Tuesday, September 7, 2010

Persediaan menghadapi Syawal (Menyambut kelepasan setan)


Sebagaimana yang sedia maklum, ketibaan Syawal bermakna setan-setan yang terbelenggu akan terlepas kembali. Segala rindu dendam yang tersemat di kalbu akan dilepaskan, sebaik saja berkumandangnya takbir Raya AidilFitri. Dan kepulangan mereka ini, telah kita sambut dengan meriahnya melalui percampuran laki dan pompuan, makanan yang berlebihan dan terlalainya kita dalam mentaati perintah Allah setiap Hari Raya pertama. Kita kononnya nak meraikan satu hari di mana ummat Islam dibenarkan untuk bergembira. Tidak kita sedari, pada hari ini jugalah hancurnya segala apa yang kita telah usahakan dengan susah payah selama sebulan. Dalam entry kali ini, kita akan kongsikan beberapa tips menyambut Syawal yang pasti tidak ramai yang mengambil port akan kepentingannya.

sekadar hiasan
1. Cukur bulu ari-ari dan bulu ketiak anda.

Ini sangat penting dalam memastikan setan bertahap prebet yang balik nantik tak bersinggah di badan kita. Kepada yang belum mengetahui, bulu ari-ari dan bulu ketiak adalah dua tempat popular yang biasa menjadi tempat persinggahan setan. Tiap kali kita ke tandas, setan-setan yang nak menguji ilmu mereka akan hinggap di bulu ari-ari dan lepak dengan kita. Mereka akan cuba menguji ilmu yang mereka pelajari dengan bergayut di bulu-bulu ini dan memberatkan kita dalam melakukan ibadah atau hal-hal kebaikan. Lagi banyak dan panjang bulu tu, maka lagi banyaklah setan yang dapat bergauyt dan makin beratlah kita dalam melakukan hal kebaikan. Jadi, cukur bulu-bulu anda.

Dan kepada kaum Adam, sila tengok cermin dan potonglah bulu hidung tu. Kalau ye pun nak bagi deria tu sensitif, jangan ganggu sensitiviti orang lain. Orang Islam dikehendaki mencukuri bulu-bulu ni setiap 40 hari. Camana cara cukur atau adab-adab berkaitan dengannya, sila google sendiri.




"Kalau duduk camni, OK tak amersab?"
2. Kurangkan makan dan minum. Dan baca Bismillah serta buat adab makan minum masa mentekedarah

Satu lagi tempat lepak setan ialamh dalam perut. Dia masuk sekali masa kita makan tak baca Bismillah tadi. Diorang lepak dalam perut dan berpecah-pecah untuk ikut masuk ke dalam pembuluh darah manusia. Mereka masuk dalam jumlah yang banyak, cukup banyak untuk membuatkan anggota badan kita ni boleh dimanipulasi oleh mereka di masa-masa kita leka. Tambahan pula, lagi banyak kita makan dan minum, lagi keraplah kita untuk ke tandas dan di tandas, batalion setan yang ada dalam badan kita akan ditambahkan lagi (sebab ada yang tercedera masa kita bertasbih lepas terbersin tadi). Jadi, sempena Raya ni, sila makan ikut keperluan. Bila lapar, baru makan lagi. Masa makan pula, ikut adab makan dan minum. MAKAN MINUM dengan tangan KANAN dan CEBOK BUNTUT dengan tangan KIRI. Dan baca Bismillah sebelum mentekedarah. Setan amatlah lapar bila baru terlepas ni, jadi sebelum masa berbuka buat kali terakhir nantik, tolong sampaikan tips ini kepada semua.
Hati itu ada banyak pintu. Jangan buka pintu untuk orang yang tidak dikenali


3. Jaga hati anda.

Kalau dah cukup atau banyak makan, kita akan terdedah kepada kemalasan. Nak rilek dulu la. Nak layan sokkabar dulu la. Akibat dari malas ialah sifat suka menangguh-nangguhkan. Akibat dari suka bertangguh ialah keterdesakan sebab nak buat banyak benda dalam satu masa. Atau nak pergi ke suatu tempat dalam jangkas masa yang singkat atau dalam keadaan trafik yang sesak. dan pada masa-masa ini, kita akan hilang sabar. Dan pada masa kita hilang sabar, pintu akal akan terbuka dan setan dalam badan kita ni akan azan dan memanggil lebih ramai lagi setan di luar sana untuk masuk ke dalam. Masuk ini ialah masuk dalam hati. Dan bila setan sudah masuk dalam hati, dia akan buat macam-macam. Benda pertama ialah memecahkan telur-telur kemunafikan. Telur-telur ni ada sebab tadi kita dengar musik yang melalaikan. Dan bila telur ni dah pecah, kita akan ada sifat munafik. Jadi, pada masa nak Raya ni, kawallah kesabaran anda. Walaupun mamat cibai kat depan kita ni memang mangkuk sebab bawak keta slow kat fastlane dan memaksa kita melanggar paeraturan lalulintas dengan memotongnya dari kanan, kita perlahankanlah kenderaan kita dan biarkan orang lain sound mamat tu. Kalau takde orang sound, kita potong jer lah slow-slow dari kanan...


