Kekuatan pada manusia, kebanyakannya datang hasil dari latihan. Uniknya manusia sebagai organisma ialah, semakin banyak tekanan yang diberikan, semakin kuat kedayatahanannya terhadap tekanan tersebut. Ilmu ini digunakan dalam bidang bina badan di mana bahagian otot badan yang mahu dibesarkan, akan diusahakan dengan memberi letihan bertubi-tubi sehingga otot lenguh-lenguh. Hasilnya, otot pada bahagian itu akan lebih besar dan cantik.
"Adik takleh eksesais tumpu kat perut jer..tu yang jadi camni" |
Samalah juga halnya dengan keupayaan seseorang manusia dalam menangani tekanan pemikiran/otak. Mereka ini contohnya terdiri dari para cendikiawan dan pemikir dunia yang memikirkan ke mana hala tuju manusia ini demi kesejahteraan manusia sejagat. Orang-orang yang berkeupayaan tinggi dalam bidang administratif dan strategik ini, dilatih dan diasah kebolehannya agar berkeupayaan menghasilkan solusi yang simple dan lojik dalam masa yang hampir spontan.
"Sapa kata takleh makan pakai niat, tadi?" |
Harus diingat juga bahawa otak manusia, yang bertindak sebagai pengkalan yang mengawal segala tindakbalas dalam badan, terbahagi kepada dua hemisfera. Kiri yang mengawal lojik. Serta kanan yang mengawal emosi.
Click sini untuk lebig info tentang hemisfera otak |
Kebanyakan ibubapa secara normalnya akan menekankan kemajuan di bidang lojik, contohnya ibubapa yang menekankan soal pendidikan dan persediaan untuk hidup di dunia. Sepanjang masa keupayaan fizikal dan mental anak-anak ini diasah dan ditingkatkan keupayaannya agar berupaya menangani masalah decisive demi membolehkan mereka mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
Latihan tertentu hanya meningkatkan keupayaan tertentu sahaja |
Penekanan kepada keupayaan menangani masalah emosi, perasaan, ghairah pula, bukan saja hampir tiada, malah dianggap taboo di sesetengah masyarakat. Cara ini sebenarnya adalah teknik kawalan masyarakat kuno di mana sebarang perubahan baru akan ditolak. Akibat dari cara ini, anak-anak akan berkongsi maklumat sesama mereka atau dengan komuniti yang sekepala dengan mereka dalam membincangkan isu-isu berkaitan emosi, mental dan perasaan ini tadi. Dan semua tahu apa akan jadi bila sekumpulan manusia yang emo, berkumpul dan bertemu dalam majlis yang sama demi maksud keemoan mereka.
Apa yang kita nak sampaikan di sini ialah... Hmmmmm...
Lu pikir la sendiri.
Bye.