Keadaan pada malam ni senyap jer. Aku usha kat luar tadi, pokok-pokok sumer stand still, ajer. Takde goyang-goyang sikit pun. Hawa pun tak sejuk, tak panas. Aku pun taktau nak describe camana. Adakah ini masanya? Adakah ini malamnya? Abih yang aku dok mengadap laptop ni, buat apa?
Kerana aku percaya, malam Lailatul Qadar tetap datang dan pergi, sama ada kita perasan atau tidak. Kepada yang berkorban masa berusaha untuk dapat MERASAI kehadiran malam tersebut, mereka ni aku respek. Siap bawak anak bini pergi iktikaf kat masjid. Seronok aku tengok bila ada bapak-bapak yang marah-marah sebab anak-anak comelnya masih taknak tidur lagi. Suka aku tengok budakbudak remaja tersengguk-sengguk mengantuk cuba membetulkan safnya ketika berdiri melakukan solat sunat tasbih secara berjemaah dalam program qiamul lail. Dan aku amat bertuah dapat bersama-sama dengan mereka ini di saat ini, bersatu mengharapkan peluang kedua dari Nya. Harapan agar kelemahan dalam kualiti ibadah itu diimbal balik dengan effort dan pengorbanan dalam melaksanakan ibadah tersebut, pada masa Allah tak kisah sangat dengan sumer ni. Harapan agar ketika Allah sedang Memerhatikan siapakah yang inginkan rahmat Nya tu berlaku, kami dilihat sedang beribadat kepada Nya.
Begitu juga kepada yang mungkar-mungkar. Malam Lailatul Qadar tetap berlaku sama ada mereka perasan atau tidak. Ada yang dalam keasyikan nikmat dunia. Ramai juga yang sedang berada dalam CENGKAMAN dunia. Sedang mereka dalam asyik melayan kerenah dunia, catatan perjalanan hidup mereka untuk tahun depan sedang ditempa dan dikaji semula. Patutkah mamat ni dimatikan cepat sebelum dia melakukan kemungkaran yang lebih besar? Atau berapakah jumlah khazanah bumi dan langit yang diperuntukkan kepadanya untuk tahun hadapan. Patutkah jumlah itu dikurangkan? Ada juga segelintir dari golongan ini yang TERASA akan kehadiran malam Al-Qadar, namun sebab hati mereka hitam dan mereka sedang berada dalam keadaan yang tak berapa baik, kewujudan malam itu cumalah umpama hembusan angin lembut yang tetiba menyapa muka. Bila angin dah reda, diorang terus menyambung program kemaksiatan diorang.
Dan pada setiap Malam Lailatul Qadar, semua makhluk bertasbih dan memuji akan limpah kurnia kasih sayang dan rahmat Allah terhadap manusia, terutamanya ummat Nabi Muhammad SAW. Inilah dia makhluk yang Allah ciptakan untuk menjadi khalifah di bumi. Makhluk yang dikelilingi oleh lubang-lubang ke neraka, namun tetap gigih berusaha untuk memilih Dia. Makhluk yang cepat perasan dan tak makan saman. Makhluk yang akan keseorangan tanpa Nya.
Aku tak pedulik malam ni malam Lailatul Qadar ke apa. Aku nak layan rasa bersyukurku ini kerana diberi peluang MENGALAMI semua ini. Semoga aku akan lebih baik lagi di esok hari. Semoga malam esok ialah malam Lailatul Qadar lagi. Dan untuk semua itu, aku nak tidur dulu. Hehehe
No comments:
Post a Comment