4. Buangkan benda-benda yang menghalang malaikat Rahmat dari turun ke rumah kita.

Rahmat Allah turun dari langit ke bumi tiap-tiap hari. Lebih-lebih lagi pada masa hari keraian macam ni. Dan rahmat itu turun melalui garisan Sidratul Muntaha di atas Kaabah, turun ke Masjidil Haram dan tersebar ke masjid-masjid seluruh dunia. Orang yang ada dalam masjid akan diliputi rahmat (yang beruntung ialah orang yang di masuki atau memperolehi rahmat), dan bila mereka pulang ke rumah mereka, mereka akan bawa rahmat ini ke rumah mereka. Jika rumah mereka takde benda-benda yang menghalang rahmat macam patung perhiasan berbentuk benda bernyawa atau alat muzik macam gitar, maka rumah mereka akan bercahaya jika di lihat dari langit dengan mata makrifat. Dan tempat sebegini, tidak berapa digemari oleh setan untuk mendiaminya. Nak masuk rumah yang macam ni merupakan satu penyiksaan bagi mereka. Tapi dah sebab arahan Iblis dan api kedengkian dan dendam kesumat sejak Ramadhan, mereka gagahi juga. Mereka harung jugak lautan cahaya rahmat dalam rumah kita untuk ke tandas. Dan di tandas mereka akan rehat dan rawat sebelum menunggu timing nak masuk semula ke dalam badan kita. Pointnya di sini ialah membuatkan rumah kita ini "Rahmat-compliance" supaya ia sepanjang masa mendapat perlindungan dan bantuan dari Allah, bukan takat malam Raya jer.


Guess who's back?
5. Kurangkan orang yang beribadat kepada setan

Kita semua tahu orang menyembah berhala itu menyembah setan. Dan pujapuji mereka ini umpama membuatkan setansetan ni gemuk dan sihat semula. Apa yang kita boleh buat ialah dengan membantu mengurangkan jumlah manusia yang menyembah berhala pada musim Raya ni. Kita kena ajak kawan-kawan non muslim kita datang beraya kat rumah kita pada Hari Rabu, Jumaat, tengahari Ahad dan sebagainya. Tapi ini bukanlah bermakna kita mengutamakan orang non muslim. Kita buatlah ikut kemampuan. Ini hanya berguna kepada mereka yang ada kawan non muslim. Syaratnya, masa mengajak tu, kita niatkanlah agar semoga Allah berikan taufik dan hidayah kepada kita dan mereka agar kita semua dapat menjadi hamba Nya yang lebih taat dan lebih bertaqwa.


Sekali lagi: Sungguh mendalam sindiran anak kau, Wan
6. Jaga aurat

Aurat lelaki ialah dari pusat ke bawah hingga ke kepala lutut. Aurat orang pompuan ialah semua kena cover kecuali muka dan tapak tangan. Kedua-dua jantina kena jaga supaya orang yang memandang tidak nampak bentuk tubuh atau akhlak kita yang buruk. Dan cara paling senang nak jaga semua ni ialah dengan mengurangkan kehadiran kita ke majlis yang ada pergaulan laki pompuan tanpa pengawasan orang yang warak. Orang yang lebih tua atau makbapak dah tak boleh dijadikan sebagai penguatkuasa sebab dah takde sorang pun yang layak. Malahan diorang sendiri yang kena diawasi. Pastikan setiap majlis kita ada kehadiran ustaz, imam atau anak-anak makcik yang berpakaian sunnah macam berketayap atau berhijab. Barulah keadaan majlis akan terkawal. Ini penting sebab majlis yang ada pergaulan laki dan pompuan biasanya akan membuahkan perkenalan laki dan pompuan dan bila laki dan pompuan dah kenal, air yang memang dah memenuhi kepala sejak Ramadhan akan meronta-ronta nak keluar, tak kisahlah ikut cara camana. Bila ada cahaya sunnah, setan-setan ni segan sikit nak keluar. dan topik yang dibincangkan masa dalam majlis pun lebih keislaman sikit. Dan dalam hal menjaga aurat, disamping kita kena jaga agar aurat kita tak dilihat orang, kita kena jaga juga agar kita tak lihat aurat orang. Dan kalau kita terlihat, kita kena cepat-cepat palingkan mata dan istighfar dan minta perlindungan dengan Allah dari setan yang direjam. Bukan pegi cerita kat member agar mereka pun dapat tengok betis awek member kita ni sama-sama.


Setakat itu dulu untuk kali ini. Diharapkan agar tips-tips ini kan diamalkan dan membantu dalam menyusahkan setan untuk balik Raya tahun ni. Segala salah dan silap, pihak kami hulurkan sepuluh ringgit dan kepada yang memandu, pastikan anda mendapat kesabaran yang secukupnya sebelum pulang berhari Raya. Ingatlah Allah Yang Maha Penyayang...

Aku benci Hari Raya Puasa (escaping the vicious circle)

Selagi takde yang berubah, selagi itulah kita terus berpusing
Bila dah dekatdekat Raya ni, salah satu gelagat yang tak pernah miss aku perhatikan ialah telatah ibubapa dalam mengajar anak-anak mereka. Almaklumlah, budakbudak kecik memang lasak dan nakal-nakal. Dah memang time dia. Cuma kenakalan dan kelasakan mereka ni, perlulah dipantau selalu oleh ibubapa, takut-takut mereka memudaratkan diri mereka sendiri. Macam kita kena buat mereka menangis semasa menghalang anak-anak kecil kita yang nak main dengan benda-benda tajam macam pisau. Atau membabab mereka bila mereka kurang asam dengan membuat rumah orang yang kita ziarahi ini macam rumah mereka sendiri. Atau meng grounded kan anak-anak kita yang dengan selamba keluar dengan jantan dan balik malam-malam dan ader kesan lovebite laktu. Dan telatah anak dan mak ini akan buatkan aku teringat...


Aku teringat masamasa mak aku merembat keting aku dengan tali pinggang sebab pergi mandi sungai dan balik dah senja pada hari mantai. Aku masih ingat lagi malam di mana mak menggunakan silent treatment yang membuatkan aku separuh saiko kerana bawak adik-adik aku jalan-jalan Raya kat KL tanpa pengetahuan beliau. Dan lebih-lebih lagi aku teringat masa aku kena mengaku aku bersalah sedangkan aku tak buat salah sebab tak tahan dengan cubitan mak aku yang mengesyaki akulah yang membuatkan lubang kunci kereta baru maklang tersumbat dengan sotong getah mainan KamKam pada malam Raya. Begitu juga dengan kehadiran Raya kali ini, ritual ini akan mem flashback kan dirinya dalam kepalaku hingga biasanya aku akan ada rasa kureng dengan mak aku dalam sistem pendidikannya terhadapku. Walaupun aku dah tua bangka dan dah bergelar bapak budak, dan patutnya halhal camni dah selesai dulu lagi, namun bila dalam hal hubungan dengan mak bapak, aku akan jadi bangang.


Pada makbapak kawan-kawanku, aku ini umpama anak mithali yang diidam-idamkan oleh semua ibubapa yang beranak. Akulah anak soleh yang tak pernah mereka jumpa sebelum ini dan mereka lega sebab anak mereka berkawan dengan orang yang rare macam aku. Aku basuh pinggan lepas makan. Bawakkan air teh ke depan dan lepak dengan ayah, borak pasal benda-benda yang menggempakkan ayah. Lepas tu, from time to time pergi ke dapur tengok mak buat apa, mana tau kalau-kalau boleh tolong apa-apa. Dan pada masa terluang, aku akan membuka buku-buku agama dan menelaah ilmu agama hingga aku tertidur. Itulah pandangan mereka padaku. Dan aku suka dipandang begitu. Dan aku akan berusaha agar perspektif mereka terhadapku kekal begitu. Aku pandai pulak talipon diorang kadang-kadang, saja bertanya kabar. Aku pandai pulak kadang-kadang datang menjenguk mereka sambil bawak buah tangan atau sebagainya. Tetapi bila dengan makbapak sendiri...

Aku tak boleh nak bertolak ansur. Aku takboleh nak leggo. Mak kena ikut kehendak aku, bukannya akuu jer yang asyik kena ikut telunjuk dia. Bapak yang perlu MENDENGAR apa yang AKU nak jelaskan. Bukan tindakan akuuu jer yang asyik dipersoalkan. Sampai aku naik rimas. Sampai aku automatik jadi rimas dengan kehadiran makbapak aku. Aku taktau kenapa aku jadi begini. Dan yang kagumnya, diorang akan maafkan aku. Akan tetap membacking aku, walau macamana screw-up pun aku ni. Tak macam aku yang konon nya berpihak kepada kebenaran yang akan menegakkan kebenaran walaupun hingga menentang ibu sendiri. Tak macam bapak aku yang akan selidik dulu cerita fitnah tentang anaknya sebelum buat apa-apa keputusan dunia akhirat.


Dan pada Raya tahun ini, aku nak lari dari vicious circle yang dok mengerumuni hidup aku sejak 24 tahun dulu. Hidup aku tak berubah. Aku nak berubah. Tiba time Raya jer, aku akan rasa cam cibai. Bila dengar lagu Raya jer, aku akan rasa macam nak keluar dan layan asap sambil bawak keta laju-laju. Tahun ni, aku nak betulbetul mintak maaf pada mak dan bapak. Dan pada Dia. Aku berdoa agar Raya tahun depan, aku tak perlu lagi menempuhi perasaan keseorangan dalam kecibaian sebegini lagi. Aku takmahu anak-anak ku menghadapi Raya macam aku.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails