Thursday, August 19, 2010

Dah 10 hari Ramadhan...

Dicuri dari http://penatulis.blogspot.com/
"Abi..Apsal aban tu nambik nambar titerr?"

Dah 10 hari Ramadhan berlalu
Tapi aku masih macam dulu
Masih tak beradab di depan Tuhanku
Masih mungkar menurut nafsu.

Keseorangan ini memaksaku mencari
Teman penghibur yang buatkan ku terlupa
Kerana ingatan terhadapMu meruntun jiwaku
Sehingga aku tak dapat berbuat apa-apa.

Ah! Sudahlah.
Ini semua keluh kesah si pemalas yang lemah
Berangan-angan tanpa bersusah payah
Semua nak yang senang telan, tak payah kunyah-kunyah.

Atan dengan Abu (Bau Gudang Garam pada pukul 11pagi)

Bukan brader yang sebenar
Seperti biasa, Atan kalau takde benda nak buat, dia akan melepak kat bilik belakang layan kepala main gitar. Abu akan berada kat ruang tamu, layan saluran haiwan kat ASTRO. Bila dah boring, Abu pun off kan TV dan join Atan kat bilik belakang.

"Boring, siallll" keluh Atan. Peluang sebegini memang takkan dilepaskan dek Abu.
"Kalau boring, bulan-bulan poser ni, bebawaklah baca AlQuran ke, berzikir ke, atau baca kitab Fadhail Amal tu haa.." usik Abu sambil memuncungkan bibirnya ke arah Kitab Fadhail Amal warna biru yang kelihatan seperti baru.

"Pahal, lu?" defend Atan.
"Aku dah buat habis dah kuota untuk hari ni. Dhuha, zikir pagi, zikir tarekat, Al-Quran 2 page, sunat taubat. Siap dengan Al Mulk ngan Sejadah sekali. sunat tasbih jer belum..." jawab Atan lagi. Abu kagum. Sarang tebuan jangan diusik. Dia terasa akan kelemahan dirinya. Atan memang abid. Part amalan fizikal ni, dia memang tiptopmantop. Maklumlah. Biawakk.

Tips Pemanduan (Kenali Lampu Isyarat Anda)

1. Kenderaan anda mempunyai alat untuk menyatakan kepada pengguna jalan raya yang lain ke mana anda ingin pergi. Nama alat itu ialah lampu isyarat (signal lights). Ia terletak di belakang stereng (biasanya di tangan kanan), sebatang dengan suiz untuk hidupkan lampu hadapan. Tak payah nak hulur dan pusing-pusing tangan cam Mr. Bean.

2. Sentiasa pastikan lampu-lampu isyarat di TEPI DAN LUAR KENDERAAN anda berfungsi dan menyala dengan terang semasa dihidupkan. Bukan sekadar lampu yang kat dashboard tu berdetak-detik jer semasa anda menekan butang lampu isyarat.

3. Gunakan lampu ini SEBELUM anda membelok ke kiri atau ke kanan dan bukannya SEMASA atau SELEPAS. Seelok-eloknya, anda menyalakan lampu ini sesuai dengan halaju kenderaan anda. Kalau bawak slow, dah dekat baru bagi signal pun boleh disabarkan lagi. Tapi kalau bawak laju, bagitaula awal-awal.

4. Selepas anda memberi isyarat lampu untuk ke kiri atau ke kanan, pastikan kereta di belakang anda yang tadi bawak slow, memotong anda dahulu. Taktik ini boleh digunakan jika anda mahu kereta di belakang anda memotong kenderaan anda. Bagi signal dan kereta belakang akan menggelabah dan memecut macam 'sapa lambat dia kena'

5. Jangan lupa untuk mematikan lampu setelah anda membelok. Sekiranya terdapat keadaan dimana anda perlu membelok dua kali ke arah yang sama, hidup-mati-hidup-mati kan lampu ini mengikut masa-masa yang sesuai agar pemandu lain tahu ke mana anda nak pergi. Mereka bukan psikik dan tak berupaya membaca pikiran anda.


6. Lampu ini sangat membantu ketika anda hendak mengundurkan kenderaan, lebih-lebih lagi sekiranya ada pemandu lain yang sedang menunggu anda keluar dari tempat parking itu. Nyalakan arah yang anda nak undur dan ingat untuk memusingkan stereng mengikut arah lampu itu pada masa-masa yang sesuai dalam pengunduran anda tersebut.

7. Jangan nyalakan lampu ini serentak (hazard light) semasa dalam hujan yang lebat. Pemandu lain akan menyangka anda sedang berhenti atau perlahan dan cuba mengelak dan akan menyebabkan huru-hara sebab garisan-garisan panduan jalan raya tidak jelas semasa hujan lebat. Lampu hazard light dihidupkan semasa kecemasan sahaja. Jika hujan terlalu lebat, perlahankan kelajuan kenderaan anda dan hidupkan lampu seolah-olah dah malam. Dan jika anda ingin membelok, matikan hazard light dan bagi signal, belok, dan hidupkan kembali hazard light.

8. Lampu ini digunakan sebagai isyarat untuk menyatakan pilihan anda semasa di persimpangan jalan atau semasa anda ingin susur keluar dari jalan besar. Sekiranya anda berada di jalan yang berbengkang-bengkok seperti dalam Drive Thru misalnya, takpayah pakai signal tiap kali membelok. Pemandu belakang akan saiko sebab belum belajar tips seterusnya.

9. Jangan layan kelipan-kelipan lampu isyarat kenderaan dihadapan anda kerana dikhuatiri anda diserang sawan, tertidur atau terpukau. Tumpukan perhatian kepada destinasi anda (dan pesanan anda jika anda dalam Drive Thru) dan bersedia jika pemandu dihadapan membelok.

10. Lampu isyarat kiri digunakan untuk membelok ke kiri sementara lampu isyarat kanan untuk membelok ke kanan. Kalau anda tak pasti mana kiri dan kanan semasa memandu, muncungkan bibir dan halakannya ke arah yang anda hendak tujui. Kemudian hidupkan lampu isyarat ke arah situ.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails