Friday, December 17, 2010

TablighLeak: Kabel #101: Artikel-artikel yang dicensoredkan

Atan dan Abu (Bayan Maghrib by Atan)




Ini ditujukan kepada para pendakwah. Kepada mereka yang membuat keputusan untuk menjadikan dakwah itu maksud hidup. Kepada mereka yang berkorban masa, tenaga, harta, anakbini, nyawa, walhal syurga neraka mereka demi MENYAMPAIKAN risalah suci.

Pertama sekali, kami mengucapkan tahniah kerana berani mengambil keputusan ini. Kerana inilah tarekat yang paling ketat. Dan musuhmu bukan setakat nafsu dan diri sendiri, malah anda mengisytiharkan PERANG terhadap si Iblis personally. Dan mamat ni, connection dia ramai. Network dia luas. Ilmunya tinggi. Senjata yang digunakannya terhadap kamu adalah yang tahap biologi dan psikologi. Dan semua ini tidaklah manfaat atau mudharat selagi kamu sentiasa ingat bahawa Laa eela ha illallah

Awasilah perbuatanmu. Kerana orang dijalan ini akan sentiasa diuji. Setiap tindak tandukmu adalah hujah kepada musuhmu yang diri sendiri. Setiap perkataanmu adalah replay yang akan menghantui di kala sepi. Kamu pun tahu cara nak selamat ialah dengan sentiasa merendah diri. Sentiasa ingat diri kamu itulah yang PALING hina SEKALI. Sewangi-wangi perfume, kat mukamu saja ada 7 lubang tahi. Dan kamu tak boleh lalai kepada riak, ujub atau takbur diri. Pada tohmahan dan cacimaki, kamu dah sedia. Ramai yang kantoi ketika dipuji.

Kemudian sentiasalah berjamaah. Kambing yang berjemaah, lebih sukar diserang dari kambing yang keseorangan. Serigala yang menunggu bukan yang di depan mata saja. BERDAMPINGlah dengan yang lebih mengetahui. Punyailah seorang guru. Kerana mengaji takkan selesai selagi berdenyut. Dan bukanlah seorang murid, jika tiada guru nya. Agama kita tak benci kepada yang suka bertanya. Maha Suci Dia, Dia hanya benci kepada yang suka MEMPERSOALKAN. Bukalah hatimu untuk menerima teguran. Kembalilah ke perenggan sebelum ini jika rasa tak paham, apa yang sedang kau bacakan.

Azamkan keistiqomahan amalan. Dan amalan tambahan, hanyalah atap kepada rumah yang ditegakkan dari batasan si tiang kefahaman. Faham bahawa tanpa tiang, tiadalah batas dan asas. Tiada asas, maka yang tambahan, tiadalah maknanya. Tiang didirikan mengikut KEHENDAK CUSTOMER. Bukan ikut suka. Lagi kuatnya tiang, lagi kukuhlah rumah. Tiada batas, maka kita takkan tahu sempadan rumah kita kat mana. Kita takkan tahu besar mana atap yang nak kita sediakan. Rumah yang besar pun tak guna juga jika tiada pengisian serta penyerinya. Barulah kecantikan amalan harian itu akan menguatkan apa yang lemah, dan mencantikkan apa yang dah sempurna. Kecantikan itu akan nampak DARI LUAR. Bila dah ada yang cakap cantik, barulah bersemangat nak KUATKAN lagi interior design dalaman pulak. Menambahkan lagi amalan untuk MENGUATKAN dalaman. Dan kalau rasa susah nak buat serentak cantik dan kuat ni, maka maknanya kita masih belum master perenggan sebelum ini...

Dan semasa bekerja, ingatlah beberapa perkara: Segala yang berlaku adalah dari Allah jua. Jika dah tahu ia akan jadi buruk, maka mengelak itu lebih baik dari menghujah. Jika nak tahu apakah akibatnya, kenalah berpikir sebelum berkata-kata. Kembalilah ke perenggan ketiga jika masih ada bibit terasaterasa. Dan jangan kata benda yang kamu tak buat. Tapi mengajak orang untuk sama-sama buat dengan kita tu takper. Sebab dakwah itu hanyalah alat. Dan inna akma lu binniat. Fadhilat solat dapat jika kita solat. Fadhilat puasa dapat kalau kita puasa. Fadhilat DAKWAH akan dapat, kalau kita dakwah. Dan kalau nak dakwah, kenalah belajar caranya. Macam solat, taklehlah kita nak buat ikut suka kita.

Dan yang paling susah sekali, ialah jaga keikhlasan. Kamu kena check tujuan kamu melakukan setiap apa yang kamu lakukan, sepanjang masa. Sebelum, semasa, selepas, walhal setiap kali kamu tercerita atau ditanya tentang peristiwa itu. Jangan ceritakan amalan yang kamu azamkan keikhlasannya kepada sesiapa. Kerana ia adalah bekalan ketika berjumpa Dia di sana. Namun kita kena sedar kita ditahap mana. Masih takper kalau kau beramal sebab nakkan dunia. Sebab sekarang kamu sudah tahu kamu berada DI TANGGA. Step kedua ialah MENDAKI. Hati-hati dan sedarlah, kerana lagi tinggi kita, lagi sakit sakitnya kalau jatuh nanti. Dan lagi nangka busuk.

Dan ketika berjumpa dengan saudara, ingatlah, mereka bukan musuhnya. Musuhnya ialah semua kecuali dia. Musuhnya ialah diri kita. Sebab kita bukan nak betulkan dia. Kita nak betulkan diri kita. Ikut rentak mereka. Tawanlah hati mereka. Yang otak, pakailah otak. Yang lojik, pakailah lojik. Yang lawak, kita ketawa. Yang guna ayat Al-Quran, kita dengar macam itulah first time kita dengar. Dan jika kemarahan itu kita perhatikan, padamkannya dengan kasih sayang. Ingat! Yang masuk neraka ialah kita. Mereka ni semua adalah penghuni syurga. Sebarkanlah salam kepada mereka. Berhenti berkata-kata bukanlah bermakna Allah itu kalah. Cuma kita yang masih belum cukup ilmu di dada. Kerana Allah itu Maha Sempurna. Kembalilah ke perenggan keempat setiap kali kamu stuck.


Dan selagi kamu terdaya, teruskanlah. Dan ketika ada orang baru, raikanlah. Berkongsilah informasi. Doakan agar dia jadi lagi hebat dari idola kita. Sebab yang penting bukanlah sapa kalahkan sapa. Tapi KITA SEMUA TERLIBAT dalam kemenangan Nya.
Dan bila kamu sejuk atau lemah, kuatkanlah semangat, gigitlah azammu semula, gulung saja api cemburu atau keotaian kefahamanmu kerana pada saat ini, bukan kamu yang sedang keluar bertabligh di sana.

Dan andainya kamu tak tau, apa yang aku kata, memadailah dengan memberikan sokongan semampu mana; Dari menjadi rahaber, hinggalah ke tukang beli lada. Iktikaf dan bersamalah mereka. Dan jangan sekali-kali berkata sesuatu yang boleh menyakiti hati mereka.

Kerana BUMI ini dah tak lama. Dan KITA NILAH SAJA UMMAT BAGINDA SAW YANG ADA. AYUH! SIAPA YANG SEDIA?


ikuti juga ia di sini

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails