri kendara, atau bila nak mintak tandatangan sahkan fotostat sijil PMR aku. Dan aku tau air sungai Pedas tu kuning masa banjir sebab lumpur, iaitu tanah laterit, iaitu lapisan kerak bumi yang biasa terdapat di kawasan sekitar banjaran Titiwangsa yang menjalari Semenanjung Malaysia ini. Dan mungkin sebab inilah Semenanjung Malaysia terlepas sedikit saja dari lingkaran gunung berapi dunia yang sedang mengganas sekarang. Aku tak faham semua ini dengan belajar subjek Geografi. Aku FAHAM semua ni masa aku dok tercungap-cungap mengkatalogkan jenis tanah liat yang ada di sekitar Sungai Pedas, masa buat folio Kajian Geografi Tempatan, 1993.

Dan aku bangga kerana jadi rakyat Malaysia sebab negara ini aman damai, dan aku berbangga dapat bergaul dengan kaum besar Asia yang lain seperti yang disuruh oleh agamaku tanpa perlu susah ke luar negara. Aku tau bagaimana Malaysia boleh jadi begini, apa syarat-syaratnya dan apa peranan aku sebagai warganegara Malaysia. Dan aku tau bahayanya jika negara ini tidak dijaga tanah dan budayanya, kerana nanti semua ini akan hilang dan anak aku takkan dapat menyaksikan keindahan Sungai Pedas. Nanti anak aku hanya buat folio berdasarkan info yang dia perolehi dari internet, bukan dari pengalamannya sendiri. Dan aku faham semua ni bukan dari subjek Sejarah. Tapi bila aku dah hantar Kajian Sejarah Tempatan kat cikgu dan risau dengan markah yang bakal aku perolehi.
Dan banyak lagi yang aku perolehi sebab cikgu BM aku pun suruh kitorang buat folio jugak untuk buku-buku yang kitorang baca sepanjang 1992-1993 (Tingkatan 2 dan 3). Masa tu aku mengeluh.

Dan aku akui, folio kau komputer ke, tak komputer ke, tak mempengaruhi markah kau. Sebab masa Kajian Sejarah Tempatan, aku buat semua 100% pakai tangan. Takde fotostat peta. Takde graf komputer. Sumer aku lukis pakai tangan. Dan aku dapat markah paling tinggi masa tu. Dan aku ulang lagi benda ni masa aku kat MRSM Serting 94-95 untuk buku nota Matematik Tambahan aku dan mendapat pujian disamping membuatkan aku lebih minat dalam subjek yang membosankan itu. Kalau cikgu kau cakap markah Muthusamy rendah sebab dia tak pakai komputer, kau bagitau aku sapa nama cikgu tu. Dan aku buat zine Schizophrenic dan kau membaca blog ni.

Jadi, aku rasa buat folio dalam subjek Geografi dan Sejarah itu ada pekdahnya. Masa PMRlah paling sesuai sebab kalau masa SPM, korang takde masa nak buat dah. Tak adillah. Kalau bagus kenapa tak buat untuk semua subjek? Sebab pengetahuan Geografi dan Sejarah ini penting untuk kita yang duduk kat Semenanjung Malaysia ni. Sebab kita takkan ambil endah lagi pasal semua ni sebab selepas SPM, kita akan dok sibuk mendalami subjek Matematik Tambahan atau Kimia atau Biologi atau subjek pilihan ramai: sex.

Tanpa Geografi dan Sejarah, korang sumer takkan tau sapa korang, kat mana korang berada, apa tugas korang dan apa yang korang kena buat sekarang. Diorang ni suka ubah-ubah sistem pendidikan. Pendidikan pun tak pasti lagi sampai mesej sepenuhnya ke semua rakyat, dah sibuk cerita nak influence orang dengan sistem tu. Aku tak taulah apa akan jadi kat Malaysia ni kalau diorang betul-betul nak buang UPSR dan PMR. Najib sendiri kata inovate. Ni sibuk nak abolish dan recreate sistem baru. Tengok apa dah jadi kat generasi PMR tahun 2000 ke atas? Amenda la diorang ni. Kembali ke topik asal...

Tu sebab korang ada banyak masa nak mengomen dan baca blog macam ni.
Sebab pandang rendah pada subjek Geografi dan Sejarah. Lebih-lebih lagi BM dan BI.Korang taktau apa yang korang patut buat masa ni. Kalau korang tau, korang akan dapati korang tak cukup masa. Sebab Malaysia belum kuat lagi dan penjajah-penjajah dah memenuhi inbox email dan pemikiran kita. AKu tak salahkan korang. Korang tau apa. Diorang biasa salahkan mak bapak. Tapi aku kata cikgu dan sistem pendidikan kita ni pun ada peranan penting mereka dan mereka bersalah sebab korang habiskan banyak masa dengan diorang, bukan dengan mak bapak.

Dan adik aku akan naik semangat dan kelihatan dia macam dah tau apa nak buat sebab dia terus pusing belakang dan ambik pen dan menulis sesuatu dan aku akan biarkan dia sambung buat keja dia. Aku keluar gi ambik angin jap.
Lagi setengah jam aku tinjau adik. Laa...membuta dah. Tadi semangat sangat.
Hai...budak-budak.

Risau aku apa akan jadi kat kampung aku ni...

Scuba

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails