Monday, June 20, 2011

Racism: Itulah Keunikan Malaysia

Jika aku kata aku nak naikkan bangsa Melayu, dan kau kata aku adalah rasis, maka, dalam falsafah rasismenya, kita berdua tahu, siapa yang racist sebenarnya.

Malaysia dikatakan terdiri dari berbilang kaum. Inilah keunikan Malaysia. Rakyatnya yang terdiri dari kaum kaum utama Asia Tenggara, boleh duduk didalam sebidang tanah dan bersama-sama memaju dan menjayakan tanah tersebut. Inilah cerita asal Tanah Melayu sejak datangnya Parameswara. Sebelum tu, Tanah Semenanjung ni adalah markas rahsia para wali wali dan habitat flora dan fauna. Hehehe.


Maka dengan ini, pemimpin Malaysia yang memperjuangankan konsep kaum adalah patut disokong. Mereka ada jatidiri! Mereka berkelakuan seperti seorang orang Malaysia. Mereka menjadi diri mereka sendiri. Malaysia ini unik kerana terdapat PELBAGAI KAUM. Jika semua warganegaranya berperangai macam satu kaum, maka Malaysian adalah sama macam Amerikan atau European. Anda tak perlu menjadi pan-Asian untuk menjadi Malaysian. Anda boleh terus menjadi seorang Melayu, Cina atau India, dan anda mempunyai Mykad. Anda boleh terus menjadi seorang anda dan bergelar seorang kami.

Orang yang membawa konsep satu bangsa baru di Malaysia adalah orang sekular. Orang yang tanya anak kacukan ini nak jadi bangsa apa adalah lawak. Kita kat dunia ni dah lengkap. Kau membesar sebagai Mail, kau berperangailah macam Mail. Kau membesar Raju, kau berperangailah macam Raju. Cuma tambahan bila duduk kat Malaysia ialah, kita kena sedar akan konsep masuk kandang kambing, mengembek.

Bila setiap bangsa merasakan ini adalah tempat bersama, mereka sepatutnya mementingkan hal toleransi dalam isu-isu yang membabitkan pertembungan kepentingan, lebih utama dari soal diri sendiri. Ini sepatutnya adalah integriti seorang Malaysian. Empunya tanah akan mendapat hak automatik. Ini memang asas. Takkan kau nak berlagak kat rumah orang pulak, ye tak? Sekarang, ini tanah Melayu pegang. Tapi, Melayu pulak jangan nak berlagak. Berperangailah macam Melayu. Kan Melayu ni kaya budi bahasa? Camtu ke cara Melayu melayan orang?

Kat Malaysia, kita ada 3 kitab. Kitab Melayu, Cina, India. Dan barubaru ini, kita juga mula menghargai kitab-kitab baru yang sebenarnya ada dalam Malaysia ni tapi diorang dulu memilih untuk berdiam diri. Kitab Borneo. Dan untuk menjadi seorang pemimpin Malaysia, seseorang itu perlu menguasai kesemua kitab yang membentuk Malaysia ini. Bukan datang sini bawak kitab baru.

Paham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Tolong Bijak Sikit!

Bila konsep pecah dan perintah digunakan, maka yang terhasil ialah kumpulan itu akan menjadi berpuak-puak. Kebaikan cara ini ialah setiap pecahan tadi akan mempunyai kepakaran dalam bidang mereka, kelemahannya pula ialah kesukaran komunikasi di antara pecahan. Cara ini kesannya cepat maka tak boleh guna, duakali berturut-turut. Ia perlu di mikro manage dan perlu bijak menguruskan maklumat.


Bila konsep veto digunakan, kumpulan akan menjadi satu. Pecahan yang terhasil tidaklah banyak. Bahananya ialah impak yang terhasil dari setiap pecahan itu menjadi besar. Cara pengurusan tradisional ialah samada melalui psikologi organizational behavior atau style chain of command. Ramai juga yang gunakan konsep fear. Ada yang bergantung sepenuhnya pada autokratisme. Kebaikan cara ini ialah pentadbiran kumpulan menjadi mudah dan ringkas. Keburukan ialah kumpulan menjadi pahat yang perlu ditukul.

Mana ada konsep samarata. Mana ada konsep kongsi sama-sama. Bila  ada dua pihak, pasti akan ada konspirasi. Pasti akan ada persaingan. Pasti akan ada yang tak puashati. Dapatlak dalam hal pemerintahan. Jika benar satu pihak itu mahukan kesamarataan, mereka sepatutnya tak kisah siapa yang memerintah asalkan yang memerintah memenuhi kriteria mereka. Orang yang melaung-laungkan kesamarataan tapi sibuk nak jadi pemimpin sebenarnya ada agenda lain, selain dari nak jadi seorang yang adil. Pemimpin sebenar ada perjuangan. Dan dia terus dalam perjuangannya, walaupun lama kelamaan semakin sukar dan semakin berat cabaran yang perlu ditanganinya.


Namun diantaranya, mana-mana pemimpin yang menggalakkan perpecahan, yang mengajak kita jadi bodoh atau yang memperbodoh-bodohkan orang lain, kita tolak awal-awal. Ini bukan zaman tok kadok. Ini zaman fakta dah bukti. Air liur n bulu dah tak laku.

Tolong bijak sikit masa berkempen!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails